Wahhh..anda dah tahu pasal Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012 nanti? Hari Internet Blackout ni nak menunjukkan ras protes rakyat kepada Seksyen 114a. Rasanya ramai blogger atau web hoster pening jika Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 dilaksanakan nanti kerana pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh. Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah. Pening kan? Logik ke camtu..
Macam orang lain buat salah tapi kita kena..pelik betul..
Seksyen 114A bukan sahaja mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh, bahkan juga menjadikan individu-individu yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan Internet seperti ruang forum, blog dan pengehosan web bertanggungjawab terhadap segala bahan yang terkandung dalam perkhidmatan mereka.
Di bawah pindaan terbaru ini, seseorang pengguna Internet yang akaun atau komputernya digodam dianggap bertanggungjawab terhadap segala bahan yang dimuat naik atau turun oleh penggodam.
Hari Internet Blackout atau HIB ni dianjurkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
Ni faham lebih lanjut, baca post dari http://stop114a.wordpress.com/2012/08/10/jom-bantah-seksyen-114a-3/
Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.
Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.
Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.
Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.
Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012!
Jadi jika ada pelanggan kami web hosting malaysia host web atau blog yang kutuk atau tak betul, kami akan dipersalahkan..boleh ke macam tu? tu empunya forum lagi teruk kena rasanya..hoho..mane lah sempat kami nak cek semua pelanggan..ni sampai2 semua komen nak kene cek..tak ke naya..
Apa pandangan korang?
memang tak wajar akta baru ni. ini ke namanya kebebasan bersuara?
tau xpe..baik tak payah benarkan terus guna internet kalau tak bagi berbincang dan keluarkan pendapat kita
Ini boleh mendatangkan marah….. Undang-undang rimba namanya tuu…. Boleh ke gitu?
tau xpe..suke-suke diorang je
Pergh mengarut betul ada akta mcm ni pulak.. X boleh jadi nie.. Saya bantah abis abisan
wah kena berhati-hati selepas ini..
kalau macam tu CEO TM lah paling teruk. sbb dia yang menyediakan internet. setiap kali pelanggan buat salah, diorang pun kira bertanggungjawab. tak gitu?
Pada aku ini boleh melingkupkan orang/parti/kerajaan. Sebab pengguna dapat akses internet dari dari syarikat tersebut.
Jadi, syarikat tu pula menyediakan perkhidmatan tersebut kerana dibenarkan oleh kerajaan.
Pendek kata, memang tak boleh pakai akta ni. Diorang takut la tu dengan KUASA internet.
Mesti diorang tak fikir, apa jadi kalau semua pengguna internet Malaysia bergabung? Sebelum ni diorang baru sekat laman web download pun banyak web gomen kena hack. Hahaha.. Harem jadah..
Protes. Tidak setuju. Tiada kebebasan bersuara samalah dengan pemerintahan kuku besi & otokratik.
tau xpe..mengarut dan tak bertamadun langsung
berhati-hati dan tetap kene protes kak..huhu
Takpe, cer hack pulak government punye web ngn hosting , kita niayakan diorang balik. hahahahahaaaaahahahahahahaaa
Jangan buat undang2 semberono cenggitu. Nanti takut senjata makan tuan.kalau ada org buat acc facebook guna nama najib pastu upload gambar xsenonoh dan kutuk kerajaan gila2 punya,adakah najib sudi diperbicarakan????
berani diorang saman syarikat mereka sendiri..hehe
memang ramai yang protes dan marah..
Tobat naya bak hang…kerajaan cukup takut dgn internet…hahaha…kerajaan rimba namanya!
saya pun tak setuju
haha..bahaya ni, ada unsur provokasi, kene ambil tindakan ni..haha
haa..tu memang kerajaan kena jawab..
sj nak takutkan rakyat
Undang-undang paling pelik dalam dunia! Tapi kiranya kalau join Hari Internet Blackout ni memang tak boleh posting apa2 la kat blog, fb or twitter?
Hehe saya masih kurang faham 🙂
sokong dengan pernyataan ini!
boleh tulis kat blog, tukar gambar profile kat fb, offline blog..
Tak faham laa.. Dengan menukarkan Display Picture atau letak kt web, ada efek ke? Pihak mana akan dpt efek?
sebab klu Earth Hour mmg ada efek klu kita stop guna elektrik dlm satu jam, berjuta2 RM dpt save dah..
jika ramai sokong dan tukar profile ramai-ramai secara serentak, pasti akan ada pihak buka mata..itu yang berlaku apabila bersih pakai baju semua kuning, lautan kuning membuat ramai orang buka mata..
undang2 untuk mendakwa orang yang mengutuk kerajaan..hohoho.. Pemerintahan didahulukan, rakyat di….
Saya biarkan kosong… 😛
bro kene tahan sebab cuba membuat provokasi..hehehe 🙂
Cam bersih pon saya rasa tak ada apa efek sgt pon? Mcm buang masa jer bersih tu?
banyak kesannya secara tak langsung 🙂