Tak cukup atau tak bersyukur?
Gaji kita memang tak cukup atau kita tak bersyukur? hmm..persoalan yang susah jugak nak jawab ni. Sebab kita kekadang kata memang tak cukup padahal kita masih tak bersyukur dengan apa yang kita dapat. Apa tahap ukur yang boleh katakan kita cukup atau tidak dengan gaji kita tu? Betul ke kite masih tak bersyukur?
Opps..sebulum tu, Selamat Hari Merdeka..bersyukurlah dengan kemerdekaan yang ada, dahlah buat huru-hara..
Ok kembali ke cerita asal, kita tengok situasi yang cukup berbeza ini:
- Seorang eksekutif di syarikat swasta dengan gaji RM3,000 sebulan dan guna kereta Honda City (hutang bank). Si isteri juga eksekutif dengan gaji RM2,800 sebulan dan guna kereta Proton Persona (hutang bank). Ada rumah banglo yang berharga RM300,000 (hutang bank)
- Seorang kerani dengan gaji RM1,500 sebulan dan guna motorsikal (cash) je pergi kerja. Si isteri pula kerani sekolah dengan gaji RM 1,200 sebulan dan guna Proton Wira (hutang bank). Mereka tinggal di rumah teres berharga RM 120,000 (juga hutang dengan bank).
Persoalannya, siapa antara mereka yang akan pokai dahulu waktu hujung bulan?? jawablah kat bawah tu..
21 February 2010
Masa 4:22 pm
maklumat tak cukup…tapi sekllas pandang nampak gaya yg no-2 tu boleh survive sbab commitment dia kecik jer compare dengan jumlah laki-bini…
27 September 2010
Masa 12:37 am
[…] lah orang kita..Nak mewah dengan cepat..apa lagi, guna duit plastik tu lah..a.k.a kredit kad. Gi kedai semua main leret je sekarang ni. […]
07 February 2011
Masa 12:15 pm
yang banyak hutang dengan bank ..iaitu pasangan pertama.
kerana.. harga kereta dan harga rumahnya jauh lebih mahal.
minyak kereta dah darab 2. rumah pun sama.
manakala pasangan ke2, jimat di minyak. mungkin wife akan pokai dulu, tapi gaji si suami boleh bayar rumah.