Belajar CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain dan Web Hosting

Penulis: wanmus Kategori: Belajar CPanel | Cpanel | domain | Internet | jomhosting | percuma Tarikh: 20 October 2011 | 13 komen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bermula hari ini, saya akan berikan tutorial dan panduan PERCUMA Belajar CPanel. Ianya khas untuk anda pelawat Wanmus.Com dan pelanggan setia JOMHosting.NET. Ianya merangkumi pengenalan domain dan webhosting, pengenalan cPanel dan cara guna fungsi asas cPanel. Sorry this tutorial will be conducted fully on Malay. You can use google translator to translate it for you.

Jadi untuk mempunyai 1 web, anda perlukan nama domain dan web hosting. Web hosting untuk letakkan file2 anda untuk orang lain boleh akses online dan nama domain untuk memudahkan orang akses ke web atau file anda tu. Ok, sebelum pergi jauh, saya ingin mulakan dari pengenalan asas nama domain dan web hosting. Baca dulu dan nanti saya akan terangkan lebih lanjut di bawah nanti untuk lebih memahami.

Apa itu Nama Domain??

Nama domain adalah label pengenalan yang menentukan tahap autonomi pentadbiran, kuasa atau kawalan dalam Internet. Nama-nama domain adalah nama host yang mengenal pasti Protokol Internet (IP) sumber-sumber seperti laman web. Nama-nama domain dibentuk oleh prosedur Sistem Nama Domain (DNS). Nama domain memudahkan manusia dengan menukarkan nombor ip yang difahami komputer kepada bahasa yang lebih mudah kepada manusia.

Nama domain digunakan dalam pelbagai konteks rangkaian, penamaan aplikasi khusus dan pembawakan maksud contohnya apple.com membawa jenama dan syarikat apple inc. Ia disusun mengikut sub-ordinate (subdomain) DNS domain akar (root domain). Set pertama peringkat nama domain dipanggil top-level domains(TLDs) atau domain tingkat atas , termasuk generic top-level domains (gTLDs) atau domain tahap teratas generik, seperti domain terkemuka .com, .net dan .org, dan juga country code top-level domains (ccTLDs) atau kod negara domain peringkat atas seperti bagi malaysia .my, .com.my, .net.my dan .edu.my. Selain yang berbayar, ada juga nama domain percuma yang diberikan seperti .co.cc, .tk dan sebagainya.

Apa itu Web Hosting??

Perkhidmatan web hosting ialah suatu jenis perkhidmatan internet hosting yang membolehkan individu dan organisasi untuk membuat laman web mereka sendiri yang boleh diakses melalui World Wide Web (WWW) samada melalui ip server atau nama domain. Web host atau penyedia perkhidmatan web hosting ialah syarikat-syarikat yang menyediakan ruang serta sambungan internet pada pelayan (server) mereka sendiri atau yang disewa untuk digunakan oleh pelanggan-pelanggan mereka yang biasanya diletakkan di dalam pusat data (datacenter). Penyedia juga biasanya menyediakan satu antaramuka atau panel kawalan contohnya cPanel, Directadmin dan Plesk untuk menguruskan pelayan web dan memasang skrip serta modul dan aplikasi perkhidmatan yang lain seperti e-mel.

Pusat data atau datacenter ialah tempat di mana disediakan perkhidmatan lengkap yang canggih untuk meletakkan server oleh pelanggan. Biasanya ia lengkap dengan sistem keselamatan dan sambungan internet yang canggih bagi memastikan server dan data pelanggan selamat dan dapat diakses tanpa masalah 24/7.

Jenis-jenis perkhidmatan web hosting:

  1. Free web hosting: Perkhidmatan web hosting percuma yang ditawarkan syarikat penyedia web hosting dengan beberapa had penggunaan contohnya saiz, bandwidth atau pun iklan. Akaun tidak dimiliki sepenuhnya oleh pelanggan.
  2. Shared web hosting: Dalam perkhidmatan perkongsian web hosting ini biasanya penyedia akan meletakkan beratus akaun dalam 1 pelayan (server) yang sama bergantung kepada kemampuan server tersebut. Kesemua akaun dalam server ini akan berkongsi server resources yang sama seperti RAM dan juga CPU. Ciri-ciri pakej berbeza mengikut penyedia. Kebanyakkan pembina laman web mengambil pakej ini kerana ianya berpatutan.
  3. Reseller web hosting: Pelanggan (resellers) dibenarkan untuk menjadi penyedia web hosting tapi dalam skala lebih kecil di mana mereka boleh menjual pakej web hosting kepada pelanggan lain mengikut had yang dibenarkan. Resellers boleh mengawal keseluruhan akaun, domain dan fungsi akaun dibawah seliaan mereka. Saiz hosting bergantung kepada pakej pilihan yang ditawarkan. Resellers biasanya akan menawarkan pakej atau perkhidmatan yang hampir sama dengan penyedia web hosting mereka.
  4. Virtual Dedicated Server: juga dikenali sebagai Virtual Private Server (VPS), di mana pembahagian server resources kepada beberapa server yang lebih kecil tanpa perlu mengubah sebarang perkakas server (server hardware). Ianya server tapi berbentuk yang lebih kecil secara maya dan pelanggan mempunyai akses sepenuhnya ke akaun mereka. Biasanya dalam 1 server, akan hanya di host 5-10 akaun VPS ini.
  5. Dedicated hosting:  Pengguna menyewa 1 server khas untuk mereka. Pengguna memiliki sepenuhnya hak akses kepada web server mereka tapi mereka tidak memilikinya secara hakiki. Biasanya ianya berbentuk Self-Managed atau Unmanaged dimana pelanggan perlu menguruskan sendiri server mereka termasuk security atau penyelenggaraan server. Namun terdapat juga perkhidmatan pengurusan server yang ditawarkan penyedia server samada percuma atau dikenakan bayaran tambahan.
  6. Managed hosting: Pengguna menyewa 1 server khas untuk mereka. Pengguna memiliki hak akses ke server mereka tapi tidak hak sepenuhnya. Mereka tidak dibenarkan akses ke sistem server mereka tapi dibenarkan untuk akses menggunakan FTP atau alat pengurusan yang berkaitan. Dengan akses yang terhad ini, penyedia server dapat mengurangkan risiko keselamatan dan penyelenggaraan server.
  7. Colocation web hosting: Biasanya pelanggan telah mempunyai server tapi tiada tempat selamat untuk meletakkan server mereka. Jadi tempat paling selamat ialah di datacenter. Namun sewaan 1 rak di datacenter untuk meletakkan 1-2 server adalah tidak berbaloi. Jadi penyedia akan sewakan lot ini kepada pelanggan yang memerlukan. Pelanggan biasanya hanya diberikan lot di rak, sambungan internet dan power plug. Penjagaan dan pengurusan server adalah di bawah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya dan pelanggan mungkin perlu menyediakan kumpulan bantuan (support team) mereka sendiri yang mana tidak disediakan oleh penyedia.
  8. Cloud Hosting:  adalah plaftorm baru web hosting yang dapat memberikan kepuasan penuh kepada pelanggan dari segi kelajuan akses, kestabilan dan kebolehpercayaan dengan pembahagian beban antara beberapa server yang berada di pusat data berbeza. Server-server ini tidak diletakkan pada satu pusat data sahaja, di mana ianya mempunyai jaringan antara server di beberapa pusat data diseluruh dunia bergantung kepada penyedia. Ada penyedia yang hanya menghubungkan dengan 2-3 pusat data sahaja dan ada yang sampai 20-30 pusat data. Penggunaan server resources dapat dikurangkan kerana pembahagian bebanan bergantung kepada pusat data terdekat dengan tempat di mana web tersebut diakses.  Namun masalah berkaitan keselamatan data dan privasi mungkin timbul kerana data pelanggan tidak berpusat dan berada di beberapa server di beberapa pusat data.
  9. Clustered hosting: Dalam perkhidmatan ini, beberapa server digunakan untuk menguruskan data yang sama bagi mengoptimumkan penggunaan server resources. Ianya seperti menggunakan banyak server secara selari bagi meningkatkan tahap akses dan kemampuan. Bayangkan beberapa server digunakan untuk memproses akses ke web anda, sudah semestinya laju dan tanpa gangguan. Namun ianya biasanya digunakan untuk host web berskala besar seperti forum atau untuk shared hosting dengan penggunaan unlimited terutamanya dari segi saiz.
  10. Grid hosting: Ianya terbentuk dari gabungan clustered server yang bertindak seperti grid dan terdiri daripada beberapa node.
  11. Home server: Ianya dihost sendiri oleh pengguna samada di pejabat atau kediaman pengguna menggunakan sambungan internet pengguna dan biasanya menggunakan PC yang diubah untuk menjadi server. Sesetengah pembekal internet (ISP) menyekat home-server ini dengan halangan pada port 80 dan juga sekatan pada pembekalan statik IP untuk pengguna rumah.

Penerangan:

Jadi untuk mempunyai 1 web site samada laman web biasa, blog, forum, ecommerce, ataupun portal, anda memang memerlukan 1 domain dan 1 web hosting secara asasnya. Web hosting untuk letakkan file-file anda termasuk gambar, skrip dan file laman web anda. Untuk akses file-file ini, anda boleh gunakan ip server contohnya http://112.137.167.245. Namun kan lebih mudah jika menggunakan perkataan dari nombor ip server contohnya https://wanmus.com dan itulah fungsinya nama domain.

Jika anda perlukan domain, anda boleh semak harga terbaik di Harga Domain Murah atau untuk pakej web hosting di Pakej Web Hosting.

Kesimpulannya..

Pilih domain dan web hosting mengikut bajet dan keperluan anda. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Ok, Jika ada pertanyaan mengenai domain dan web hosting? Boleh tinggalkan komen di bawah ini..

OOPpsss JANGAN LUPa:

*Jom belajar seterusnya ke Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel..Jangan lupa masukkan email anda di kotak bawah ini bagi memastikan anda tidak terlepas siri seterusnya nanti.

ikuti Siri lengkap Belajar CPanel:

Belajar CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting
Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel
Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager
Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna Perisian FTP
Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun Email



  1. Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel

    […] Belajar CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain dan Web Hosting […]

  2. […] CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting Belajar CPanel Siri 2: Kenali […]

  3. […] CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File […]

  4. Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun Email

    […] CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager Belajar […]

  5. samsul

    Adakah webhosting yang berharga serendah RM10 setahun itu shared web hosting?

  6. wanmus

    Bergantung..biasanya yang murah adalah shared hosting kesemuanya. jikalau selain itu biasanya dinyatakan contohnya vps atau dedicated server dan harganya lebih mahal berbanding shared hosting. TQ

  7. mulan

    nk tanya sket.. kalo untuk company sesuai ke kalo ambik free hosting… contoh google…

  8. wanmus

    untuk free hosting ni kurang kredibiliti sikit. sebaiknya gunakan nama domain syarikat anda sendiri.

  9. Rina As

    Lengkap sekali pembahasannya,
    Ouya untuk situs yang dijalankan dengan banyak script yang bagus memakai jenis hosting apa ya ?
    terima kasih..

  10. guidi

    info yang berguna..thanks

  11. Azman

    salam, saya mempunyai masalah dengan web msgebu tidak kelihatan semasa membuka msgebu.com. saya telah pun mengupload public_html dan pergi le laman web dan upload kesumua fail disitu

    terimakasih

  12. wanmus

    Salam.
    ini kerana anda tak delete file index default. saya dah buangkan file tersebut dan cuba cek balik, web dah boleh akses

  13. adrin

    Salam.
    macam mana dapat ftp?
    saya dah beli domain tapi tak tahu macam mana nak dapat ftp.
    saya dah cari dekat email, dekat jomhosting punya page.
    <- newbie