Anda Labur Atau Lebur Duit?

Penulis: wanmus Kategori: Internet | Pelaburan | Penipu Tarikh: 18 May 2009 | 52 komen

Anda pernah melabur? Pulangan macamana? tak dibayar langsung? tapi napa still ramai jugak melabur walaupun tahu janji pulangan berlipat kali ganda tu tipu? Itulah kita, dijanjikan dengan pulangan berganda-ganda dah gelap mata.

Ramai yang dah kene tipu..contohnya yang dialporkan oleh Kosmo hari ini: Ditipu tokoh Maulidur Rasul

“INGATKAN ini peluang buat duit, tapi akhirnya duit lebur begitu saja.” Itulah luahan seorang mangsa pelaburan skim cepat kaya, Faizah Mustopa, 54.

Beliau mendakwa ditipu bersama kira-kira 2,500 pelabur lain oleh syarikat ala skim cepat kaya yang dikendalikan seorang lelaki yang pernah menerima anugerah Maulidur Rasul.

Dia yang ditemui Jurnal baru-baru nampak tenang walaupun RM45,000 duit yang dilaburkan dalam syarikat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu lesap.

“Pada mulanya saya was-was juga, tapi memandangkan dia ialah bekas pegawai kerajaan dan antara penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan, saya terpukau mendengar projek-projek yang bakal dijalankan hasil daripada pelaburan itu.

“Fikir saya, masakan dia mahu menipu kaum sebangsa dengannya? Dia pun bukan sembarangan orang,” katanya.

Nampaknya kita sesama Islam pun nak tipu.. wan mus tak pernah kene, memang lah ckp macam tu!! Mana ada, saya lagi teruk, siap dia mengaku “dengan NAMA ALLAH, saya takkan nak tipu bro“. perghhh..kalau dah janji dengan nama ALLAh, takkan tak caya lagi..tapi rupenya bukan saya sj kene tipu malah ramai lagi.. Itu dah bukan orang Islam tapi hanya bertopengkan ISLAM!

Macamana nak elakkan kena tipu? Berdoa dan berhati-hati.. Kalau dah orang yang kita hormat pun dah menipu, orang lain apatah lagi.. betul x? Satu lagi, kita kena ada ilmu jgk dalam bab pelaburan dan pengurusan kewangan supaya tempat dan cara kita melabur tu betul. Oleh tiu, saya nak sarankan satu ebook dan bagus iaitu ebook Pengurusan Kewangan. Dalam ebook ini ada diterangkan pelbagai cara untuk melabur dan gunakan hak kita dengan betul. Dengan ebook ini jgk, kita diajar cara nak buat duit dengan bank tau..hoho..kita takkan takut lagi dengan bank tapi kena baca betul-betullah ebook ni.



  1. Ronaldmohoni

    Betul tu bro, sekarang nih dengan kawan pun kita kena hati-hati.

  2. Ronaldmohoni

    Skim-skim sebegini sukar untuk dihapuskan. Sentiasa akan ada program baru yang muncul.