Cubaan Dan Motivasi Awal 2012
Alhamdulillah..akhirnya berkesempatan menulis kembali kat blog ni walaupun agak lama tidak menulis.. Kenapa?? Banyak dugaan dan cabaran pada disember tahun lepas dan juga bulan januari 2012 ini. Tapi alhamdulillah ianya semua menjadi motivasi untuk saya bergerak lebih laju dan lepas pantas dari orang lain dan juga pesaing. Ingat..apa jua yang datang bukanlah penghalang tapi cabaran.
Bermula Aqilah diserang sakit batuk kahak yang agak lama..lebih kurang sebulan kot. Doktor mula-mula cakap sakit batuk biasa je. 2 kali gi jumpa doktor kat Klinik Seri Indah, Gombak tu dan dua2 bagi ubat batuk dan antibiotik biasa je. Last sekali gi ke klinik yang sama tapi jumpa Dr Zulailah yang ramai kata dia doktor bagus..memanglah nak jumpa dia je kene tunggu lama tau.
Bila time jumpa Dr Zu ni, dia cakap Aqilah dah agak teruk. Last2 dia kata kene apa ntah bronkitis. Dia kata kene treat macam pesakit Asthma tapi bukan Asthma..sebab berkahak je dan tidak kene jangkitan kuman..Alhamdulillah dengar camtu tapi still risau..last2 kene buat nebuliser 2 kali sehari..hoho time ni sedih tengok anak kita meraung. tapi fikir sebab nak berubat, redhakan jugak hati ni..mau tak nye..anak sampai berair mata dan merah muka meraung..Dr Zu cakap, lagi meraung lagi bagus sebab dia akan sedut lagi banyak ubat tu. Satu lagi time search kat google, ada orang sarankan tepuk belakang bayi untuk pecahkan kahak bayi dalam paru-parunya. Kami pun trylah..Ok juga sebab Aqilah terbatuk2..oklah kahak dah keluar sikit.
Lagi satu Dr Zu cadang kami beli ubat namanya SINGULAIR..untuk bayi dalam bentuk serbuk..ubat ni sedap dan bayi suka..memang betul, Aqilah minum macam minum air je..sedap kot..tapi mahal..satu pek 400gm tu harganya RM7.70 ye. kiralah seminggu berapa..tapi tak kisahlah asalkan anak dara tu sihat..dan ternyata, Alhamdulillah lepas 4 hari wat nebuliser, tepuk2 dan bagi Singulair tu, Aqilah sihat..Alhamdulillah..tulah, kene try dulu baru tau.
Untuk detail mengenai sakit ni dan cara tepuk bayi untuk buang kahak, boleh tengok artikel kat bawah ni terutama kepada ibu bapa muda macam kami yang pening dan takleh tidor apabila dengar anak batuk berkahak dan tidur berbunyi..kesian tau..nak tidur pun tak boleh..campur risau..
Teknik Tepuk Bantu Masalah bayi Berkahak
SITI Farah Aini Jamaludin menunjukkan alat bantuan perubatan yang digunakan dalam kes mengeluarkan kahak daripada kerongkong bayi.
|
BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalahbatuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
“Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri,” ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Pengalaman
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
“Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
“Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
“Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
“Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
“Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,” jelas Siti Farah.
Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.
“Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
“Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut,” katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.
“Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
“Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
“Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya,” ujar Siti Farah.
Sumber: Utusan Malaysia
Jadi kepada ibu bapa yang anaknya juga kena macam kami, jangan risau jika doktor dah sahkan tak kene jangkitan kuman lagi..Berubatlah cepat2 supaya jauh dari jangkitan kuman. Jumpa doktor cepat2 tau..yerlah anak kan tanggungjawab kita dari Allah. Apa-apa terjadi, kita kene tanggung nanti kat akhirat..
Alhamdulillah Aqilah lepas sihat je makin berselera makan tau..sekarang dah makin berat..tak taulah berat dia berapa sekarang tapi pipi dah naik kembang balik. Masa sakit rasa sangat kurusnya dia..pastu muka tak ceria..tengoklah gambar kat atas sekali..tu masa dia sakit..kesian..sekarang perghh..yang penting, Aqilah sihat..haa gambar atas ni gambar masa Aqilah betul2 bulat..tengok, tak nampak leher pun..hehe..
16 January 2012
Masa 9:37 pm
alhamdulliah dah beransur sehat dah anak kamu tu. macam-macam dugaan nak membesarkan anak kan.
wah memang bam-bam aa baby girl ni..cam ayah dia gak kan
17 January 2012
Masa 9:57 am
tu ar kak..macam2 dugaan tapi tulah yang best kan kak? sekarang dah kurang bam bam..huhu
23 January 2012
Masa 4:53 am
Anak aku baru masuk wad sebab masalah kahak / lendir dalam paru2, aku nak cari Singulair yang ko cakap tu.