Swisscash Bayar Balik RM 31 Juta Kepada Peserta
Wahh..selepas beberapa tahun dahulu cerita pelaburan haram internet ni panas, akhirnya terjawab juga hari ini iaitu apabila Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan kes pelaburan haram Swisscash dengan mengarahkan bayaran balik kepada semua peserta..Jumlahnya ialah Rm 31 juta..perghh banyak tu duit diorang dapat selama menjalankan pelaburan menipu swisscash ni. Tapi ini hanyalah 10.8% dari jumlah sepatutnya di bayar!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.
Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.
“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.
Dipetik dari Berita Harian 13/11/09
Swisscash scam? swisscash spam? Ianya pelaburan yang haram sebab tak berdaftar. Anda terlibat ke benda ni dulu? member saya dulu ada join tapi tak pasti berapa ribu..Tapi kenapa RM 31 juta je? Bukan sepatutnya RM286.3 juta ke? Cuba cek balik post saya yang lepas paada 29/9/08 Swiss cash payback RM 286,300,000.00 to investors.. So ada lagi RM 255.3 juta yang burn macam tu saja ke? Kalau korang nak tahu, Rm 31 juta dari Rm 286.3 juta ialah hanya 10.8% sahaja!
So maksudnya kerajaan hanya luluskan 10.8% je bayaran balik..oklah dari duit korang lesap terus kan?
Syarat-syarat:
- Bayaran tidak akan dilakukan kepada semua peserta.
- Hanya peserta bawahan dapat bayaran balik.
- Rekruiter atau upline tak dapat redeem
- Perlukan surat atau apa2 bukti yang anda dah bayar ke swisscash..
- Redeem melalui syarikat lantikan sahaja
Syarat ini ada dimaklumkan dalam Berita Utama TV3 tadi dan saya rasa ramai yang mula mencari info bermula malam ni sebab nak tahu berita terkini tentang swisscash ni.
07 June 2010
Masa 6:59 pm
ade pe-pe…email aku
khairie252@yahoo.com
18 August 2010
Masa 1:55 pm
kepala butuh betul la Swisscash ni..aku melabor 5000usd..belum dapat satu sen dah ditutup..Bedebah betul
30 November 2010
Masa 11:06 pm
macamana sy mau join swiss cash.
23 February 2011
Masa 5:10 pm
Nasiplah saya tak joint Swisscash neh. Selamat duit saya.
10 February 2012
Masa 10:28 am
ramai bekas pelabur swisscash telah beralih kepada vgmc,lebih reliable dan ada real business.dipersilakan chit-chat dgn saya melayu YM:ghazaliseman atau skype:ghazali.bin.seman untuk info lanjut
02 October 2012
Masa 5:44 pm
[…] masalah ini akan sama macam pelaburan swisscash, i-rich 696, mlm one team, buluh mas, mlm restoran steven’s corner dan island red cafe, […]
03 March 2014
Masa 8:58 am
merugikan ja pelaburan begini ni. Kalau dapat untung cepat tu memang bahaya tu. Lebih baik melabur dalam ASB ja.. Biar lambat asal tidak kerugian.