enterWIP 2016 1-2 Oktober 2016 Jumpa Anda Disana!

Penulis: wanmus Kategori: Adwords | enterWIP | google | Google Adwords Tarikh: 30 September 2016 | Tiada Komen

Alhamdulillah enterWIP 2016 kembali. Jika tahun lepas sambutan amat menggalakkan , kini dijangka lebih ramai dari tahun lepas. Kali ini di bawakan 43 pakar dari bidang online masing-masing. Saya juga akan ada 2 slot. 1 Hari Sabtu jam 2-4 petang untuk sesi breakout.. ala-ala seminar pengenalan mengenai Google Adwords di mana lebih sesuai untuk mereka yang baru nak mula belajar dan faham apa itu Google Adwords..tapi perlu dah ada bisnes tau.

google-adwords-malaysia-enterwip-2016

Sesi kedua pula hari Ahad, 2 Oktober 2016 iaitu mini kelas Optimasi Google Adwords dimana untuk mereka yang dah pernah run Google Adwords.. Kelas ini akan perbaiki fahaman mereka mengenai Google Adwords. saya juga akan ajar mereka mengenai struktur terbaik dalam pengiklanan di Adwords. oppps.. mini kelas ini hanya kepada mereka yang dah pernah run iklan Adwords sahaja tau..

google-adwords-malaysia-enterwip-2016-full

Mungkin anda dah terlepas untuk register. tapi berita baik, anda masih boleh walk-in sahaja pada 1-2 Oktober ini untuk sertai seminar usahawan online ini. Bayar? RM20 sahaja tau.

Mana nak dapat belajar dari 43 pakar di bawah 1 dewan dalam masa 2 hari dengan hanya RM20??

Banyak lagi sesi tau. nak details boleh terus ke www.enterwip.my

Jumpa anda di sana