SBPA Batal,Pekerja Kerajaan NAIK GAJI!

Penulis: wanmus Kategori: 1Malaysia | Gaji | Internet | Kerajaan | SBPA Tarikh: 08 March 2012 | 7 komen

Wahhh.ramai melompat kat bangunan kerajaan hari ni..kenapa?

Semuany kerana ucapan PM Najib pagi tadi..

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. – BERNAMA

Tahniah kepada semua pekerja kerajaan..ingat, gunakan gaji sebaik mungkin..dan tingkatkan produktiviti



  1. siha

    alhamdullillah! dapat sikit pun jadilah!!

  2. wanmus

    Alhamdulillah..tulah, harap dengan kenaikkan gaji ni, ekonomi malaysia makin ok..so rakyat lain pun turut rasa kenaikkan pendapatan 🙂

  3. najwa

    bagaimana dengan yang bekerja swasta.. sedih sungguh kerana nak memohon kerja di penjawat awam tak pernah nak dapat….

  4. wanmus

    hoho..kerja kerajaan tak semestinya istimewa..saya pun tak kerja kerajaan.malah kerja sendiri dan ada company sendiri..yang penting kita suka kerja kita 🙂

  5. mervyn

    Moga semua berpuas hati dengan kenaikan gaji. Harap2 harga barang tak naik jugak.

  6. fauzi

    yang tak seronoknya:

    lepas je belanjawan dulu diumumkan, sbpa diumumkan, harga barang banyak yang naik.

    bagi yang jarang berbelanja mungkin tak rasa. tapi kalau selalu ke pasar, orang berniaga, memang terasa harga naik.

    selalu sangat jadi begitu. gaji penjawat awam naik, harga pun ikut sekali.

    lagi tak seronok bila dengar menteri kata tak ada yang naikkan harga barang.
    kalau naikkan ada tindakan.
    tapi selama ni harga naik konsisten je, takde pulak nak turun.

    pergi supermarkt bawak RM 50, apa yang boleh dibeli? sekejap saje habis….

  7. samanosuke_04

    hoho, kalo harga barang naik skali orang tak puas hati gak.. tapi bersyukur dengan apa yang dapat 😀