Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel

Penulis: wanmus Kategori: Belajar CPanel | Cpanel | Linux Tarikh: 21 October 2011 | 7 komen

Belajar CPanel Siri 2 kali ini saya akan perkenalkan kepada anda lebih dekat apa itu CPanel dan fungsinya secara ringkas terutama fungsi yang selalu digunapakai pengguna CPanel. Ok secara ringkasnya CPanel ialah panel operasi untuk pengguna web server berasaskan Linux. Selain CPanel, ada juga sistem operasi untuk web hosting Linux antaranya HMSPanel, Kloxo, Directadmin, Virtualmin dan ISPConfig. Namun yang paling popular digunakan pengguna di seluruh dunia ialah CPanel.

CPanel sebenarnya ialah kawalan berasaskan web Linux hosting panel yang menyediakan antara muka grafik dan alat automasi yang direka untuk memudahkan pengguna mengurus hosting laman web mereka. cPanel menggunakan struktur 3 peringkat yang menyediakan fungsi untuk pentadbir (admin) , penjual semula (reseller), dan pemilik laman web (end-user) untuk mengawal pelbagai aspek laman web dan pentadbiran pelayan melalui pelayar web biasa (standard web browser).

Dari segi maksud mudahnya ialah cPanel memudahkan pengguna menguruskan web hosting mereka tanpa perlu mengetahui dari segi teknikal dan skrip secara mendalam. Hanya dengan klik pada tetikus, laman web pengguna tersedia untuk diakses di browser. Ianya telah direka dengan grafik dan sistem automasi yang lebih mesra pengguna.

 Untuk permulaan, jika anda pengguna JOMHosting.NET, sila semak email berkaitan login anda iaitu email bertajuk “JOMHosting.NET : New Account Information” di inbox atau di bahagian spam jika tiada di inbox seperti di gambar atas. Jika anda telah menerimanya, bermakna akaun anda telah diaktifkan dan sedia digunakan. Jika bayaran telah dibuat namun anda belum terima sebarang email pengesahan bayaran, minta terus buka support ticket di Support Ticket JOMHosting.NET

Di dalam email tersebut akan mengandungi segala maklumat penting akaun web hosting anda, jadi semak dan jangan dedahkan kepada umum. Yang penting sekali ialah username dan password cPanel anda. Seperti gambar di atas, login ke cpanel sepatutnya menggunakan URL http://domain/cpanel contohnya seperti di atas http://www.testjer.com/cpanel dan gambar seperti di bawah akan terpapar untuk anda login menggunakan info yang telah diberikan iaitu username dan password ke cpanel anda.

Setelah anda login menggunakan username dan password yang telah diberikan, anda akan akses muka hadapan CPanel akaun web hosting anda. Apa yang anda perlu pastikan ialah pakej dan saiz web hosting anda adalah sama seperti yang anda tempah. Di bahagian sidebar di bawah tab Stat sepatutnya menunjukkan keseleruhan maklumat mengenai akaun anda. Di bahagian tengah pula menunjukkan kesemua fungsi yang tersedia untuk anda gunakan.

Ada pelbagai fungsi yang boleh digunakan bergantung kepada pembekal web hosting anda. Antaranya ialah webmail, file manager, antivirus, database, software dan pelbagai lagi. Yang popular dan kerap digunakan ialah webmail, file manager, ftp, mysql database dan One-click-installer seperti Fantastico dan Softaculous. Semuanya tersedia untuk pengguna hosting dari JOMHosting.NET. Ada sebarang pertanyaan? Tinggalkan saja komen di bawah.

*Jom belajar seterusnya ke Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager..Jangan lupa masukkan email anda di kotak bawah ini bagi memastikan anda tidak terlepas siri seterusnya nanti.

ikuti Siri lengkap Belajar CPanel:

Belajar CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting
Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel
Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager
Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna Perisian FTP
Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun Email



  1. […] Belajar CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel […]

  2. Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun Email

    […] CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna […]

  3. […] CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna […]

  4. […] belajar seterusnya ke Siri 2 iaitu Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel..Jangan lupa masukkan email anda di kotak bawah ini bagi memastikan anda tidak terlepas siri […]

  5. HANIZAM ABD WAHAB

    salam..
    saya nak minta bantuan pada pihak tuan,saya tak dapat nak login cpanel saya.harap dapat membantu,sekian terima kasih.

  6. afiq

    salam tuan..mcm mna nk buat spya website saya propogate?

  7. rahman

    Bagus dan mudah untuk newbies macm saya pelajari..

    T.Q.

    RahmanZarim