I-Rich 696 Skim Cepat Kaya Diserbu Pula!

Penulis: wanmus Kategori: Buluhmas | Ceramic Business Club | Jutawan | Kaya | MLM | Skim Cepat Kaya | Uptrend Tarikh: 29 October 2010 | 80 komen

I-Rich 696 diserbu! I-rich 696 sebuah kumpulan atau group di bawah MLM Uptrend diserbu pihak berkuasa semalam. Bukan i-rich 696 sahaja team yang dibawah uptrend malah banyak lagi dan antaranya yang kuat berlagak ialah unstoppable. Pihak berkuasa menyerbu pejabat gerakan mereka di Taman Equien, Seri Kembangan serta menahan pengasas kumpulan tersebut. Modal hanya 3,000 tapi pulangan 100,000 dalam sebulan! Giler ke ape..Tapi itu janji mereka

Akhirnya penipuan mereka terbongkar. Mau taknya. Mesti ramai akan report atau lapor kepada LHDN dan KPDNKK jika janji mereka tak ditepati. Yerlah dah keluar RM3K, mesti nak balik modal paling kurang. Last-last bila tak dapat cari orang, duit itu lebur..Rm 100,000 hanya dalam MIMPI!

Saya cukup GERAAAMMMMM dengan program atau skim macam ni. Dia suka-suka tipu orang lain dan guna nama perniagaan internetlah, skim apa2 lah, program apa2lah..semua tu nak mengaburi mata orang ramai. Jadi kita yang buat perniagaan betul ni akan rosak.

Bila kita sebut nak kena keluar modal, mesti diorang akan kata ini adalah MLM. Banyaklah korang MLM. MLM ni Multi Level Marketing, komisyen diberikan mengikut level ahli dan diberikan untuk jualan yang berlaku dan bukannya mengikut berapa kepala anda dapat. Semua kononnya financial planning tu semuanya nak mengaburi mata kita. Yang penting mereka telah bina satu sistem pelaburan yang salah disisi undang-undang. Antara web promosi i-rich ialah http://paripariduit.blogspot.com/

BILA SEBUT KEPALA, ITU ADALAH SKIM PIRAMID!

Walaupun tak disusun dalam bentuk piramid, skim tersebut tetap dinamakan skim piramid atau skim cepat kaya! Lagi satu bila perniagaan atau pelaburan itu dijanjikan dengan pulangan tak masuk akal, itu juga skim cepat kaya! Jadi tolonglah jangan masuk. Jangan nanti nak labur duit tapi jadi lebur duit pulak

Ikutlah guna nama MLM uptrend atau apa jua MLM, jangan masuk kalau diapproach guna kepala dan bukannya guna komisyen pembelian produk. MLM asalnya akan beri anda komisyen jika beli produk! dan untuk pendapatan tambahan, carilah orang dibawah anda..tu pun mesti berasaskan produk dibeli dan bukannya berapa kaki anda dapat.

Rosak habis bisnes MLM kalau macam ni.Tolonglah pandai beza antara skim cepat kaya dan MLM sebenar

Kepada yang masih promote benda macam ni tak kiralah I-rich, Family atau apa jua! Bertaubatlah! sebab menipu orang itu haram! Janji tak tepati itu HARAM! Makan duit HARAM, pikir2lah sendiri nanti..Nauzubillah.

Saya mula bercerita tentang MLM tipu ni dari buluhmas aritu masa Buluhmas diserbu sebab kutip pelaburan tanpa lesen. Aritu ceramic kena serbu, ramai juga mengamuk kat blog ni..last2 setuju pula yang syarikat ceramic sekarang dah menipu mereka. Steven cafe dan island red cafe pun diserbu, sehingga kini kedai mereka semua ditutup tnapa berita. Pastu One Team diserbu, sama juga sebab cari orang dan tak ada produk..aduss..pelaburan bentuk ape tu cari orang saja tanpa ada produk



  1. Pentadbir i-SMART

    Salam. saya x sokong @ bangkang mana² pihak, sbb kita xtaw benda tu betul @ salah. Before kita nk hukum, adakah mahkamah da jatuhkan hukuman pd mereka? So, bersikap la adil. Jgn kerana kita x mampu naik atas, kita jatuhkan org² lain supaya xleh naik atas mcm kita.

    Saya dulu pun skeptikal/negatif dgn MLM, tp bila sy byk bercampur dgn org MLM, sy dpt beza antara konvensional & MLM business. for ur info, industri MLM byk menjana duit utk negara kita & byk org yg berubah nasib bila buat MLM.. dan ni info yg sy baru dpt smlm dr sumber yg boleh dipercayai.. Uptrend Network Sdn Bhd dpt renew lesen AJL utk 3 thn lagi. so, sy rasa xde masalah, kan? ada lg info.. selain dpt pengiktirafan “Muslim Friendly Organization” dr PPIM, Uptrend gak ada penasihat syariah iaitu Ustaz Azhar Tuarno (imam masjid negara).

    Emm.. byk lg la klu sy nk citer kat sini. pd majlis gemilang uptrend 2010 yg baru lps.. since penubuhan dr 2004 to date, uptrend da melahirkan lebih 100 jutawan & lebih 90% adalah drpd org melayu beragama Islam. tahla, sy xde motif pape pn, cuma kongsi citer supaya ramai yg terhindar dr dosa memfitnah. Wallahualam~!!

    p/s: i-Smart bkn grup MLM, xde kena mengena dgn Uptrend @ i-Rich. nama ni sama sbb kebetulan.

  2. fussycat

    ini bukan mslh uptrend..tp mslh gharar n shubhah i-rich696..rujuk pakar muamalat islam yg sbnr..

  3. reezluv

    syukur rasanya aku takla berminat nak join ni semua..tapi still leh wat duit online..hehee

  4. Pentadbir i-Smart

    cik FUSSYCAT, sy rasa sy x perlu ulas lg. duk rujuk pakar ke ape?? sape pakar yg dimaksudkan?? sy rasa x perlu sy nk ulang lg. SILA BACA/RUJUK KOMEN SY YG DIATAS B4 SURUH ORG LAIN RUJUK.. tQ 🙂

  5. wanmus

    awak ada masuk i-rich ke? pihak berkuasa takkan serang dan serbu kalau xde bukti yang terang dan cukup. dah riuh i0rich diceritakan menjual produk uptrend tapi gunakan cara yang mereka create sendiri. Jadi ianya bukan masalah dengan MLM uptrend tapi masalah pada sistem skim cepat kaya yang i-rich cipta.

  6. TIPS BUAT DUIT

    Biasalah tu,..Konsep MLM mmmg mcm tu..
    bnda tu sebenarnya betul. cuma “cara penyampaian oleh seseorang individu itu” yang membuatkan bisnes tu lingkup.

    Pada saya,
    xkisahlah. Yang penting org tu bleh guide dengan cara yang betul. kalau setakat nk duit org je.mmg x menjadi le jawabnya..

    p.s: konsep donald trumph la katakan…

  7. Hamba Allah

    Salam, rakan seagamaku semua. Jgnlah kt menjadi seperti org yg tiada pengangan agama. Bila masuk berita anda semua percaya 100%. Sedangkan bukankah anda masih tdk tahu permainan dunia yg kecil sentiasa di tindas? Kadangkala yg x silap pun org boleh nampak silap sbb undang2 dunia semua manusia yg buat. Jadi kenapa tuan begitu beria2 menjadi segolongan org yg memorakperandakan umat seagama & sebangsa kita. Bila ckp soal politik, semua kecoh jgn percaya berita itu & ini… Tapi bila berbicara tentang gosip2 hangat semua percaya 100%. Masing2 nak mnghentam & di sudut hati ade trsimpan dendam serta personal. Masyallah… Sudah2lah tu, biarla kt takutkan hukuman akhirat daripada sibuk nak sebarkan cerita yg kt sendiri pun x tahu betul @ tidak. Bukan kt x pernah dgr yg x bersalah dipersalahkan & yg bersalah dilepaskan. Jadi sy cadangkan tuan lebih baiklah membuat artikel2 yg berunsur positif, lebih membantu membina minda kt lebih baik. Jgnlah kt mnjadi penanam rasa enci sesama manusia walaupun niat kt nak memperbetulkan keadaan, takut terpesong ke lain jdnya. Sy seperti tuan dahulu lakukan apa yg tuan buat, & sy mengalami pengajaran yg sgt besar. Biarlah semuanya ditentukan oleh Allah swt. Kalau irich nak buat solat hajat kenapa perlu kt keji@ perli. Mereka berhak & kenapa kt perlu prsoalkan, adakah kt takut?

  8. Pentadbir i-SMART

    x, sy x pnh pn join i-Rich. biasa la, PBT ni akan serbu bila ada aduan. tu normal. tp pape pn, masih dlm siasatan, dan x kena tuduh lagi kat mahkamah. tp mungkin gak sistem skim cepat kaya yg i-Rich cipta yg menjadi masalah.. tu sy mmg xtaw & x pnh kaji cara i-Rich. apa2 pn.. kita tggu & lihat. x perlu kita memandai-mandai.. free jek dpt dosa ;)=

    p/s: admin wanmus 100% ke fhm taktik/sistem i-Rich? Sekadar kepastian.. sbb biar kita dosa seorg, jgn kita SURUH org lain wat dosa gak (lebih baik klu kita x wat dosa la sebenarnya)

  9. Shahrul

    Buat dosa apanya, admin kongsi supaya org lain beringat supaya tak terjebak. Admin menulis berdasarkan maklumat sedia ada. Dah berita kene serbu, tulis pun kene serbu. X de pun kene serbu, buat andaian org berdosa. Mmg pun siasatan akan mengambil masa. Lepas siasatan, mungkin admin akan kongsikan perkembangannya.

  10. Pentadbir i-SMART

    x salah admin kongsi. tp cuba en. Shahrul baca segala komen drpd mula.. x ke da masuk mengutuk? sebab aper? adakah klu admin x mulakan topik ni, benda akan jadi camni? sedarlah wahai org Islam semua (kebykkn nye melayu), ramai diantara kita ni masih lagi dgn PHD nya.. klu kita xleh berjaya spt mana org lain berjaya, kita sanggup jatuhkan dia~!! Tahla, sy cuma menegur. rasanya semua kita disini berakal & waras. Klu rasa dgn mulakan topik cmni & bila org komen mcm², x membawa ke arah dosa.. terus kan laa dgn amalan ‘kutukan mulia’ ni yer?? jd fikir² kan la yer, En. Shahrul?

  11. Shahrul

    Itu masalah org2 yg komen la. Biasa la manusia, lebih byk buruk daripada baik. Manusia sebaik2 kejadian, tapi entahlah nampak mcm manusia byk sifat2 buruk. Aku pun x betul gak, komen aku ni pun akan nampak buruk kpd org lain juga.

  12. wanmus

    saya tulis bukan untuk memburukkan tapi kan terbukti dah dalam paper dan tv benda yang dijual tu salah. kalau tak salah, takkan pihak kementerian berani gi serbu. tak caya? ok nanti tengok result pihak mereka ni salah atau betul. saya geram sebab benda MLM ni asalnya betul tapi dah jadi tak betul sebab mereka yang rosakkan program tu sendiri..

  13. Lydia

    Blog yang bagus, artikel yang penuh dgn info. Thx for posting n educating the readers.

  14. Wak Luuuu

    Sekadar berkongsi…mmg ada yg betul dikatakan oleh i-smart ttg company ni…company mmg ligel no problem, mmg dh lahirkan 100 org jutawan dr kalangan org Islam, tp agak2 nya sapa yg lg2 jutawan/hartawan??? mestilah owner dia kn…sapa dia adakah dia org muslim juga…mengapa kita harus kayakan mereka…bukan nk timbulkan isu rasist, tp kebanyakan company MLM ni owner dia phm2 saja la…sapa kata bisnes lain x bole nk kaya…contoh la mcm Syed Mokhtar, Otai burger,Ramly, jutawan peternak lembu dan rusa, dn bnyk lg la org melayu kt yg berjaya…tiada yg mustahil…cuma nk atau x nk je…tq…w’salam…

  15. wanmus

    i-smart ni sebenarnya bukan company sebab dia hanya jual plan pemasaran produk MLM lain..diorang hanya keluarkan 1 plan sendiri tapi salah disisi undang-undang..

  16. PENTADBIR I-SMART

    Sape kata bisnes lain xleh kaya? Bisnes mmg boleh kaya.. 9 drpd 10 punca pendapatan adalah dr perniagaan/bisnes (bukan pelaburan ya??). Betul.. “Syed Mokhtar, Otai burger,Ramly, jutawan peternak lembu dan rusa, dn bnyk lg la org melayu kt yg berjaya”.. Malah Syed Mukhtar adalah idola saya.. saya bangga dgn org Islam mcm Syed Mukhtar. Tp saya nk tanya Wak Luuuu.. BERAPA LAMA MASA YG SYED MUKHTAR TELAH AMBIL UTK MENJADIKAN DIA DI TAHAP SKRG?? Adakah dia dpt tolong org² lain secara direct utk menjadi kaya seperti beliau??

    p/s: En. WANMUS.. thehehehe.. bkn i-smart tu.. i-rich. nnt org salah sangka saya plak 🙂

  17. wan muhamad adib

    janganlah kite salahkan MLM, ianya slah atu cabang bisnes. yg salah ialah org tu sndiri yg memebuat penyelewengan
    andaikan hri ni kite diberi pisau, yg menikam org lain bukanlah pisau tp. niat org tu sndiri yg berbuat jahat.

    Disini saya menyeru siapa la nk buat betul2 bisnes yg elok ..
    la … layari skorA blogspot
    memng bermanfaat , dan mempunyai msa depan yg cerah, e mail sya untuk hilangkan syak anda..
    sekian

  18. poco2

    UPTREND is good company,klu x.. Xkkan r dowg leh dpt mcm2 anugerah btol? dpt lahirkan ramai jutawan btol?
    cuma… sebilangan org dalam company tuh wat sistem yang mngelirukan org…
    baru2 nh saya de dgr talk pasal nh.. dia trus talk psal guna kad tuk brlnja n dpt duit… then trus talk psal cara wat network..
    aduhh… kan uptrend de brg, np dia Xckp psal produk?? takot ke?? klu bgus, np Xckp….?? then… np dia Xckp psal company dl… masuk2 je, ckp psl income dia… guna kad tuk brlnja…then cara wat network…
    dia main psiko… ak igt dah jutawan, pandai r… rupa2nya krg cerdik juga tang bg talk….

  19. kasimo

    betul tu… MLM sebenarnya betul tapi orang salah gunakan jak…

  20. jutawansenyap

    mlm memang dah busuk dah tu pon disebabkan kebanyakan ahli mlm sendiri yang banyak gunakan mlm pon untuk cepat jadik jutawan segera… dapat duit haram memng tak kemanaer lah

  21. mhnizam

    tul tu bro duit haram tak berkat tu…buat la bisnes lek lok bukan buat skim cepat kaya

  22. kasimo

    paling best kalau meraka ni nak buat promisi… ble makan free tu…

    tapi kena tahan telinga sikit dengar ceramah dorang..

  23. mhnizam

    makan free?i like haha…tp biasa la diorang akan call korang hari-hari n macam2 la…teknik psycho dorg

  24. akuorgkmpng

    cehh..
    slmt aku xjoin ni dlu..
    hahaha..
    rupanya penipu..
    dh agak dh..

  25. lin azlina

    i-rich xpenah dgr lagi…tp sy kena tipu ngan island red cafe..huhu..pengajaran…

  26. akuorgkmpng

    ye ke??
    byk mna rugi?

  27. aini

    padan muka dia org kena serbu…terutama yg baju kuning dalam video tu, ceramah sana sini, duit masuk ribu riban, tapi saya nk tau gak, nafkah anak tiap2 bulan bayar ker……kalau anak sendiri x tertanggung pastu pakai bmw nk tunjuk lagak…..hellooooo…..ceramah awak x kemana pn….ini ler tuhan baru tunjukkn sikit…..renung2kn….selamat beramal

  28. Adib Wasit

    saye pon geram jugak ngan bende2 macam ni…punye senang nak dapat duit banyak2 macam tu…x logik langsung…sampai bile la org melayu kite nk di buaikan dengan bende macam ni…kenape perlu ambik jalan yang sangat mudah untuk mengaut keuntungan dan akhirnye terjebak dan menyesal…x paham

  29. PENTADBIR I-SMART

    keh3 IRC? adoyai~!! bisnes ialah bisnes. kena faham tu. pelaburan ialah pelaburan, bkn bisnes. makan ialah makan laaa.. xkan la makan dpt duit kut?? makan.. kenyang perut je laaa~!! nak mudah.. tanggung la risiko. maaf cakap. semua org nak kaya, xde sape nk miskin. tp agak2 laa klu nk kaya, kena ikut bagaimana org kaya jadi kaya. kita buat apa yg org x pernah buat, kita dapat lah apa yg org x pernah dpt. as simple as that

  30. Lagi Syarikat Pelaburan Diserbu Bank Negara

    […] masalah ini akan sama macam pelaburan swisscash,  i-rich 696, mlm one team, buluh mas, mlm restoran steven’s corner dan island red cafe,  asia ceramic […]