Tiada Kedai Gunting Rambut Melayu?

Penulis: wanmus Kategori: Business | Perkhidmatan | Rambut Tarikh: 17 January 2012 | 5 komen

Pelik betul duk kat bandar ni..nak cari kedai gunting rambut melayu pun tak ada..ada satu tu tapi macam salun, segan pulak nak masuk. Yang ada pun jauh iaitu kat greenwood. Depan rumah ni ada kedai gunting rambut indian punya. jadi nak tak nak, pergi lah jugak sebab memang rambut dah kene potong sangat ni..panjang menjela dan serabut dah. Jadi berlakulah sesuatu yang mungkin kita tak pernah nampak selama ni. 

Ceritanya ketika tu saya sorang je pelanggan. Jadi tukang gunting ni bosan kot jadi tanyalah saya soalan biasa iaitu “cuti ke arini bang”..saya pun jawablah iya..malas nak ulas panjang. tapi terpikir pula nak tanya dia latar belakang..so jom ikuti perbualan ringkas ni:

Saya: U dah lama ke kerja tukang gunting ni?

Tukang Gunting: Dah lama jugak dalam 4 tahun (lebih kurang sebab saya tak ingat)

Saya: Ooo..u belajar mana ek? ngan kawan-kawan ke?

Tukang Gunting: Taklah,  saya belajar gunting rambut di India (WWOWWW, ini membuatkan saya terkejut dan terus nak tanya)

Saya: Berapa lama u belajar? mahal tak kos?

Tukang Gunting: Dalam  2-3 tahun jugak. Kos yuran dalam RM8,000 tapi masa tulah (dalam 10 tahun lepas kot dia cakap)..tu tak campur lagi kos kapal terbang dalam 2-3 ribu lagi. Semua tanggung sendiri

Tengok..

tak terkejut? patutlah kedai gunting rambut india lebih kurang sama dan mesti lepas siap ada urut kepala..semuanya sebab diorang pergi kursus. Ada ke orang kita nak hantar anak bayar RM8K untuk pergi kursus gunting rambut?  rasanya kene gelak je kot..

Itulah orang kita..Padahal bidang perkhidmatan inilah keuntungan BESAR! modal tenaga dan kemahiran adalah percuma dan tidak perlu bergantung kepada orang lain tau. Jadi kita ketua kepada diri kita sendiri. Tahu tak harga gunting  rambut kat bandar KL ni?  RM12 sekepala..tu baru gunting biasa je tau..haa..bayangkan keuntungan  dia dapat dalam sehari. Katalah 15 orang dalam sehari, RM12x15= RM180. Sebulan kerja dalam 25 hari RM180x25=RM4500. Tu belum campur yang cukur lagi..yang rambut berpesen2 lagi kene caj lagi..haa kat situ saja dah berapa dia kaut untung..

Jadi jika anak kita nak sambung belajar selain universiti biasa..berilah peluang terutama dalam bidang kemahiran..Itu yang lagi besar keuntungan berbanding kerja di bawah orang..



  1. lunaticg

    Salam.
    tak cuba tanya gaji dia dapat berapa plak? 😉

  2. Kujie

    cik abg tu pun tadi pegi 2 kedai nak gunting rambut…tp tak serasi
    akhirnya tak potong2 pun

  3. wanmus

    tak serasi?? keadaan kedai ke ngan tukang potong tu? saya ok selagi tak bau menusuk kalbu sangat

  4. fauzi

    kalau kena musim, biasa nak naik sekolah, memang banyak la income tukang gunting ni.

    mahal memang mahal la sekarang.
    dulu duduk kat sungai pencala, mula-mula RM8, lepas tu naik RM 9, lepas tu naik RM10.
    sekarang tak tahu la berapa. tu harga gunting biasa.
    kalau gondol kepala (senang je nak buat) kurang-kurang RM 8 kena cas.

    budak-budak murah sikit harga gunting.

  5. buktit gambang

    kena ada institusi buka kursus gunting ni baru lah orang lain nampak kot.