Kepuasan Seorang Blogger

Puas..puas..lega bila kita tahu apa yang kita kerjakan selama beberapa bulan dan tahun akhirnya berhasil. Sambil2 duk berbincang ngan abg deejay senja petang tadi, baru saya perasan apa yang saya dah buat akhirnya memberikan hasil yang baik dan sangat baik..Graf atas tu dah tunjuk purata pelawat sehari yang makin menarik sejak setahun lepas.Alhamdulillah, hampir sekali ganda..

Yup..bukan senang kita nak naikkan ranking blog terutamanya alexa ranking, visitor, recurring visitors dan pageviews.. Kalau blog hiburan dan berita semasa memang senang nak naik sebab info tu orang cari setiap hari..tapi kalau masuk bab blog personal ni, hanya blogger tu sendiri yang tahu. Sifu Rohaizad lah yang bagitau bahawa nak naikkan personal blog ni susah..saya pun tambah-> lagi2 kalau kita ni bukan smart atau lawa..hehe..

Tapi setelah lama bekerja keras, akhirnya alexa ranking blog ni dah turun ke 246K++..bilelah dapat bawah 100K ni macam rohaizad..bak kata Rohaizad: “Alexa Rank – umpama anjing yang mengejar bontotku!”..hahaha..

Setiap bulan pelawat bertambah..alhamdulillah..tapi untuk apa ni? untuk apa tarik pelawat? Semuanya untuk kepuasan saya..Puas bila ramai dapat mendapatkan ilmu dari kita..dapat tips dan rahsia yang betul dari kita..dan dapat betulkan apa yang telah dirosakkan oleh pengguna internet yang berniat tidak betul..hoho..

ooo lupa, bila dah trafik ramai, bagus untuk advertiser sebenarnya..yerlah bila trafik ramai, kemungkinan besar mereka klik iklan adalah tinggi..So kalau berminat untuk beriklan kat sini, boleh semak Pakej pengiklanan wanmus.com <–confirm berbaloi-baloi.. 🙂

51 Comments

  1. masih belajar supaya jadi macam problogger yg lain

  2. Seronok kan kalau kita ‘ tahu dimana’ kedudukan kita dalam ‘talian’

  3. tahniah bro…tahun depan sy follow, heheeh

  4. Tahniah & welkem to the club Alexa.

    Susah nak dapat trafik macam tu lagi-lagi kalau blog tu jenis berpantang (tak tulis semua topik).

    ps. Dah kahwin nanti lagilah puas Wanmus… >:)

  5. memang seronok kak jie..tapi takleh lintas kak jie n abg ijad tu lagi..hohoho

  6. Tahniah bro.. sedang berkira2 nk booking iklan..:)

  7. jelous aaa..sjk tkr ke dotcom ni..terus alexia jadi 5 juta mula-mula..alhamdulliah baru sebulan lebih terus ker 1.2 juta..oklah tu kan..
    .-= kak ina kl´s last blog ..Belum Raya Dah Raya Dulu =-.

  8. tu biasalah kak dia nak setting balik..nanti ok lah tu..hehe

  9. tahniah bro!…
    bila la boleh dapat trafik camtu ye…

  10. itu yang kita nak, makin hari, makin bagus..:)

  11. Blog saya 95% berkisar perniagaan internet sahaja. Tidak pernah ulas pasal artis, main keyword artis, isu-isu semasa, termasuklah nasi ayam penyet. Hehe.. Dulu pernah juga main-main keyword, tapi kalau boleh nak trafik yang betul-betul target. Setakat ini, bounce rate blog saya sekitar 12% sahaja.
    .-= smartzul´s last blog ..Rahsia Perniagaan Internet Automatik =-.

  12. mengejar sebab nak maintain tu..kita ni kejar sebab nak turunkan..hehe

  13. ok lah tu..niche macam kita ni susah..tapi kalu berjaya best tu

  14. oho..perjalanan blog aku masih jauh lagi..haha.masih lagi 500K…:P

  15. alaa bro tu tak lama je tu..kejao lagi dapatlah ngejor tu..hehe

  16. Saya pun masih belajar lagi.Insyallah akan terus belajar dan belajar.Ilmu tu penting kan..

    Tahniah buat bro wanmus.Memang ramai giler trafik yg masuk berpuluh2 K sebulan tu.huhu..
    .-= khai wan´s last blog ..Bagaimana mendapatkan idea menulis blog =-.

  17. Tahniah wanmus…

    Aku memang jeles gaks secara jujur dgn trafik ko ni…

    Adakah ini efek direct dari permata hijrah? atau pun ada faktor2 lain?
    .-= Cyza´s last blog ..AeroMall Senai, Johor Opens =-.

  18. Syabas bro…blogging menguji tahap kesabaran kita, hasilnya menyusul nanti..

  19. terima kasih bro..bro pun boleh jadi satu hari nanti

  20. alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan 🙂

  21. macam2 sebab bro..hasil kerja bertahun yang lepas 🙂

  22. Salam..tahniah..kesabaran tu paling penting kan?hehe..ada sebab kita diajar untuk bersabar..kalau tak sabar, tak mungkin la blog bro ni akan ada traffik yang tinggi cenggini kan..kan.. 🙂

  23. tahniah wan..mmg ganah2 lah..moge terus sukses dan terus mencurah bakti utk kebaikan pengguna internet sejagat..hoho..

    p/s – wan, ni visitor byk dari seo ker?
    .-= hafizmd´s last blog ..Aku trauma? =-.

  24. tahniah bro wan mus…sy ni bru nak bermula belajar segalanya dari bawah… harap dpt success cam bro suatu hari nanti

  25. Betul kata wanmus tu belajar tangga kejayaan..

    Saya sendiri pun berasa puas hati bila dapat tau je ranking PR saya da naik 3 i’m so damn happy.. few months past (4 months ago), i’ve a problem with my hosting, so i need to backup all things before back to normal again, after that me and my friend got something to do .. It’s called “Borneoclub”, the easier part for me is to designing a blog layout but then a hosting came by .. A troublesome damn~.. so i intended to postpone my Blog – TuaranBlog.com to next day .. But then my works at my office bertimbun, tak tau macammana nak settlekan so a few days ago on the 4 months back baru hari ni saya dapat online kan BLOG saya.. 🙂

    Google also send me a notifications about my google PR i’ve had PR3 and also my alexa Rank: 4,956,065

    Feel really glad to have it like that.. Anyway Wanmus you’re RAWK and i loved your script The Affiliation script.. I suggest you guys to buy the product.. 🙂
    .-= eshanne´s last blog ..4 past months.. =-.

  26. Salam ,
    Tu yang nak blajo tu. Camne boleh ramai pengunjung setia. Pe ke ramuannya, tolong cite le kat kami semua ni no!
    k , Terima kasih.
    Teman pun pelawat setia kat Wanmus ni, lah beli produk dah . k thanks.

  27. ramuannya rasanya dah ramai bercerita cara untuk tarik traffik ke blog..antaranya ialah jujur dalam memperkatakan sesuatu dan selalu cari benda panas 🙂

  28. alexa rank blog saya dapatlah tangga 600K sebelum ni. skerang ni tak tahulah berada di level mana.
    insyaAllah ianya akan mengecil dan terus mengecil.

    PR masih lagi telur naga.

    apa2pun..good luck bro

  29. oo0o.. aku ni newbie lgi..
    jujur dh ni.. hahaha.
    benda panas ni yg xpndai nk korek ni.. hahaha..

  30. emm memang trafik,alexa rank,PR adalah kepuasan untuk seorang bergelar blogger.Saya masih lagi merangkak mengejar alexa,trafik.

  31. memang puas kalau tengok stat trafik mencanak.

    lebih-lebih lagi klu PR naik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.