Wahh..selepas beberapa tahun dahulu cerita pelaburan haram internet ni panas, akhirnya terjawab juga hari ini iaitu apabila Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan kes pelaburan haram Swisscash dengan mengarahkan bayaran balik kepada semua peserta..Jumlahnya ialah Rm 31 juta..perghh banyak tu duit diorang dapat selama menjalankan pelaburan menipu swisscash ni. Tapi ini hanyalah 10.8% dari jumlah sepatutnya di bayar!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.
Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.
“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.
Dipetik dari Berita Harian 13/11/09
Swisscash scam? swisscash spam? Ianya pelaburan yang haram sebab tak berdaftar. Anda terlibat ke benda ni dulu? member saya dulu ada join tapi tak pasti berapa ribu..Tapi kenapa RM 31 juta je? Bukan sepatutnya RM286.3 juta ke? Cuba cek balik post saya yang lepas paada 29/9/08 Swiss cash payback RM 286,300,000.00 to investors.. So ada lagi RM 255.3 juta yang burn macam tu saja ke? Kalau korang nak tahu, Rm 31 juta dari Rm 286.3 juta ialah hanya 10.8% sahaja!
So maksudnya kerajaan hanya luluskan 10.8% je bayaran balik..oklah dari duit korang lesap terus kan?
Syarat-syarat:
- Bayaran tidak akan dilakukan kepada semua peserta.
- Hanya peserta bawahan dapat bayaran balik.
- Rekruiter atau upline tak dapat redeem
- Perlukan surat atau apa2 bukti yang anda dah bayar ke swisscash..
- Redeem melalui syarikat lantikan sahaja
Syarat ini ada dimaklumkan dalam Berita Utama TV3 tadi dan saya rasa ramai yang mula mencari info bermula malam ni sebab nak tahu berita terkini tentang swisscash ni.
skrg dah masuk taun 2010.. apa crita terbaru
kita tunggu je lah perkembangan dari kerajaan
wokey…nim dah masuk tahun 2010 dah..tolong selesaikan duit2 swisscash nim tq for all
saya ader simpan lagi yg fotostat..boleh ke…
saya ada pelabur swisscash… malah saya sudah buang kertas sijil swisscash kerana saya sedih tak dapat balik duit.. tapi saya ada simpan id swisscash… mungkin ada caranya … harap selesai dengan selamat
semuanya kita perlu tunggu apa2 makluman dari kerajaan nanti..
hi all forumers.. camne ek nak dapatkan balik wang pelaburan dari swisscash ni… i x tahu la caranya… can u all help me????
tunggu pengumuman dari kerajaan nanti. kami pun tak tahu
semalam saya x sempat tengok pengumuman kerajaan tentang swisscash…boleh tak wanmus berikan maklumat terkini tentang swisscash tu?
ada ke? maaflah, saya pun tak tengok berita semalam
semekom bro,leh tolong saya dapatkan informasi mcm maner nak cari syarikat yang di lantik sc untuk claim lik duit yang telah saya labur,setakat nie saya blm dapat apa2 berita tentang syarikat apa yang dilantik utk claim lik duit….tolong bro saya amat memerlukan bantuan mu bro….ada no fon tak senang nak contack nanti….
wsalam. maaf, saya sendiri pun tak tahu..kita tunggu sajalah makluman dari kerajaan nanti ye
penantian satu penyiksaan..
Askm..
sekadar membantu:
utk pengetahuan, rata2 surat khabar semalam (BM, BI) ada meletakkan borang tuntutan balik modal Swisscash. syrt yg menguruskan hal2 tuntutan ni dah pn dilantik…. sila ke laman web ini tuk d’load borang… tapi tarikh tutup minggu depan .. so.. baik saudar/i cepat bertindak… salah satu keperluan utk penebusan… akuan drp suruhanjaya sumpah….
http://www.administrator-swisscash.com.my
SEMOGA USAHA SAUDARA/I DIPERMUDAHKAN…
PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (573259-K) telah dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bertindak sebagai Pentadbir bagi penilaian tuntutan dan pengagihan wang kepada pelabur yang layak dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash (“Pentadbir” atau “Administrator”).
Notis diberi kepada semua pihak yang telah melabur dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash hendaklah menyerahkan tuntutan mereka dalam bentuk tulisan untuk sampai kepada Pentadbir pada atau sebelum 7.00 ptg pada 10hb Februari 2010. Semua tuntutan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan dan Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan. Penyerahan tuntutan mestilah dibuat seperti berikut:
Setiap penyerahan mesti disertai perkara berikut:
1) Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan asli yang ditandatangani dan diperakui seperti dalam borang di bawah yang menyatakan jumlah yang dituntut dan kiraan terperinci (Sebagai contoh, jika anda telah melabur sebanyak USD1000 dan menerima pulangan USD300, tuntutan adalah pada jumlah USD700)
2) Penjelasan ringkas tentang bagaimana anda telah diperkenalkan kepada skim tersebut dan sejarah pelaburan anda
3) Salinan Kad Pengenalan/pasport anda atau dokumen pengenalan lain
4) Sijil Pelaburan yang menunjukkan jumlah pelaburan
5) Bukti pembayaran yang dibuat bagi setiap Sijil Pelaburan atau resit rasmi daripada penerima jumlah yang anda labur (Contoh: penyata deposit bank, penyata pembayaran kad kredit, bukti pindahan telegrafik melalui perbankan internet atau ATM)
6) Bukti pulangan pelaburan yang diterima setakat ini
7) Sebarang dokumen-dokumen tambahan anda rasa diperlukan bagi mengukuhkan tuntutan anda.
Semua tuntutan mestilah diajukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Sila maklum bahawa keupayaan pihak Pentadbir untuk memproses tuntutan anda dengan sewajarnya bergantung kepada maklumat lengkap dan tepat yang anda berikan seperti di atas.
Para penuntut yang telah menyerahkan aduan sebelum ini secara sukarela kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hanya perlu menyerahkan perkara (1) dan (2) di atas kepada Pentadbir berserta sebarang dokumen tambahan yang dinyatakan dalam perkara (3) hingga (7) di atas, yang tidak diserahkan sebelum ini.
Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun Pentadbir tidak akan mengiktiraf tuntutan:
(i) yang diserahkan selepas tarikh akhir 7.00 ptg pada 10 Februari 2010; atau
(ii) yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti tertera di atas; atau
(iii) dalam bahasa selain dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Untuk sebarang pertanyaan, sila layari bahagian “Hubungi Kami“ untuk maklumat lanjut.
PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (573259-K)
Pentadbir
Bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Bertarikh: 27 Januari 2010
mana borang yg pihak berkanun sediakan?
baca artikel kat blog secepat yang boleh jika anda benar2 nak keluarkan duit swisscash. Tarikh tutup permohonan pada 10 Februari 2010
no tel hotline psl swisscash ni=03-21730467..kol kol kol…jgn xkol…bagitau kt bekas-bekas pelabur swisscash lain jgk…
Saya ada 3 akaun dengan swisscash. Nmbor akaun itu adalah gabungan dengan 4 digit mykad. Dokumen-dokumen lain saya tiada. Cukupkan dengan menyertakan nombor akaun pelaburan swisscash dan salinan kad pengenalan?
Tq.
dapat akuan dari suruhanjaya sumpah tu , pergi ke majistret ke atau mahkamah atau macam mana, ada bayaran juga kah?
TQ
fuh..tapi kenapa hanya 10% sahaja??
berdering-deringla telefon tu..huhuu
wahh thanks bro kerana update tentang ni
wahh mantop..terima kasihlah tolong update post ni..japgi saya wat post baru yer
tu mungkin kene call mereka yang bertanggungjawab
salm wanmus, sy ada sijil pelaburan swisscash tp, slip bayran pulangan tak dak, macam mana dpt sy claim back yg baki lagi tu?
I pun labor! Tapi takda bukti banking sebab upline hanya ambil wang saja.Tapi dalam webside ada nama dan butiran akaun.malangnya cetakan sijil dan butiran bayaran dah hilang.Saya harap pihak t’jawab cari bukti bayaran dari webside. Dalam webside mesti ada nama dan no kp!Itu dah cukup untuk buat bayaran.Janji dpt wang yang labor dah cukupdah.Tolong uruskan..!
saya nak tanya apa maksudnya notis ini memberi kesan kepada hak perundangan – adakah kita akan dipanggil oleh pihak kerajaan untuk menjadi saksi kepada mana-mana perbicaraan nanti. Sekiranya kita dipanggil utk menjadi saksi, adakah semasa proses itu dijalankan tindakan membekukan harta kita akan diambil? Ini saya dengar dari orang2 uplne saya dulu. Tolong jelaskan.
salam wanmus, kenapa tidak jawab pertanyaan kami? sudah banyak komen ni, saya nak dengar komentar drp wanmus pula. tolong la. bol
maaf saya tak tahu. saya hanya sampaikan setakat saya tahu sahaja. untuk pertanyaan, sila ke web dan nombor yg telah diberikan.
anda boleh hubungi dan bertanya kepada mereka yang lebih tahu di http://www.administrator-swisscash.com.my/contact_bm.asp
Terima kasih
TQ, ADA MEMBER TANYA BG KAKITANGAN KERAJAAN, TIDAKKAH INI SATU PERANGKAP PIHAK KERAJAAN UTK MENDAKWA MRK KRN TERLIBAT DGN PELABURAN SWSCASH?
wanmus, macam mana ni upline saya tak mahu bantu saya, dia kata semua dokumen dowline dah hilang, kerajaan nak perangkap kita je, susah nak dpt duit bali dan macam-macam lagi. Saya cadangkan kpdnya supaya buat satu perjumpaan dgn semua downline dan bincangkan bagaimana jalan terbaik utk mendapatkan duit, tp dia siang-siang lagi kata tak mungkin dpt duit tu. Mcm mana, saya masih simpan sijil itu, saya juga ada salinan tarikh-tarikh saya mula melabur tetapi upline tak pernah print jumlah duit yg saya dah dpt, so sy tak ada pament slip la, masih ada jln lagi ke utk sy claim back wang tu? tolong jelaskan ye…..
maaf, tu saya tak pastilah pulak.tapi kalau dia nak tangkap orang yang join benda camni pun nk watpe..yang salah tu si penganjur, so penganjur dah kene hukuman. cubalah call mereka tanya..saya tak boleh berikan apa2 jawapan.
Terima kasih
Peserta Swisscash Segera Dapatkan Balik Duit Anda
[…] ramai pembaca ingin mengetahui maklumat lanjut cara untuk mendapatkan balik duit mereka dalam post swisscash bayar balik duit peserta sebelum ini. Jadi saya buat satu post khas untuk maklumkan kepada sahabat semua yang dah terjoin […]
Salam….saya nak tanya..apakah maksud peserta bawahan? dan apakah syarat2 yang diterima utk mendapatkan kembali wang mereka balik?
wsalam..maksudnya bukan top level referer lah..orang atasan yang cari orang..nak pengesahan boleh hubungi mereka yang berkenaan
bagi mereka yg terlewat hantar borang camner.
masih ada harapan lagi ker nak dpat balik?
yang tu kene call tanya pihak pentadbiran..saya tak terlibat langsung tentang ni..terima kasih
SLM…
Bg mereka2 yg telah melabur dgn swisscash tu..last claim aritu bln Feb 2010…itupun pun yg claim terlalu ramai beb…dan sampai skrg masih blm terima lagi claim yg di buat…kalo setakat nnk tuntut bg no ID@nama introducer..mmg diorg tak layan…diorg nk yg hitam putih..itupun kena tgk betoi2 br leh dapat blk duit tu…fuh.!!!..mmg sakit kpala n hati beb.,nak lak org mcm aku ni nk claim dh tutup..coz ramai sgt.lg menyirap bai……so byk2 kan doa kengkawan..minta kerajaan byr secepat yg mungkin..AMIn…
bro duit 2 kite nak klim kat mana?
klu dah lps bln 2.bleh klim lg x?
Kepada sesape yg dah hantar borang “swisscash internet investment scheme statutory declaration as to proof of claim” check kat link ni letak ic contoh 000000-00-0000 good luck
http://www.administrator-swisscash.com.my/swiss/
Aku dah check nama ada. Pembayaran balik melalui chek rm500 dari pelaburan sebanyak rm25,000 biarpun ada bukti transfer ke Swisscash. Ada bukti pun belum tentu dapat penuh .
macam mane dgn org yg baru melabur contoh usd1000 dapat 100% x?
Sy dah baca AFIDAVIT dari secom..hanya 40% sahaja yang akan dibayar. Pelabur dibahagikan kepada category A-H, category A, B & H sahaja yang akan dapat 40%…sila rujuk website http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=879…60% siapa yg ambik
aku bila baca skim cepat kaya ni, sedih pasal tgk org tipu org. lagi sedih bila yg terkena org melayu. lagi suwey bila yang buatnya adalah org melayu sendiri.
hmmmm… kita kenelah beringat nak melabur ni kene berhati hati ramai sgt yg nak menipu.
ini ada plak yg meminjam kat bank nak buat investment, sudahnya terpaksa menanggung hutang bertahun tahun.
dari apa yang aku lihat macam kes noradz travel tuh, apa depa buat bagus, cuma caranya tak betul.
apalah salahnya minta kebenaran dari bank negara kalau benar nak buat bisnes tolong org melayu..
lebih baik melabur dalam amanah saham, walaupun untung tak besar tapi for long term confirm untung.
by the way aku bukan la ejen unit trust.
ini cuma pendapat 1 sen ambo ajer.
Tuan tlg aku yaa , gmn prosos untk mengembalikan dana tmn tmn yg bergabung sc ,byk orang yg tntut sy , sy mmber sc di lombok mataram NTB.indonesia .triama kasih tuan sebelumnya,smg kt mndpt rahmat Nya .AAmiin
kalau ada no akaun swisscash….tak kan x leh u all wat keja kot. nak cari bahan bukti tu dah lama . mana ada….usah menyusahkan pelabur yang dh terkena la.
duit kita orang yang penat-penat nak join…mana tau halal ke haram ker. jagan ingat semua org tau kes ni. org kampung bukan semua ada internet.
katanya kerajaan nak tolong pulangkan balik duit pelabur swisscash. usah la nak susah2 kan pulak. kalu i.c pun dah kerajaan boleh kesan pemiliknya. wal hal…hanya number ackaun pun leh kesan la. tak payah nak tunjuk dokumen swisscash dulu2 nie. kes dah lama may be …org dah buang dokumen tersebut. nak rampas senang je kau orang buat….yang naya rakyat yang benggong ni la. pihak admin mau cekap la. bukan kes bunuh pun nak kan dokumen yg detail. atau perangkap dari pihak berkuasa nie….