Apa Beza Shared Hosting Biasa dan Biz Hosting

Penulis: wanmus Kategori: jomhosting | review | web hosting Tarikh: 27 June 2012 | 2 komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ok kali saya nak terangkan beza web hosting biasa atau shared hosting biasa berbanding premium shared hosting atau mungkin dikenali biz/vip atau  premium shared hosting. Dari segi nama mungkin berbeza dari setiap hosting provider tapi konsep digunakan adalah hampir sama.

Ok kenapa namanya berbeza?

Untuk yang biasa, tu memang biasalah takde apa special..cuma yang vip ni, kita fahamlah kelebihan diberikan tak sama dengan orang biasa sebab dia bayar lebih..

Ok kita tengok lebih teknikal sikit ye..jangan pening..

1) Dari segi bilangan akaun per server.

Pada server untuk Shared hosting biasa akan dimasukkan minimum 300-500 akaun per server bergantung kepada keupayaan server tersebut. Biz atau VIP hosting ni  pula MAKSIMUM 50-70 akaun per server sahaja. Jadi server tersebut hanya melayan sedikit akaun berbanding server shared hosting biasa.

2) Dari segi RAM server

Setiap akaun dalam server berkongsi RAM server. Jadi bagi shared hosting yang bilangan akaun amat banyak, perkongsian RAM mungkin agak terhad bagi setiap akaun berbanding VIP/Biz Hosting. VIP/Biz Hosting dengan saiz RAM lebih besar untuk beberapa akaun sahaja, sudah pasti performance lebih baik.

3) Dari segi CPU server

Penggunaan cpu bagi semua akaun dalam server adalah agak terhad bagi server shared hosting biasa kerana terpaksa menampung pemprosesan yang banyak kerana bilangan akaun yang banyak. Berbeza dengan Biz/VIP hosting, saiz CPU yang agak  besar untuk bilangan akaun yang sedikit, sudah pasti tiada masalah yang akan mengganggu pengguna.

4) Dari segi spesifikasi akaun

Apabila bilangan akaun yang agak banyak dan kemampuan server dari segi RAM dan CPU agak terhad, sudah pasti spesifikasi pakej bagi shared hosting biasa agak terhad. Berbanding VIP/Biz  Hosting dengan kemampuan server yang lebih besar, spesifikasi pakej yang diberikan lebih besar dan lebih  menarik.

5) Dari segi harga

Sudah tentu sesuatu yang bertanda VIP akan agak mahal berbanding yang biasa kerana sebab-sebab yang saya nyatakan di atas. Tapi amatlah berbaloi harga yang anda laburkan dengan apa yang anda dapat pada pakej biz hosting ini. Biasanya masalah limit resources, selalu down, server lagging dan sebagainya tidak berlaku pada VIP/Biz Hosting ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke Pakej Biz Hosting



  1. eddie

    kalau income blog masyuk…memmang berbaloi amik yang VIP nie

  2. aimannajmy

    Hoho.. bercadang nak upgrade akaun pas raya ni.. tengok la camana kalo da rezeki lebih hehe