Tolong Jangan Pakai Kad Kredit
Semalam baru berbual dengan kak ipar keburukan kad kredit ni, hari ni masa nak bayar bill guna cimbclicks tadi, terkejut tengok sebab TOP 10 bills kat Malaysia ialah di ranking pertama AEON easy payment, personal finance di mana untuk bayar hutang persendirian dan di tempat kedua pula AEON credit Card. Tengok, bayar bil paling banyak di lakukan kat Malaysia ni bukan bayar bil utiliti paling banyak, tapi bil kad kredit. Bil PTPTN apatah lagi..
Tu lah orang kita..Nak mewah dengan cepat..apa lagi, guna duit plastik tu lah..a.k.a kredit kad. Gi kedai semua main leret je sekarang ni. Bukan nak kata tak boleh, tapi agak2lah penggunaan tu..
Korang pernah tengok tak orang bayar guna kredit kad di hypermarket?
Kalau korang tak pernah, cube pergi tengok banyak kali dan buat perbandingan dengan orang bayar tunai. Kalau korang pernah tengok, kebanyakkan orang bayar guna kredit kad ni jarang tengok harga dan jumlah barang di dah beli..Tau2 je dah jumlah keseluruhan..Pastu hulur kad kredit tu kalau boleh nak tinggi-tinggi supaya orang nampak..
TAK PERCAYA?
Pergilah tengok sekali. Beza dengan yang bayar cash?? Biasanya dia akan tengok harga barangan dia, pastu jumlah dia dah beli. yerlah kan nanti tak cukup duit..Ni bagus sebab membuatkan kita sentiasa takut nak berbelanja lebih. Kalau guna kad kredit, tak payah pikir..Yang perlu pikir bila terima bil nanti..Barulah pening kepala..
Berita pun ada keluar..Ramai jumlah orang muda sekarang ni bankrap sebab kad kredit. yerlah masa muda ni tak pikir duit, yang penting gaya orang kaya tu mesti ada..pastu dah kayap nanti, barulah sedor diri balik..Baiklah sedar diri sekarang ni.. Kalau betul2 perlu je apply kad kredit. Kalau boleh pun, jgn lebih dari 1. Kalau tak, JANGAN SESEKALI GATAL GI APPLY!!
Alhamdulillah dari kecik lagi saya diajar untuk membenci kad kredit..Tu yang skrg ni paling kurang pun ada kad debit je..Sebab tahu takutnya ada kad kredit ni..Macam pinjaman along jugak..Tau2 cukup bulan, minta duit balik dengan bunga..Tak bayar, bunga naik..walaupun kecik, tapi lama2 nanti akan jadi banyak..Sebab korang akan delay2 bayar..
Tak insaf lagi? Baca ni
Hutang Individu Bankrap Di Malaysia RM71.36 Bilion
PETALING JAYA: Dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, jumlah hutang individu yang disytiharkan muflis atau bankrap di negara ini sebanyak RM71.36 bilion, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Beliau berkata, jumlah yang ditadbir urus oleh organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu membabitkan seramai 81,908 individu bankrap daripada 218,561 kes kebankrapan berdaftar.
“Hutang RM71.36 bilion itu merupakan nilai keseluruhan hutang yang telah difailkan oleh pemiutang dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.
“Ini termasuk jumlah hutang yang dimaklumkan oleh pihak petisyen dan pemiutang-pemiutang lain dalam kes kebankrapan,” katanya kepada mStar Online, di sini.
Abdul Karim berkata, jumlah hutang individu bankrap pada tahun lalu adalah berjumlah RM928 juta manakala jumlah hutang dari Januari sehingga Jun tahun ini RM12.39 bilion.
“Kira-kira 40 peratus golongan bankrap mempunyai hutang dengan lebih daripada satu organisasi atau pemiutang,” ujarnya.
Antara jenis hutang yang gagal dilunaskan si bankrap adalah sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan dan kad kredit.
Dalam pada itu, dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, jumlah hutang individu bankrap yang sudah dilunaskan kepada pemiutang atau dividen adalah sebanyak RM281.99 juta.
Bagaimanapun Abdul Karim berkata, jumlah dividen itu amat kecil berbanding dengan jumlah hutang keseluruhan iaitu hanya kira-kira 0.39 peratus.
Jelasnya, keadaan itu disebabkan oleh beberapa faktor berikutan terdapat tiga jenis individu bankrap iaitu peminjam utama, penjamin sosial dan penjamin korporat.
“Bukan semua individu bankrap itu mempunyai pekerjaan atau aset yang membolehkan mereka untuk melunaskan hutang.
“Jika mereka tidak mempunyai sumber kewangan, bagaimana hendak membayar hutang? Ini menyukarkan agihan dividen kepada pemiutang malah melambatkan proses untuk mengeluarkan mereka daripada kebankrapan,” ujarnya.
Beliau menambah, ada di antara individu bankrap hidup atas ihsan anak-anak mereka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Daripada 81,908 individu bankrap itu, Abdul Karim berkata, 4.66 peratus merupakan penjamin sosial manakala penjamin korporat 5.32 peratus.
“Jumlah dividen yang diagihkan kepada pemiutang pada tahun lalu sebanyak RM85.6 juta dan RM48.62 juta bagi Januari sehingga Jun tahun ini,” katanya.
Mengenai pelepasan kebankrapan dari tahun 2005 sehingga Jun 2010, seramai 11,223 individu bankrap diberikan pelepasan atas perintah mahkamah dan 9,523 individu dengan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.
Berita mstar Ogos 2010.
27 July 2011
Masa 12:11 pm
Kredit kad ni bagus wat masa skarang sebab boleh beli barang 0% interest. Boleh beli barang dan bayar bulan2. So x la membebankan sgt sebab x ada interest. Kalau harga barang RM1200 boleh bayar sebulan RM100 selama 12 bulan.
Lagi satu kalau betul2 sesak x ada duit, boleh la pakai kad kredit utk beli2 makanan kat hypermarket. Tak payah nk pinjam duit kawan2.
Tapi mmg kene kawal perbelanjaan la. Jgn pakai sampai limit. Kang x mampu nk bayar pulak. Kesimpulannya pada saya kad kredit mmg satu keperluan la buat masa skarang ni.
27 July 2011
Masa 4:16 pm
tu masalahnya..sebab tak mampu nak beli, kita tetap nak beli..tapi kalau terpaksa beli bolehlah kot..
08 February 2013
Masa 12:19 pm
kena kawal diri..bila swap lepas tu sebelum due date tu bayar cepat tak kena interest.
30 July 2013
Masa 1:42 pm
Bagi aku, semua atas diri sendiri….kad kredit aku tetap guna..
tapi aku guna masa biz aku down..tak der cash…memang membantu sangat….
anda bayangkan kalau duit hanya ada RM100 so …nak makan lagi…jadi kad kredit penyelamat…..
06 December 2013
Masa 3:26 am
senang cakap ler kn ttg crdt card ni dlm istilah KAD HUTANG…haa baru ampa taw..bla ampa syok guna dlm xsedar ampa berhutang,takut terlajak bajet kang susah idup nnti.kalaw nafsu besar jgn la pakey kang merana idup kang dok bayor interest nnti..