Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager

Penulis: wanmus Kategori: Belajar CPanel | Cpanel | jomhosting | web hosting | website Tarikh: 23 October 2011 | 10 komen

Siri 3 Belajar CPanel kali ini akan mengajar anda cara untuk upload atau muat naik fail ke dalam web hosting anda menggunakan File Manager pada CPanel anda. Semua fail dan folder laman web anda perlu anda upload ke web hosting anda untuk boleh diakses. Ada juga cara lain untuk upload fail ke web hosting adalah dengan menggunakan perisian ftp yang mana akan saya ajar di siri yang seterusnya nanti.

Ok..untuk teruskan dengan siri ini, anda perlu login terlebih dahulu ke CPanel anda seperti telah kami ajarkan dalam Siri 2 yang lepas. Kemudian di bahagian column atau tab Files, klik pada “File Manager” seperti gambar di bawah:

Pada popup yang keluar seperti di bawah, tick pada “Web Root (public_html/www)” dan klik “Go“. Kemudian anda akan terus di bawa ke folder public_html, Anda boleh tick pada “Show Hidden Files (dotfiles)” jika ingin mengubahsuai fail sistem seperti fail .htacess tapi kami hanya syorkan kepada yang yang betul-betul faham skrip tersebut sahaja kerana ianya boleh menggnggu sistem fail cPanel anda jika anda tersilap membuat ketetapan.

Untuk setiap fail dan folder laman web yang ingin anda paparkan atau diakses menggunakan browser web, anda perlu memuatnaik (upload) fail dan folder tersebut semuanya ke dalam folder “public_html” ini. Pastikan anda juga tidak membuang sebarang fail dan folder di dalam folder “public_html” ini kerana boleh mengganggu kelancaran akses ke web anda nanti.

Di atas ialah gambar dalam folder public_html tersebut. Untuk upload file, hanya klik pada butang “Upload”. Kemudian klik pada “Choose File” seperti gambar rajah di bawah dan pilih file yang anda ingin upload. Ingat anda hanya dibenarkan upload fail yang tidak melebihi saiz dibenarkan oleh pakej hosting anda.

Contoh di bawah ialah saya cuba upload fail pengenalan.html dan perkataan “complete” seperti di bawah menunjukkan fail tersebut telah berjaya dimuat naik. Kemudian upload lagi fail-fail web anda yang lain.

Untuk proses ini hanya disarankan jika hanya untuk muat naik beberapa fail sahaja. Untuk muat naik fail yang banyak termasuk folder, kami sarankan memuat naik menggunakan perisian ftp seperti yang kami kongsikan dalam Siri ke 4 panduan Belajar CPanel ini.

Teruskan ke Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna Perisian FTP

ikuti Siri lengkap Belajar CPanel:

Belajar CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting
Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel
Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager
Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna Perisian FTP
Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun Email



  1. ciksembang

    saya selalunya guna ftp. berhajat jugak nak buat tuto untuk epanel ni tapi disebabkan tak sempat nak crop sana sini hajat dimatikan. terimakasih wanmus membantu kawan2

  2. Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun Email

    […] Nama Domain Dan Web Hosting Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna Perisian […]

  3. […] Nama Domain Dan Web Hosting Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna Perisian FTP Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun […]

  4. Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel

    […] belajar seterusnya ke Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager..Jangan lupa masukkan email anda di kotak bawah ini bagi memastikan anda tidak terlepas siri […]

  5. […] Nama Domain Dan Web Hosting Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna Perisian FTP Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun […]

  6. Sarah

    Assalammua’alaimuk brother wanmus… website saya dh keluar di server…then, sy nk tanya, mcmana nk connect kn interface website dgn database? untuk pengetahuan brother, website saya melibatkan database… sblum ni saya menggunakan localhost wampserver untuk connect website dgn database… then, saya dh upload website n database ke server, n bagaimana untuk connect diantara website n databasenye? harap brother dpt membantu… terima kasih bnyak bro wanmus…

  7. amir

    Slm bro satu soalan, saya dah dah upload folder web saya guna FTPcore. Masalahnya disini setelah selesai upload ia masih tak dapat dipaparkan terus dalam url http://www.sinar13.com, yg keluar macam ni
    Index of /

    SINAR MEDIA WEB/
    cgi-bin/
    www/
    Apache/2.2.23 (Unix) mod_ssl/2.2.23 OpenSSL/0.9.8e-fips-rhel5 mod_bwlimited/1.4 mod_perl/2.0.6 Perl/v5.8.8 Server at http://www.sinar13.com Port 80

    so ader aper-aper kesilapan yang saya buat. lagi satu camne nal lihat file yang dah diupload tu dalam cpanel

    New user bro tq

  8. Teh

    Hello,

    Apa khabar? Saya hendak bertanya sedikit tentang dua perkara. 1.) Sisipkan Favicon di ‘address bar’ 2.) Sisipkan imej di ‘signature webmail Roundcube’. Saya pelanggan jomhosting,saya harap tuan/cik dapat membantu saya. Terima kasih.

  9. Rahman

    Salam saya telah upload file-file dan folder web melalui perisian http://FTP…setelah lengkap saya test kat address browser tapi gagal yg keluar seperti ini:

    index of/
    .car/
    .cgi-bin/
    .images/
    .postinfo.html
    .travel/
    .website/

    macam mana saya nk selesaikan masalah ini…saya tak dapat paparkan website saya dgn lengkap….minta pertolongan tuan ..

    Terima Kasih

    Rahman Zarim

  10. Rahman

    Salam saya telah upload file-file dan folder web melalui perisian http://FTP…setelah lengkap saya test kat address browser tapi gagal yg keluar seperti ini:

    index of/
    .car/
    .cgi-bin/
    .images/
    .postinfo.html
    .travel/
    .website/

    Apache/2.2.23(unix)mod_ssl/2.2.23 Open ssl/0.9.8e-fips-rhe15 mod_bwlimited/1.4 mod_perl/2.0.6 perl/v5.8.8 server at deejaykampong.com Port 80

    macam mana saya nk selesaikan masalah ini…saya tak dapat paparkan website saya dgn lengkap….minta pertolongan tuan ..

    Terima Kasih

    Rahman Zarim