Apa Anda Perlu Tahu Tentang Keputihan??!
Keputihan tu apa? apa yang nak ditakutnya, kan keputihan tu benda biasa untuk pompuan..knape pulak nak sibuk2.. hmmm..mungkin itu kaum hawa akan sound bila sebut bab ni. Yerlah kita malu bila sebut benda dalam kain ni, tapi ianya akan jadi bertambah malu jika kena pada kita atau orang rumah kita dan tak tahu nak ubati macamana.. Ikuti perkongsian saya ni..
Keputihan adalah merupakan satu simptom dimana menunjukkan seseorang wanita ini dijangkiti bakteria atau pun kulat( seperti gambar di atas) . Jangkitan bakteria ini akan menyerang kawasan genital (kemaluan) seseorang wanita itu.
Selang beberapa hari, jangkitan ini akan mengeluarkan sejenis cecair yang berwarna putih disertai oleh bau yang kurang menyenangkan. Selepas itu, kawasan genital akan berasa gatal dan terbakar…
Apakah kesannya jika keputihan ini tidak dirawat?
Banyak kajian yang telah dilakukan keatas wanita yang mengidap keputihan ini.
Dalam Panduan Merawat Keputihan ada menyatakan kesan sampingan daripada keputihan adalah seperti
1) Jangkitan pada saluran kencing
2) Sukar untuk hamil
3) Jangkitan pada bayi dalam kandungan
Menurut majalah WomenHealth, keputihan adalah satu jenis penyakit seksual.
Ini bermakna keputihan boleh berjangkit kepada pasangan awak! Begini caranya ya keputihan itu berjangkit..mula-mula wanita itu akan mengeluarkan keputihan yang berbau kurang menyenangkan. Kemudian apabila ia ‘bersama’ dengan pasangan, keputihan itu akan menyebarkan bakteria kepada bahagian sulit lelaki.
Selepas selang satu hari, bahagian sulit lelaki akan mula terasa gatal dan berkuping! Ada sesetengah kes dimana bahagian sulit lelaki akan mengeluarkan air ‘bisa’ pada kawasan yang dijangkiti. Menakutkan ?!
Dan berita baik untuk anda adalah jangkitan keputihan bukanlah seteruk jangkitan sifilis atau gonorhoea. Ia senang dan mudah untuk pulih. Banyak cara rawatan yang anda atau pasangan anda boleh amalkan.
Ramai wanita di Malaysia menghadapi masalah yang sama iaitu keputihan. Dan banyak salah anggapan yang timbul apabila bercakap mengenai keputihan. Saya pasti banyak mitos-mitos yang ‘terbit’ daripada salah anggapan tersebut. Mitos ini jika tidak dibendung boleh menyebabkan masalah bertambah parah.
Apa yang penting disini adalah Ilmu yang betul.
Antara mitos tersebut adalah seperti:
- 1- untuk merawat keputihan, ia perlu berjumpa dengan Doktor…Puan-puan sekalian, ia tidak semestinya. Jika tidak berjumpa dengan Doktor, anda pun mampu merawat keputihan.
- 2- Selain itu, ramai yang beranggapan dengan membersih vagina dengan mengunakan douche (sabun pembersih vagina) ia boleh menghilangkan keputihan.
Tetapi mitos ini adalah silap sama sekali.
Douche tidak menghilangkan keputihan tetapi ia boleh menerukkan lagi keputihan anda. Douche mampu membunuh lactobacillus (bakteria baik). Kekurangan lactobacillus menyebabkan bakteria jahat ‘berleluasa’ dan mengeluarkan keputihan dengan banyak sekali.
Anda nampak bukan beberapa perkara yang dianggap ‘remeh’ mampu memudaratkan diri anda. Apa-apa pun anda perlu hapuskan keputihan! Tidak kiralah samada menerusi rawatan konvensional ataupun rawatan semulajadi. Bagi saya rawatan yang terbaik adalah murah, berkesan dan tiada kesan sampingan. Untuk memenuhi kriteria ini saya memilih rawatan semulajadi.
Panduan Merawat Keputihan ada menjelaskan lebih ‘detail’ perkara-perkara yang diperlukan untuk merawat keputihan secara semulajadi.
Pada masa sekarang terdapat 2 cara yang memang berbeza untuk merawat keputihan. Iaitu secara rawatan semulajadi ataupun rawatan konventional seperti penggunaan antibiotik. Untuk pengetahuan anda, masing-masing ada kelebihannya. Namun kedua-dua rawatan ini awak boleh gunakan untuk merawat keputihan. Ia terpulang pada diri masing-masing.
Antibiotiks – Inilah ubat yang biasa Doktor akan bagi untuk merawat keputihan setelah diagnose dilakukan.
Antibiotik dibagi bertujuan untuk menghapuskan bakteria dan untuk menghilangkan keputihan dalam tempoh yang sementara. Dan peratusan untuk dijangkiti kembali keputihan ini adalah tinggi. Penggunaan antibiotik ini memang berkesan tetapi ia juga ada kesan sampingan yang tidak diingini. Malah tidak semua antibiotik sesuai digunakan untuk ibu hamil.
Awak tahu tak bagaimana antibiotik ini berfungsi?
Antibiotik telah di bentuk secara sintetik untuk membunuh bakteria. Ia adalah sejenis bahan kimia memberikan kelegaan dan menghilangkan simptom jangkitan bakteria untuk tempoh yang sementara. Seperti yang saya katakan sebelum ini bahawa antibiotik telah di bentuk untuk membunuh semua bakteria. Ini termasuklah membunuh bakteria baik juga. Selepas berhenti memakan antibiotik, bakteria jahat akan kembali menjakiti bahagian genital. Ketika ini bakteria baik sudah dihapuskan. Maka jangkitan keputihan berulang kembali.
Rawatan Semulajadi – rawatan semulajadi adalah lebih mudah digunakan berbanding antibiotik. Tiada bahan kimia sintetik dan ia amat sesuai dengan badan kita. Oleh itu penggunaan yang lama antibiotik tidak digalakkan.
Selain itu kesan sampingan rawatan semulajadi tidaklah berbahaya berbanding rawatan antibiotik. Malah ia memberikan perlindungan yang lebih lama dari serangan kembali bakteria keputihan. Ramuan untuk rawatan semulajadi ini banyak sebenarnya. Antaranya adalah penggunaan yogurt, kultur hidup, acid borik dan herba.
Selain itu rawatan pencegahan semulajadi juga amat penting dalam menghindari keputihan daripada terjadi semula. Melalui rawatan semulajadi ini ia memberikan kelegaan kepada kaum wanita kerana tiada lagi bau yang kurang menyenangkan, tiada lagi kegatalan dan yang lebih penting ia dapat meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang wanita.
Jadi awak tidak perlu lagi bersusah payah berjumpa dengan Doktor untuk bercerita keputihan anda.
Sedikit perkongsian kesihatan untuk anda atau orang rumah anda. Maklumat dikorek dari Panduan Merawat Keputihan
**Saya berkongsi supaya kita tak buta ilmu. Bukan untuk malukan kaum wanita. Terima kasih
23 February 2010
Masa 5:48 pm
Dah lain benor niche blog ini…. ahahahah
23 February 2010
Masa 5:50 pm
ni ada orang tanya aritu, so aku kongsilah kebetulan terjumpa aritu..hehe.. baca bro, nanti nak berbini senang skit nk jawab kalau bini tanya..hahaha
23 February 2010
Masa 6:02 pm
good info…aku ni dah xlame nak kahwin…
wanmus, kad dah siap..tgh lipat je…
siap kekgi, ambe pos ke deme..hihi
23 February 2010
Masa 6:04 pm
deme dulu nok kahwin, so memang kene tahu benda ni..efek untuk mengandung tu..bahaya2…
ambe x wat lagi sebab lambat lagi..deme bile?
23 February 2010
Masa 6:12 pm
InsyaAllah 30/04/2010. Jamu kat dungun plak 01/05/2010.
23 February 2010
Masa 6:17 pm
ambe tggu kad deme..jangan lupa info ni bgtau kat bakal bini tu.. 🙂
23 February 2010
Masa 6:23 pm
beress…dah siap copy paste pun info ni..hihi
23 February 2010
Masa 6:42 pm
Alhamdulillah..semoga ianya berguna nanti
25 February 2010
Masa 1:26 pm
good info.. jrg de lelaki yg mbicarakan hal ni..
lagi satu leh try rendaman air garam, kurangkan makan makanan yg de yis…. sekadar berkongsi..
25 February 2010
Masa 2:41 pm
tu ar..orang kita malu nk berbicara benda dalam kain..so xpelah, nak membantu bakal2 ibu kat luar yg mencari info ni
26 February 2010
Masa 9:57 pm
orang pompuan lagi arif kalau bab2 macam ni…tapi kadang2 ade jugak yg tak tau…untuk org lelaki kena tau pasal ni, bukan ape untuk kebaikan bersama,hehehe…:)
28 February 2010
Masa 8:04 am
yup.. untuk kebaikan bersama..hehe
05 March 2010
Masa 9:13 am
nak share skit..slalunya kite syorkan guna pembersih wanita yg pH nya beralkali, jgn guna sabun biasa. skrg ni ada produk yg dpt merawat keputihan dan byk lg masalah kewanitaan, antara yg t’masyur BIDADARI. Jemput baca kt http://laman-nurshoppe.blogspot.com. Moga semua wanita jd bidadari dunia/akhirat kpd suami.. : )
05 March 2010
Masa 12:44 pm
menjadi ke produk ni? apa beza dengan pencuci biasa tu?
07 March 2010
Masa 11:20 pm
dah lama i cari info pasal ni…
many thank admin coz kongsikan perkara yg kritikal bg kaum hawa.
dan i pon dah beli panduan tu, dan ia sgt2 berguna..
08 March 2010
Masa 12:38 am
alhamdulillah jika berguna
08 March 2010
Masa 3:48 pm
pencuci love hygiene ni dlm bentuk foam, tahan lama, ada kelainan dlm pemakaiannya. Orang lelaki pun boleh pakai, tak menjadi masalah, untuk kebersihan.
08 March 2010
Masa 9:58 pm
haa? org lelaki pun boleh pakai?
12 March 2010
Masa 11:12 pm
aku salah masuk blog ke nie…..hehe
13 March 2010
Masa 10:03 am
hehe..tak salah..betul dah tu..cuma topik tu lari tapi tetap sama sebab kongsi info yang berguna 🙂
01 May 2010
Masa 10:42 am
thanks…maklumat yg sgt membantu….
10 October 2010
Masa 12:57 am
Tak sangka ramai sebenarnya mempunyai masalah ini.
28 November 2010
Masa 2:41 pm
Salam.. nak comel dan cantik, saya syorkan makanlah jamu Herba Kencana kerana ia menjadikah cipah kita tiada keputihan, kemas dan tidak berbau