Kenapa Wajib Renew Domain Anda??!

Penulis: wanmus Kategori: Discount | domain | hosting | jomhosting Tarikh: 15 May 2010 | 20 komen

Wahhh..wajib jatuh hukum tu..tapi kenapa sampai wajib? hoho..siapa yang pernah terjadi macam ni memang akan faham kenapa saya wajib anda renew domain. Lagi baik renew 1 bulan sebelum tarikh expired domain tu..ataupun 2 bulan sebelum pun ok..kenapa? sebab takut terlupa..kan nanti korang bukak domain, terpapar page macam kat atas tu

Iya, ramai terlupa tu yang last2 perlu bayar sehingga beratus $$$ untuk dapatkan balik domain yang dibeli hanya $10!!Tengok..beli $10=RM32, tapi perlu balik jika terlepas renew, anda perlu bayar $100-$200 = RM 320-640!! membazir tak? IYA!! sangat membazir..so anda perlulah menangis sekejap untuk cari apa domain lagi yang sesuai untuk anda..

Ramai dah client saya yang terlupa nak renew sehinggakan domain tersebut telah dibuka semula untuk jualan. Biasanya 30 hari selepas expired, anda mempunyai masa untuk renew..tapi kalau tak renew, akan ada 30 hari lagi untuk restore tapi ni pun mahal gile..jika dalam 60 hari lepas expired tu still tak renew, domain tersebut akan dibuka untuk jualan..

HMMM..masa inilah broker domain akan cari domain-domain macam ni yang ada nilai..mereka akan beli untuk dijual balik pada harga tinggi..Kenapa??domain tersebut mungkin ada nilai (value) atas usaha anda..Bagaimana jika tersebut dah ada PR?? hmmm..sepatutnya anda boleh jual domain tu lagi mahal untuk dapat untung tapi orang lain pulak amik untung atas anda..

SO…fikir-fikirkanlah untuk renew atau tak domain anda..

FAKTA ATAU AUTA:

  • Fakta: Tarikh domain expired selepas renew akan ikut tarikh last expired dan bukannya tarikh kita renew.
  • Auta: Harga renew di saat-saat akhir masa domain hampir nak expired akan lebih murah..

**Kepada pelanggan JOMHosting, anda boleh semak bilakah tarikh expired domain anda di JOMHosting Clientarea



  1. Zairi Zaidi

    Yer betul.. Jangan sesekali lupa untuk renew. Kalau tak, melepas lah jawabnya.
    .-= Zairi Zaidi´s last blog ..Ebook Rahsia Bisens Gaya Pos Dilancarkan =-.

  2. wanmus

    kalau dah melepas tu, sedih tak berlagu lah jawabnya

  3. aliridha

    oh..saya tak pernah tahu pun yang kene bayar tinggi untuk renew…. Abis domain kt godaddy pun sama la?
    .-= aliridha´s last blog ..Download IDM 5.19 =-.

  4. wanmus

    untuk renew 30 hari lepas expired masih pada harga asal kita beli domain tu..yang mahal kalau dah lebih dari waktu tu..lepas 30 hari lepas expired, akan ada waktu bertahan..masa ni boleh restore domain tu balik tapi harga biasanya 2-3 kali ganda..tapi bila dah dibuka untuk tempahan, broker akan beli dan jual balik pada harga tinggi. so renewlah domain awal2..

  5. aliridha

    oh baru saya jelas…. terima kasih bro wanmus…
    .-= aliridha´s last blog ..Download IDM 5.19 =-.

  6. Shahrul

    X de notification e-mail ke dekat2 domain nak expired?
    .-= Shahrul´s last blog ..Buat Duit Dengan Ebook =-.

  7. kak ina kl

    ooo camtu ker?? akak kena renew cepat-cepatlah camni kan..tq sudi bagi info
    .-= kak ina kl´s last blog ..Mia Sara Yang Comel =-.

  8. wanmus

    ok sama-sama
    .-= wanmus´s last blog ..Kenapa Wajib Renew Domain Anda??! =-.

  9. wanmus

    email notification memang ada..biasanya akan dihantar bermula 60@30 hari dari tarikh akan expired.cuma kekadang kita kan terlepas pandang..lagi2lah kalau yang jarang2 cek email..so jika rasanya domain dah nak expired 1-2 bulan lagi..dah boleh nak renew sebenarnya..bukan expired baru nak renew.. 🙂

  10. imran

    Kalau ada diskaun nak jugak renew sampai 5 tahun. hehe

  11. wanmus

    yup..sebaiknya renew 1-2 bulan sebelum expired kak..bukan apa, kot2 kita terlupa nanti

  12. wanmus

    hehe..tu kene cari kupon diskaunlah kalau macam tu 🙂

  13. TanyaLelaki.com

    ooo.. itu mcm ka.. aku punye domain name tgal 3 bulan je lagi.. nasib baik bro bagitau..
    .-= TanyaLelaki.com´s last blog ..Jangan kentut depan Gay =-.

  14. wanmus

    kalau mampu sekarang..renew je sekarang bro..

  15. zuls

    salam bro, nak tanya kalau nak jual domain yang 3 bulan lagi nak expired bolehke?

    Kalau domain godaddy elok kat godaddy jugakah?
    .-= zuls´s last blog ..Acer Aspire One Contest – Kemeriahan 2010 =-.

  16. broSKL

    waaaaaaaa domain aku (http://broskl.com) sudah expired laah.. huhu
    .-= broSKL´s last blog ..HArga Istimewa untuk semua Geolens =-.

  17. wanmus

    mana ada expired lagi bro..cuma nak expired 25-jun-2010:

    Domain Name: BROSKL.COM
    Registrar: DIRECTI INTERNET SOLUTIONS PVT. LTD. D/B/A PUBLICDOMAINREGISTRY.COM
    Whois Server: whois.PublicDomainRegistry.com
    Status: ok
    Updated Date: 26-aug-2009
    Creation Date: 25-jun-2009
    Expiration Date: 25-jun-2010

  18. Kenapa Akaun Saya Suspended?

    […] 1- Sebab tak renew. Client biasanya tak perasan email invoice yang dihantar atau mungkin kekadang sistem billing bermasalah jadi client tak sedar akaun hosting mereka telah tamat. Jadi pihak hosting akan suspend sementara bagi menunggu client renew akaun mereka. Biasanya dalam 1 bulan dari tarikh tersebut, akaun akan dibuang dari server. Itulah kenapa saya sarankan anda renew awal 1-2 bulan sebelum tamat tempoh. […]

  19. lin azlina

    teringin nak pakai domain sendiri tp kena sentiasa beringatlah kan…blog kita ni ada value jugak kan…saya baru nak berjinak secara serius sikitla dalam blogging ni…baru tau pasal impact kalo xrenew domain..nak mengkaji2 dululah pasal domain ni…

  20. jutawansenyap

    kalo tak der income kat domain tu yang selalu terlupa ..