Itulah keadaanya yang berlaku sekarang ni. Saya dan beberapa rakan im dan blogger jb ni dah mula mencuba skill menjadi dj pulak..hehe..Kami bukan dj full time tau, just part time je..Ni pun bila ada jemputan atau jika kitorang semua ada masa lapang. Dj kat radio mana?
Kat mana lagi kalau bukan radio internet fuhyoofm.com . Jika anda semua ikuti blog saya ni, ada saya kongsikan sedikit sebanyak apa itu fuhyoofm dan aktiviti kami sebelum ni di fuhyoofm iaitu sambutan awal tahun bersama2 blogger dan im jb di konti fuhyoofm. Jadi untuk 2010, satu segmen baru dikenalkan oleh pihak fuhyoofm iaitu Dunia IE (internet entrepreneur) atau mudahnya Usahawan Internet.
Segmen ini akan dikendalikan oleh blogger dan im jb secara bergilir-gilir setiap minggu. Segmen Dunia IE ini akan bersiaran pada setiap Hari Khamis jam 12 tengahari dan ulangannya pada Hari Rabu jam 2 ptg. Dalam segmen ini, pelbagai suka duka, rahsia, tips, pandangan, pendapat, dan ideologi dikongsikan kepada pendengar dan semestinya berkaitan usahawan internet.
Hari ni iaitu Hari Khamis 4 Februari 2010 adalah giliran saya pula mengendalikan segmen tersebut. Tapi saya tak keseorang..saya ditemani saudara smartzul dan rohaizad. Banyak cerita akan dikongsikan dan ada blog akan diterjah. Blog siapa? Nantikan jam 12 tengahari nanti.
Macamana nak mendengarnya?
- 1- Anda boleh mendengarnya direct dari page dan berchatting dengan pelawat lain serta dj di http://www.fuhyoofm.com/
- 2- Jika tersangkut-sangkut, anda boleh memasang plugin di blog atau pada browser seperti di tunjukkan di http://pertandingan.fuhyoofm.com/extra-info/
Jika ada yang nak letak plugin di blog, sila copy paste skript ni:
<object classid=”clsid:6bf52a52-394a-11d3-b153-00c04f79faa6″ width=”250″ height=”125″ codebase=”http://activex.microsoft.com/activex/controls/mplayer/en/nsmp2inf.cab#Version=5,1,52,701″><param name=”stretchtofit” value=”true” /><param name=”url” value=”http://174.120.183.111:8002″ /><param name=”src” value=”http://174.120.183.111:8002″ /><embed type=”application/x-mplayer2″ width=”250″ height=”50″ src=”http://174.120.183.111:8002″ url=”http://174.120.183.111:8002″ stretchtofit=”true”></embed></object>
Nantikan saya ye ke udara (On Air) jam 12 tengahari nanti..Kalau terlepas boleh mendengarnya Hari Rabu minggu depan (10/2/2010) jam 2 ptg. Kalau ada sebarang pertanyaan atau pendapat, bolehlah masuki ruangan chatting di muka depan http://www.fuhyoofm.com/ dan insyallah saya dan rakan-rakan lain akan cuba menjawab persoalan berikut.
blog akak ina http://tertunailahhasratdihati.blogspot.com/ diterjah untuk kali ni
terima kasih sebab terjah blog akak..terharu sungguh bila dengar kamu promote blog akak…
insyallah akak letak link kat blog akak yer..
sama2 kak..saya ni follower blog akak dah lama tapi just silent reader terutama time lapar..hehe
nak tanya..kalau letak link yang ni ajer boleh ker? akak ni bukan pandai sangat…pastu kalau mereka nak dengar segmen terjah tu…mereka kena buka link mana pulak?
ok camni kak. akak boleh copy paste skrip ni di blog. atau akak nanti maklumkan yang rakaman terjah blog boleh didapati di http://blog.fuhyoofm.com/dunia-ieterjah-blog/
Salam Wanmus….memang patut pun kakinaKL tu kena terjah sebab dia antara blogger yang paling rajin dalam segala hal…kakintan sokong…he…he…
Wsalam. yup. memang seronok baca kak ina tu tulis sebab siap ngan gambar, tu yang jadi lapar je..hehe..
salam wanmus..akak punyer agak-agak biler nak letak kat fuyoofm tu..
salam dr blogger masai, JB,
tentunnya seronok dpt menjadi DJ part time bersama2 bloger2 hebat spt bro rohaizad..
tak sangka aku kadang2 lalu dkt depan konti fuyoo.fm nie..
lepas nie bolehlah tlg promote blog budak2 JB..
wsalam kak..record tu akan diletak selepas siangan ulangan hari rabu nanti.
wahh memang best. nape bro tak singgah naik? naik je boleh kita online ramai2..
hi wanmus…mesti seronokkan???
mcm best jer jadik dj nih… btw good luck !
hi..memang best bila dah 2-3 kali masuk konti..awal2 tu takyah cakaplah..nak keluar suara pun malu..hehe..thanks
Kirenyer seantero dunia dah dengar suare romantis wanmus nie..hehehe..
wahh.. bertambah bizi la bro wan mus ye.. tapi blog kena la selalu update walaupun bizi.. 🙂
hehe..romantis ke? loghat terengganu pun masih menyerlah..hehe
ehh takdelah..ni waktu2 tertentu je..saja jadi dj jemputan je..hehe
whaa…. cemerlang….hebat… 🙂
salam Wan mus…..nanti bolih tak mainkan lagu lagu yang best best dari kumpulan Alleycats..maklumlah lagu ni famous tahun tahun Acik remaja iaitu tahun 80an….he…he…
wsalam..kalau akak nk request lagu, akak boleh request kat web fuhyoofm.com kak..nanti kalau ada dj, diorg akan mainkan..hehe
Waa. Rezeki keluarga 🙂
Tahniah dan semoga makin sukses,
sebar-sebarkanlah input dan info dgn lagi meluas Yea WanMus 🙂
hehe..ada lah sikit2 bro..
ok jugak idea tuuu..nak klu aku nak datang aku roger2 dulu.
anyway, jemput singgah keblog baru aku..klu blh bg idea sikit mcmana nak improve blog aku tuu..
salam WANMUS…ok thank q
sama2..insyallah, kami semua mencuba memberikan input yg terbaik untuk kita semua..
Gambar Kenangan Open House Raya 2010
[…] lawati di kakinakl.com yang saya pernah terjah dulu di fuhyoofm kalau korang perasanlah masa saya jadi DJ jemputan masa kat JB. Blog kak ina ni banyak cerita tentang resepi, tu suka tengok..tengok jelah, nak try […]
bila la nak dgr wanmus punya suara kat radio lagi ni huhu
dari Dj radio bertukar lak jadi pengacara…