Beza Ketara Antara Unifi dan Streamyx

Penulis: wanmus Kategori: Streamyx | TM | TMNet | Unifi Tarikh: 03 August 2011 | 25 komen

Wahh dah pakai Unifi ni nak kutuk streamyx pulak ye..hehe..taklah..takkan ku lupa jasa streamyx selama ini walaupun kekadang rasa macam guna snailmyx 🙂 hmmm… rasanya ramai masih terpinga-pinga tentang unifi ni, yerlah baru ada kat KL, Penang dan JB..tu pun tak semua kawasan lagi kan..aritu ijad datang pun sedih sebab kat Kg Melayu Majidie belum masuk lagi Unifi walaupun dia dah geram tengok speed dan kelajuan unifi kat sini..

hehe..aritu dia test tengok movie kat youtube..alaa kan ada orang upload full movie kat youtube tu..haa time try baru dia terkejut, takde buffering langsung..tu yang terus cek coverage kat JB, rupanya unifi kat johor ni baru ada kat Senai dan Nusajaya baru..alaa kat KL ni pun tak semua kawasan lagi..tu pun kene tunggu hampir 2 bulan lebih tau untuk dapat pasang unifi ni..yerlah daftar aritu bulan Jun 2011, pasang aritu akhir Julai 2011…sepatutnya pasang awal Ogos tapi mungkin diorang nak kejar sebelum bulan poser ni kot..

Ok berbalik kepada Unifi ni..untuk pakej rumah atau residential ni, ada 3 pakej VIP iaitu VIP 5,VIP 10 dan VIP 20. Anda boleh semak harga pakej Unifi di sini. VIP tu stand for Video, Internet dan Phone. Maksudnya dalam pakej ni ada boleh tonton video dan TV, boleh akses internet dan juga boleh guna telefon. Power kan? hanya dari sebatang wayar fiber optic sehalus rambut kita, kita boleh dapat semua ni dengan kelajuan hampir 20Mbps..wowww..

Ingat lagi time guna TMNet dial up dulu..perghh slow giler..nak buka email atau chatting pun kekadang kene redial beberapa kali..sedih kan? tu dulu..tup tup keluar streamyx, barulah rasa laju guna internet..masuklah pakej 1Mbps..wahh laju kan? berbanding dial up dulu 56kbps, sekarang 1Mbps..berapa kali ganda beza tu.

Pastu bila dah ramai guna streamyx ni, kelajuan lama-lama makin slow..yerlah semua dah share guna kabel copper tu, mau tak slow. Dari kotak pembahagi tu, satu kawasan share..memanglah slow lagi2 hari minggu..tapi Unifi tak.. satu box tu hanya share dengan 8 user je tau..lagi2 teknologi fiber optik ni berbeza..kelajuan tak drop pun walaupun ramai user..sebab semuanya guna cahaya..saya pun masih pening macamana diorang boleh translate cahaya ke maklumat..hoho..tulah teknologi namanya.

 

 

Ok kat atas ni gambar setup untuk unifi..Yang penting sekali dalam Unifi ni ialah BTU tu atau Broadband Temination Unit..benda alah ni lah yang pecahkan ke Tv, Internet dan Telefon..so kalau tutup benda ni, semua benda ni tak jalan. so tulah salah satu kelemahan Unifi ni iaitu kene ON 24 jam kalau nak telefon tu berfungsi 24 jam. satu lagi no unifi ni akan ada nombor baru..so previous number dah kene terminate (tu pun kalau nak, kalau tak kene bayar asing)..

Ok dari kabel fiber optik kat luar ni, akan masuk ke BTU..dari situ pecah ke hyppTV tu, telefon dan residential gateway tu. Residential gateway ni ada wifi dan ada wired..so boleh pilih samada nak guna internet guna wire network tu atau wireless je..so apa pun memang best sebab laju walaupun buka TV dan cakap telefon..dah tengok speed test result untuk unifi dan streamyx kan? alaa gambar paling atas tu..haaa..beza harga pun dalam RM40-50 je..untuk dapatkan speed yang memang best terutama internet marketer macam saya ni.. Streamyx 1Mbps harga sebulan RM110, Unifi 5mbps ni sebulan Rm149..so memang berbaloi-baloi 🙂



  1. kawn ko lagi kt utm tak abis master tp duk berangan jer

    wooiit bestnyeeeee aku nak jugakkk bile free?jom buka pose sama2

  2. wanmus

    biler? on je..pasang Unifi dulu lah baru best..oppss UTM tak masuk unifi lagi kan

  3. jutawan senyap

    wah dah kire bagus nih
    nampka cam murah tapi raser macam banyak plak barang nak kene install

  4. Mik

    Bilalah unifi sampai tempat aku, 1mb pun terasa semakin slow. aku tengok kat pakej tu ada channel tuk tv, unifi bole sambung tengok tv ke?

  5. wanmus

    barang kene install? kene install ape? sebab rasanya teknikal diorang yang install..dah siap dan semua boleh guna barulah kita diminta untuk sign

  6. wanmus

    unifi siap untuk tv, telefon dan internet. so takde lagi antena diperlukan..just cucuk terus leh tengok tv..siap ada channel HD lagi..tapi tu kira channel tambahan lah

  7. alamonline

    saya masih berkira-kira nak amik unifi ni sebab dok ada astro..adakah patut buang astro dan tgk tv channel unifi je?

  8. wanmus

    Kalau astro setakat nk tengok tv biasa je, boleh amik unifi..tapi kalau amik astro untuk tengok bola atau channel tertentu, baik amik unifi dan astro 🙂 sebab unifi takde channel macam astro..tapi tetap clear..dan bestnya tak kacau siaran walaupun hujan lebat

  9. alamonline

    tq sebab reply. kalau tengok bola kat internet live streaming guna unifi ok x?ke sekat2 jugak?

  10. wanmus

    tu kene tengok location web dan streaming ke web tu..sebab try kat youtube memang takde masalah streaming..tapi ada jugak time2 tertentu slow sikit..tapi still laju dari streamyx

  11. akubiomed

    Jangan hendak samakan Unfi dengan Streamyx kerana ia bagaikan langit dan bumi. Streamyx kalau hendak dibandingkan pada zaman TMNet Dialup 56kbps dan 36.6kbps lagi jauh beza. Kalau masih ada lagi tidak tahu bila lah blog bro nak siap download 🙂

  12. Mr Rileks

    wow! mmg jauh pbezaan … apakan daya tpt sy xde unifi g… isk3…

  13. wanmus

    sgt jauh bro..dan sgt best..hehe

  14. MaxMonic

    Unify fully fiber sebab tu laju.

    Abang Mus, Unify ada kuotakan? Berapa GB dia bagi?

  15. Mekar

    sALAM.

    Sya pun baru pasang unifi. kelajuannya sungguh mengujakan 🙂

  16. aimannajmy

    perghhh laju seot…agak bila lah unifi nk smpai Kedah..lmbt sungguh ish ish huhu

  17. kamar

    Masih mahal kalau dibandingkan dengan Vietnam dan Korea walaupun ketiga-tiga negara membnagun internet pada dekad yg agak sama.

    http://www.billshrink.com/blog/5787/internet-penetration-costs/

    Tahun 2011 – Malaysia no 90, Korea no 2 dan Vietnam no 40

    Tahun 2011 – Harga internet Malaysia US$28.80 per 1 mbps, Vietnam US$15.37 per 1 mbps dan Korea ialah US$0.37 per 1 mbps.

  18. ZShahboy

    Buat masa ni masih lagi unlimited d/load. Akan datang bila user dah ramai, baru TM akan buat FUP (Fair Usage Policy). Untuk pakej 5MB(60GB), 10MB(90GB) & 20MB(120GB)

  19. Unifi Consultant

    Salam,

    Broadband Termination Unit (BTU) sebenarnya ialah penghalang untuk peralatan Unifi daripada terkene sambaran petir/kilat. sebab itulah semua telifon, modem and decoder kene lalu ikut BTU . BTU berfungsi dengan menukar arus petir/kilat yg nk menyambar peralatan kita bertukar menjadi medium cahaya. sekadar berkogsi maklumat.

    sesiapa yang berminat/ingin tahu atau bertanya mengenai Unifi boleh email kepada saya (ejatrawk@yahoo.com).

    Maaf Tuan blog 🙂

  20. Melatiqistyna

    Kat area Pandan ni br ade, mmg best… Heee

  21. ijal

    Salam, sahabat2 sekalian sy bekerja sbg installer dan agen unifi.
    sy pun unifi users jgk. puas hati mmg laju x tipu beb.
    jika sahabat2 berminat nk pasang Unifi untuk Home or Business sila email/msg/call sy
    En.ijal 0133710067 / andreaboy786@gmjail.com
    blh hunungi sy anytime, sy boleh uruskan pendaftaran dan dapat tarikh pemasangan mengikut kehendak kalian.
    sekian terima kasih 🙂

  22. romli

    klu x sambung kat tv ble x…kita pkai BTU je…ataw kna ada lengkap kesemua kat atas tu

  23. raimi

    kedah dkt mne bro..??boleh sy tlong check coverage..

  24. NamiN Okaii

    Salam, tolong feedback…

    * Kat area Lumut Perak Unifi ada coverage tak ?

    * Saya memang nak sangat lah Unify nih..

    * Kalau takda coverage, macam mana nak contact khidmad pelanggan dia.

    * Biar dia buat cepat-cepat.

    #REPLY_PLEASE @ +6013 472 0334

  25. Izan

    Salam kat area meru @ jln jambu ni ada coverage unifi