Berblog Untuk Dapat Duit Memang Tak Akan Bagi Duit!
Betul! Tanyalah pakar atau lihatlah blog-blog pakar ni, dan korang akan perasan yang sebenarnya mereka tidak berblog untuk duit..tapi duit tu datang kerana mereka berblog.Thats is sense of blogging! Itulah saya kata “Berblog Untuk Dapat Duit Memang Tak Akan Bagi Anda Duit!”
Kenapa wanmus kata macam tu?
Iyalah, cuba korang masuk blog yang kiri, kanan, atas, bawah dan tengah semua ada iklan..Apa korang akan buat? Tentu susah nak baca content dalam blog tu kan? so anda pasti akan tutup blog tu dan cari blog lain untuk content yang anda nak cari tu. Tu belum campur lagi yang iklan popup..huuuhhh..
So macamana anda nak dapat duit kalau sorang masuk dan tak sempat tengok apa, dia dah tutup blog anda? jawapannya blog anda akan jadi blog sampah. Gerenti mesti korang pernah masuk blog-blog yang macam ni kan? Jadi, tolonglah jangan jadikan blog anda blog sampah.
So, blog macamana yang menjadi tumpuan ramai?
Blog yang menjadi tumpuan ialah blog yang kemas, mudah nak di baca, isinya tu ringkas, menarik dan mudah difahami. Ada juga blog yang terlalu padat dengan isi tapi blog ini biasanya hanya fokus kepada topik tertentu dan mempunyai targeted trafik tersendiri.
So, saya nak buat blog yang macamana?
Untuk permulaan, tolonglah buat blog tentang minat anda atau diri anda. Contoh anda minat tentang alat solek @ barang makeup, so buatlah satu makeup blog. Dalam blog ni anda kongsilah cara anda pakai make up, cara beli dan pilih alat makeup yang betul, cara nak bajet duit beli alat makeup, berus makeup yang mana satu yang terbaik anda rasa dan macam2 lagi berkaitan minat anda tu.
Kalau anda minat tentang novel, so kongsilah novel2 yang anda dah baca..Tulislah kalau ada novel baru akan atau telah keluar. Boleh juga tulis tentang penulis novel kesukaan anda dan biografi mereka..Kan banyak isi tu. Kalau anda tak ada idea nak tulis apa, tulis je tentang diri anda seharian. Yup..tulislah apa anda buat hari ini, semalam atau esok..Ramai  blog macam ni adalah blog perempuan tau dan menjadi feberet untuk dibaca lelaki setiap waktu lunch hour 🙂 ..
Ok dah ada blog, tapi nak duit juga dari blog..tapi macamana?
Ok mudah sahaja tu. Tadi blog and dah siap dan dah ada beberapa post. So banyakkan lagi post sebab lagi banyak post, lagi banyak yang diindex google dari blog anda tau. Bila blog anda dah diindex google atau senang kata telah dijumpai oleh orang, mudahlah iklan nuffnang atau adsense kita nak di klik pelawat. Klik dari organik traffik macam ini lah lebih digemari advertiser iklan ni dari teknik blackhat yang tak betul tu.
Sudahkah korang tahu nak wat blog apa kalau belum ada blog lagi? Guna blogspot atau free wordpress je dulu..nanti leh import je ke akaun webhosting berbayar nanti kalau dah mampu. Kalau korang dah ada blog, cek balik jika ada yang terbuat atau terletak apa yang tak patut letak di blog..
Ada idea lain? Atau nak komen?
09 February 2011
Masa 4:21 pm
mesti betul sbb aku buat blog emmg untuk dapat duit
09 February 2011
Masa 4:22 pm
tapi kalo tak dapat duit tak dak satisfaction jugak kan k na
24 February 2011
Masa 11:15 am
Tapi blog bro Titan ada aura. Banyak memberikan motivasi.
24 February 2011
Masa 11:18 am
Tak salah jika kita buat blog kerana duit, tapi janganlah sampai menyebabkan blog kita berserabut.