Karnival Upin Ipin dan Ultraman di PICC

Penulis: wanmus Kategori: Filem Animasi | Karnival | Upin & Ipin Tarikh: 22 November 2014 | Tiada Komen

karnival-upin-ipin-ultraman-2014-picc

Semalam bermula Karnival Upin Ipin dan Ultraman di Putrajaya International Convention Center (PICC) yang berlangsung dari 21 November hingga 23 November 2014. Alhamdulillah tercapai juga hasrat bawa anak berdua tu jalan ke sana sempena cuti sekolah ni. Mula-mula sampai ingat dah nak balik sebab amat penuh, jem dan parking yang bertindih-tindih. Tak sangka sampai dalam pukul 12 tengahari dah sendat macam tu. So demi anak, gagahkan juga sebab kena mendaki bukit untuk capai ke PICC tu..yerlah parking kat bawah je ada.

Tapi alhamdulillah rasanya berbaloi sebab anak gembira. Mana taknya Aqilah dan Arifah dapat jumpa maskot kesukaan diorang tu..

upin-ipin-karnival-ultraman-upinipindanrakan-boria-wanmus upin-ipin-karnival-ultraman-lautan-manusia-picc-wanmus upin-ipin-karnival-ultraman-permulaan-wanmus upin-ipin-karnival-ultraman-arifah-wanmus upin-ipin-karnival-ultraman-aqilah-wanmus upin-ipin-karnival-ultraman-mula-2-wanmus

Ni video sepanjang berada di sana.. video aksi upin dan ipin serta ultraman dan kawan-kawan semua.

Tapi part raksasa nak lawan ultraman tu diorang takut..yerlah seram, takut dan muka hodoh..hehe nama pun raksasa.

upin-ipin-karnival-ultraman-lawan-raksasa-wanmus upin-ipin-karnival-ultraman-raksasa-wanmus

Bagi saya berbaloi untuk bawa anak ke Karnival Upin Ipin dan Ultraman..confirm mereka gembira dan paksa anda beli barang-barang upin dan ipin..hehe macam-macam ada. ada baju upin ipin, bekas air, pensel warna, topi, jam, mug, stiker, buku mewarna dan macam-macam lagi yang ada gambar upin ipin dan animani baru iaitu Puteri..Belilah sedikit untuk anak, kesian kat anak..hehe.. Rasa dulu selepas filem animasi Geng Upin Ipin tu, diorang nak keluar filem animasi upin ipin angkasa kan? tapi senyap je..sama-samalah kita nantikan ye.

*** Jika anda ingin ke sana, minta sangat untuk makan dahulu dan bawa bekal untuk anda dan anak-anak siap-siap. Sebab:

  1. Kedai makan kurang
  2. Terlalu ramai pengunjung
  3. Ruang dewan agak sempit lagi2 ada booth tengah-tengah tu
  4. Tentatif agak lama dan mungkin anda perlu tunggu je dalam dewan jika dapat duduk macam saya buat 🙂

Ni tentatif atau jadual penuh Karnival Upin Ipin dan Ultraman 2014 ni..esok last tau..rugi tak hadir

karnival-upin-ipin-ultraman-2014-picc-tentantif

Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA

Dan kepada ayah2, juga gembira sebab dapat face-to-face hero pujaan masa kecil dulu iaitu Ultraman..hehe siap datang berlima beradik tau Ultraman tu. teringat zaman dulu2 petang je mengadap tv nak tengok otomen ni..hehe