I-Rich 696 Skim Cepat Kaya Diserbu Pula!

Penulis: wanmus Kategori: Buluhmas | Ceramic Business Club | Jutawan | Kaya | MLM | Skim Cepat Kaya | Uptrend Tarikh: 29 October 2010 | 80 komen

I-Rich 696 diserbu! I-rich 696 sebuah kumpulan atau group di bawah MLM Uptrend diserbu pihak berkuasa semalam. Bukan i-rich 696 sahaja team yang dibawah uptrend malah banyak lagi dan antaranya yang kuat berlagak ialah unstoppable. Pihak berkuasa menyerbu pejabat gerakan mereka di Taman Equien, Seri Kembangan serta menahan pengasas kumpulan tersebut. Modal hanya 3,000 tapi pulangan 100,000 dalam sebulan! Giler ke ape..Tapi itu janji mereka

Akhirnya penipuan mereka terbongkar. Mau taknya. Mesti ramai akan report atau lapor kepada LHDN dan KPDNKK jika janji mereka tak ditepati. Yerlah dah keluar RM3K, mesti nak balik modal paling kurang. Last-last bila tak dapat cari orang, duit itu lebur..Rm 100,000 hanya dalam MIMPI!

Saya cukup GERAAAMMMMM dengan program atau skim macam ni. Dia suka-suka tipu orang lain dan guna nama perniagaan internetlah, skim apa2 lah, program apa2lah..semua tu nak mengaburi mata orang ramai. Jadi kita yang buat perniagaan betul ni akan rosak.

Bila kita sebut nak kena keluar modal, mesti diorang akan kata ini adalah MLM. Banyaklah korang MLM. MLM ni Multi Level Marketing, komisyen diberikan mengikut level ahli dan diberikan untuk jualan yang berlaku dan bukannya mengikut berapa kepala anda dapat. Semua kononnya financial planning tu semuanya nak mengaburi mata kita. Yang penting mereka telah bina satu sistem pelaburan yang salah disisi undang-undang. Antara web promosi i-rich ialah http://paripariduit.blogspot.com/

BILA SEBUT KEPALA, ITU ADALAH SKIM PIRAMID!

Walaupun tak disusun dalam bentuk piramid, skim tersebut tetap dinamakan skim piramid atau skim cepat kaya! Lagi satu bila perniagaan atau pelaburan itu dijanjikan dengan pulangan tak masuk akal, itu juga skim cepat kaya! Jadi tolonglah jangan masuk. Jangan nanti nak labur duit tapi jadi lebur duit pulak

Ikutlah guna nama MLM uptrend atau apa jua MLM, jangan masuk kalau diapproach guna kepala dan bukannya guna komisyen pembelian produk. MLM asalnya akan beri anda komisyen jika beli produk! dan untuk pendapatan tambahan, carilah orang dibawah anda..tu pun mesti berasaskan produk dibeli dan bukannya berapa kaki anda dapat.

Rosak habis bisnes MLM kalau macam ni.Tolonglah pandai beza antara skim cepat kaya dan MLM sebenar

Kepada yang masih promote benda macam ni tak kiralah I-rich, Family atau apa jua! Bertaubatlah! sebab menipu orang itu haram! Janji tak tepati itu HARAM! Makan duit HARAM, pikir2lah sendiri nanti..Nauzubillah.

Saya mula bercerita tentang MLM tipu ni dari buluhmas aritu masa Buluhmas diserbu sebab kutip pelaburan tanpa lesen. Aritu ceramic kena serbu, ramai juga mengamuk kat blog ni..last2 setuju pula yang syarikat ceramic sekarang dah menipu mereka. Steven cafe dan island red cafe pun diserbu, sehingga kini kedai mereka semua ditutup tnapa berita. Pastu One Team diserbu, sama juga sebab cari orang dan tak ada produk..aduss..pelaburan bentuk ape tu cari orang saja tanpa ada produk



  1. emme

    I like. 😉

  2. kelhome

    mereka ni senang masuk market sbb mentaliti orang kita yang nak cepat kaya dan tak rajin berkerja.. semua mahu mudah. sbb tu derang boleh ambik kesempatan..

    mentaliti kita yang mudah percaya pun satu hal.. bila sebut duit pulangan berganda2 ramai yg kelabu mata..

  3. hafeez

    hai la rakyat malaysia ni,..da banyak da cerita2 yang keluar kat surat khabar pasal skim cepat kayap ni..tp tak jugak serik2 ker..ermmm

  4. omecool20

    Terima kasih Tuan Wan Mus atas post ini. Apabila saya membaca kertas2 promo mereka yang diselitkan dalam akhbar mingguan, unsur2 ‘hype’nya terserlah, namun sedih ada yang masih terpengaruh. Sebab utama adalah seperti yang disebutkan oleh saudara kelhome.

  5. zuls

    itulah.. tak habis2..

  6. Mhnizam

    haha gelak aku dgr i-rich ni berlagak sangat nak selindung konon..ppooodah

  7. razis

    tp kebanyakan nita masih belum sedar atau buat2 tak sedar sedangkan dah byk syarikat yg kena serbu…

  8. wanmus

    i like too..

  9. wanmus

    itulah sebabnya program tipu macam ni semakin banyak..aduss

  10. wanmus

    mereka ni pandai tipu..kata yg mereka bukan MLM atau skim piramid sebab susun tak macam piramid..hahaha..tu taktik mereka nak perbodohkan orang yang tak tahu apa itu skim piramid sebenar

  11. wanmus

    tulah..mereka guna media untuk promosi, tu yg bertambah rancak..media pun patutnya jgn pentingkan duit je

  12. wanmus

    memang akan bertambah bro selagi org kita tak faham..

  13. wanmus

    semua org menipu macam ni akan berlagak sombong a.k.a bodoh sombong..berlagak tayang kereta mahal hasil menipu orang..aduss

  14. wanmus

    ramai juga yang tak tahu syarikat kena serbu..alaa berapa kerat je rakyat Malaysia ni baca suratkhabar atau tengok berita..diorang lebih suka tengok Astro Ria je..

  15. mzz

    Salam,

    Boleh ke Wanmus siasat sikit plan apa yg dia orang duk buat tu…cerita sikit dlm penerangan…utk mengelak terkena..sbb sy pun duk tngah usha2..bisnes MLM ni…

  16. wanmus

    Camni..
    MLM akan cerita dulu produk mereka dna kelebihan produk tersebut..Kemudian barulah cerita komisyen kalau dapat jual produk..Then jika dapat cari orang, dapat lagi komisyen..itu cara MLM sebenar

    Skim cepat kaya pula terbalik. Dia akan cerita dulu nilai pelaburan dan berapa pulangan yang mereka janjikan jika dapat cari kaki @ orang berapa ramai. Lepas tu barulah mereka akan cerita produk apa anda akan dapat lepas wat pelaburan tu..Senang kan nak kenal pasti?

  17. Shahrul

    MLM sepatutnya memperkenalkan produk, lepas tu baru mengembangkan pengguna ataupun downline. Bukan duk cari org saja sampai bila2, itu je yg org nmpk ttg MLM.

  18. refff

    bile nk serbu e-mall pulak???byk dh kne tpu..dong2!!haha!!

  19. wanmus

    tu uptrend jugak ke?

  20. fussycat

    klu biz tu mmg meneknkn psl brg xpe..klu lbh pd kenalkn atau bwk dlm 5 org…haaa…itulah head hunting + money game+perjudian murni…so pilih la..

  21. wanmus

    betul..kene tengok betul2

  22. DLSJ Sahrul

    Satu kupasan yg baik. MLM atau network marketing satu cabang perniagaan yg baik tetapi sikat segelintir ‘usahawan’ yg tak sabar atau MALAS yg buatkan bidang ini selalu mendapat tanggapan yg buruk

  23. fussycat

    sy rase klu org tu blm prnah mgalami biz yg more to headhunting,org2 nila yg akan mnjd ‘mangsa’..atau ahli baru..tp selepas tu..baru la terror segala terms dlm biz mcm ni..dn blh mgelak dr terjerat semula..bak kt pepatah..jadikan pengajaran..selagi x join,x tau selokbelok sebenarnye…

  24. wanmus

    betul tu..nanti ada program skim cepat kaya baru, mesti masih ramai yang akan kena tipu..padahal dah puas kita terang benda tu salah

  25. wanmus

    pengalaman memang akan mengajar..tapi janganlah dah rugi beribu ringgit baru nak faham benda ni..kan dah melampau rugi tu..cuba fahami dulu sistem bisnes tu dan tengok..kalau per head, tolak awal2..

  26. fussycat

    yg sedih mereka ni kerap guna ayat Quran… dan x sedikit pun merasa mereka ade sedikit kesilapan yg perlu dibaiki malah siap buat solat hajat dan bacaan yassin untuk ditujukan kpd org yg diktakan mmfitnah mrk…x salah nak buat semua tu…tapi cubelah renung sikit atau buat postmortem ape yg org x suka dgn biz mcm ni…klu semuanye betul xkan ade mslah..insyaAllah….pokok xkan bergoyang klu xde angin..sbb yg kene ni adalah kwn2 sy sebenarnye…dn sy jg x-irich..sy pnh ajukan psl keraguan dr sg syariat…tapi..mereka brdegil xnak kaji dalam2…hanye menyebut PPIM dan OMPI…mslshnye bkn plan irich yg PPIM sahkan tapi hanye uptrend yg mndftar sbg ahli kpd PPIM…i penah mendpt email dr PPIM dan kwn sy call PPIM sndiri…

  27. wanmus

    betul produk uptrend tak salah, yang salah sistem crack mereka tu..

  28. hyprobulksms

    Nak kaya buat ebook dan jual jer, tapi pada sapa yang sanggup la,. Ibarat jual goreng pisang panas pada harga RM10 SEBIJI hehe. Cekik darah pengguna/pembeli, pasti akan cepat kaya.
    Saya tak skeptical pada MLM, saya percaya. sistem crack tu apa pula.. tak paham la maaf.

  29. Anarm

    makin susah la aku nk wat MLM pasni.. asyik ade je yg burukkan nama MLM.. aku nk jual barang wey.. demmit irich!!

  30. HYPROBULKSMS

    Sabar bro, insyallah akan ada jalannya tu. Positive and never thinking hard ok..

  31. Shahrul

    Masuk MLM guna barang je la.
    Lepas guna, promote kat orang lain pula. Cakap je, “Saya guna barang ini2”
    Lepas orang tu suka produk, promote jadi ahli pula.

    Tgk je produk2 MLM seperti CNI, Cosway, HPA, ada je orang yang suka produk tanpa jadi ahli. Orang seperti ini yang perlu cari, yang menggunakan produk. Bukan cari orang yang bekerja cari orang semata-mata.

  32. wanmus

    yup..betul tu, MLm sebenar bergantung kepada produk yang bermutu..

  33. HYPROBULKSMS

    Ada juga ke yang menjual produk yang orang tak suka bro…

    Tak tahu la pula kalau produk macam tu boleh di jual.

  34. wanmus

    crack sistem tu maksudnya diorang dah pecahkan sistem sebenar MLM supaya menjadi head hunter. Maksudnya kalau MLM sebenar cerita tentang bilangan produk terjual, diorang cerita tentang bilangan per kepala yang korang perlu cari..

  35. Shahrul

    Ada je, itu yg cari org tapi produk simpan bawah katil. Atau skg ni, produk digital je, tak simpan bawah katil, tapi tak digunakan juga.

  36. menj

    Ini sebabnya skim MLM ni mmg tak betul.

  37. wanmus

    simpan dalam hardisk kalau produk digital..hehe

  38. wanmus

    MLm betul cuma skim macam ni yg rosakkan MLM..hoho

  39. maya

    sy pun slh sorg yg jrg tgk brita. Jd bila bc ttg post trkjut sy sbb baru2 ni ada org approach sy utk join i-rich, tapi sy beritahu bagi sy masa untuk fikir dulu sbb sy pun memang tak da modal masa tu nk join. Bila dah baca dalam post ni, terus sy dah boleh fikir dgn sendiri…

  40. wanmus

    alhamudillah..janganlah percaya benda2 cepat kaya macam ni

  41. nikvwvug

    Nak tanya! ada info tak pasal Tahniah! http://www.tviexpress4malaysia.com
    rasanya mcm skim cepat kaya gak.ntah produk apa yg dia jual tp mcm worldwidelah…dah gempak kat indon..katanya la…
    Lagi satu mcm bio-asli dia lebih promote utk jual produk &menonjolkan kelebihan produk..rasanya yg nie lah baru MLM…

  42. Ramnah

    Kawan saya masuk unstoppable… dgn sombongnya dia kata 1/2 jam je dapat 35K, boleh percaya ke… kalau mcm tu berlambaklah jutawan ky alaysia ni. Ada satu lagi QWI International… statusnya masih diragui…

  43. wanmus

    bio-asli tu memang MLM yg betul sebab fokus pada produk..yg lain tu mengarut lah bila dah cakap berlagak n dapat buat untung cepat

  44. wanmus

    tulah pasal..diorang ni kalau berbual semua ratus2 ribu dan juta2 je..tapi padahal, atas kertas je semuanya..

  45. algojo

    i rich ..kepala atok kamu..susahkan orang aje

  46. TIPS BUAT DUIT

    Akhirnya dorg kena serbu juga…

  47. TIPS BUAT DUIT

    macam pernah hadir je wanmus?
    hadir ceramah dorg tu..? hhe

  48. sabree hussin

    rasanya media tak terlibat. Sebab pernah nampak, orang yang distribute surat khabar yang ambik share sebenarnya ni. Sebelum distribute, dia selitkan dulu fliers ni semua

  49. TIPS BUAT DUIT

    Tips dorang memang bagus,bab2 motivasi kemajuan diri…

    Tapi malangnya, macam bukan bisnes, tapi cekau duit orang berpuluh2 ribu adelah.

    Harap takde yang terjebak ramai. Baik buat bisnes internet sendiri lagi bagus. kan….??

    Modal pun xsampai RM120. Orang yan gxtahu mungkin pk beribu-ribu,tapi sebenarnya murah je, yang penting adalah “IDEA”.

    p/s: Kadang2 yang gelojoh tu sebab nak kaya cepat atau memang xnk amek tahu faktor sekeliling. Mungkin itulah penyebab ditipu…

  50. nikvwvug

    Bos ada info pasal http://www.tviexpress4malaysia.com
    Ok tak buss nie?