Keputusan PRU13 Penuh LIVE

Penulis: wanmus Kategori: 1Malaysia | Barisan Nasional | Pakatan Rakyat | Pilihanraya Tarikh: 05 May 2013 | 6 komen

Keputusan PRU13 secara live khas buat rakyat Malaysia yang ternanti-nanti siapakah pemimpin pilihan rakyat untuk memerintah dari 2013 hingga 2018 nanti. Siapakah yang akan diumumkan menang oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)? Nak tahu keputusan penuh pilihanraya 2013 kali ini? Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Jawapannya BN atau Barisan Nasional yang memerintah Malaysia lagi.. Semak keputusan penuh GE13 ini di… (Updates on 4 Am 6/5/2013)

3.58am Keputusan muktamad Parlimen: BN 133, Pakatan 89.

BN menang majoriti mudah. Keputusan muktamad sumber dari http://www.malaysiakini.com/bm/

Barisan Nasional menang mudah bagi membentuk kerajaan baru Malaysia. Pakatan Rakyat (PR) akan membentuk kerajaan hanya di negeri 4 negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor & WP Kuala Lumpur.

Apa yang menarik saya nak kongsikan di sini Trivia PRU13:

  • Setakat ni kemenangan majoriti terbesar rasanya milik Teresa Kok di Seputeh dengan majoriti 51,552
  • Tg Adnan menang kalahkan Husam Musa dengan majoriti 5,541
  • Bebas tak menang 1 kerusi pun dan majoriti hilang wang deposit
  • BN menang di Perak dan Terengganu dengan majoriti tipis. Di Perak BN 31, Pakatan 28. Di Terengganu BN 17, Pakatan 15.
  • Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh majoriti 11,721
  • Lim Kit Siang kalahkan bekas MB Johor, Ghani Othman di Gelang Patah dengan majoriti 14,762 maknanya Johor akan ada MB baru dari BN
  • Bekas Ketua Menteri Melaka Ali Rustam kalah dengan majoriti 5,447 di Parlimen Bukit Katil.. Melaka akan dapat Ketua Menteri baru
  • Penyanyi Aishah kalah dengan TS Isa Samad dengan majoriti 8,614 di Parlimen Jempol
  • Zulkifli Noordin yang terlalu yakin akan menang kalah dengan Khalid Samad dengan majoriti 10,939 di Parlimen Shah Alam
  • Azmin Ali yang penuh kontroversi menang di Parlimen Gombak (majoriti 4,734) dan Dun Bukit Antarabangsa (majoriti 4,044) yang ditandinginya.
  • Khalid Ibrahim mungkin kekal MB Selangor menang di Dun Pelabuhan Klang (majoriti 2,994) dan Parlimen Bandar Tun Razak (majoriti 11,832)
  • Ibrahim Ali kalah di Pasir Mas dengan anak Nik Aziz dengan majoriti 8,047
  • Ustaz Fathul Bari kalah di Sanglang dengan majoriti tipis 121
  • DS Shahidan Kassim mungkin bakal kembali menjadi Menteri Besar Perlis menang di Arau menentang Dato’ Haron Din dengan majoriti 1,371

Keputusan penuh PRU13 boleh anda dapat dari:

  1. 1- Dalam BM : http://www.malaysiakini.com/bm/ <- update laju je..
  2. 2- Dalam BI: http://live.undi.info/index.html
  3. 3- My undi : http://www.myundi.com.my/pru13/keputusan.aspx <- detail skit
  4. 4- Portal Rasmi PRU 13 kelolaan SPR di : http://www.pru13.gov.my/  <- tapi slow loading
  5. 5- RTM Pru 13 : http://pru13.com/
  6. 6- Berita Harian PRU13 : http://www.bharian.com.my/bharian/pilihanraya/PRU13/
Apa pun kita terimalah keputusan PRU 13 ini secara terbuka..


  1. kak ina kl

    pru13 yang banyak isu dan paling ramai orang keluar mengundi
    sarawak punya tak ada ker

  2. wanmus

    untuk detail negeri yang tak tersenarai akak kena ke http://www.myundi.com.my/pru13/keputusan.aspx

    ntah sebab tak termasuk pulak kt web tu

  3. UMISU

    Tahniah..pada parti yang menang..diharapkan apa jua permintaan rakyat perlu didahulukan dan diUTAMAKAN dan penuhi segala AkuJanji sekaligus dikotakan. Rakyat akan melihat dan akan membuat penilaian seadanya..janganlah hampir tika mengundi baru kehendak atau keperluan rakyat dikotakan…perlu konsisten..kekayaan negara perlu dikongsi bersama…prihatin kepada rakyat yang amat-amat memerlukan. Pengundi2 muda inilah yang akan membuat penilaian kepada janji yang telah ditabur.Ini mungkin penentu kejayaan PRU14 akan datang.

  4. wanmus

    betul…sangat2 setuju

  5. botakilmu

    Harap-harap ada la perubahan lps pru ni.kalau takdak perubahan jugak,harus kalah pru akan datang.pandangan saya sahaja.

  6. Penjual Lagu

    Semoga lancar Mz Wanmus …mendapat pemimpin yg Benar2 cinta tanah airmu