Internet Malaysia Laju Tahun Depan Omongan Kosong?

Penulis: wanmus Kategori: HSBB | Internet | malaysia | TM Tarikh: 22 October 2009 | 30 komen

tmnet-streamyx-turtle

Memang internet Malaysia kita akan laju tahun depan ke? Macam omongan kosong dari TM je semua ni. yerlah nak sedapkan keadaan yang dah memang panas..lagilah dengan kejadian internet slow seluruh Malaysia sejak semalam lagi. Walaupun rumah saya Snailmyx streamyx pakej 1mbps tapi slow tu macam guna celcom broadband je.

huuuhhh…mengeluh panjang mengenangkan keadaannya. Hmm tapi berita dari dewan rakyat hari ni nampaknya memberikan sinaran baru kepada pengguna internet seluruh Malaysia lagi2 businessman online macam kita ni..aduss..HSBB atau High Speed BroadBand atau dalam Bahasa Melayu Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan mula beroperasi tahun depan..

Internet kelajuan tinggi tahun depan

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dijangka dapat dinikmati rakyat mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata ini kerana rangkaian akses kini dalam proses ujian dan sebanyak empat ibu sawat di Lembah Klang iaitu di Bangsar, Shah Alam, Subang Jaya dan Taman Tun Dr Ismail, dijadikan ibu sawat percubaan untuk menguji keberkesanan teknologi rangkaian akses.

“Telekom Malaysia juga telah memulakan kerja fizikal bagi pelaksanaan infrastuktur rangkaian akses di 22 rangkaian ibu sawat syarikat itu di seluruh negara,” katanya menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Salang berkata, rangkaian akses akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui 1.3 juta premis di kawasan Lembah Klang, Wilayah Pembangunan Iskandar dan zon-zon ekonomi dan industri utama di seluruh negara.

“Ujian yang menyeluruh dijangka siap pada akhir 2009 dan perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pengguna pada pertengahan 2010,” katanya.

Selain rangkaian akses, projek usaha sama antara kerajaan dan Telekom Malaysia itu juga merangkumi rangkaian teras dan rangkaian antarabangsa.

Salang berkata, sebahagian besar rangkaian teras utama domestik negara telah siap dipasang dan dalam peringkat ujian penerimaannya manakala bakinya pula dalam pelaksanaan.

“Dari segi rangkaian antarabangsa, sistem kabel dasar laut yang sedia ada dan yang baru seperti sistem kabel dasar laut American-Asia Gateway (AAG) sedang dipertingkatkan dan dijangka siap untuk digunakan pada penghujung tahun ini,” katanya. – Bernama

Dari  Berita Harian

Kenapa semua ni baru nak keluar berita? Sebab baru lepas kena sound dengan orang luar lah.Dah terhantuk baru nak gelabah..Ni berita nya:

Pelabur risau, internet M’sia lembab

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

“Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

“Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”

Berita Malaysia Kini

tmnet_streamyx_sucks

Memanglah bila saya tanya kawan di TM dia cakap selepas siap pasang di Lembah Kelang dan KL, JB adalah seterusnya HSBB ni..tapi ikut berita kat atas tu, kat wilayah Iskandar je yang diutamakan dulu..tempat lain tu maybe tahun depan sekali lagi kot..huhu..ntah bila boleh merasa benda alah ni.

Ni asyik-asyik kat pantai barat dapat dulu, habis yang kat Pantai Timur tu masih ramai pakai dial-up tau.. Nak maju macamana diorang kat sana. Line streamyx pun slow.. Adil ke macam ni? Rakyat diutamakan ke? Atau SYARIKAT BESAR diutamakan dulu???



  1. ZudieRahman-GDI income

    Memang panas jugak post kali ni oleh Saudara Wanmus…

    Saya memang bersetuju sangat dgn pendapat saudara. Berdasarkan pengalaman saya, saya yang duduk dkt dgn area lembah klang ni pun talian mmg lembab. Lagi pulak pakai broadband. Pd saya semua broadband sama jer… mgkin bagi diorg,lg lembap, lagi bagus… tak banyak kos diorang nak keluar…. Itu belum nasuk masalah line terputus2…kejap ada, kejap takda…macam biskut…

    p/s : Saya ingatla lagi bagus kalau pelabur2 tu merasa guna kita punya broadband ni, sbb bila diorang complain, laju je org berkenaan ambik tindakan. Tapi bila kita je yg complain. mmg tak jalan punya…daripada complain kat diorang, baik complain kat kura-kura kat atas tu…. 😉 hehehe

  2. mr j

    kalao ok. iyolah tu.. kalau masih tak ok , aku buat video , pijak2 streamyx , buat rusuhan ekoakoeoakkoe. amacam ganaih x?

  3. wanmus

    memang panas pun..yerlah balik2 makan ayam penyet yang dah memang pedas tu, snailmyx ni buat masalah pulak..makin panaslah ceritanya..hehehe..

    tu ar, nak report jugak kat kura2 kat atas tu

  4. msarbin

    Berbaur emosi sikit post kali ini.heheh.. Tapi itulah sebenarnya realiti di Malaysia. Janji dan terus berjanji..

  5. wanmus

    hahha..ganas tu bro.

  6. wanmus

    memang emosi bro..time banyak keje tu lah dia nak jadi slow internet ni..adus..

  7. safar

    Semput siput scamyx.ini gelaran yang baru aku berikan.

  8. adrenal

    internet ni mmg sepatutnya dah lama upgrade dh pon..mcm australia tu,kalau x silap paling kurang speed diorg punya connection mau 4mbps jgk la..paling laju skali korea selatan kalau x silap..dekat2 20mbps jgk la..

    p/s : kat Malaysia ni speed connection baru 1mbps pon orang dh kagum n bangga2kan..padahal diorg xtau yg org kat luar negara pakat gelakkan kita sebab internet kita lembab mcm siput..aisey..

  9. Kobot

    Internet kat malaysia memang lambat, kekadang rasa x berbaloi pula.. bayar mahal tapi connection x memuaskan.. adusss…

  10. wanmus

    laa ye ke minimum 4mbps? huuhh..ni pakej 1mbps ni dah bangga giler rasa..rupanya paling slow kat negara orang lain

  11. wanmus

    tu lah kura2 kat atas tu cakap, ” sorry streamyx, i am faster than you.”

  12. Kobot

    haha.. saya sokong kata2 si kura2 tu..

  13. yoy

    salam.
    saya sebagai pengguna internet percuma di UTM amat berpuas hati untuk masa sekarang.
    walaubagaimanapun masih dikira perlahan seperti kura-kura wanmus terutama untuk membuka laman forum.
    Harap apa yang dijanjikan benar belaka.

  14. wanmus

    UTM oklah best sebab lain backbone 4Gbps. tu pun ada 2 provider dari Time dan TM.

  15. titan

    bagi aku, kita kena bersyukur. Sekurang-kurangnya, kita masih mampu guna internet. Masih mampu buat duit. masih mampu untuk carii kerja, masih mampu buat sesuatu.

    Tapi biasalah, nak memuaskan hati semua orang. Bukanya senang, kan?

  16. wanmus

    iya bro..bersyukur dah ni kalau tak dah lama gi mengamuk kat TM. kitorang ni nak tunjukkan ketidakpuasanhati sebab diorang janji lain tapi dapat lain..tu yang marah

  17. kokak

    gile2 pot 2 mpbs speedometer dpt 115 uuuuuwhy apela nk jd ngn streamyx ni babi btl start dr awal puase smpai skrg x settle2 lg bile dorg ckp modem aku rosak RM600 tu aku beli … eh dlm ni blh maki hamun x? x puas rasenye klau x carutkan streamyx ni

  18. kokak

    member aku kt england siap blh gelakkan aku lg bile dengar aku pakai pot 2 mpbs sbb dorg sane minima 10MPBS!!!!!! wow malu2 kate negare maju xkan la internet mcm ni mak aaaai

  19. wanmus

    kat oversea jauh dah tinggalkan kita ni. Malu rasanya. Kata nak maju ke depan..tapi nak wat macamana..

  20. wanmus

    sorry bro, ni bukan tempat nak spam camtu..tolong ikut adab ek. nak kutuk pun isi satu form dah lah..aisshh..

  21. syapul

    salam…
    hmmm…menarik gak isu kali ni..
    betul ke tahun depan line internet tip top?
    macam x cayer je…
    pakai broadband ke streamyx ker…lebih kurang jer
    slow…

  22. wanmus

    yup memang slow lagi setakat ni. tapi tolong jangan nak wat spam ye di sini..tq

  23. Firdaus

    aku tak pakai streamyx pakai celcom broadband

  24. wanmus

    celcom lagi teruk

  25. BAGAK

    pembetulan…

    korea selatan akan mula guna 1Gbps mulai tahun 2012
    sekarang mereka guna 100 Mbps

    ada kawan ke sana boleh tengok video/ video conference atas keretapi laju 300 kmsj tanpa apa2 gangguan

    malaysia? nak guna telefon atas KTM pun selalu putus2 hehhehehe

  26. wanmus

    haa? 1Gbps? perghhh..kalau kat malaysia laju tu pakai kabel optik dan sewa mau sampai berpuluh ribu sebulan..

  27. […] nak dapat internet laju kat Malaysia ni memang omong kosong je? Rupanya TM ada wat announcement tapi hidden skit dari pandangan […]

  28. rahsia hebat

    harap internet dari TM jgn jadi indah khabar dr rupa je..

  29. pak long

    salam…
    betul tu….cakap jer seluruh malaysia ada jalur lebar….semua tu kencing jer…try layan kt kampung aku…broadband jadi perhiasan jer…
    .-= pak long´s last blog ..Budaya Orang Banjar. =-.

  30. Ronaldmohoni

    malas dah nak fikir benda nih. saya masih tidak berpuas hati dengan tahap kelajuan internet di malaysia.