Along Haram Dan Along Halal

Penulis: wanmus Kategori: Along | Bank | Penipu Tarikh: 15 June 2009 | 13 komen

Anda pernah dengar nama along? Anda pernah tengok gambar di atas ni? Sape tak pernah dengar tentang cerita kekajaman along atau ceti haram ni yang selalu kita hanya dengar sahaja, namun kini kita pula melihat kekejaman mereka..Namun sekarang kita dikaburi dengan along haram sahaja hingga kita lupa yang along halal dari segi undang-undang juga perlu dikurangkan..

Apa itu along haram dan along halal? Along haram ni dikatakan pemiutang atau pemberi hutang yang tak berdaftar dengan bank negara. Along halal pula ialah pemberi hutang yang berdaftar contohnya bank konvensional.

Bank biasanya mengenakan bunga setinggi 4-6% untuk setiap pinjaman manakala along haram juga rendah jika diikutkan syarat yang dikenakan iaitu 1-5% dan lagi mudah nak dapat berbanding bank. Cuma, along haram ni penipu dan selalu menukar syarat pinjaman ikut suka hati dia jer.. Bank pula tidak.

Dari segi kutipan hutang pula, adakah sama antara along haram dan halal ini? Kalau nk kira, memang hampir sama cuma along haram ni kejam skit. Along haram kejar penghutang yang tak leh bayar dengan konco-konconya dan bertindak ganas kalau masih enggan membayar. Bank macamana pula? Jika penghutang tak mampu bayar, harta benda akan ditarik dan diisytihar muflis kalau tak mampu bayar..so, tak kejam ke tu?

Sepatutnya kerajaan berusaha merendahkan bunga atau interest tu serendah mungkin, barulah rakyat mampu bayar balik pinjaman dan kuranglah along ni. Ada jugak tu yang pinjam along sebab nak bayar pinjaman bank..Tu bunuh diri namanya.

Jadi memang pemiutang sekarang ni kejam dan saya rasa semua dah tahu. Tapi nape tetap masih ramai yang meminjam? Biasanya 2 sebab, 1 sebab keperluan dan satu lagi sebab kehendak. Tips yang saya dapat dari beberapa orang yang bijak mengurus kewangan ialah:

kita boleh meminjam jika ianya untuk keperluan kita dan nilai pinjaman itu tidak melampau. Dan jangan sesekali meminjam untuk kehendak semata-mata atau untuk menunjuk-nunjuk kerana kelak akan memakan diri!!

Pinjaman tak boleh dipisahkan dengan peniaga. Nak berniaga memang perlukan modal, so pinjamanlah cara termudah. Tapi ramai yang tertewas dan akhirnya bergelar muflis atau bankrap sebab tersilap langkah. Jadi, janganlah wat pinjaman tanpa plan kewangan yang betul. Sekali anda digelar muflis, susahlah anda nak mulakan hidup baru. Baik berhati-hati dari mengejar kekayaan yang sekejap.

Anda ada tips untuk dikongsikan? luahkan di bahagian komen tau..supaya kita sama-sama beringat



  1. SyntaxERROR

    nak berkongsi cerita, kdg2 bile di kira2, kita yakin dpt byr blk duit along tuh, tp risiko sgt tggi. 1x slp lgkah, bunga naek bgai nak rak. jgnla pnjam duit along

  2. Leeza

    Nak buat camner, mereka2 tu xder ‘AbangLong’ utk tolong, saya ada gak ‘AbangLong’ nih tapi saya yg selalu menolong dia … heh heh …

    fyi setakat ni saya belum pernah lagi lar cuba pinjam dr Along haram nih … tapi melalui pengalaman kengkawan tu kata mereka masa nak pinjam tu mmg yakin boleh bayar, tapi bila start nak bayar mcm2 masalah yg timbul yg menjadikan x up-to-date nih … kita manusia hanya mampu merancang yang menentukan adalah Dia! Wallahua’lam.

  3. Tan Soon Vee

    Memang tidak dapat dinafikan along ini memang kejam tak kira dari segi along halal ataupun haram!!!

    Tetapi pada pandangan saya,jangan sesekali meminjam daripada along yang boleh memudaratkan diri kita sendiri pada masa depan.Lebih baik meminjam dari saudara-mara atau kawan-kawan daripada meminjam dengan along 😀

  4. mr.azrul

    Kalau nak dikirakan memang susah lah nak kontrol depa, saya pun bersetuju dengan bro wanmus.. kita kontrol diri kita, tengok tahap kewangan, bezakan keperluan dan kehendak.. yang penting lebihkan menyimpan dan melabur dalam sistem kewangan yang kukuh seperti ASB dan Unit Trust.

  5. johnjimat

    mmb aku penah pinjam along RM2K , dlm mase 4 bulan hutang jd RM6K. along tu pegang sume harta die tu.. last2 die pggl bapak die.. bapak die dtg shoot muke along tu trus kasi kurang RM4K . tp still mhl lagi woo.. sian along tu kene shoot gn org tua.. org tomoi besa la sape brani haha

  6. wanmus

    @SyntaxERROR: betul tu..masa nak pinjam memang kita nampak boleh bayar, tapi pas pinjam, memang susah nak membayar,. lagi2 yang bunga tu naik ikut suka diorg je

    @Leeza: saya pun mujur ada “abanglong” hehe..tapi tulah, along ni tak ada peraturan, semua ikut kepala dia

    @Tan Soon Vee: along memang perlu dihapuskan..tolonglah jangan meminjam dari along walaupun sedikit. ada tu pinjam 1000 je tapi lepas seminggu dah jadi 2000 campur bunga, lepas semggu lagi naik jadi 3000..tak ke gila tu seminggu bunga naik 1000..Kalau kita meminjam 1000, boleh ke kita bayar rm1000 dalam masa semggu atau sebulan? sudah tentu tak boleh

    @mr.azrul: betul tu bro..simpan @ melaburlah kat tempat yang dijamin kerajaan seperti ASB, bon dan saham-saham..tapi jangan tersilap melabur sudah.. kalau ada duit lebih tu simpanlah untuk masa yang memerlukan

    @johnjimat: wah..kalau bapak cmtu takpelah..hehe..skrg along pun kene tembak, tapi yang penting, jauhkan along dari hidup kita..

  7. Tolong Jangan Pakai Kad Kredit

    […] yang skrg ni paling kurang pun ada kad debit je..Sebab tahu takutnya ada kad kredit ni..Macam pinjaman along jugak..Tau2 cukup bulan, minta duit balik dengan bunga..Tak bayar, bunga naik..walaupun kecik, tapi […]

  8. Verniila Ann Ell Evans

    ingat jan sesekali tau pnjam duit dari along sama ada along haram atau halal bb nnti kta yg terima akibatnya nanti,tak silap-silap satu benda pun kita tak ade bagus pnjam kat kawan2 ke saudara-mara ke lebih slamat.

  9. wanmus

    tapi tu ar..semua nak cepat dapat duit, jadi pinjam along..bahaya wooo pinjam along ni

  10. mat kalut

    haha..xleh byr kerat kepala,bru menyesal

  11. Ronaldmohoni

    Senang cerita, elakkan hutang. Kalau boleh tak payahlah berhutang. Akibatnya tetap sama.

  12. Ladfe Amir

    jika kesempitan wang..usaha2kan untuk meminjam dengan ahli keluarga dulu. InsyaAllah..mereka akan bantu

  13. firman

    bagi saya bukan ah long yg jahat tapi peminjam yg jahat sb dah pinjam kena la byar blik tu jer……xpi ah long kejam skit jer….dari bnk sb bnk kalu xdpt blik duit die dia isythar bankrup xpi ah long die nk duit blik mesti la dia cri…..