Ape Benda Konglomerat Tu?
Apa benda konglomerat tu kalau anda tahu? Saya pun dulu pernah dengar 2-3 kali je dalam hidup ni tapi sekarang barulah saya tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan kong-lo-me-rat ni. Ianya berkait rapat dengan syarikat besar dan gah! Tapi apa maknanya?
Konglomerat;
- batu ~ batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat;
- (Eko) firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian.
Maksud ini diambil dari Kamus Dewan Edisi Ketiga yang termasuk dalam himpunan 18 kamus dalam E-kamus saya. Jadi syarikat konglomerat adalah syarikat yang meliputi pelbagai bidang perniagaan dan mempunyai banyak anak syarikat.
Konglomerat contohnya ASTRO ALL ASIA NETWORKS plc atau lebih dikenali ASTRO (All-Asian Satellite Television and Radio Operator). Kenapa? sebab ianya merangkumi pelbagai aspek perniagaan dan anak syarikat contohnya Maxis, Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., MEASAT Publications, Tayangan Unggul, Astro Shaw dan Airtime Management and Programming Sdn. Bhd. (AMP) yang menguruskan 8 stesen radio iaitu ERA.fm, MY FM, hitz.fm, MIX fm, LiteFM, SINAR, XFM and THR.
Wah sebut bab ASTRO, nak ucapkan tahniah kat Hafiz sebab jadi Juara AF7 (Akademi Fantasia 7) tadi. Tempat kedua AF7 dimenangi Aril, ketiga oleh Akim, keempat oleh Yazid dan kelima oleh Isma.. tahniah kat aril jugak sebab walaupun baru di Afundi masuk, terus naik tempat kedua..isma pulak jatuh ke tempat last..
opps..terlebih pulak cerita bab AF..hehe..ok sambung bab konglomerat ni..
Selain ASTRO,antara syarikat konglomerat berjaya di Malaysia ni ialah Sime Darby, Berjaya Corporation Berhad, YTL corporation, MMC Corporation Bhd, HPA Industries Sdn. Bhd. dan Kulim (Malaysia) Berhad. Nama-nama ni semua saya pasti ada antaranya biasa kita dengar. Syarikat ini mempunyai cabang perniagaan yang pelbagai dan meluas.
Contohnya Kulim (M) Berhad adalah antara anak syarikat Jcorp atau Johor Corporation dalam bidang perladangan kelapa sawit pada asalnya. Tahun demi tahun, Kulim Bhd ini telah melangkah lebih jauh. Begitulah sehingga Jcorp melalui Kulim (M) Bhd berjaya mendapatkan QSR Brands Bhd yang mana pemegang saham terbesar KFC Malaysia. Lalu ianya menjadi syarikat pemegang saham terbesar dalam KFC dan anak syarikat KFC iaitu Pizza Hut, Rasa Ayamas dan Sos Life.
Jadi, alangkah gembiranya kalau kita dapat tengok lebih banyak syarikat Melayu berjaya menjadi syarikat konglomerat di masa akan datang.. Kalau nak rangka syarikat, rangkalah ia menuju ke arah sebuah syarikat konglomerat.. Wanmus macamana? hehe..dalam perancangan tu memang dah ada tapi banyak lagi perancangan ni perlu diperhalusi..
17 May 2009
Masa 3:21 am
aku pun baru tahu makna konglomerat nih.
betul.. betul.. bagusnya kalau lebih banyak syarikat Melayu yang jadi syarikat konglomerat pada masa akan datang =D
17 May 2009
Masa 9:20 am
hehe..tulah nak berkongsi ilmu yang ada sikit ni.. lagi bagus kalau kita sendiri dapat buat syarikat konglomerat kan?
17 May 2009
Masa 11:12 am
byk cabaran nak kene hadapi kalo nk buat syarikat konglomerat ni..
tp x mustahil dengan usaha yg bersungguh sungguh dan jitu.. hehe
17 May 2009
Masa 1:31 pm
betul tu anarm..tapi tuhan jelah tahu kalau kita dapat wat syarikat konglomerat kan? kecik2 pun jadilah..hehe
11 March 2010
Masa 12:23 pm
BOLEH X SAYA NAK DAPATKAN DATA 100 SYARIKAT KONGLEMERAT TERBESAR DI MALAYSIA?
07 February 2011
Masa 4:34 pm
oo baru kau tau ingatkan same jer mane korparat or korprat nihi
18 February 2011
Masa 3:03 pm
Nampaknya E-Kamus bro tu kira ok jugalah. banyak maklumat yang terkandung.