Tentang WanMus

Wanmus.com adalah asas kepada nama wan mohd musyris…beliau seorang pelajar di UTM Skudai dan mengambil Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya (Degree) juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan.

Anak muda hensem kelahiran Besut, Terengganu ini memulakan pembelajaran mengenal erti ABC di Tadika Yayasan Islam di Batu Burok sehinggalah dipindahkan ke bangunan Tadika Yayasan Islam K.Terengganu. Selepas dah kenal ABC, beliau pula bergerak ke Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 (SRSS1) yang juga di K.Terengganu bagi pembelajaran yang lebih tinggi. Oleh kerana ayah kerja kerajaan, terpaksalah berpindah ke Dungun dan bersekolah pula di Sekolah Rendah Sultan Omar (SRSO) selama 3 tahun (Darjah 2-5). Lepas tu kena hantar balik ke K.Terengganu sebab kerajaan panggil balik.

Lepas habis Darjah 6 di SRSS1, beliau mula angankan untuk ke MRSM tapi hampa. Beliau hanya di terima di Sekolah Panji Alam walaupun UPSR dapat 3A 1B..huhu..tapi bukan setakat di situ sahaja. Akhirnya beliau diterima masuk ke SMKA Sheikh Abd Malek (SHAMS) bermula penghujung Tingkatan 1 hingga habis SPM. Kerana ego, beliau menolak tawaran matrikulasi sebab dapat kolej yang hampir nak roboh 🙂 ..Ego pun ego jugak, tapi takut tak dapat mana-mana sambung belajar risau jugak. Tapi kerana berkat ibu bapa, akhirnya anak muda hensem ini diterima direct untuk ke Degree di UTM. Alhamdulillah..

Sehingga kini, walaupun beliau bergelar Siswazah Kejuruteraan Mekanikal (dan dah hantar borang untuk daftar BEM untuk Jurutera Siswazah), hati beliau tetap dengan perniagaan internet yang mula beliau ceburi sejak 2005-2006 lagi.

Wanmus adalah pengasas syarikat Wanmus Technologies (JM0499956-W) yang beribu pejabat di JB dan cawangan di Terengganu. Dengan syarikat ini, beliau telah membangunkan beberapa perniagaan internet iaitu:

  1. Wanmus.com
  2. JOMHosting.net
  3. asasministe.com
  4. myekamus.com
  5. duittwitter.com
  6. duitsurvey.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.