Kepuasan Seorang Blogger
Puas..puas..lega bila kita tahu apa yang kita kerjakan selama beberapa bulan dan tahun akhirnya berhasil. Sambil2 duk berbincang ngan abg deejay senja petang tadi, baru saya perasan apa yang saya dah buat akhirnya memberikan hasil yang baik dan sangat baik..Graf atas tu dah tunjuk purata pelawat sehari yang makin menarik sejak setahun lepas.Alhamdulillah, hampir sekali ganda..
Yup..bukan senang kita nak naikkan ranking blog terutamanya alexa ranking, visitor, recurring visitors dan pageviews.. Kalau blog hiburan dan berita semasa memang senang nak naik sebab info tu orang cari setiap hari..tapi kalau masuk bab blog personal ni, hanya blogger tu sendiri yang tahu. Sifu Rohaizad lah yang bagitau bahawa nak naikkan personal blog ni susah..saya pun tambah-> lagi2 kalau kita ni bukan smart atau lawa..hehe..
Tapi setelah lama bekerja keras, akhirnya alexa ranking blog ni dah turun ke 246K++..bilelah dapat bawah 100K ni macam rohaizad..bak kata Rohaizad: “Alexa Rank – umpama anjing yang mengejar bontotku!”..hahaha..
Setiap bulan pelawat bertambah..alhamdulillah..tapi untuk apa ni? untuk apa tarik pelawat? Semuanya untuk kepuasan saya..Puas bila ramai dapat mendapatkan ilmu dari kita..dapat tips dan rahsia yang betul dari kita..dan dapat betulkan apa yang telah dirosakkan oleh pengguna internet yang berniat tidak betul..hoho..
ooo lupa, bila dah trafik ramai, bagus untuk advertiser sebenarnya..yerlah bila trafik ramai, kemungkinan besar mereka klik iklan adalah tinggi..So kalau berminat untuk beriklan kat sini, boleh semak Pakej pengiklanan wanmus.com <–confirm berbaloi-baloi.. 🙂
07 February 2011
Masa 6:36 pm
memang puas kalo dapat camni kat blog aku