Tulis Blog Dapat Pahala Ke Akhir Hayat Tau!

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Blogging | Buat duit | Islam | Syukur Tarikh: 23 February 2010 | 35 komen

Tulis blog ni dapat pahala tau..lagi banyak menulis lagi banyak pahala.. so kepada yang nak tambah pahala tu, buatlah blog..hehe..tapi bukan sebarang blog tau..Blog artis2 atau gosip tu leh pahala jugak ke? Banyaklah korang..blog camtu tak taulah nak cakap makruh ke haram, biarlah mereka faham sendiri.. ok kenapa saya cakap dapat pahala?

Seperti kita tahu, Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :

“Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.”

Ingin saya tekankan disini ialah ilmu yang dimanfaatkan tu. Jika apa jua ilmu yang kita kongsikan di blog dan orang guna pakai, ianya akan menjadi pelaburan kita di akhirat nanti. Bertuah tak kita sebagai blogger??

Kita sebenarnya sangat bertuah..Contoh yang boleh kita kongsikan ilmu untuk kegunaan dan kefahaman orang ramai yang boleh digunakan ialah Cara bayar bil online guna online banking, Aktifkan paypal guna maybankard debit kad dan berkongsi ebook percuma yang penting.

Jadi kepada sabahat blogger, juga nasihat kepada diri sendiri..Jom kita naikkan nama blogger sebagai pemberi ilmu yang sangat diminati.. Jangan malu nak kongsi walaupun sekerat ayat, sebab ianya lebih baik dari tak berkongsi langsung..



  1. denaihati

    emmm macam panas je entri ni macam panasnya komen wardina baru-baru ni….yang betul memang selalunya panas.

  2. rohaizad

    Blog itu sendiri bersifat tabligh. Jadi kalau yang di sampaikan itu bermanfaat, maka bermanfaatlah ia. Tapi kalau apa yang di tulis itu boleh membuat orang lain terpaksa menerima tamparan yang hebat (walaupun gossip), itu settlelah sesama sendiri.

    Jangan sampai bila kita dah tua, dan teringat semua apa yang kita lakukan sehingga ada pihak yang rasa di aniaya, baru kita nak mencari mereka. Itupun kalau umur kedua-dua pihak panjang.

    So apa kata kita jangan beri tekanan dan stress pada diri sendiri. Buatlah dan binalah blog yang bagus yang mana kita sendiri berpuas hati dengannya (zahir dan batin).

    p/s: selalunya duit akan menjadikan semuanya nampak “cool”… betul ke?

  3. wanmus

    panas sebab masih ramai tak faham konsep blog sebenarnya..

  4. wanmus

    duit buat orang gelap mata..haram pun kekadang nampak halal je

  5. myrol92

    yup…nice entri..
    2 perkara yg kita bleh wat ngan blog..
    1.duit-untuk kegunaan Dunia.
    2.Pahala-Untuk Kegunaan Alhirat.

    tp sumenya bergantung kpd pmlik blog itu…niat baik maka jadinya baik,niat jahat maka jadinya jahat…

  6. Kujie

    semua apa yg kita lakukan..akan ditimbang, di soal di akhirat…jari kita yang menaip dan keyboard, screen pc..segala tu..akan jadi saksi

    jadi biarlah kita dpt saksi2 ke arah kebaikan

  7. Nadri

    itu semua akan menjadi saksi kita di akhirat kelak..sungguh menginsafkan..

  8. Nadri

    setuju sangat..blog sepatutnya digunakan sebagai medium utk menyebarkan benda2 yg berfaedah..klu blh gunakan sbg medium utk berdakwah…

  9. bluedianthus

    Blog yang bermanfaat banyak pahala..blog yang dot dot dot..hanya dapat banyak ***, tapi pahala kurang..Siapa terasa minta maaf ya.. 🙂

  10. wanmus

    haa..untuk berdakwah tu saya setuju.

  11. wanmus

    sebaiknya kita kejar yang baik je..yang buruk tu tak perlulah nk kejar

  12. wanmus

    huhu..membuatkan kita beringat untuk melakukan sesuatu perkara

  13. wanmus

    blog sape lah yg terasa tu ek..

  14. bluedianthus

    Mereka yang tahu dan pura-pura buat tak tahu..hehe..

  15. wanmus

    susah sebab orang macam tu mesti pikir dia buat benda yang betul

  16. nuaeman

    Komisen affliates tak sampai ke alam kubur tetapi komisyen dari ilmu bermanfaat yang disampaikan insya_Allah berterusan hingga akhirat.. untuk terus-terusan menerima komisyen ilmu jangan lupa mewasiatkan blog kita supaya hanya kita sahaja yang mati tetapi blog terus hidup.. itulah rahsia blog sebagai pemanjang usia seseorang.. jasadnya mungkin telah tiada tetapi ilmunya menjadi sebutan sampai bila-bila..

  17. dr.aku.la

    ilmu yang bermanfaat yang dikongsi ibarat benih yang bercambah dan membesar. begitulah ilmu dari blog jika digunakan ke jalan yang betul “saham” anda juga tidak putus.

  18. wanmus

    waa bagus tu..mewasiatkan blog..sapelah penerima wasiat blog ni nanti

  19. wanmus

    tapi masih lagi yg tak tahu membawa blog mereka ke jalan yang betul

  20. kak ina kl

    salam wanmus…betul tu..akak tak nafikan..tapi kalau blog mencarut atau tak senonoh..tak dapat pahala lah kan..lagi dapat dosa adalah..

  21. wanmus

    blog mencarut tu dah sememangnya tak betul kak ina..masalahnya yang blog menceritakan aib orang tu, tu pun kalau nak kira tak baik jugak tu..hoho..dunia oh dunia..

  22. GadisAyu

    ye memang betul.blog yang bagus adalah blog yang diisi dengan info2 berguna kepada pembaca dan boleh mengubah motivasi pembaca

  23. wanmus

    harap2 tulisan ni membuka mata ramai penulis blog dan pembaca blog

  24. fiezaradzi

    tul.. ilmu yang manfaat patut digunakan sebaiknya.. dan org yg berilmu mmg patut tak kedekut ilmu..
    nak tmbah pahala byk2 la, nak masuk entry blog yg leh sedarkan ramai.. hheehehee..

  25. wanmus

    haa.tu lah bagus..kita sedarkan orang dan kongsikan ilmu banyak2

  26. samdaddycool

    Sangat setuju dengan menulis blog untuk berkongsi ilmu, yang mana ilmu berkekalan itu menjadi bekal di alam kubur nanti. tak semestinya tulis blog utk cari duit semata-mata.

    Bagi penulis blog yang tulis gossip tu, sendiri mau ingat.. kalau salah dah dikira fitnah. kalau fitnah, dah jadi dosa sesama manusia. Dosa sesama manusia, kena minta maaf baru ‘settle’ sebelum masuk kubur. Kalau tak sempat, carilah empunya badan kat padang mahsyar nanti.

  27. wanmus

    huhu..nauzubillah..minta jauh sangat2

  28. muhammad fakhruddin

    Moga usaha kecil kita di alam maya ini diberkati Allah hendaknya.

    Salam Maulidur Rasul

  29. MokhZam

    ilmu yang disampaikan walaupun sedikit, insyaallah kalau yang menerima ilmu dan diguna untuk, pahalanya sampai ke dalam kubur…tak rugi mana pun kalau ilmu dikongsi bersama,mana yang elok ikutla kalau yang xelok tu ditinggalkan

  30. DahanRapuh

    Saya betul-betul sertuju dengan menulis blog, kita akan mendapat pahal hingga ke akhir hayat. Kerana, ia merupakan suatu penyampaian ilmu yang akan digunakan dari satu generasi ke satu generasi. Ia merupakan suatu amal jariah. Maknanya selagi orang mengamalkannya, kita akan mendapat pahala yang berterusan.

  31. wanmus

    kongsi sikit ilmu pun jadi lah…lebih baik sikit dari tak kongsi langsung

  32. wanmus

    berterusan ke kebaikan bersama..insyallah

  33. Apa Jadi Pada Blogger Di Bulan Puasa

    […] lain apa cerita pula? ceritalah kat komen bawah ni..ingat, menulis blog dapat pahala […]

  34. jutawansenyap

    Ynag paling penting adalah redha Allah kan

  35. Ladfe Amir

    skrg ilmu sudah mudah diperolehi. taip aje kat google. byk sumber yg boleh dibaca.

    ilmu yg disebarkan oleh blogger itu dpt dikongsi kpd semua. semua akan dapat manafaat