Swisscash Bayar Balik RM 31 Juta Kepada Peserta

swisscash

Wahh..selepas beberapa tahun dahulu cerita pelaburan haram internet ni panas, akhirnya terjawab juga hari ini iaitu apabila Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan kes pelaburan haram Swisscash dengan mengarahkan bayaran balik kepada semua peserta..Jumlahnya ialah Rm 31 juta..perghh banyak tu duit diorang dapat selama menjalankan pelaburan menipu swisscash ni. Tapi ini hanyalah 10.8% dari jumlah sepatutnya di bayar!

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.

Dipetik dari Berita Harian 13/11/09

Swisscash scam? swisscash spam? Ianya pelaburan yang haram sebab tak berdaftar. Anda terlibat ke benda ni dulu? member saya dulu ada join tapi tak pasti berapa ribu..Tapi kenapa RM 31 juta je? Bukan sepatutnya RM286.3 juta ke? Cuba cek balik post saya yang lepas paada 29/9/08 Swiss cash payback RM 286,300,000.00 to investors.. So ada lagi RM 255.3 juta yang burn macam tu saja ke? Kalau korang nak tahu, Rm 31 juta dari Rm 286.3 juta ialah hanya 10.8% sahaja!

swisscash-286juta

So maksudnya kerajaan hanya luluskan 10.8% je bayaran balik..oklah dari duit korang lesap terus kan?

Syarat-syarat:

  1. Bayaran tidak akan dilakukan kepada semua peserta.
  2. Hanya peserta bawahan dapat bayaran balik.
  3. Rekruiter atau upline tak dapat redeem
  4. Perlukan surat atau apa2 bukti yang anda dah bayar ke swisscash..
  5. Redeem melalui syarikat lantikan sahaja

Syarat ini ada dimaklumkan dalam Berita Utama TV3 tadi dan saya rasa ramai yang mula mencari info bermula malam ni sebab nak tahu berita terkini tentang swisscash ni.

107 Comments

  1. hi.. nak tanya la.. macam mana prosedur nak redeem balik? TQ for your info….

  2. rasanya belum boleh..sebab kat situ tulis yang SC akan lantik syarikat pengurus untuk bayaran balik..so tak lantik lagi..nanti mungkin akan dikeluarkan kenyataan cara macamana nak dapatkan bayaran balik kot..insyallah kalau ada dikeluarkan cara nak redeem balik, saya akan post di blog ni

  3. harap kerajaan bagi secepat mungkin cara dapat duit tue balik

  4. lambat lagi bos. tahun depan baru nak assign syarikat lantikan..pastu tak tahulah bila start boleh redeem tu..

  5. hmmm mesti lamabat kan prosedur ni…kawan saya ada masuk swisscah ni,..tapi dia tak ada hitam putih dokumen yang mengesahkannya..susah juga kan

  6. Kalau takde hitam putih (legal documentation), alamat halalkan je lah duit yang telah di laburkan. Dalam court, semua mesti ada bukti.

  7. huhu..tau xpe..tapi cubalah cek penyata bank ke..hope adalah bukti kat situ

  8. saya ada gak melabur..tapi dlm syarat2 nak claim balik kat sc kena ada proof seperti sijil yg telah swisscash bagi dulu,saya dah tak tahu mana letak sijil tu…satu lagi upline2 yg terlibat dlm mempromosikan swisscash dulu tak layak untuk claim balik wang mereka…

  9. Daneil

    bagaimana kalau pelabur tu dri Brunei dia ada certificate pelaburan SC pada tahun 2007 dulu.Boleh kah redeem ? kalau boleh tapi dimana?

  10. hoho..tak pastilah pulak..kite tunggu je SC keluarkan notis macamana

  11. aini

    Kalau betul nak bagi balik, cubalah permudahkan sikit, kan setiap pelabur melabur dengan nama dan menggunakan No IC yang sah, jadi takkan nama nama pelabur tidak boleh dibuktikan melalui pengkalan data dahulu?

  12. Selamat sejahtera En Wanmus…..saya adalah salah seorang yang invest 10 k usd,soalan saya.Pada masa itu saya mendaftar guna IC saya dan faks kan nya,dan saya dapat sijil simpanan di swisscash….tapi masalhnya sijil itu tiada dengan saya.Adakah saya layak mendapat pembayaraan saya? Bolehkah semasa membuat pembayaran tunjukkan ic saya….inilah bukti yang saya ada En wanmus…..
    TERIMA KASIH…….

  13. hmm tu tak pastilah diorang ada ke x database yang lepas. kalau tak de, memang susah nak claim balik

  14. Hi logesvaran. maaflah, saya just post dari berita akhbar dan saya tak terlibat pun dalam proses pembayaran balik ni. Cuma yang saya tahu, SC nanti akan lantik syarikat untuk uruskan pembayaran balik dan dengan syarat yang saya nyatakan di post di atas. Saya akan cuba kongsikan jika saya adaapa2 maklumat terbaru nanti.
    Thanks kerana sudi melawat ke sini

  15. Dominic Linus

    Senang je kan yang tutup website tu kerajaan kita melalui kementerian komunikasi (mimoskah tu ) buka dan print semua yang telah melabur dalam swisscash.takan lah da hilang data base tukan. sedangkan data yang berkurun lama masih ada ini kan pula swisscash yang secure tu.Sekarang baru kita nampak SC ni betul punya kan. kalau tdk kenapa malaysia guna injunksi mareva ( undang-undang tu geng).kena tidak pada em-pay yang pak lah rasmikan di genting highland di saman. itu tipu tu geng. Euro, by-barrel dll.maksudnya sc yang betul.

  16. Dominic Linus

    satu-satunya elaburan internet abab ke-21 Swisscash yang pernah dibawa ke mahkamah dengan menggunakan inter mareva.saya fikir diorang kalah sbb dokumen ja ba tu kan.

  17. tu x pastilah pulak..harap kerajaan do a good thing

  18. ok…10q MR WANMUS….Harap harap dapat berita yang baik dan mempermudahkan investor lain yang invest tapi tidak mempunyai sijil………
    Sekian Terima Kasih…..

  19. ok beres, nanti kalau ada info, saya akan maklumkan

  20. casioo

    tolongg. bro…..my prob now…..sya punya upline dah tak tau p manee sijil pun sya xde, pin no ada tpi dah lupe…..sya rasa dia dah lari jauh2 mugkin rmai org cari dia pasai sc ni la mcamana….dulu dia buka kedai stationary kat sri kembangan….kaalu di terbaca ni hubungi lah saya d talian 013,9175328…tq bro….

  21. hisyam

    Duit yang dibayar tu , dari BNM yang dibekukan atau duit menang kes makahmah ?

  22. so kalau upline bro ni terbaca, tolonglah dia ni..

  23. tu x pasti. x dinyatakan pulak dari mana duit tu

  24. AKULERR

    hmm….spt ada yang tak kena bila pihak suruhanjaya sekuriti meletakkan syarat-syarat yang nampak menyusahkan pada para pelaburan untuk mendapatkan balik duit sendiri….(harap kerajaan dapat melonggarkan syarat supaya pelabur tidak terinaya lagi)

  25. tu tak pastilah..tapi salah rakyat jugak yang melabur kat tempt2 macam ni..kan senang melabur je kat bank atau amanah saham..selamat dan dijamin

  26. saiful

    saya juga join swisscash ni, tp masalahnya sijil yg diberikan telah hilang. cuma yg ada pada saya statement pengesahan join swisscash yg dikirimkan melalui email. adakah statement itu diguna pakai semasa kita ingin membuat tuntutan?

  27. seperti saya nyatakan di atas. keputusan belum di buat tentang cara dan siapa yang akan uruskan. nanti dah tahu bolehlah bertanyakan direct kepada syarikat tersebut

  28. Dominic Linus

    betul tu.buka pangkalan yg kerajaan kita tutup tu.print out semua pelabur kita.baru telus kerajann menolong kita orang.ini minta pelabur tampil dengan sijil yg da berkurun dibuang.sbb kita sangka da tutup da swisscash ini.

  29. anita

    bunyi macam kerajaan nak bagi sedap je kat pelabur. klu btl ikhlas, mudah bagi diorg kesan pelabur. Bukankah pelabur daftar onlie. kita mana ada simpan bukti. yang ada senarai masuk dalam bank. tu je…. kalau btul biarlah kerajaan ikhlas… tu duit rakyat bukan duit dia…

  30. tu kene check balik ngan syarikat yang dilantik nanti.

  31. bukan anita, kita kena faham yang kerajaan perlukan bukti untuk elakkan orang menyamar..saya yang tak join pun boleh mengaku join kalau tak ada syarat cam tu..cuma kita tggu dan lihat nanti macamana

  32. osteen

    Mungkin Sy. yang dilantik nanti boleh menggunakan ID pelabur yang dibekalkan semasa daftar dlm SC dahulu utk mengenalpasti jmlh yg kita labur, itupun klu database masih disimpan. Harap dpt membantu Sy. yg dilantik nanti.

  33. hmmm..susah jugak, sebab nanti ramai yang akan mengaku. pastu kalau takde id, nanti diorang katalah yang SC ni tipu buang database ke..huhuhu..susah sebenanya diorang nak dapatkan satu cara yang bernas untuk setelkan masalah pelabur yang tertipu yang takde atau hilang slip ni

  34. Kepada para investor kita semua berdoa kpd tuhan dan minta jasa baik pihak kerajaan supaya mempermudahkan pembayaran kepada investor yang tiada sijil seperti saya dan kamu sekalian,,,,,,harap bersabar dan tunggu jawapan dari pihak kerajaan…..betulke En Wanmus……

  35. Dulu memang menjadi sebutan swisscash nie…bagus laa bila di bayar balik..kesian para peserta2 tu..

  36. dari sumber yang boleh dipercayai, SC hanya akan membayar start bulan 7 tahun depan.. hoho..
    itu pun kalau bayar.. berita2 yang keluar dari media yang pro kerajaan ni aku dah tak berapa percaya..

    nak sedapkan hati rakyat..padahal duit tu dah ada.. dia rolling dulu duit tu..

    p/s: cucu sedara cikgu mail-ahli tegar swisscash dulu.

  37. aku hanya ada print screen je kat laptop…tu pun teringat nak buat masa join dulu. lain-lain dokumen ntah kemana hilang. harap kali ni adalah rezeki…kalau tak tak tahulah PRU13 nanti

  38. tu tak tahu lagi macamana caranya untuk yang dah hilang bukti pembelian..mungkin akan ada caranya

  39. john daniel

    dari sumber yang boleh di percayai, biloa kah duit ini akan di bayar? dan apa betulkah hanya downline saja yang akan di bayar? dan bagaimana kah nak daftar nama dalam senarai yang akan di bayar nanti? dan kepada siapa kah harus saya kemukakan bukti2 ini? di manakah pejabat kerajaan yang bertanggungjawab dalam proises pembayaran ini? kalau di Kuala Lumpur di mana dan kalau di Sabah dan Sarawak di mana tempatnya? info saudara amat di perlukan.terima kasih.

  40. sila semak perbincangan dan post saya di atas
    terima kasih

  41. saya rasa kerajaan memang segaja bagi syarat yang menyusahkan pelabur.setahu setahu saya kesemua pelabur,memang melabur dari upline mana ada nak beli usd pakai tt.dan sesiapa yang melabur selepas amaran,kalau tak silap tahun july 2006 tak layak buat redeem.secara logik kan sesiapa yang melabur sebelum july 2006 memang dah balik modal dah.kerajaan cuma nak bayar modal je bukan keuntungan sekali.kerajaan cuma melepas batuk ditangga saja,kenapa cuma pelabur swisscash saja nak di byar saja,banyak lagi website di blok kerajaan.saya rasa kerajaan nak ambil duit tuk je sebenar nya,bukan nak tolong pelabur yang kantui…………………..

  42. saudara, kerajaan nak tolong tu pun mujur dari duit tu hangus begitu saja. syarat dibuat untuk elakkan dari sesiapa sahaja pergi redeem. biarlah, kalau nak redeem mesti ada bukti, so bahagian bukti tu harap kerajaan dapat longgarkan syarat yang berkaitan kot..ntahlah, saya pun x tahu sebab saya bukan dalam bidang ni..ni pun sebab saudara jugak yang salah pergi percaya sangat ke program penipu macam tu. Jelas lagi bersuluh program macam tu pelaburan atas angin. Kalau wat melabur kat ASB, konfirm dah berapa pulangan saudara akan dapat.

  43. anak

    salam..ibu sy ade masuk SC ni.so mcmane nk claim duit ibu sy yg dh dilaburkan..

  44. tunggu kenyataan dari kerajaan tahun depan

  45. Dominic Linus

    saya setuju.mesti kerajaan telus dalam hal ini.sya terfikir klu katakanlah 80% pelabur 20% lagi milik orang yg takde sijil so wang lebih sape ambe geng.?

  46. AKU TERKENA

    apa boleh buat
    kita tunggu dan lihat jer la…..

  47. ahli swisscash trg

    yer betul..jadi pihak pewajib patut menyelesaikan wokeyy..kalau nak 0.5% kos menolong saya bagiii

  48. aku

    database tak ada ngan kerajaan. amir hassan n cina 2 ekor tu bukan pencipta laman web swisscash.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.