Macamana Nak Beza MLM Dan Skim Cepat Kaya?
Skim Cepat Kaya atau dulu skim pak man telo kini makin glamour..tapi tak pernah saya dengar skim2 tersebut mereka panggil skim cepat kaya..malah bukan juga MLM dan skim piramid..tapi still jalan guna teknik multi level…so apa benda tu? Tu lah skim penipu yang cuba nak menipu orang..mereka pusingkan cerita supaya kita tak nampak macam skim cepat kaya padahal dah terang-terangan menipu..
Kenapa ni terjadi?
Tahukah anda setakat 3 mac 2010, mengikut bancian dibuat, sebanyak 2.78 juta langganan jalur lebar (broadband) seluruh Malaysia dan daripada nilai itu, 2.1 juta adalah langganan jalur lebar dirumah.wahhh..ramai tu. dari 2.1j pelanggan internet kat rumah, berapa % je yang tahu bisnes mane tipu, bisnes mana betul? Rasanya dalam 10% je kot.
Alaaa takyah nak kata kat orang kampung lah, orang cerdik pandai yang ada ijazah atau master pun senang2 diorang tipu..Bukan susah..Tayang kereta mewah, BMW, Mercedes, Mazda, Honda pada usia muda, kejap je tangan diorang terketar2 nak sain borang..betul x?
Orang ramai tak caya bila saya cakap benda tu skim cepat kaya terutama masa kontroversi buluh mas, island read cafe dan stevens cafe, swisscash dan ceramic club yang diserbu bank negara. Mereka masih nak bertekak katakan bisnes mereka tu betul..Padahal bank negara takkan main2 serbu bisnes orang kalau tak cukup bukti..
Nahhhh..jawabnya sampai sekarang tak ada yang dilepaskan oleh Bank Negara Malaysia..
Kalau ikut senarai dari kpdnkk atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di laman web mereka, senarai syarikat jualan langsung di Malaysia samada 1 level ke, banyak level ke sehingga Dis 2008, sebanyak 670 syarikat tersenarai berdaftar..sekarang dah Ogos 2010..tak tahu dah berapa nilai ni bertambah. Anda juga boleh semak senarai syarikat jualan langsung kat laman web mereka tu di kpdnkk.gov.my
So lepas ni tolonglah jangan leburkan wang anda lagi!
ok, ni cara mudah nak kenal pasti program atau bisnes yang member kita ajak atau yang kita tergoda tu adalah benar berdaftar atau tidak..
- Sudahpasti semak dengan kpdnkk di hotline mereka 1800-886-800 atau laman web mereka. Ni cepat dan konfirm anda tahu betul ke x bisnes yang member korang ajak tu
- Kenalpasti nama syarikat, pengasas dan latar belakang syarikat. Kalau syarikat tu pelik dan was-was, janganlah gatal2 nak sertai
- Minta lesen AJL a.k.a Akta Jualan Langsung..Dengan lesen ni je mereka dibenarkan menjalankan kegiatan sebegini. Tak ada lesen, tu semua tipu..Kenapa perlu lesen ni?? ni semua nak elakkan korang tertipulah..
- Tengok produk yang ditawarkan.. Cuba fikir, bisnes apa takde produk ??? TAK ADA kecuali bidang perkhidmatan je..maksudnya ada bendalah kan korang kene promote dan dapat komisyen kan? so jangan percaya dengan bisnes yang tak ada produk tu..tu head hunter, money game atau senang nak sebut, 4D (duduk diam dapat duit) tulah PENIPU sebenarnya..Islam pun ajar, bisnes tu mesti jelas jual beli dan produknya..
- Kalau ada produk, semak produk berkenaan adakah berbaloi dengan apa korang bayar..Kalau produk tu RM150, tapi korang terpaksa beli pada harga RM900, bisnes ke tu???
- Cuba semak cara membahagian komisyen syarikat..Jika bercakap tentang kepala je dan kiri kanan tu, baik jauhkan..sebab jualan langsung atau MLM ni sebenarnya akan ajar kita macamana nak jual produk dan tarik downline..bukan KEJAR DOWNLINE semata-mata..
Korang kalau belum tahu korang dah tertipu, pandailah cakap besar dan tak nak tahu akta atau peraturan nil.lagi best, korang akan jadi lebih terror dari hakim kat mahkamah tu kalau bercerita bab hukum hakam (sebelum kantoi)..Cuba sekali company tu kena rush atau dah kantoi, masa tulah korang akan melutu dengan kerajaan untuk dapatkan balik duit korang kan??hmmm..tulah lumrah dari dulu lagi saya dengar..
13 August 2010
Masa 12:20 am
Terima kasih T.B info yang sangat berguna buat saya…
13 August 2010
Masa 12:25 am
Nice info! tq =)
13 August 2010
Masa 12:58 am
thanks 🙂 semoga kuranglah orang kita tertipu lagi
13 August 2010
Masa 1:03 am
welcome..alhamdulillah jika ianya berguna
13 August 2010
Masa 1:10 am
Nice info! Baru orang boleh bezakan mana SKIM mana MLM..
13 August 2010
Masa 4:25 am
kena call kpdnkk dulu untuk confirm ek?
13 August 2010
Masa 5:58 am
kalau rajin, leh call terus tanya..tapi kebanyakkan taknak..so bolehlah guna step2 yg seterusnya tu
13 August 2010
Masa 5:59 am
info banyak sangat kekadang tu, tu yg sampai tersalah faham tu
13 August 2010
Masa 10:01 am
Thanks for sharing :), banyak dah kes camni tapi ramai gak tertipu… aduhai.
13 August 2010
Masa 10:12 am
[…] This post was mentioned on Twitter by Sumber Terbuka and Anarm, wanmus. wanmus said: Macamana Nak Beza MLM Dan Skim Cepat Kaya? http://t.co/kAamhAq via @AddThis […]
13 August 2010
Masa 10:19 am
Org kita x nak call psl lambat. Register company lambat proses. Nnt lambat masuk rugi sbb . Teknik skrg pra-pelancaran dah promote,spam email orang hahaha. Inilah program tipu
13 August 2010
Masa 12:44 pm
sebab masih ramai tak faham..kene pusing skit je dah tak nampak yang mana salah, yang mana betul
13 August 2010
Masa 12:47 pm
tulah..semua nak cepat je..sampai kene tipu pun cepat..hoho
13 August 2010
Masa 1:29 pm
pasal swisscash..saya pernah join gak dulu time abang saya yang perkenalkan..sampai ustaz pun turut join.,masa tu tak tahu haram…labur 1,000 dapat balik 5,000…tapi pastu ianya diharamkan…
dan pasal skim cepat kaya…dalam dunia ni mana ada orang kaya dengan cepat..kalau ada pun..dia boleh dapat 1 juta dalam masa 1 tahun itu sebab dia berusaha keras dan bersungguh mencari ilmu tentang perniagaan dan apa sahaja setahun sebelumnya dia dapat 1 juta dalam masa setahun…
p/s: cuba tanya yosuf haslam,berapa tahun dia untuk jadi jutawan ? walaupun filem maria-mariana memberikan pulangan hebat pada pelaburanya..dan menjadikannya jutawan..
so nak menjadi jutawan dan kaya bukan mudah
13 August 2010
Masa 2:47 pm
tulah masalahnya..masih ramai yang tak tahu nak bezakan dan itu yg mudah sangat tertipu
13 August 2010
Masa 4:57 pm
Huu cukup sudahlah dengan MLM ni, seperti biasa dia punya talker memang mulut manis, tak tahu apa minyak senyonyong dia guna tah..hehe
13 August 2010
Masa 5:27 pm
kena hati2
Pelajar IPT Above 30 Tak Boleh Masuk?
13 August 2010
Masa 5:44 pm
Skim2 cmni la yg merosakkan pure MLM. Menggunakan nama MLM dengan produk yg terlalu mahal / produk sampah utk mengaburi mata org ramai.
Saya akui, sy slh sorg pengamal MLM secara offline dan sambilan sudah masuk tahun ke-5. MLM yg sy sertai bukanlah skim head hunter di mana perlu mecara downline semata2 utk mendapatkan bonus! Yg paling penting ianya bukan skim cepat kaya.
MLM sebenar adalah perniagaan sebenar! kekuatan syarikat MLM bknlah pada pelan pemasaran semata2. Yg paling penting,produk yang disediakan adalah produk yg amat berguna dan berkualiti. Sebaik2nya, produk harian biasa yang sering digunakan. Dengan ini, proses jualan ulangan membantu syarikat mendapatkan keuntungan, sekaligus syarikat dapat memberikan bonus / komisyen kepada pengedarnya…
Itulah MLM yg sebenar…
13 August 2010
Masa 6:38 pm
hehe..mulut manis yang amat..doa pemikat kot dia baca tu..
13 August 2010
Masa 6:40 pm
sangat perlu berhati-hati
13 August 2010
Masa 6:46 pm
manusia jugaklah yang merosakkan manusia..semuanya sebab tamak dan nak cepat kaya, semua plan ditukarkan dan dipusing untuk cepat kaya..padahal salah dan tak betul
13 August 2010
Masa 11:38 pm
hukum alam –> cpt kaya tanpa usaha yg sepadan = cepat jadik kayap… hihi…
14 August 2010
Masa 6:02 am
pernah join satu company MLM dan pernah mencapai status tertinggi disana..pernah buat 5figure dalam MLM..
tp skrg dah xnak buat dh..banyak yg buruk dr baik…
15 August 2010
Masa 11:01 am
hoho..kalau orang atasan pun cakap macam tu, orang bawah perlulah berhati-hati..
16 August 2010
Masa 12:49 am
Salam;
Saya de join biznes internet dengan menjual produk supplement berkualiti. Modal tinggi. Tup.. tup . . kena ade down line baru dapat berbagai bonus intensif dan macam2lagi. Syarikat n upline janji tolong cari downline. Pun tak dok hasil. Akan dapat intensif/banus bila ade dwnline dan ia membeli produk dan menaja downline pula. Jadi kita dapat habuan jika banyak rangkaian dwnline yang aktif dan membuat belian berterusan, kita maintain minima tapi boleh dapat habuan banyak kerana dwnline tadi. Apakah jenis skim camni? Adakan dibenarkan oleh syara’
16 August 2010
Masa 6:01 am
tapi MLM n Skim cepat kaya ni dua2 ada persamaan….pasti ada yang menipu dan ditipu…namun tak semuanya begitu..
16 August 2010
Masa 12:01 pm
Salam sejahtera & salam perkenalan,
Seronok baca maklumat ni. Teringat zaman di kolej dahulu, ada saja2 ‘program buat duit’ yg rakan2 ajak masuk, mlm lah & mcm2 lg. Mcm2 ada.
T/kasih kerana perkongsian ini. 🙂
Salam.
22 August 2010
Masa 4:16 pm
Cukup menarik pandagan saudara wanmus. Masih ramai yang tak serik2 dan bnyk lg yang berselindung dibawah nama MLM. Banyak bisnes MLM juga meragukan.
Cara saya nak kenali mudah je. Ada upline dan downline, tiada produk dan ada produk pun harga mahal dan tak berkualiti serta mudah didapati diluar, cara bisnes yang memaksa menyuruh pengguna join untuk dapat harga murah, harga ahli lain, harga bukan ahli lain.
So, berpada2 lah dengan mereka ni.
05 November 2010
Masa 5:40 pm
tak taulah nanti yang aku jual ni pun kena serkup juga…
06 November 2010
Masa 12:31 pm
jadi janganlah jual benda yang belum konfirm dapat kelulusan dan halal
07 February 2011
Masa 2:08 pm
satu pendedahan yang bagus tentang MLM dan skim cepat kaya.Kadang-kadang sebabkan duit ramai tutup mata tentang hal ni
07 February 2011
Masa 3:29 pm
betoi tu.. bukan senang nk jdi kaya..