Blog Wanmus Diserang : Permata Hijrah
Hoho..komen di post tentang Permata Hijrah makin mendapat sambutan terutamanya selepas Permata Hijrah menutup pintu kepada ajen reseller mereka seluruh negara, gara-gara ingin mempromosikannya sendiri..Hmm..mungkin satu tindakan yang bijak, dan mungkin jugak tidak. patutlah ramai pelawat membuka blog wanmus.com ni untuk menyerang mencari maklumat tentang Permata Hijrah sebab…
Sebabnya, cuba korang search kat google.com atau google.com.my, search “Permata Hijrah”..korang akan jumpa blog ni di tempat ke 5 first page tapi satu-satunya blog/web yang tidak menyokong PH ni..tu yang ramai klik ke blog ni kot..dan menyebabkan ramai ajen PH marah..hmmm..
Rasanya saya tak kutuk mereka atau produk mereka..cuma saya katakan yang sebenarnya..memang Dr penasihat mereka pun cakap macam tu yang produk PH ni bukan UBAT tapi hanyalah supplement..So, janganlah salah faham. Saya bukan nak jatuhkan market perniagaan korang tapi nak supaya pengguna sedar apa yang sebenarnya dijual..Macam bank jugaklah..kalau customer tanya kelebihan akaun saving, takkan nak cerita kelebihan akaun prime plan ke, vip plan ke..mestilah cerita yang sebenarnya kan? barulah customer tak marah..
Apa yang saya dapat tahu yang kenapa PH berhenti menjual produk mereka melalui ejen pengedar ialah sebab ada pengedar yang tersalah memberikan informasi kepada pengguna..Jika dah tersalah, memang syarikatlah kena tanggung padahal ejen yang salah sampaikan infromasi..Satu lagi mungkin sebab mereka nak untung 100% dan nak turunkan harga..maklumlah dah ramai sound mereka jual pada harga mahal sangat..hmmm..mungkin sebab dah ada pesaing kot..macam celcom dulu lah, dulu harga pakej mahal-mahal, tapi bila dah ramai pesaing, mereka akan turunkan harga untuk fight..
Apa pun, jika ranking blog korang tinggi untuk sesuatu topik tu, konfirm blog korang pun kene serang macam ni 🙂
**Saya try muka web permatahijrah.com tapi tak dapat akses..kenapa ek?
15 May 2010
Masa 7:56 pm
salah faham dalam keyword..
haha..
susah gak laa kalau keyword yg selalu dtg ke blog tetapi entry keyword tu menimbulkan salah faham..
tak guna menyerang orang lain..
bersainglah secara sihat..
hahaha..
.-= Jaws´s last blog ..Kenapa Aku Benci ZonBebas.com?! =-.
15 May 2010
Masa 8:32 pm
tulah..kita bukan kutuk, cuma salah faham..pastu komen pelawat pulak panas-panas..tu yang jadi salah faham tu..bro pun guna keyword panas untuk post contest terbaru tu..hehe
16 May 2010
Masa 10:47 am
tahniah wanmus…anda membuka tempat utk pengguna meluahkan feedback masing2..ada negativ n psitiv,this is the good blog.mudah2an kritikan ini dpt merubah apa yg patut diubah oleh mrk yg rsa trsilap…tq wanmus..
16 May 2010
Masa 11:19 am
tak renew domain kot…
16 May 2010
Masa 9:06 pm
aku tau kenapa permatahijrah.com takleh akses.. huhu..
.-= Anarm´s last blog ..Selamat Hari Guru 2010 kepada semua Cikgu =-.
17 May 2010
Masa 6:42 am
pehal xleh xces web phijrah, bro?
17 May 2010
Masa 6:49 am
mana yg betul? blog wanmus diserang phijrah ker phijrah diserang blog wanmus? rasanya lbey byk pyerang phijrah drp yg kondem wanmus so patut tukar tajuk ni terbalik kot…kompiuss wa
17 May 2010
Masa 8:30 am
a’aa..kenapa ek? nak tahu jugak
17 May 2010
Masa 8:40 am
dua-dua kot..
17 May 2010
Masa 8:41 am
tak bro..domain tu expired lambat lagi.
Domain Name: PERMATAHIJRAH.COM
Registrar: DIRECTI INTERNET SOLUTIONS PVT. LTD. D/B/A PUBLICDOMAINREGISTRY.COM
Whois Server: whois.PublicDomainRegistry.com
Referral URL: PublicDomainRegistry.com
Name Server: NS1.PERMATAHIJRAH.COM
Name Server: NS2.PERMATAHIJRAH.COM
Status: ok
Updated Date: 18-dec-2009
Creation Date: 07-sep-2007
Expiration Date: 07-sep-2011
17 May 2010
Masa 8:42 am
memang itu sepatutnya antara tujuan sebenar blog..tempat kita meluahkan rasa dan fikiran..tapi bukan tempat untuk mengutuk..
19 May 2010
Masa 3:56 pm
haha… bagus jugak bro cakap camtu, kurang2 nya kita lebih faham tujuan produk sebenarnya
.-= Zairi Zaidi´s last blog ..Ebook Rahsia Bisens Gaya Pos Dilancarkan =-.
19 May 2010
Masa 7:58 pm
yup..sebab ramai yang masih tak faham..tu nak menyerang je kerja
19 May 2010
Masa 11:31 pm
Aku terjumpa dlm utusan; betul la PH hanya produk kosmetik, bkn bermaksud menyembuhkan penyakit mata. tgk perenggan akhir dkt sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm
19 May 2010
Masa 11:46 pm
yup..
“Mengenai produk rawatan mata keluaran Syarikat Permata Hijrah, beliau berkata, produk itu telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik yang hanya untuk digunakan di bahagian muka sekitar luar mata untuk tujuan estetika dan bukan bermaksud untuk menyembuhkan penyakit mata. – Bernama”
.-= wanmus´s last blog ..Seminar Asas Blogging Pecahkan Persoalan Anda =-.
21 May 2010
Masa 6:47 pm
kenyataan Dr Penasihat permata hijrah pun berbelit-belit. Awal 2009 kat radio ikim bukan main promote kata mampu sembuhkan glukoma, rabun.Sampai bgtau x perlu guna ubat hospital…
Lepas tu bila keluar kat TV1 tukar statement bukan ubat tapi supplement plak…
Pastu klu perasan masa kat tv3 dia pernah bgtau pulak yg tak ada ubat khusus utk glukoma… tp pemakaian permata hijrah membantu sahaja…
Tak faham lah…diasaskan oleh 2 org ustaz tapi kenapa berbelit-belit statementnya…
Then skrg ni kosmetik plak x leh sembur dalam mata….
22 May 2010
Masa 5:56 pm
Biasa la.. orang kita ni kadang2 pandai, kadang2 lain lak jadinye.. sepatutnya kita harus la sokong perniagaan yang orang melayu kita sendiri dan ternyata produk islam kita sendiri.. kita harus la mempertahankan orang islam kita sendiri.. ini tidak, ada sesetengah orang tu aysik nak mempertikaikan apa yang orang islam n melayu kita buat.. yang tau nya, depa ni mementingkan kroni masing2.. yang len, nak cari rezeki halal pun susah.. ini la orang melayu kita yang kita bangga2 kan.. ini la negara yang di panggil sebuah negara islam yang kita bangga2 kan.. tapi produk orang islam sendiri yang di cantas n dipertikaikan.. bukannya nak naikkan martabat produk orang islam n melayu kita sendiri.. orang melayu sudah lupa.. biasa la, melayu mudah lupa kan.. bangsa len juga yang bersatu, bangsa kita hanyut dengan polisi2 n prosedur2 yang menghancurkan orang melayu sendiri.. fikir2 kan la..
25 May 2010
Masa 7:29 pm
*”kita harus la mempertahankan orang islam kita sendiri.. ini tidak, ada sesetengah orang tu aysik nak mempertikaikan apa yang orang islam n melayu kita buat..”
=point yg baik,org Islam dan melayu bersatu,elakkan pertikaian bantu,sokong dan sebagainya..tetapi, bukankah lebih teruk seandainya apabila kita cuba untuk menutup mata terhadap kesilapan2 sebegini daripada di perbetulkan..?? tidak salah untuk bertanya dan mengetahui kebenaran? kenapa mesti nak gunakan alasan kononnya apabila di tegur dan di persoalkan seakan-akan kita nak jatuhkan Islam dan melayu??
kalau begitu alasannya UNcle seekers juga memberi alasan yang sama apabila ditegur tentang kesilapannya..adakah anda juga nak gunakan alasan yg sama untuk mengelakkan masyarakat daripada mengetahui kebenaran??? fikir2kan..
25 May 2010
Masa 7:51 pm
salam semua…ape cer hendaknye???
26 May 2010
Masa 9:18 am
Pihak Farmasi dicontrol oleh Yahudi. Sebab itu jika ada Rawatan Alternatif yang menjejaskan ekonomi Yahudi mereka boikot segala usaha seperti Permata Hijrah.
.-= Hadzrin´s last blog ..BUDAYA BELANJA …HARUS ATAU BAGAIMANA…?? =-.
22 June 2010
Masa 10:54 am
..jgn memfitnah pihak farmasi tanpa alasan kukuh..krn mrk kta still slamat mengunakn podak kchatan..klu tak saper nk kawal smua ni..
28 June 2010
Masa 5:32 pm
Salam,
Saya yang tutup laman web permata hijrah asal (permatahijrah.com) atas arahan SKMM lepas kami terima surat arahan mahkamah.
Kalau kami tak tutup, seluruh data centre Jaring kena tutup… SKMM pun satu.
16 August 2010
Masa 2:00 pm
kenapalah melayu suka dengki mendengki..malu aku jadi orang melayu
07 October 2010
Masa 12:49 am
[…] Malaysia makin teruk dengan produk yang tiada bukti kukuh keberkesanannya.. Dan kerana itulah blog saya mula diserang bertubi-tubi kerana post saya yang mengatakan toner mata Permata Hijrah bukan […]
10 April 2011
Masa 8:57 pm
jom guna jus permaisuri..
18 February 2014
Masa 3:14 pm
yup..:)