Posted inHari Internet Blackout jomhosting Seksyen 114a
Ada Apa Dengan Hari Internet Blackout?
Wahhh..anda dah tahu pasal Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012 nanti? Hari Internet Blackout ni nak menunjukkan ras protes rakyat kepada Seksyen 114a. Rasanya ramai blogger atau web hoster pening jika Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 dilaksanakan nanti kerana pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh. Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah. Pening kan? Logik ke camtu..