Apa Jadi Pada Blogger Di Bulan Puasa

Penulis: wanmus Kategori: Al-Quran | Ayam | Blog | Blogger | Buat duit | Duit dengan blog | Duit Raya | Internet | Ramadhan | Raya | Rohaizad | wanmus Tarikh: 12 August 2010 | 18 komen

Alhamdulillah..Bulan ramadhan 1431 atau kita sebut bulan puasa 2010 menjelang jua akhirnya dan beruntung kita dapat mencari keberkatan-Nya di bulan mulia ni..Hmmm orang kata bulan puasa memenatkan, betul ke? Mungkin untuk pekerja berat2 tu, memang dugaan sangat berat..Tapi untuk blogger macam kita ni, letih sangat ke dibulan puasa ni?Jom kita terjah mereka..

Menjadi blogger ada kepuasannya tersendiri tau. jadi jom tengok diorang ni puas ke tak puas dalam bulan ni. Saya akan kategorikan mereka mengikut peringkat semasa mereka ek..hehe

1- Blogger Lelaki Bujang- mungkin aktiviti kurang sihat mereka makin berkurang hendaknya..hehe..Mungkin juga ramadhan kali ni memberikan mereka rezeki yang tidak diketahui..

  • Mula-mula sape lagi kalau bukan rohaizad otai problogger kita ni. Nampaknya berpuasa bukanlah halangan dia untuk makin rajin menulis (maklumlah banyak masa rehat)..yerlah fotoshoot dia tu konfirm berhenti rehat poser2 ni..betul x ijad?
  • Richie ni memang pujaan ramai awek2 jelas menunjukkan perubahan drastik di mana mungkin dia dah insaf sikit di bulan puasa ni..hehe..walaupun begitu, jeling2 skit takpe richie kan?
  • Boy ni lagi lah..dia ni rasanya dah boleh digelar pakar backlink kot..projek backlink dia takde dah puluh2 macam dulu, sekarang main ratus2 dan ribu2 punya..hoho..mantop bro..siap bawak parent datang ke utara tu..anak yang baik..
  • zulseffort seorang student yang dulu low profile tapi sekarang dah makin mantap buat duit dengan churpchurp, magpie dan twitter..macamana dia berjaya, tu kena tanya dia lah..

2- Blogger Lelaki Berkeluarga- bulan puasalah memeningkan kepala diorang ni..Fikir duit akan keluar banyak bulan ni..Ngan baju rayanya, ngan upah jahit baju, jahit manik baju isteri,  dan tak ketinggalan duit raya..Yess akhirnya tahun ni boleh jugak saya merasa kali pertama bagi duit raya untuk anok2 wek (anak2 buah a.k.a sepupu @ 2 pupu @ kupu2)

  • Dak Mad @ nuaeman ni dah mula buka gerai jualan buku-buku bagi menambah pendapatan..Alhamdulillah, makbul jugak idea dia nak ada kedai walaupun mula dnegan kecil-kecilan..insyallah nanti makin membesar.
  • Shaffik ni fotografer part time nampaknya akan rehat seketika kameranya di bulan puasa..tapi konfirm raya kali ni busy..Yerlah time rayalah banyak majlis kawen..duit tu..masyukk..alhamdulillah
  • Bro denaihati ni tak tahulah puasa ni efek tak hidup dia..yerlah bulan poser lagi rancak dia buat contest..apa pun, tulah bagus, puasa bukan penyekat malah pemangkin untuk lebih berjaya..caiyook bro.
  • Bomba kita ni, en mijie tak tahulah boleh pulak bomba pegang laptop..hehe..dia ni pegawai lah..pegawai lawat2 tapak je..tu boleh lagi update blog..kalau tak, gerenti letih kan..

3- Blogger Mama- konfirm busy hari2 berfikir nak masak apa kan?

  • kan dah cakap..bila buka je blog kak jie, mesti cerita berkaitan untuk berbuka..hehe..biasalah dah nama pun blogger mama, mestilah sentiasa fikirkan yang terbaik untuk keluarga..lagi2 time puasa ni, apa lagi kalau bukan juadah berbuka..
  • seorang lagi yang memang blogger masakan, kak ina yang memang saya kenal dulu2 sebagai blog mencurahkan air liur..tak caya? gilah tengok blog kak ina..konfirm kurus pahal poser korang..hehe..masakan nampak best dan sedap serta menyelerakan..

4- Blogger gadis- ada juga tapi tak tahu nak komen macamana..korang update sendirilah kat blog diorang tu ek

Apa pun, tulisan saya ni bukanlah nak menyinggung atau melukakan hati mana2 pihak..sekadar untuk mengimbau hidup sahabt2 blogger kita, blogger kan busybody…Walaupun ada yang tak pernah berjumpa, tapi tak salah kan berkawan? hehe.. tulisan saya ni sekadar dari pandangan saya dan bukannya fakta yang boleh dijadikan panduan tapi untuk dijadikan buah fikiran tu boleh kot..

Sempena bulan ramadhan ni, saya nak memohon ampun 10 jari jika sepanjang saya bergelar blogger ni menyinggung mana2 hati dan perasaan..kalu takde tu alhamdulillah lah..risau jugak kot2 ada yang terasa ke..hoho.. Jom sama2 kita meriahkan lagi tulisan yang menarik dan berilmu di bulan ramadhan ni..kalau ada ayat-ayat quran atau doa untuk dikongsi lagi bagus…Jangan juga kita lupa ibu bapa dikampung tu..dan janganlah biarkan blog tu bersawang

Salam Ramadhan 1431 dari saya wanmus dan isteri.

Blogger-blogger lain apa cerita pula? ceritalah kat komen bawah ni..ingat, menulis blog dapat pahala tau



  1. boy_bersahaje

    hahahaha, terbaiklah entri ceni. boleh bikin 1Malaysia. Thanks mus! ko pun ape kurangnya, projek riban2 hahahaha. selamat berpuasa!

  2. wanmus

    haha..tak cukup 1Malaysia lagi ni..

  3. Fazli

    dulu selalu update blog waktu siang sebab boleh makan sambil blogging. sekarang ni tak dapat lah. jadi aktiviti blogging dah tukar ke waktu malam sempena bulan puasa ni. selamat berpuasa.

  4. nuaeman

    Wan, aku nak offer buku-buku resepi kat isteri ko. Tapi resepi ayam penyet takdelah sebab ko pun dah tahu resepinya.. hehe..

  5. kak ina kl

    salam dan selamat berpuasa wanmus dan isteri. tentu seronok kan bila pertama kali dapat berpuasa dengan isteri tercinta.

    terima kasih sekali lagi sbb cerita pasal akak..sebenarnya malu bila kamu promote blog akak tu..akak bukannya pandai masak pun..masih lagi refer kat resepi.

    selamat berpuasa dan berbuka.

  6. wanmus

    hehe..maknanya blogging ni menyebabkan kelaparan..hehe

  7. wanmus

    buku resepi ape bro?

  8. wanmus

    selamat berpuasa utk akak n fmily jugak.alaa saya tak boleh sgt bukak blog akak bulan puasa ni, kurus pahala nanti..hehe

  9. zuls

    eh bro.. saya dah kawin la bro 🙂

  10. zuls

    walaumacammanapun terima kasih masuk dalam list, tapi kalau dalam list bujang bahaya tu..

  11. wanmus

    laa ye ke? tak tahu pulak..ok bro..sorry..hehe

  12. Kancilbiru

    ishhh tertenung jugak udang tu…camna? hehehe

  13. wanmus

    tu maknanya kene buat untuk berbuka petang ni..hehe

  14. ishak

    udang tu nampak sedaplah huhu….

  15. wanmus

    memang sangat sedap pun.

  16. apiiih

    ape yg saye buat?ape yg sy buat??Hahaha..duk umh solat terawih je bro 😉

  17. wanmus

    alhamdulillah…

  18. Kali Pertama Berbuka Di PizzaHut

    […] tempat duduk..dan jangan lupa, trylah set citarasa ramadhan ni..best…nilah yang jadi pada blogger di bulan puasa ni..hehe. korang berbuka ngan apa […]