Bagaimana caranya nak bayar bil online? itulah soalan yang ditanyakan pada saya kesinambungan dari post saya yang lepas mengenai masih ramai bayar bil ikut pejabat pos. Ok, oleh kerana ramai yang nak tahu, saya akan kongsikan bagaimana nak setup favorite bil dan bayar bil hanya dengan beberapa klik sahaja tanpa perlu bersesak nak bayar bil utiliti anda.
Bil yang saya maksudkan ialah segala jenis bil yang menerima bayaran online termasuklah bil telefon (TM, celcom, maxis, digi dll), bil astro, bil PTPTN (kalau ada yang nak bayar elak kena denda), bil air, bil TNB dan sebagainya.. Ok ada beberapa step yang perlu anda ikut iaitu:
- Pastikan penerima bayaran anda termasuk dalam sistem bank anda
- Kenalpasti nombor akaun bil anda
- Jadikan bil anda “favorite bil” supaya mudah nak bayar lepas ni
- Pastikan maklumat lengkap id anda
- Semak dahulu
- Buat bayaran
Ok ni saya tunjuk contoh nombor akaun beberapa bil utiliti yang biasa. Nombor akaun tu yang saya underline tu.
Ok, so setakat ni anda dah tau kan mana nak cari nombor akaun bil utiliti anda? Sekarang kita pergi ke next step iaitu setup bil ni sebagai favourite bil untuk anda bayar bulan2..yerlah nombor akaun kita sama je, cuma nilai bayaran je berbeza setiap bulan..so saya sangat cadangkan korang buat favourite semua bil ni..nanti senang, by click je bil dah terbayar.
Ini contoh buat favourite bil guna cimbclicks.com.my aje ye.Maybank2u lebih kurang jugak stepnya (klik pada gambar untuk besarkan gambar) ;
- 1- Jom mulakan..Mula-mula anda perlu login ke cimbclicks.com.my dengan username dan password yang telah anda daftarkan. Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada link “Favourite Bills” di bawah Pay Bills.
- 2- Paparan di bawah akan muncul. Di sini akan ditunjuk senarai bil yang telah anda set sebagai favourite. Kalau baru nak mula, so ruangan ni akan kosonglah. Ok, untuk seterusnya, Klik pada butang “Add New Bills”.
- 3- Di sini, and aperlu masukkan maklumat bil dan penerima bayaran tu. Contoh seperti di bawah ialah saya masukkan bil astro saya. Pastikan “Payee Name” tu betul ek. Bill nickname tu anda boleh letak apa2..Ini hanya untuk memudahkan anda kenalpasti bil tu nanti..Ni penting jika sesiapa bayar bil untuk 2-3 buah rumah. Nombor akaun tu boleh semak seperti saya terangkan kat atas tadi. Kemudian klik “NEXT”
- 4- Paparan di bawah akan keluar untuk pengesahan. Pastikan nombor akaun bil anda tu betul. Kemudian masukkan TAC, pastu klik “SUBMIT”
- 5- Pastikan proses di atas tadi successful ye. Kemudian kita pergi ke cara nak buat bayaran pula ye. Anda boleh klik mana-mana link yang ditunjukkan anak panah hijau tu untuk Pay Bills. Jika nak semak balik bil yang anda telah set tadi, boleh semak dengan tekan Active Bills di bawah My Bills seperti ditunjukkan anak panah kuning tu.
- 6- Jika anda klik link Pay Bills tadi, paparan di bawah akan keluar. Ok untuk payment from, ianya anda perlu pilih nak bayar guna akan mana satu. Ni jika anda ada 2-3 akaun atas satu nama. Kalau ada saving account je, so pilih saving account lah. Payment to tu anda pilih bil mana satu yang anda nak bayar. Jika nak pilih yang telah di set tadi, klik pada My List. Tapi jika nak buat bayaran yang belum di set, klik pada Payee List dan pilih kepada siapa anda nak buat bayaran. Pastikan nombor akaun bil anda yang keluar tu betul. Kemudian masukkan nilai bayaran yang ingin dibuat. Untuk bayaran ni, lebih pun takpe sebab nanti akan dipotong dari bil akan datang. Tulah lebihnya guna sistem online ni. Klik “SUBMIT” jika dah berpuas hati.
- 7- Sekali lagi paparan peringatan keluar. Anda diminta semak dan pastikan semua maklumat adalah betul. Jika tidak betul, klik “BACK” untuk perbaiki apa yang silap. Jika dah betul, klik “CONFIRM”
- 8- Paparan last sekali ialah bukti pembayaran telah selesai. Pastikan transaction status tu adalah “Successful” tau, baru dikira dah dibayar bil tu.








Alhamdulillah. Akhirnya siap juga post ni untuk berkongsi ngan anda.Last sekali..jangan lupa pula untuk logout ye lepas buat bayaran.. Semoga entry kali ni mengajar kita sedikit sebanyak ke dunia it..hehe..so jangan takut nak try. tapi jangan terlebih try pulak.. Anda dah mencuba? Share skit..





Kat bahgian Payee Name tu nak letak nama apa? Contohnya, nak bayar bil elektrik,, payee name tu letak “Tenaga Nasional Berhad” ke? 🙂
tu bukan letak apes, tu pilih..dah ada senarai..cuma pilih je kepada siapa kita nak bayar
Yang ni tutorial byar scra on9 guna cimbclick..
Jadi yang selain tu macam maybank2u hampir sama je lah?^_^
P/s: sekadar ingin tahu…
ia..teknik n langkahnya hampir sama cuma mungkin ada step tambahan skit atau paparan berbeza skit
marilah mengurangkan kesesakan lalu lintas dgn membayar bil secara online.. hehe :p
tu lah..kurangkan statisitk pelawat pejabat pos sehari..
salam, mne nak dapatkan no akaun astro erk? sbb astro baru je pasang bil pertama pun blom smpai lg.Ada cara terbaik x nak dapatkn no akaun astro selain dari perlu tnggu bil sampai? sbb nk tukar pakej langganan ni.please2
wsalam. kene tggu bil dulu then tgk pada gambar kt atas tu, nombor akaun saya underline ngan garisan oren tu
Pingback: Tulis Blog Dapat Pahala Ke Akhir Hayat Tau!
thnk u, baru nak belajar bayr bil,login kena blok pula. lupa paswod,lam tak guna
TQ…byk info yg bole sy dpt..
mcmana nak dptkan acc no ptptn??
sdgkan dia suruh byr scr e-fes tp nk bkk website dia pn loading lama je…
buka laman web ptptn, dapatkan email atau no telefon pihak ptptn untuk dihubungi. Minta dari mereka, nanti mereka akan bantu.
sy baru amik celcom brdband, blh byar dr cimbclicks jgak ker?? nak choose payee yang mana ek.. celcom (013 & 019) tu ker??
Terima Kasih. Penerangan dan penjelasan wanmus.com amat menarik dan nyata sekali. Bagi saya yang buta komputer pun boleh ikuti langkah-langkah yang di nyatakan. Step by step…Thanks You
Nak bayar bil dengan menggunakan CIMB Clik dah faham dah. Kalau nak bayar menggunakan Maybank2U bagaimana pulak? caranya sama aje kut?….
TAC tu ape?
TENTANG ASTRO,BELUM SAMPAI MASA SUDAH DI POTONG ..
TAC tu transaction authorization code alaa macam password kebenaran untuk kita lakukan sebarang transaksi..so bukan sebrangan oranglah leh lakukan transaksi ni..orang yg ada nombor hp yg dah berdaftar utk akau tu je leh buat
tu bro kene tepon astro tanya kot2 ada masalah apa2 kot
camne nak tgk bil maxis broadband?
tu kene call maxis lah..saya tak pernh guna maxis
salaam, ien dah try buat, tp mcm mana nak tahu status yer bayaran kite dah sampai kat diorang?
tu kene tepon customer service atau tunggu next bill. kekadang untuk sesetengah syarikat, kene tggu 1-2 hari dulu selepas buat payment baru mereka update dalam akaun bill kita tu.
salam.nk tnya, klu nk byr bil air online xperlu ikut negeri kan?
wsalam.
jabatan urus air berlainan ikut negeri. macam selangor syabas, terengganu Satu dan macam2 lagi. pastikan syarikat air awak pilih tu betul. tengok bil sampai dari syarikat mana
sume bank ada kemudahan ni ke?
macam aku takde CIMB acc, Maybank pun takde.
bank lain ada lah..
kebanyakkan bank yang ada fungsi online banking ada fungsi bill payment..cubalah rujuk web @ customer service bank tersebut.
Pingback: Tolong Jangan Pakai Kad Kredit
1.tapi kan kalo bil seterus nye kite terima ade tunggakan macm mne…die ckp kite xbyr lg bil yg buln lpas…sedang kn dah byr dn secara on9 dah successful n tolak pn baki akaun…ape nak buat ????
2. saye ade buat pripaid relod scara on9 rm20…tapi xterima pun…nak buat cam mane ye…sedangkan dah successful n tolak pn baki akaun…slip pn ade save…macm mne 2 ???
1. cuba semak, mungkin nombor akaun anda salah..mudahnya call bank mana awak baut payment tu..nanti diorang akan bagitahu jika transaction tu bermasalah.
2. sistem jarang bermasalah, mungkin anda tersilap pilih. beli prepaid maxis tapi masuk nombor celcom. macamana pun, cuma semak balik dengan bank mana awak buat payment tu.
saya pernah terjadi masalah reload guna cimbclicks..rupanya masalah sebab saya nak topup maxis, masuk nombor maxis cuma saya terpilih topup celcom..
sye dh double check and dah comfrom yg sye xsalah masuk no akuan n relode topup…kalau nak call, call bank yang saye buka akaun tu ke..??
yup..call bank yang awak guna buat payment tu.
tp kalo nk bayar bil digi.
no akaun die agak pelik sb ada titik.
so kt cimb clicks tu pon nk letak titik jgk ke?
cmni ——-> 1.3210258
mcm celcom xde titik.8 number je.,
plz help me
tu tak pasti.sebaiknya awak hubungi pihak digi customer service dulu..kan nanti tak pasal2 bayar free
salam, wan, nak tanya ada tak sistem yang kita bayar bil dapat benefit dari sistem tu…contohnya bayar bil api, dapat point atau rebet kerr…pe kerr…
tu tak pasti..saya tak tahu pulak
salam, nk tny.. cimb click tu kita kna dftr dulu ke kt atm? or just trus dftr on9 je? xphm le
Mulanya anda perlu ke atm cimb utk aktifkan cimbclicks. dapatkan no pin untuk permulaan.ikut langkah pada atm tu. lepas tu daftar di cimbclicks.com.my dengan daftar untuk first time login
salam bro mus,
tanya skit ye…utk bayar bil ni adakah kita dikenakan service charge dari cimb?
Notify me of followup comments via e-mail
lupa lak nak tick…hehehe….
nak tnye,bil astro x sampai tp tuan astro dah call,,,sy p byk bank dah,,dia cakap nak tgok bil,,,cam ne ni,,please help pe ye,,td suami saye dah dapat sms astro,,ni pertame kali sy pakai
setakat saya guna takde pulak caj tambahan untuk bayar bil kecuali beberapa bil yang dinyatakan dan yang saya tahu kalau bayar PTPTN kena caj RM0.50 je. tapi kalau guna Maybank lagi mahal.
ok camni. call astro cakap tak dapat lagi bil. pastu cakap, nak wat macamana payment, bil tak dapat lagi..so biar dia tahu tu salah diaorang lambat sgt pos bil..hehe
la..tepon r pihak astro, senang je..terus dapat no akaun..
kalau bayar guna debit kad rhb boleh ke?
hai..nk tanya tiap2 bulan no bill akaun tu lain2 ker? and kalau sy juuh dr rumah,xboleh ke nk tahu amount yg nk kne byr utk bill apa?? (selain tel.umah)
no bill memang lain. yang perlu kita tengok ialah nombor akaun kita. setiap pengguna akan ada nombor akaun. untuk bayaran online, nombor akaun tu yang perlu dimasukkan.
bos…
kawe lonh jadi ketua uma supo demo..
terpaksa la mencari jalan online…
sekali searh kua wanmus dot com la…
mace kenai jak…
hahaha..
TQ boh
haha..demo search guno keyword gapo boh? bayar bil online ko?hahaha
bagaimana nak semak bil celcom broadband…
melalui online…