Fakta Sebenar Mengenai Produk Permata Hijrah- Utusan Online

Penulis: wanmus Kategori: Internet | Isu Hangat | Khasiat | Permata Hijrah | Perniagaan | Tertipu | Toner mata | Ubat | wanmus Tarikh: 20 May 2010 | 252 komen

Panas lagi.. Ubat spray hidung tersumbat 357 Nasal Spray dan produk mata Permata Hijrah di sebut dalam akhbar..Bukan saya yang kata tapi akhbar yang laporkan temubual dengan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan..

19/05/2010 3:41pm

KUALA LUMPUR 19 Mei – Orang ramai yang mengalami masalah hidung tersumbat hari ini dinasihati supaya mengelak daripada membeli atau menggunakan produk tradisional ubat semburan hidung “357 Nasal Spray” yang dikeluarkan oleh syarikat Three Five Seven Sdn. Bhd.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, ini kerana pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) berikutan pengesanan racun berjadual, dexamethasone yang terkandung dalam produk tersebut.

“Ubat-ubatan yang mengandungi Dexamethasone hanya boleh dibekalkan dengan preskripsi doktor. Penggunaannya dalam perubatan tradisional tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan kesan advers serius seperti tekanan darah tinggi, edema iaitu bengkak pada tisu lembut dan sindrom Cushingoid yang menyebabkan muka menjadi tembam dan berat badan meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, produk itu telah disahkan dicampur dengan dexamentasone dan orang ramai dinasihati supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Mengenai produk rawatan mata keluaran Syarikat Permata Hijrah, beliau berkata, produk itu telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik yang hanya untuk digunakan di bahagian muka sekitar luar mata untuk tujuan estetika dan bukan bermaksud untuk menyembuhkan penyakit mata. – Bernama

Laporan Utusan Online 19/5/2010

Dulu saya dah pernah keluar post mengenai Toner Mata Permata Hijrah Bukan Ubat Tapi Supplement tapi ramai yang sangkal..pastu kena serang lagi sebab keluar cerita sebenar Permata Hijrah..kan betul saya cakap ianya supplement..tapi sekarang bukan supplement lagi dah, ianya hanyalah kosmetik yang tak boleh dicucuk atau dimasukkan dalam badan..fikir-fikirkanlah



  1. Rizman M.A

    Ada kena mengena dengan politik ke dan menyebabkan Permata Hijrah semakin kurang di pasaran? Tetapi website diaorang pun dah tukar ke http://www.permatahijrah.net, bukannya Dot Com! lagi arr…

  2. XOXO

    huhu.. saya baru terbaca ruangan ini setelah bberpa tahun ianya diperkatakan itu pun sbb sy tk sengaja clik disini utk mencari bahan utk media advertising sy.

    pada pendapat sy
    apa2 produk pun jgn bagi pengguna komplen jek. bila ada yg komplen tu yang ramai badan yg nk dpt nama drpd di persalahkan mengambil tindakan yang drastik.

    nk ikot kn PH siang2 dah ckp psl status produk tp akibat keterlampauan produk dipasaran yang unik dan pelbagai pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab pun jd konfus nk ltk kt ketegori dan refer kt akta mana. perkara ini still berlaku sehingga ke hari ini…

    kelemahan ini harus diperbaiki demi membangunkan semangat usahawan melayu agr kehdpn.

    PRODUK KITA BOLEH DIKETENGAHKAH JIKA DIBERI PELUANG DAN PANDUAN..

    XOXO- V(-_-)v