Alhamdulillah dalam 1-2 hari lagi dah nak berpuasa atau tibalah bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu. Bulan beribu keberkatan dan keampunan. Tak lupa juga bulan meriahnya dengan makanan terutama di bazar ramadhan yang sememangnya tempat tumpuan ramai membeli juadah berbuka puasa. sebelum tu, anda dah ada ke takwim atau jadual berbuka puasa mengikut kawasan anda yang sah? atau senang kata jadual Waktu Berbuka Puasa 2013? sebab kalau ambil je dari mana-mana takut tak betul pulak. Yerlah penting tahu takwim atau jadual ni supaya nanti senang nak tahu waktu kan nanti terbabas sahur lebih waktu kan batal puasa..hehe
Ok macam gambar jadual atas tu adalah Takwim Berbuka Puasa dan Imsak bagi Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengannya.
Jadi jika anda nak cari takwim berbuka atau bersahur untuk kawasan lain seluruh malaysia macam putrajaya ke, kedah ke, perlis ke, sabah, sarawak ke, melaka ke dan macam-macam tempat lagi, ni caranya. Mudah sahaja dan saya nasihatkan nanti print dan tampat kat dapur.. so senang tak payah pening-pening tanya orang dah berbuka ke belum.. 🙂
Ok caranya macam ni.
1- Klik ke http://www.e-solat.gov.my/ramadan
2- Klik pada Takwin Berbuka & Imsak macam kat bawah ni
3- Ikut step bawah ni. 1- Pilih Negeri, 2- Pilih Zon atau Daerah 3- Klik Cari
4- Klik cetak / print
Cuma jangan berbuka puasa banyak sangat..hehe
selamat berbuka puasa 🙂
banyak gunanya nanti ni. terima kasih perkongsiannanya.
InsyaAllah esok kita semua akan berpuasa. tak sabar 🙂
betul..supaya kita sentiasa ingat waktu solat..bukan waktu berbuka sahaja 🙂
yup..dah setahun menanti
Selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir & Batin.