Peserta Swisscash Segera Dapatkan Balik Duit Anda

duit-money-rm

Makluman kepada semua peserta swisscash! Sila hantar borang tuntutan pulangan wang anda sebelum 10 Februari 2010! Saya tak join swisscash ni, cuma saya nak maklumkan kepada sesiapa yang belum maklum. PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (573259-K) telah dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bertindak sebagai Pentadbir bagi penilaian tuntutan dan pengagihan wang kepada pelabur yang layak dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash (“Pentadbir” atau “Administrator”).

Swisscash Bayar Balik RM 31 Juta Kepada Peserta

swisscash

Wahh..selepas beberapa tahun dahulu cerita pelaburan haram internet ni panas, akhirnya terjawab juga hari ini iaitu apabila Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan kes pelaburan haram Swisscash dengan mengarahkan bayaran balik kepada semua peserta..Jumlahnya ialah Rm 31 juta..perghh banyak tu duit diorang dapat selama menjalankan pelaburan menipu swisscash ni. Tapi ini hanyalah 10.8% dari jumlah sepatutnya di bayar!