Lagi Syarikat Pelaburan Diserbu Bank Negara

Penulis: wanmus Kategori: Emas | Pelaburan Tarikh: 02 October 2012 | 3 komen

Kecoh hari ni katanya di Kuchai Lama kerana Bank Negara Malaysia (BNM) serbu lagi syarikat pelaburan emas tanpa kebenaran a.k.a haram. Namanya Genneva Malaysia Management yang menguruskan jual beli emas. Pihak BNM serbu sebab mengambil wang tanpa kebenaran. Hmm mengikut laporan syarikat ni dulu dah diserbu 2009 tapi tukar nama dan beroperasi semula dan juga ada cawangan di Singapura. Sementara itu, jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA)

Adakah masalah ini akan sama macam pelaburan swisscash,  i-rich 696, mlm one team, buluh mas, mlm restoran steven’s corner dan island red cafe,  asia ceramic atau ceramic business club yang akhirnya senyap dan terkubur begitu sahaja ?

Tak tahulah..mungkin akan mula syarikat baru dengan nama lain tapi konsep yang sama kot..tak tahulah.. Jadi beringat ye..nak melabur tu bukan main melabur gitu je. Beli emas dan simpan..kalau dah naik harga nanti jual, tu lagi senang.

Ni memo dari pihak pengurusan Genneva buat masa ini:

Ni laporan dari Hmetro:

KUALA LUMPUR: Lebih 100 perunding dan pembeli emas berhimpun di depan sebuah syarikat memperdagang emas di Kuchai Lama, di sini, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu premis itu, semalam.

Serbuan dijalankan mulai jam 2 petang dengan kerjasama polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas syarikat terbabit dipercayai menjalankan aktiviti mengambil deposit secara haram daripada lebih 50 ribu pelanggan.
Menurut jurucakap BNM, syarikat sama yang beroperasi sejak 2007 dan didaftarkan di bawah Sendirian Berhad, pernah didakwa kerana kesalahan sama pada 2009.

“Selepas didakwa, syarikat terbabit menukar nama pada tahun lalu dan meneruskan aktiviti perdagangan.
“Sehingga kini, BNM dan agensi berkenaan yang turut menjalankan serbuan sedang menyiasat mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, serbuan serentak turut dijalankan ke atas sebuah lagi syarikat pelaburan emas yang didaftarkan mengikut nama sama di Singapura dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan sama ada syarikat itu mempunyai kaitan dengan syarikat di Malaysia.

Dalam serbuan itu, BNM merampas dokumen urus niaga syarikat terbabit, komputer, emas dan wang tunai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25 (1) Bafia dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram.
Sehingga jam 10 malam tadi, tiga pejabat urusan syarikat terbabit dipenuhi ratusan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penguat kuasa melakukan serbuan menyebabkan sepasukan polis ditempatkan di lokasi serbuan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Seorang perunding emas yang hanya mahu dikenali sebagai Eddy, 50, berkata, mereka dijangka memperoleh emas yang dibeli dua minggu lalu esok (hari ini).
“Serbuan ini menyebabkan kami gagal mendapat emas yang dibeli kerana ia mungkin disita pihak berkuasa untuk siasatan.
“Ini menyebabkan urusan pengagihan imbuhan pembelian emas kepada pembeli di bawah perunding masing-masing akan tergendala,” katanya.
Sementara itu, BNM dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengadakan serbuan dengan kerjasama polis dan KPDNKK terhadap syarikat itu dan serbuan sama dijalankan terhadap syarikat nama sama di Singapura.

Gambar dari mstar

ASB pun belum tentu sah halal atau haram ye..jadi berfikirlah sebelum buat keputusan. Pastikan rezeki halal untuk keluarga kita



  1. MeToYouInformation

    susah juga nak bezakan syrikat pelaburan yang betul2 halal

  2. azmil

    AKu pun penah terkena kes pelaburan emas ni..org nombor dia siap cakap korang jgn takut, ape2 berlaku aku turun dulu…tapi bila dah berlaku handphone2 abis dia off kan. Dan paling lawaknye dah 3 tahun dia tak balik kampung mak ayahnye sbb takut kena bedal ngan org kampung dia.

  3. ano

    xthulah mna btul mana salah skrang..smuanya sama je