Peniaga Online? Wajib Guna OnPay

Penulis: wanmus Kategori: Business Online | OnPay Tarikh: 13 May 2024 | Comments Off on Peniaga Online? Wajib Guna OnPay

Iya betul, semua peniaga online di Malaysia ni wajib gunakan Onpay

sistem pengurusan perniagaan online onpay

sebab apa anda sebagai peniaga online perlu guna Onpay?

Sebab Onpay ni boleh uruskan macam-macam untuk perniagaan online anda iaitu:

  1. borang tempahan atau order form
  2. landing page boleh jadi juga minisite dan website
  3. payment gateway ready.. FPX, card, ewalet dan macam-macam
  4. affiliate sistem
  5. notifikasi dan blasting SMS, email serta whatsapp
  6. laporan dan analitik data yang lengkap
  7. pengurusan leads atau prospek
  8. pengurusan database
  9. lengkap dengan tutorial step by step
  10. mudah sebab dalam bahasa melayu/malaysia
  11. pelbagai cabang support untuk anda hubungi jika perlu bantuan

Onpay ni juga:

  • Mudah untuk digunakan
  • Lengkap semua fungsi dalam 1 sistem sahaja
  • Automatikkan bisnes online anda

Trylah FREE 3 bulan onpay ni.. Daftar je FREE di https://www.onpay.my

Betul Free 3 bulan untuk anda cuba sistem pengurusan bisnes online ni.. best

Petua mencuci hati

Penulis: wanmus Kategori: Agama | Petua | Share Tarikh: 26 September 2008 | 2 komen

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.Dialah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan yang dilakukan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya,Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!)

8 ) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb),jangan dengar orang mengumpat.”

Wassalam

FREE Download E-kamus Pro v5.02

Penulis: wanmus Kategori: Download | E-kamus | Free | percuma | Portable Tarikh: 25 September 2008 | 13 komen

E-kamus

Go and get FREE copy of E-kamus v5.02 demo version.

Just put in your name and email here or at website, free trial version of e-kamus will be sent to your email directly after that.

Name:
Email:

Last Day Promotion! RM10/YEAR WEB & BLOG!

Penulis: wanmus Kategori: Berita | Business | domain | jomhosting | web hosting Tarikh: 25 September 2008 | Tiada Komen

promotion jomhosting

Yes everyone..Tomorrow is a last day for JOMHosting.NET’s promotion. Get FREE URL submit to 20 top search engine and special bonus from us for any package that you buy.

It will be last at 5pm tomorrow (26th September 2008).

Get it now at Malaysia Cheapest Web Hosting

Or get full info for this promotion here

Persamaan Mawi dan Ayah Pin

Penulis: wanmus Kategori: Ayah Pin | Blog | Lawak | Mawi Tarikh: 25 September 2008 | 4 komen

mawi dan ayah pin

Persamaan antara ayah pin dan mawi yang mungkin kita tak tahu..hehehe

Jangan marah ek..just joke sebelum beraya..

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN

Free 1 Year PC Tools Internet Security

Penulis: wanmus Kategori: Antivirus | Free | Internet Security | PC Tools Internet Security | percuma | Share Tarikh: 23 September 2008 | Tiada Komen

pc tools security

Free PC Tools Internet Security, Free 1 Year Genuine License, Grab it now

Assalamualaikum and hello.

OK…today I wanna share with u one of the best Internet Security software available in the market nowadays. PC Tools is currently in the process to be owned by Symantec (company that produce Norton Internet Security). Probably they are promoting their product by giving away free license. So grab it quickly before it’s too late. PC Tools is known to produce one of the best security software in the market. So I think this Internet Security is worth to try

To get free genuine 1 year license, please follow this tutorial

1. Go to any UK web proxy sites (as this promotion is intended for people who live in the UK) e.g., Defilter Co UK

2. Enter the following URL at the bar where it says Web Address & press Go

http://www.pctools.com/internet-security/free/promo/PCADVISOR0809/


3. Fill in the form with necessary details & keep the country as “United Kingdom” & then fill in the Promotion Code as jkm3cx. Then click Request Free License button (make sure you enter working email address)

P/S : U can create as many email address as u want to get as many license as you like

4. Once you see the message “Thank you for requesting for FREE license for Internet Security v2009, Your free license code will be emailed to you shortly”, check the email address that u’ve entered in Step 3. Open the email from PC Tools (sales@pctools.com) with the subject “Free Internet Security License”. Note down the name & license key

5. Download the latest PC Tools Internet Security 2009 HERE

6. After the installation, restart your computer, run PC Tools Internet Security & click the Register button. Enter the name & license key.

Credit to raymond and B@zSh. Info from cakap.net

Haapy Birthday to me

Penulis: wanmus Kategori: Berita | Blog | Hari Lahir | hidupku Tarikh: 22 September 2008 | 11 komen

birthday-cake

Happy Birthday to me

Happy sweet 24.. :p

Thanks for all my family and friends for wishing and supporting me until today. Without you, i still could not stand like this today.

For her, thanks for making me like this, tears in birthday..

Thanks every ones..never mind with gifts..i just need love

Thanks to mychictrove for the cake’s picture..

Ibu..maafkan anakmu ini

Penulis: wanmus Kategori: Agama | Ayah | hidupku | Ibu | Kasih sayang Tarikh: 21 September 2008 | 5 komen

ibu

Ibu..maafkan aku..or mother, please forgive me.. the simplest word but the hardest word to say..is it true? truly if you ask me, i will say yes..but from the my bottom heart, i really want to say it everyday and everytimes to my ones and only beloved mother.. Please forgive me mama, your naughtiest son..

Mama..maafkan achik..achik dah banyak lukakan hati mama..sakitkan hati mama..buat mama menangis dalam ketawa..tapi itulah ibu..sedih macamana pun tetap suka dan ketawa di depan anaknya walaupun terluka di hati. itulah betapa sucinya hati ibu..

Terima kasih TV3 (anugerah skrin 2008) kerana siarkan cerita Ihsan tadi yang menceritakan nordin (zamarul hisyam) melukakan hati kedua ibu bapanya dengan tidak mengaku merekalah ibu bapanya kerana mereka miskin..MISKIN?? iya semata-mata kerana miskin dan tak nak di pandang hina oleh istrinya (Dynaz)..siap tendang dan tolak mak dia..sedih..paling touching part ialah time2 nak habis ketika megistrate tu (yang tolong zamarul sbelum meninggal) balik dan jumpa ibunya dan mintak maaf..menitis jugak air mata ni..Sape x touching bile cerita ni kene kat batang hidung sendiri..mak dia yang selama ni kata xper, last2 mengaku yang mak dia terasa sebab dia lebihkan isteri dan pentingkan keje..Allahuakbar.. ibu sanggup sorok perasaan sedihnya untuk tengok anak bahagia..

Sahabat2..call mak anda sekarang, tanya khabar mak kita..kalau malu nak sebut i love u mama, boleh tunjuk dengan selalu call dan amik berat kat mak kita..ni nasihat untuk diri saya dan kita semua..mak dan ayah kita hanya seorang di muka bumi Allah ini.

Etahlil online tawarkan tahlil, sembahyang hajat dan yassin berbayar

Penulis: wanmus Kategori: Agama | Al-Quran | E-tahlil Online | Internet | Islam | solat | Solat hajat | Yassin Tarikh: 18 September 2008 | 6 komen

Etahlil online

E-tahlil online. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi kali ini..Insyallah untuk bersama2 mencari keberkatanNYa..

Ya kali ni nak kongsi nak kongsi skit tentang e-tahlil online..Pelik tapi saya sangat2 bersyukur kerana ada lagi hamba Allah yang sanggup berkorban jiwa, raga dan wang ringgit untuk membantu rakyat Malaysia yang sangat mundur sekarang ni termasuklah diri saya ni.

E-tahlil online ni di tubuhkan oleh beberapa hamba Allah yang menguruskan permintaan orang ramai, untuk mengadakan majlis tahlil, bacaan yassin dan solat hajat secara berbayar..sekarang ni mereka memilih Madrasah Alyamani, Kg Baru KL sebagai tempat untuk adakan majlis ini..tapi jangan pelik kerana tiada harga tetap dikenakan..ianya bergantung kepada anda, seikhlas mana anda dengan niat untuk bersedekah kepada madrasah tersebut.

Caranya mudah saja..daftar nama dan maklumat diri anda dan sertakan nama atau matlamat anda mengadakan majlis tahlil, bacaan yassin atau solat hajat tersebut. kemudian buat bayaran terus kepada Madrasah tersebut seberapa ikhlas yang anda mampu. Kemudian mereka akan mengadakan tahlil, bacaan yassin atau solat hajat seperti yang anda pohon.

Mengikut pengetua

Nahh..sungguh mudah sekarang..jika anda mampu, buatlah di rumah anda..tapi jika tak mampu dan kurang berkesempatan, anda sepatutnya menggunakan perkhidmatan mereka..tapi ini hanyalah usaha yang tambahan untuk usaha anda sendiri..janganlah harapkan orang lain untuk kejayaan kita..

Sila klik untuk daftar majlis, tahlil, solat hajat dan bacaan yassin

Sedikit info tentang Madrasah Alyamani:

madrasah alyamani

Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur – Kg Baru Flat tinggi pasar minggu Kg Baru KL berdekatan Stesen LRT .

Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Fadzli, seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Kuliah tetap Ustaz Fadzli adalah  di Masjid Jamek Kampung Baru KL hari sabtu lepas asar.

Setakat ini Madrasah Alyamani ini menyewa 8 buah rumah di atas flat tinggi kampung Baru dan 5 buah rumah teres sebagai tempat pengajian dan tempat tinggal pelajar. Madrasah ini mempunyai 30 orang pelajar tahfiz berumur di bawah 12 tahun, dewasa 15 orang, pelajar perempuan 26 orang. Dikendalikan oleh 5 orang Ustaz, 2 Ustazah sepenuh masa dan seorang tukang masak.

Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Madrasah ini memerlukan perbelanjaan lebih kurang RM35,000 sebulan untuk menanggung kos sewa rumah, makanan pelajar dan gaji tenaga.
Kepada yang berhajat untuk boleh sedekah wang atau barang-barang makanan atau perkakas letrik seperti peti ais, mesin basuh bolehlah email kepada alyamani@etahlil.com.my atau boleh terus hubungi Ustaz Fadzli 019-3838730.

Untuk urusan membayar zakat, fidyah atau urusan aqiqah, juga boleh hubungi Ustaz Fadzli.
Kepada sesiapa yang berhajat untuk melawat Madrasah ini, sila hubungi ustaz terlebih dahulu melalui Handphone atau SMS
Semoga usaha dan sumbangan yang kecil ini besar rahmatnya disisi Allah.

Anak Mak Yang Tak Degil Dah

Penulis: wanmus Kategori: Blog | hidupku | Ibu | Kasih sayang Tarikh: 18 September 2008 | 3 komen

Mak…..
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..

mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak……
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam …….
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..

Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn

Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini……
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak……
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….

Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata….” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma….
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu…..
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…
kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

Anak mak yang dah tak degil

Promosi Web Hosting RM10 setahun & BONUS!

Penulis: wanmus Kategori: bonus | jomhosting | web hosting Tarikh: 17 September 2008 | 3 komen

jomhosting web hosting

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah, anda antara yang bertuah dan sememangnya bertuah kerana mendapat tawaran ini..

Di atas permintaan tinggi, jomhosting.net telah menambahkan server baru yang lebih laju (Quad Core Processor dan 4GB RAM) dan lebih canggih.

Pilih pakej di http://www.jomhosting.net/webhosting.html

Sehubungan dengan itu, kami menawarkan Harga pakej web hosting yang murah tetapi bersaiz besar yang mampu dimiliki oleh semua. Ini lah masa untuk anda mulakan bisnes online atau kembangkan bisnes anda. Dengan harga dari hanya RM10 untuk langganan setahun, sudah tentu mampu dimiliki oleh sesiapapun..

Sehingga 26 September 2008, kami menawarkan perkhidmatan URL submission domain anda PERCUMA ke 20 search engine terkemuka seperti google, yahoo, msn dan lain-lain kepada semua pelanggan kami.

Bukan itu sahaja, jika anda membuat pembelian sekarang sehingga 26 September, anda akan mendapat hadiah PERCUMA khas dari saya untuk visitors wanmus.com dan bersempena hari jadi saya (22.9) iaitu (semuanya beserta Resale Rights) :
1- 50 web template
2- 1000 banners
3- 6 squeeze web pages
4- Graphic package (350++)
5- 30 minisite templates
6- 15 IM templates
7- 21 headers
8- Optin collections
9- Button for clicks
10- Icon Collections Pro

Semuanya berharga lebih USD200..tapi semuanya free buat anda. Ini memudahkan anda untuk memulakan website anda sendiri tanpa perlu mengupah web designer.

Jadi..pilih pakej web hosting mana satu yang anda minat, pilih domain dan buat bayaran. Untuk mendapat hadiah di atas, anda perlu melampirkan slip pembayaran dan emelkan ke wanmus_1@yahoo.com. Jika tidak, kami tidak dapat menghantar hadiah kepada anda.

Pilih pakej di http://www.jomhosting.net/webhosting.html

Untuk daftar sila ke : http://www.jomhosting.net/billing/signup.php