Ikan Keli Babi Lagi?

Penulis: wanmus Kategori: Babi | Berita | Ikan keli Tarikh: 18 May 2009 | 12 komen

Wahh..selepas post tentang ikan keli diberi makan bangkai babi, kini timbul pula isu ikan keli bersihkan air kumbahan babi..dan apa lagi, ikan tu dijuallah.. Anda orang Perak? Anda selamat kerana dikatakan ikan keli kumbahan babi ini hanya dijual di luar Perak..semuanya dibongkar oleh Kosmo.

‘Kita hanya jual di luar Perak’ – Ternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babi

IPOH – Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi? [Gambar dibawah] SEORANG penduduk, Azmi Yunus menunjukkan salah satu kolam ternakan ikan keli yang menggunakan air kumbahan babi di sebuah kawasan dekat Ipoh semalam.

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini. Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk ‘membersihkan’ air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain. Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

“Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi),” katanya yang enggan dikenali. Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.

“Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,” katanya sebelum meminta kami beredar.

Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi ‘makanan’ ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut. Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.

Dipetik dari Kosmo Ternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babi

Dapatkan sekarang Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli !!

ternak ikan keli



  1. shamxo

    perghh..sib baik aku org perak..tapi pelik pihak berkuasa ni..takkan benda ni nak didadahkan baru nak ambil tindakan..ke dah kena Rasu**ah

  2. wanmus

    betul tu bro..takkan sampai macam ni diorang boleh tak nampak lagi..tak nampak atau buat-buat tak nampak diorang ni..susah betul

  3. zura

    sy tak faham la.. bende besar cmni kenapa cuma metro yang kuarkan berita.. mana yang lain2… ni bukan hal kecik.. tentang halal haram.. kenapa tak disiasat dengan detail..

  4. wanmus

    @zura: betul tu, kalau kat tv tu Karam Singh Walia, mana habis pergi wartawan lain? semua pakat nak bercerita bab artis je ramai..cubalah bawakan berita tergempar macam ni

  5. klon mohiden

    hehe ni aku dh tau lama dah…ustaz2 kat perak dah heboh lama dah..sejak tu aku xmkn kkeli…ewww hakk tui

  6. wanmus

    @klon mohiden: sepatutnya benda macam ni dah lama dihebahkan.

  7. jutawansenyap

    jadik geli plak aku nak makan ikan keli

  8. mat kalut

    loya tkuk aku ishhhh

  9. mat kalut

    ni la negara 1islam pimpinan najib

  10. mat kalut

    bukan geli je nk muntah tgok..bayang bab* pn dh geli

  11. Ronaldmohoni

    Rasanya tak sampai Sabah kot. kat sabah ikan kelinya original dari sungai.

  12. Ronaldmohoni

    Biasalah, sibuk bergosip. Asik tulis isu politik kott.