Apa Jadi Fries McDonalds Selepas Seminggu??

Korang pernah tengok video mengenai eksperimen dibuat di oversea mengenai apa jadi pada makanan burger McD, fries McD berbanding fries kat kedai biasa? saya dah beberapa kali tengok dan ada sekarang ni sangat jarang makan di McD terutama fries. Kenapa? yerlah sebab was-was betul ke tak apa yang terjadi dalam video tu kan? JADI…kebetulan kakak saya ada beli McD dan ada fries. jadi saya simpan fries tersebut untuk seminggu je..jadi apa hasil eksperimen tersebut? Mari kita saksikan..

sebelum tu, kita tengok dulu video yang saya maksudkan ni..

haa dan tengok? ok ni eksperimen versi McD Malaysia selama seminggu je..di beli pada Rabu 28 Mac 2012 dan hari ni 3 April 2012..so genap 7 hari diletak di meja biasa tanpa ditutup..jeng..jeng..jeng..

haaa…yes ada serangan kulat a.k.a bakteria..TAPI hanya dipermukaan luar sahaja ye..tu pun mungkin sebab bekas tangan orang pegang-pegang..sebab kat bahagian dalam fries memang tak ada langsung kesan bakteria atau kulat. so apa maknanya tu? ok jom kita tengok gambar lagi..

Bau???

Bau still lagi sedap macam baru beli..serius..tak bau macam makanan busuk pun. SERIUS!

thats why saya boleh amik gambar zoom camni..kalau busuk konfirm tak nak pegang pun. Nampak macam baru beli je kan?

Nampak gambar bawah tu yang fries McD ni sebenarnya kosong je? ye…berbanding fries biasa, fries McD ni kosong..ada isi sikit je..kulit je yang rangup..tapi isi? so fikirlah apa korang makan selama ni kat McD tu.

Bayangkan kalau bakteria pun tak mampu buat apa dengan fries McD ni, bagaimana pula dalam perut kita? yes perut ada acid, tapi mesti kena kerja lebih teruk kan? Entah berapa lama perlu masa untuk proses dan hadam semuanya. Thats why lah kita sekarang mudah kene penyakit. Pastu kalau makanan tak terhadam, akan jadi apa? Lemak? fikir2lah sendiri..

Saya bukan nak memburukkan sape2, tapi nak sedarkan kita sebagai pengguna..Berhati-hatilah memilih apa makanana kita..kita berhak memilih yang terbaik.. Jadi nasihatkanlah kepada keluarga dan sanak-saudara terdekat untuk elakkan makanan yang tahan lama sebab memang susah perut nak proses, akhirnya mendatangkan penyakit..

*sape nak share sangat-sangat dialu-alukan..

24 Comments

  1. Biasa lah makanan segera, mmg ada benda x sihat nye. Nak makanan sihat, masak sendiri jer..

  2. buat sendiri lagi sihat walaupun tak sesedap McD yang banyak benda tambahan

  3. setakat ni tak jumpa pulak..kalau ada terjumpa boleh share nanti

  4. betul..tapi masak sendiri pun gunakan bahan yang segar dan kurangkan penggunaan perasa dan pewarna tiruan..biar hodoh tapi sihat 🙂

  5. Jarang makan MCD ni…Biasa makan KFC…Adakah KFC pun serupa gak macam ni..

  6. siha

    saya goreng kentang sendiri lg sedaaap!

  7. masak kari ayam, letak kentang dalam kuah tue.. lagi besar, lagi padat (tak kosong macam mcd)lagi best.. makan ngan nasik plak tue.. memang sodap!!

  8. Raziff

    Wanmus, saya mendapati sdr telah memberi testimoni di laman e-biasiswa. Saya sedang mencari bantuan biasiswa swasta seperti tertera. Bagaimana saya dpt menghubungi mereka . Saya tidak dpt membuat pembelian. Wasallam

  9. jarang gak makan mcd huhu.. tapi kentang goreng readymade pelbagai jenama yang beli kat tesco tu agak2 sama ke ek huhu

  10. tengok jugak..kalau jenis biasa2 tu ok kot..yg penting tengok isi dalam kentang tu kalau boleh, kalau penuh je, oklah tu

  11. Shidi

    Burger diperbuat drpd bahan yg diproses spt roti,sos,mayonis,daging..sudah tentu tk akn tahan lama(normal)jika trdedah kpd suhu,udara tercemar ttpi f fries akn brbeza..lambat rosak krana dia prbuat drpd kentang asal..tanpa diproses atau campuran pengawit..samalh mcm goreng pisang..kau org buatlh sndiri..same jee..

  12. iya itu kami tahu..tapi kenapa perbandingan dengan fries biasa yang dibeli di kedai dan fries McD,fries kedai biasa berkulat juga akhirnya..minta tengok video atas sampai habis ye. dalam ujikaji ni tak sempat nak banding dengan fries kedai biasa..

  13. nor afizah mustapha

    memang la nampak berkulat kat luar je sbb tu kulat/spore, memang on the surface je, tp kalau guna microscope di punye ‘akar’ sampai ke bawah. food lain nampak berkulat teruk mungkin sebab banyak ingredients yang sesuai utk bacterial growth and different foods ada different bacteria yang dominant/sesuai untuk, depends on the environment of the food itself yang boleh support bacterial growth tu.

  14. makanan segera mmg mcm ni pun, itu lah sebabnya kalau beli kta makan terus, aku tak pernah beli fries McD simpan seminggu baru mkn..

  15. Haha..rupenye selama ini duk makan kulit fries aje…

  16. Tapi sedappp…ha3…nnt terkene kat diri sdri baru nak insaf ni….

  17. dahsyatnya… apa ke benda yg terkandung dlm fries McD tu ya..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.