Peserta Swisscash Segera Dapatkan Balik Duit Anda
Makluman kepada semua peserta swisscash! Sila hantar borang tuntutan pulangan wang anda sebelum 10 Februari 2010! Saya tak join swisscash ni, cuma saya nak maklumkan kepada sesiapa yang belum maklum. PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (573259-K) telah dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bertindak sebagai Pentadbir bagi penilaian tuntutan dan pengagihan wang kepada pelabur yang layak dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash (“Pentadbir” atau “Administrator”).
Post ini adalah rentetan ramai pembaca ingin mengetahui maklumat lanjut cara untuk mendapatkan balik duit mereka dalam post swisscash bayar balik duit peserta sebelum ini. Jadi saya buat satu post khas untuk maklumkan kepada sahabat semua yang dah terjoin dan tertipu dulu dalam skim ni.
Notis diberi kepada semua pihak yang telah melabur dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash hendaklah menyerahkan tuntutan mereka dalam bentuk tulisan untuk sampai kepada Pentadbir pada atau sebelum 7.00 ptg pada 10hb Februari 2010. Semua tuntutan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan dan Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan. Penyerahan tuntutan mestilah dibuat seperti berikut:
Melalui Pos/Kurier | |||||||
Di alamatkan kepada: | Administrator-SwissCash c/o Suite 126, 3rd Floor, Wisma RKT No. 2, Jalan Raja Abdullah Off Jalan Sultan Ismail 50300 Kuala Lumpur Malaysia.
|
Dengan tangan | |||||||||
Lokasi: | Bilik Labuan, Tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra 41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasi Pusat Dagangan Dunia Putra
|
Setiap penyerahan mesti disertai perkara berikut:
- 1) Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan asli yang ditandatangani dan diperakui seperti dalam borang di bawah yang menyatakan jumlah yang dituntut dan kiraan terperinci (Sebagai contoh, jika anda telah melabur sebanyak USD1000 dan menerima pulangan USD300, tuntutan adalah pada jumlah USD700)
- 2) Penjelasan ringkas tentang bagaimana anda telah diperkenalkan kepada skim tersebut dan sejarah pelaburan anda
- 3) Salinan Kad Pengenalan/pasport anda atau dokumen pengenalan lain
- 4) Sijil Pelaburan yang menunjukkan jumlah pelaburan
- 5) Bukti pembayaran yang dibuat bagi setiap Sijil Pelaburan atau resit rasmi daripada penerima jumlah yang anda labur (Contoh: penyata deposit bank, penyata pembayaran kad kredit, bukti pindahan telegrafik melalui perbankan internet atau ATM)
- 6) Bukti pulangan pelaburan yang diterima setakat ini
- 7) Sebarang dokumen-dokumen tambahan anda rasa diperlukan bagi mengukuhkan tuntutan anda.
Semua tuntutan mestilah diajukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Sila maklum bahawa keupayaan pihak Pentadbir untuk memproses tuntutan anda dengan sewajarnya bergantung kepada maklumat lengkap dan tepat yang anda berikan seperti di atas.
Para penuntut yang telah menyerahkan aduan sebelum ini secara sukarela kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hanya perlu menyerahkan perkara (1) dan (2) di atas kepada Pentadbir berserta sebarang dokumen tambahan yang dinyatakan dalam perkara (3) hingga (7) di atas, yang tidak diserahkan sebelum ini.
Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun Pentadbir tidak akan mengiktiraf tuntutan:
(i) yang diserahkan selepas tarikh akhir 7.00 ptg pada 10 Februari 2010; atau
(ii) yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti tertera di atas; atau
(iii) dalam bahasa selain dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Pertanyaan lanjut?
(+603 2173 0467)
Dibuka dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Waktu Malaysia GMT +8)
Isnin hingga Jumaat kecuali cuti am untuk Kuala Lumpur
Maaf, saya sekadar berkongsi dan tak tahu menahu berkaitan claim ni. so kalau ada apa2 masalah atau pertanyaan sila hubungi nombor di atas atau terus ke web mereka di http://www.administrator-swisscash.com.my/contact_bm.asp
09 February 2010
Masa 7:29 pm
[…] dia, bukan terus call and mintak duit. Cara nak tuntut balik duit pelaburan tu, korang rujuk dekat bro Wanmus punya blog lagi senang. […]
10 February 2010
Masa 7:53 pm
Pening kepala jerk..benda dah lama..mcm2 dia org minta..
10 February 2010
Masa 10:22 pm
takpelah, paling kurang kita membantu..harap2 dah kurang yang terjebak benda2 macam ni
21 February 2010
Masa 2:55 pm
BAGI PELABUR PELABUR YANG TELAH MENGHANTAR BUKTI BUKTI @DOKUMAN PELABURAN DENGAN SWISSCASH …APA TUNGGU LAGI ..BAYAR LAH..HARAP DAPAT BALIK WANG YANG DILABUR…
01 March 2010
Masa 1:12 pm
DUKACITA SEBAB TAK SEMUA ANTARA KAMI YANG TAHU TARIKH TUTUP UNTUK HANTAR BORANG TUNTUTAN.ADA SESETENGAH ANTARA KAMI LANGSUNG TIDAK TAHU. INI AMAT MENDUKACITAKAN BAGI KAMI YANG TIDAK SEMPAT MENGHANTAR BORANG TUNTUTAN TERSEBUT. HARAP DAPAT MAKLUMBALAS DARI PIHAK TUAN.
02 March 2010
Masa 11:08 am
seperti saya dah nyatakan..saya tak terlibat langsung..sila hubungi pihak tersebut dengan nombor yang diberikan di atas..terima kasih
saya hanya berkongsi info..saya pun tak pernah join benda alah ni..hanya membantu kawan2..
13 June 2010
Masa 11:09 pm
sya x dpt ape2 brita pasal cite ni.sya dh kuar dkt 3k.agak2 bole x bantu sya dptkan duit 2 balik walaupun x semua.sya cuma ada statement mulai 5/3/07 hinga 18/3/07 itupun sya print pd 20/3/07.sya pasal website2 x brape pandai.
22 August 2010
Masa 3:13 pm
Macam mana Administrator nak minta terlalu banyak syarat. Kalau nak tahu buka balik website Swisscash yang mereka padamkan dan tengok sendiri pelaburan para pelabur. Kes ini dah lama dan yang mereka, ada yang tidak menaruh harapan baki modal pelaburan akan dipulangkan. ramai mereka yang kehilangan dokumen pengesahan pelaburan, dah lupa password, id dan sebagainya. Kerajaan pun hanya hangat-hangat tahi ayam nak kembalikan baki pelaburan. Harapkan Pagar, pagar makan Padi.
02 October 2010
Masa 3:18 pm
nak buat pe dokumen. kes ni dah lama. so, dokumen tu mungkin dh hilang. kasi number IC pun dah cukup. kalau kerajaan nak tolong. taip je number IC sure leh kesan pelaburnya. kata dunia di ujung jari…cakap je lebih. bukan nk tolong rakyat …papa kan rakyat ada la. nak buat duit sikit pun mesti ada sekatan. bukan jutaan ringgit pun. nak perbodohkan kalau dah ada pangkat.
02 October 2010
Masa 3:24 pm
cakap lebih sikit dah kena ISA….pe nie…kalau di Thailand. Negara Thailang kerajaan nak naikkan harga 1 sen kelapa pun dah gegar Bangkok…. Kita mcm na?….Berani buat mcm tu?…. nak mamposs… sebab kita ni ada adap dan tatasusila…tpi kerajaan kena faham la..tentang rakyat. jagn masa undi je nak maniskan rakyat…kita bukan budak tadika. upah je gula-gula pangkah kerajaan….contat aku 0124160048 khairie