Cara Bayar Bil Online

pay-bill-online-bayar-bil-online

Bagaimana caranya nak bayar bil online? itulah soalan yang ditanyakan pada saya kesinambungan dari post saya yang lepas mengenai masih ramai bayar bil ikut pejabat pos. Ok, oleh kerana ramai yang nak tahu, saya akan kongsikan bagaimana nak setup favorite bil dan bayar bil hanya dengan beberapa klik sahaja tanpa perlu bersesak nak bayar bil utiliti anda.

Bil yang saya maksudkan ialah segala jenis bil yang menerima bayaran online termasuklah bil telefon (TM, celcom, maxis, digi dll), bil astro, bil PTPTN (kalau ada yang nak bayar elak kena denda), bil air, bil TNB dan sebagainya.. Ok ada beberapa step yang perlu anda ikut iaitu:

  1. Pastikan penerima bayaran anda termasuk dalam sistem bank anda
  2. Kenalpasti nombor akaun bil anda
  3. Jadikan bil anda “favorite bil” supaya mudah nak bayar lepas ni
  4. Pastikan maklumat lengkap id anda
  5. Semak dahulu
  6. Buat bayaran

Ok ni saya tunjuk contoh nombor akaun beberapa bil utiliti yang biasa. Nombor akaun tu yang saya underline tu.

contohbill-TM

bil-tnb

bil-air-saj

bil-celcom

bil-astro

Ok, so setakat ni anda dah tau kan mana nak cari nombor akaun bil utiliti anda? Sekarang kita pergi ke next step iaitu setup bil ni sebagai favourite bil untuk anda bayar bulan2..yerlah nombor akaun kita sama je, cuma nilai bayaran je berbeza setiap bulan..so saya sangat cadangkan korang buat favourite semua bil ni..nanti senang, by click je bil dah terbayar.

Ini contoh buat favourite bil guna cimbclicks.com.my aje ye.Maybank2u lebih kurang jugak stepnya (klik pada gambar untuk besarkan gambar) ;

  1. 1- Jom mulakan..Mula-mula anda perlu login ke cimbclicks.com.my dengan username dan password yang telah anda daftarkan. Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada link “Favourite Bills” di bawah Pay Bills.
  2. bayar-bill1

  3. 2- Paparan di bawah akan muncul. Di sini akan ditunjuk senarai bil yang telah anda set sebagai favourite. Kalau baru nak mula, so ruangan ni akan kosonglah. Ok, untuk seterusnya, Klik pada butang “Add New Bills”.
  4. bayar-bill2

  5. 3- Di sini, and aperlu masukkan maklumat bil dan penerima bayaran tu. Contoh seperti di bawah ialah saya masukkan bil astro saya. Pastikan “Payee Name” tu betul ek. Bill nickname tu anda boleh letak apa2..Ini hanya untuk memudahkan anda kenalpasti bil tu nanti..Ni penting jika sesiapa bayar bil untuk 2-3 buah rumah. Nombor akaun tu boleh semak seperti saya terangkan kat atas tadi. Kemudian klik “NEXT”
  6. bayar-bill4

  7. 4- Paparan di bawah akan keluar untuk pengesahan. Pastikan nombor akaun bil anda tu betul. Kemudian masukkan TAC, pastu klik  “SUBMIT”
  8. bayar-bill5

  9. 5- Pastikan proses di atas tadi successful ye. Kemudian kita pergi ke cara nak buat bayaran pula ye. Anda boleh klik mana-mana link yang ditunjukkan anak panah hijau tu untuk Pay Bills. Jika nak semak balik bil yang anda telah set tadi, boleh semak dengan tekan Active Bills di bawah My Bills seperti ditunjukkan anak panah kuning tu.
  10. bayar-bill6

  11. 6- Jika anda klik link Pay Bills tadi, paparan di bawah akan keluar. Ok untuk payment from, ianya anda perlu pilih nak bayar guna akan mana satu. Ni jika anda ada 2-3 akaun atas satu nama. Kalau ada saving account je, so pilih saving account lah. Payment to tu anda pilih bil mana satu yang anda nak bayar. Jika nak pilih yang telah di set tadi, klik pada My List. Tapi jika nak buat bayaran yang belum di set, klik pada Payee List dan pilih kepada siapa anda nak buat bayaran. Pastikan nombor akaun bil anda yang keluar tu betul. Kemudian masukkan nilai bayaran yang ingin dibuat. Untuk bayaran ni, lebih pun takpe sebab nanti akan dipotong dari bil akan datang. Tulah lebihnya guna sistem online ni. Klik “SUBMIT” jika dah berpuas hati.
  12. bayar-bill7

  13. 7- Sekali lagi paparan peringatan keluar. Anda diminta semak dan pastikan semua maklumat adalah betul. Jika tidak betul, klik “BACK” untuk perbaiki apa yang silap. Jika dah betul, klik “CONFIRM”
  14. bayar-bill8

  15. 8- Paparan last sekali ialah bukti pembayaran telah selesai. Pastikan transaction status tu adalah “Successful” tau, baru dikira dah dibayar bil tu.
  16. bayar-bill9

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga post ni untuk berkongsi ngan anda.Last sekali..jangan lupa pula untuk logout ye lepas buat bayaran.. Semoga entry kali ni mengajar kita sedikit sebanyak ke dunia it..hehe..so jangan takut nak try. tapi jangan terlebih try pulak.. Anda dah mencuba? Share skit..

137 Comments

  1. nana

    yelar..nak pilih yg maner ek

  2. kene tengok bil apa awak nak bayar, tengok pada bil untuk dapatkan nama syarikat penyedia perkhidmatan tu

  3. ayu darwisya

    ermm…kalau nk cek bil u mobile cmner ek?? sbb bil sampai alamat kt kl, skrg dh der kt tgganu… lupe lh die punya no akaun…huhuhu…

  4. ummi ana

    Assalamualaikum ad bahaya x kalo byr melalui online? bagaimana nk elak kebocoran maklumat? mcm nmpk agk rumit nk buat akaun pembayaran online,akaun bank islam ada k sediakn kemudahan ini..

  5. bank islam pun ada untuk online payment. semuanya selamat..cuma pastikan sebelum login tu, pastikan URL web anda akses tu web yang betul

  6. g

    hah? Bank islam pun ade…?
    so, macam ak nie nak bayar celcom broadband aku punya….

    cam ne… kat Bank Islam Internet Banking
    tak nampak pun benda yg serupa CIMN Click ne…. ada ak jumpa Buy Prepaid Top Up je
    kat Bank Islam neee…. ya allah.

    Spa dah explore btooOOl, betooOOOol…?
    share lhaaa.

    ( ^ ^

  7. xdenama

    helo, i nk tny, i dh ikut step yg u tunjuk kat atas, tp, ms i nk try bayar, dia minta kita select nk byr pakai account yg mn satu kan? i ada satu account jer, tp xde pun kat list tu, i click kat “Please Select”, i x nampak no account i tu keluar, huhu…mcm mn nie?? tlg…..

  8. ye ke? tu kene contact customer service bank tu..mungkin ada apa2 problem kot

  9. dgr dr membe cter bley byar gne ATM Bank Islam…da try da wat…tp xjmpe plak…tau x camner..?

  10. dhana

    Askum… Tahniah wanmus, tunjuk ajar utk byr bill online sgt bermanfaat dan sy da cuba hingga 90%. Tapi malangnya, bila sy nk bt payment 2, semua medan pilihan termasuklah utk PAYMENT FROM tu tak aktif, no. saving akaun sy tak keluar. Jadi sy tak berjaya lg nk byr bill secara online :(, harap wanmus dapat membantu… tq.

  11. sebab untuk cimb diorang dah tukar caranya..tapi konsep hampir sama..

  12. nurhayati

    camana nak bayar bil maxis broadband melalui cimbcliks..tunjuk ckit cara2 dia boleh x

  13. eka

    cmner nak byr celcom broadband using cimb clicks??? dlu die ade naik celcom (013 & 019)…tp skrg dah xde…..so nak pilih nme ape eh tok byr bil 2…pelik toi la cimb clicks nie…

  14. simbad

    gua pon masalah y same..sape2 yang dah berjaya sila share yer..

  15. jimianbu

    Hi kawan2. I baru try bayar via cimb clicks yg celcom broadband yg melalui celcom (013 & 019) tu. Rasa just masukkan no akaun n no phone. tp xpasti lagi berjaya ke x. nanti bil seterusnya sampai, i update k.

  16. lolli

    assalam..
    memandangkan wanmus buat tutorial cimbclicks ni, saye nak tanye cket..saye baru lagi apply cimbclicks ni sb kesuntukan mase nak g kaunter n bayar ptptn yg dah byk bulan tertangguh.. saye ade gak jumpe tutorial nak byr ptptn melalui cimbclicks ni, dah ikut satu2…bile kite dah login, kena pilih bill payment kan? lepas dah select ape yg patut then nak pilih payee tapi masalahnye saye tak jumpe2 PTPTN kt payee list. PTPTN under ‘government agencies’ ke macam MARA? dekat berpuluh kali jugak carik PTPTN kat setiap pilihan dekat full payee list..tapi tak jumpe2 jugak. adekah saye silap?

  17. jack

    Salam…
    saya baru buat mobile reload sebanyak rm30 (celcom).
    tapi masih xdpt kredit tu sedangkan duit dalam akaun saya sudah dipotong dan apabila saya kemaskini balik akaun saya, (calendar view) menyatakan topup tersebut telah succesful.
    Nombor yg telah saya masukkan betul dan saya juga telah isi TAC. Namun masih xdapat kredit topup tu.. plizz help

  18. wassalam.
    caranya pilih education
    dan pilih PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

  19. Salam.
    cuba semak dengan cimbclicks jika wat pembelian melalui cimb..mungkin awak tersilap pilih macam saya dulu..nak topup maxis tapi terpilih reload celcom. kene call cimb dan minta dia transfer topup tu pada nombor celcom

  20. nor shamin binti hat

    mcm mna sya nk byar bil astro online dengan mudah? kna dftar kt mna2 bru online website astro atau online terus website astro.

  21. pian

    BYR bil cecom broadband guna topup telifon bleh k

  22. Jennifer

    em..bleh tnya ka,,mcm mna nak tau bil astro melalui internet?

  23. jawapan dari laman web astro:

    For registered astro.com.my users, you may view your last bill statement balance online by logging in after 18 Nov. Alternatively, we advise you to call our Customer Service Hotline at 1 300 82 3838 once our systems upgrade is completed which is from 18 Nov onwards.

  24. justin bazil

    owh….senang bayar astro macam tu…….tak payah nak ambil masa banyak…for bayar astro…….

  25. syahrina

    yaa!betul skali….

  26. azimah

    salam wanmus….

    nk tanye….payee name nk byr bil elektrk tu amek yg’suruhanjaya tenaga ke’….saya konfius la…dan bulih ko saya byr bil elektrik yg didaftarkan (akaun atas nama suami)??

    harap sudi bantu
    tq.

  27. nurul

    sy pernah buat bayaran bil astro gune maybank2u..tp duit dlm akaun xdeduct la,tp transaction success,so bile sy cll astro tny status bil astro sy,status yer belum dijelaskn lg, kene inform bank ke after payment..??? tq

  28. wsalam. eh bukan..amik tenaga nasional berhad..bayar bil sape2 pun buleh yg penting nombor akaun tu kene betul..kan nanti terbayar bil orang lain pulak nanti

  29. tu mungkin time line pening kot..yg penting kene tengok duit deduct baru betul jika dah successful.kekadang line pening..so cuba wat sekali lagi dan pastikan jangan lama sangat masukkan data dalam form payment tu

  30. keley

    thanks sgt2..byk info brguna ttg nk bayar bil kat sni,,u help me a lot..thanks again =)…nk tanya g,,mcm nk byr bil broadband eh? byaran tuk bil celcom tuk panggilan n broadband kn brlainan..

  31. keley

    celcom broadband pla mcm na?

  32. nurul

    if nk byr loan kete cmne ek..?? tau x..? contoh dari maybank2u or cimbclicks ke eon bank..?? kene masukn num ape ek..??

  33. guna interbank untuk bayar loan kereta ek? tu tak pastilah..kene contact bank..tapi kalau macam cimbclicks untuk bayar loan kete cimb, mudah je, masukkan nombor akaun loan kita dan nombor plate kete..

  34. ooo..sama jugak macam nak bayar bil celcom lain, kan ada nombor akaun yang berbeza..so masukkanlh nombor akaun untuk celcom broadband tu..semak nombor akaun kat bil..jangan tersilap

  35. puteri

    klu gune bank islam 4 bayar internet celcom cmne ek?penin c-kit

  36. Superman

    Nak tanya..sape2 yg tau..kalau nak byr loan kereta drp cimb ke bank lain mcm mn yer..sbb dkat transfer tu ade tulis tuk loan payment, tp lps kt transfer duit.. mcm mn pihak bank sn nak trace tu kita yg byr sbb die xde pun suruh masuk no plat kete..aiyooo… atau no akaun yg diorg bagi tu adlh unik utk setiap peminjam loan kereta yg kita buat..maknanye setiap orang yg buat loan akan dpt satu unik akaun supaya x tertukar dgn org lain? tlg laaa..

  37. yup..sepatutnya bank akan tengok pada nombor akaun tu..biasanya nombor akaun tu khas untuk bayar loan bank tu..

  38. Superman

    maknanyer no akaun yg die bg kat kita tu khas utk loan kete yg kita buat? stiap org akan dpt no akaun yg berbeza utk byr loan? mcm tu ke? so, if buat transfer without plat no, they still can detact our payment? xplain plizz..i’m confuse..

  39. kamen raider

    cara nak byr p1wimax pakai cimbclick camane,pelik kit la dia minta no invois,maybank 2u member cite minta no akaun je,t

  40. noblelity

    salam….bro klo nak bayar bill internet streamyx secara online caranya sama jugak ke?

  41. renjer merah

    salam,,,saya nk tnya bagaimana nk semak bil brodbnd celcom?sy dh byk kali semak eme ,,xda timbul plak bilnya hehe..dh sebulan sy guna bil,,tiba ms nk byr…cm ne ek?sy nk byr bil ni kt celcom cnter segamat pdhal bil xda ,,cm ne ek,,tlog sy hehe

  42. achik_girl

    nak tanye ni… camne nk bayar loan keta lak kt cimb click ek.. tlg gtau skit…

  43. farah

    wammus bley tlg minta ajar xcr nk byr bil apin bil air scra on9…xtaulah…letsay kita nk byr pkai accnt mybank mcmane plak?1st time nk pkai on9 ni….tarikh tanat dh nk dekat dh ni….tq:-)

  44. nurul

    klu utk JBA pahang gune maybank2u xde ek list die..???

  45. Nur

    Eee tlg la bantu sy btl2 x paham mcm mn nk sign up untk cimv online dr td cube x blh2,CIMB Clicks Password ble da ltk pasword dia ckp alpha numeric format

  46. Ros

    Nak tnye saye first time log in cimbclicks,kali kedua nak log in x blh,nape ek xdpt..tp saye dah tkr no password bru still x blh

  47. raito

    salam wanmus. firstly nk ckp tq sgt2 wt post ni n ajar step by step. ni nk tnye, sy gna maybank2u byr bil celcom broadband, dh selesai sume, successful, tp bila check balek bil celcom broadband sy sejurus selepas byr online tu (check online via onlinecustomerservice.celcom.com.my) takde pn kurg bil sy. sme je amount dgn sebelum sy byr bil. mcmne ek? ke celcom update lmbt?

  48. xpayah kol astro. pejam mata pastu niat kt hati msti dapat punye. kekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.