437 Comments

← Previous Page 8 of 9 Next →
  1. fik

    kalau kite bodoh, tak belajar, macam ni lah, semua orang buat, komen nye tak baik, tipu la, bohong la, tak selamat lah, tapi kita sendiri ngor….bodoh….tak mau belajar….kalau belajar tau lah….tapi dok dongak kat komputer berjam jam, berhari hari, otak jadi beku tau tak??? dan jangan ingat sebab kita ada belajar kat Uni kita rasa kita dah pandai sangat, yang banyak tu semua criter, ditulis pakai agak agak aje….. ni lah yang banyak dosanya….heeeee……api neraka maha dasyat dan akan menelan penulis penulis yang durjana…..

  2. hasrul

    ni apa kes beb..salam pun tak..u ni ada kepentingan kt p.h ni..gerenti..tba2 marah mcmni..perkara benar tetap benar..klu dah terbongkar jgn la nk melenting ekk..

  3. grrrr

    aku nk bgtau ckit..kalu nk kata Ph cedok idea org…cube ko tgk rokok..sape yg cipta rokok????dan skang ni ciap ade jenama mcm2 lg rokok,dan nape xde org komen pun???same la mcm PH,mybe dyorang dah ciplak,tp skang ni dyorang dah ubahsuai ingredient,jd xsama la ramuan dye mcm ainun terapi…yg korang nk cbuk apsal???wanmuss…bloh ni cume nk cite sal suplement atau x kan???nama ciap ade mencarut2 ni???panggil ustaz tu ekor lg…blog ni leh datangkan aib pada dyorang…aku bkn pe…biarla PH nk berniaga,mahal ke x…mybe ingredient tu yg buat PH jd mahal..korang ape tau cte yg sbnrnye…ckp ikut mulut je…skang ni quraturaini keluar toner mata harga 1k…korang xde komen2 pown…wanmus,ko pasti ke apa yg dyorang ckp ni btol??mybe dyorang ni buat fitnah…blog ko ni dh makin xterkawal…aku rase baik ko tutup jah blog ni…ingat,blog ni hanya buat perniagaan org lingkup je…

  4. susah nak cerita kat org tak reti ni bro..dahlah nama bukan betull..email pun tak betul..kalau berani sangat, tunjuk diri yang betul sangat tu..dah letih layan orang macam ni..dia nak serbu bukan ada usul periksa pun

  5. wahh..blog lagi bagus kalau ada perbincangan macam ni..ada positif n negatif..supaya kita nampak semuanya..kalau semua positif, kita takkan sedar yang mana silap kita..faham? tu tujuannya ada blog sebegini. Kalau berani, tunjuklah muka atau guna email sebenar..ni nak menyorok2 lagi

  6. Shida

    Letih membaca perbincangan yang panjang. But, nice job. Sekurang-kurangnya, buka mata dan trigger otak untuk buat pemerhatian da pertimbangan sebelum percaya dan percaya.

  7. ayam

    mmmm…btol,kalu xbrani jgn cuba..tp kalu brani cuba la..perkataan tabib diambil slpas mereka menjual produk toner mata..dan slps toner mata itu berkesan,mereka segera dipanggil tabib oleh org ramai…mcm tok bomoh la,slps dye berubat org yg kene sanyau,dyorang akan dipanggil tok bomoh kerana kepakaran mengubati pesakit..

  8. ayam

    sory…bkn nk maksudkan ko batu api…tp nk maksudkan blog yg ko buat ni mcm nk mengapi-apikan org je..

  9. norhafizai_tumpat

    salam..ni salah sikap org2 kta ni..tak bleh nk trima kritikan..cuba pk ckt kenapa barat bleh jajah kita,kena dia org kedepan jauh banding kta..let’s see their norm n cultural..kritikan ditrima dgn baik.but tanpa kritikan,tanpa negatif,smuanya xnormal bg mrk..kenapa ramai yg kritik p.h..kenapa xde org krikit company lain yg juga jual produk kchatan..cntoh sendayu tinggi atau apa2 seangkatan dgnnya,,kenapa?? so klu u’ll sbelah p.h ni kaji la..betul/xbetul u buat keja..jgn kena kritik ckit dah nk melenting..klu xde tmpt mcmni kt mana u’ll nk luahkan pandangan..asyik terima yg baik je budaya kita..ckp je yg buruk melenting,marah,kutuk,saman…sedarlah bangsaku..kta jauh di belakang klu asyik trima yg bagus2 sje..

  10. ayam

    tp blog ko ni bknblog utk luahkan atau berkongsi cerita,tp nk luahkan perasaan..nape ko xdelete komen yg mencarut2 tu???

  11. ayam

    oh ye kew???ade kritikan yg blh diterima,ade yg xblh..cube ko tgk blog ni..ade yg mencarut2..tu kritikan atau mencarut??ko tu xphm ape yg aku nk ckp sbnarnye..tgk wanmus tu..komen yg aku hantar td pown dye dh delete..sbb dh kene kat kepala dye sendiri..kalau xkene kat kepala sndiri..mane la kita akan terase kan???

  12. Ya Ayam..masalahnya awak kutuk tak bertempat..kenapa nak kutuk saya sedangkan kita berkongsi cerita tentang PH..kenapa tak tegakkan lagi PH ni..kenapa nak serang peribadi pulak? saya dah maklum jika pandangan melampau yang tak berkaitan akan di delete..

    kalau setakat guna email menyamar lo_ayam@yahoo.com tu cukup berani ke?

  13. norhafizai_tumpat

    salam..klu ada yg mencarut tu jgn la trima..kau pun satu wahai manusia bergelar ayam..jgn main serang tuan punya blog ni..dia xde kena mengena dlm forum ni..klu u rsa p.h tu betul..so bg alasan sangkal dakwaan bg mrk yg condem p.h..klu u xberjaya tegakkan benang yg basah,jgn la pula nk melenting..’marahkan nyamuk,kenapa awk bakar kelambu’?..tq

  14. tiruan

    Kepada bekas pengedar permata hijrah yang dah kena terminate dan takda kerja…pi gunting utusan malaysia muka surat 14 potostat pas tu edar…hehehe…melepaskan geram…cerita pasal permata hijrah diharamkan oleh KKM untuk kali kedua:

    Elak guna semburan hidung ‘357 Nasal Spray’
    KUALA LUMPUR 19 Mei – Orang ramai yang mengalami masalah hidung tersumbat hari ini dinasihati supaya mengelak daripada membeli atau menggunakan produk tradisional ubat semburan hidung ‘357 Nasal Spray’ yang dikeluarkan oleh syarikat Three Five Seven Sdn. Bhd.

    Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Eisah A. Rahman berkata, ini kerana pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) berikutan pengesanan racun berjadual, dexamethasone di dalam produk tersebut.

    “Ubat-ubatan yang mengandungi dexamethasone hanya boleh dibekalkan dengan preskripsi doktor. Penggunaannya dalam perubatan tradisional tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan kesan advers serius seperti tekanan darah tinggi, edema iaitu bengkak pada tisu lembut dan sindrom Cushingoid yang menyebabkan muka menjadi tembam dan berat badan meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata produk itu telah disahkan dicampur dengan dexamentasone dan orang ramai dinasihati supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

    Mengenai produk rawatan mata keluaran Syarikat Permata Hijrah, beliau berkata, produk itu telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik yang hanya digunakan di bahagian muka sekitar luar mata untuk tujuan estetika dan bukan bermaksud untuk menyembuhkan penyakit mata.

    Eisah berkata, produk kosmetik dalam konteks ini ia bukan untuk digunakan ke dalam biji mata sebagai ubat titis mahupun sebagai ubat semburan.

    Katanya, cuma terdapat dua jenis produk yang dikeluarkan oleh syarikat itu yang dibenarkan berada dalam pasaran iaitu Ainon Toner Mata Permata Hijrah dan Permata Hijrah Ainon Toner Mata. Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan menerusi media cetak dan elektronik serta risalah menerusi kempen promosi yang mendakwa produk keluaran mereka dapat merawat penyakit mata seperti rabun, kerosakan saraf kerana diabetik, mata berselaput, glaukoma dan sebagainya.

    “Ini kerana dakwaan tersebut tidak mempunyai asas dan bukti dari segi sains perubatan,” tegas beliau.

    Eisah berkata, kementerian memandang serius kewujudan beberapa syarikat lagi yang mengeluarkan produk kosmetik untuk mata yang juga menggunakan taktik promosi yang mengelirukan pengguna.

    Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 akan didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama manakala kesalahan seterusnya akan didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan seterusnya.

  15. gibam70

    wang sejuta. kereta mewah. rumah indah. trofi kemasyhuran. emas seguni. –>Tiada satu pun yg dapat menjamin utk berbaring selesa di ranjang kematian…

  16. Assalamualaikum..

    Saje nak mencelah..

    tak sebelah mana-mana pihak..
    tapi just nak remind balik pangai org Melayu.

    i. copy cat itu mmg tradisi kot – dulu masa PH tak wujud, ada kita dengar ainun taharah.. dr salleh.. b-trang ke ape ntah lagi? .. tapi bila PH dah naik, maka masing2 pakat mengaku hak cipta la itu la ini la..hmmm

    ii. pd pandangn sy yg cetek ini, mungkin ini la sebbnya senarai 10 org paling kaya di Malaysia ni, hanya 2 org je org Islam (rasa nye adik Najib tu n Al bukhary ke ntah name nye.. n yng bukhary ni bukan melayu pure pun).. sbb ape tau… sbb kita org melayu pantang tgk org melayu lain naik.. pasti akan dikorek ke lobang cacing ape kelemahan dan kekurangan dia..

    iii. perbincangan begini tidak salah.. sama sekali tidak, cuma saya rasa lebih elok jika dibuat di saluran yg betul.. saya ini ilmu nya cetek dalm bidang agama tp saya rasa wanmus juga menerima setiap tempias dosa dan pahala yang dijana semasa perbincangan ini. alaaa macam kalo kita mengumpat, org mengumpat dapat share, org mendengar pon dpt share.. gitu la jua sy yg scara x lgsg dpt share skali.. adusss.. opsss saluran yg betul cth : cal pengusaha PH ni dapat kan kepastian drp masing2 membuat andaian. kumpulkan bukti yg ada.

    itu la saja buat kali ini.. sehari gak la membca komen2 ni…

  17. man (bekas pengedar)

    tq pink-nuts… anda seorg yg mengmbil tahu sgt ttg perkembngan semasa…

  18. Assalamualaikum.. Orang kita kalau dah maju sikit mcm-mcm cabaran yang perlu ditempuhkan. Tak kurang jugak yang memberi semangat, tak lebih pulak yang memburuk-burukkan..Saya setuju dengan pink_nuts.. Saya khuatiri ada juga pihak pengedar suplimen mata yang cemburu dengan penerimaan org ramai terhadap produk ini terutama orang Islam.. Orang Islam dah mula terbuka hati untuk menyokong produk IMP. Mengapa kita tidak berbincang mcm mana nak majukan orang Islam dalam perniagaan.

  19. Salam. Saya menasihati diri saya dan blogger-blogger lain supaya berhati-hati dalam menyampaikan sebarang bentuk penulisan kepada umum. Mungkin isu-isu hangat akan melonjakkan populariti laman kita di search engine pada umum tetapi kesan dan implikasi pada orang lain pernahkah kita ambil tahu. Ingat hanya dengan tangan yang menaip keyboard kita boleh menguasai pemikiran, baik buruk terletak pada tangan. Kepada orang Islam teruslah menyokong produk IMP. Masih banyak produk asing diluar sana yang masih diragui statusnya, tetapi kita tetap membeli dan menggunanya.

  20. syed alwi

    salam untuk pengetahuan para pengguna kami salah satu pengedar obat permata hijrah, untuk jd pengedar dikenakan bayaran pembelian produk sebanyak nilai yg ditentukan oleh syarikat,tiba2 sdh sebulan syarikat permata hijrah menyekat untuk suply barangannya dr kami dengan alasan barang tak ade, ketika kami tanyakan apakah digantung ini kepada semua pengedar atau pd kami saja, kerani disana menjawb digantung dr semua pengedar, allahu a’lam kebenarannya atau atas dasar ingin mengaut keuntungan semua kpd syarikat,untuk mereka yg ingin jd pengedar jgnlah tertipu

  21. pengedar

    bagi saya syarikat permata hijrah telah banyak melakukan tindakan yg merugikan pengedar, keraana sdh 1 bulan kami disekat dr pembelian barang, pada hal mau jd pengedar bukan free kena beli barang dengan nilai yg besar, ketika kami tanyakan kepada kerani disana’apakah sekatan ini kepada saya saja atau kepada semua pengedar, kerani disana menjawab setelah pihak syarikat buat meeting mereka membuat suatu keputusan pengantungan dr semua pengedar, yg saya herankan waktu saya tanya kenapa digantung? kerani menjawab barang tak cukup, peliknya disini kalau barang tak cukup apakah perlu satu meeting?yg kedua kalau brg tak cukup apakah sampai berbulan tak dpt suply?mungkinkah syarikat yg besar spt itu tak sanggup mengadakan barangan berbulan2 pada hal setiap hari iklan di akhbar dan Tv berjalan sungguh tak masuk diakal tindakan mereka, atau kerana hal ini dr ketamakan mereka agar pengguna terus beli dr syarikat dan tidak beli dr pengedar, saya harap pihak kerajaan menyiasat perkara tsb agar tidak ramai pengedar yg jd manggsa setelah membeli dengan jumlah besar tiba2 disekat dr mendapatkan barang,muga tidak ramai lagi yg tertipu

  22. aku tau jer dia orang ni

    salam kat korang semua
    hebat betul!!
    hangat!!!
    yg benornyo memang la malaun 2 ekor ni bukan ustaz pun….belajar sekolah menengah beberapa tahun sahaja…
    ngaji pondok pun 2, 3 tahun
    udah mengaku tabib dan ustaz
    sudah teramat banyak menipu orang…
    khianat!!!!!
    hanya orang terlibat dan Allah sahaja yang tau….
    Nanti pembalasan akan tiba jua
    tidak di dunia
    di akhirat….

    memang toner siang malam dan spray sameeeeeeeeeee ajeee…
    cukuplah
    ndak taip banyak2 pun malas….
    tapi berlagak alim

  23. alibaba

    mmmmmmmm
    aku sokong
    aku tau juga
    satu lagi
    si ali tu
    ic malaysia pun tak ada…
    tapi belagak macam ustaz..

  24. member

    kenapa pengedar di sekat? ada dua sebab

    1) tamak
    2) semua produk paking baru tak da kelulusan KKM (sila rujuk BFPK)kedai dan HQ dah nak kena sita pada 20mei2010 tapi ada penghalang
    3)Senang nak bagi alasan kepada customer bila pakai ubat tak jadi atau makin teruk…jawapan yang diajar oleh 2 orang tabib kepada staff mereka (mungkin pak cik beli dengan ejen penipu jual barang tiruan) padahal baru jer pakcik tu beli kat cawangan yang kat dalam web site tu..(jadi pak cik mak cik yang nak beli tu kena minta resit atau bawak kamera rakam time beli tu untuk bukti)

  25. ekin

    brani ke ph nk saman org? mgkin bila timbul ph saman org… akan lg ramai org yg saman ph sendiri… so.. jg2 lah ph…

  26. adyyy

    Salam,Tuan/puan kalau tak puas hati terhadap PH buat aduan terus kepada
    biro aduan pengguna biar mereka yang
    membuat keputusan,mereka ni dibayar gaji oleh kerajaan,keputusan mereka tak perlu dipersoalkan sebab mereka ada
    pakar pakar yang boleh mengkaji hal
    ini,kalau asyik berbicara dalam blog ni
    tiada penghujungnya,saya harap blog ni
    dihentikan,saya berkias ‘seseorang yang
    membuat arak walaupun tidak meminumnya
    namun tetap mendapat dosa,walaupun sekecil jarah.TQ

  27. teropong perak

    ni ape kes ni…hukum dlm islam tak bleh nk samakan sebarangan beb..kias2 ni bia org bijak pandai agama je buat..di sini bnyk kebaikanya..drp tak tahu, kita jadi tahu..so kita kaji la sdiri.mana yg baik ambil,yg buruk buang dlm laut..

  28. serai wangi

    mintak maaf lah mencelah… assalamualaikum.. sedikit jer nak komen… zaman sekarang ni… kebanyakkannya sanggup buat apa sahaja kerana duit….

  29. Salam..aku rasa apa yg dinyatakan di atas ader yg x betul..produk yg dinyatakan bukannyer produk permata hijrah. dan stu lagi..untk mndapatkan mata yg elok..kita kenalah iktiar ,,klu dah mata x elok lg..cuba la lgi..jgn la myalahkan produk. produk ini dijual bukan paksaan..so terpulang pd individu tu la.

  30. sakitmatasakithati

    membaca komen2 dari pembaca blog ni terasa gatal tangan gak ah nak tulis sama. apa yg aku nak kongsi ni pengalaman abg aku. ringkas citer abg aku ni ada penyakit retinatis pigmentosa, yakni sejenis penyakit saraf mata. bliau penah cuba toner mata yg paling mahal tu, rm599 tu.. yela orang sakit sanggup abis berapa banyk pun asal sihat balik.. setelah abis pakai sebotol beliau g pejabat kat ph kat pgkln kubor tu dgn niat nk jmpa tabib ph tu dan nak komplen pasal toner tu.. tapi tak dpt jmpa alih2 dpt jmpa ngan pekerja dia je.. setelah di “ayat” oleh pekerja tu bliau terbeli lagi toner mata yg bharga rm599 tu. balik pakai abis sbotol hampeh takdak kesan aper… ehh korang sumer tak penah pikir ke camana dia buleh letak harga toner mata tu sampai rm599. mahal tu siot…aper alasan ph letak hrga bnyk tu. apa r&d yg dia buat, braper dia byr utk r%d, teknologi mana dia pakai sampai mahal sgt r&d tu…tapi walau mahal orang sakit tak peduli janji sihat wpun tak berduit… korang nampak tak ini sebenarnya eksploitasi terhadap mereka yg berpenyakit mata yg rata2 orang ada skt sbanyak.. dgn iklan yg cukup gah ramai yg jd mcm tipah..tertipu. saper2 pengedar ph kat sini kalau nak bela ph tolong bagitau saya apa r&d yg dibuat,braper kos dia bayar utk r&d dan teknologi dari mana yg dipakai.. tp tlg jgn bagitau saya ni teknologi kitab tua. tq..

  31. saya pakai penawar terapi pearl extract III & IV, saya telah mengunakannya selama lebih kurang 2 bulan, semasa saya nak membeli produk ini si penjualnya menyatakan rabun dekat dan rabun jauh boleh hilang dan tidak perlu memakai kacamata lagi, hasilnya sehingga sekarang rabun saya tidak sedikit pun kurang, saya masih lagi mengunakan kacamata rabun dekat.

  32. jat

    Bhan yg digunakan oleh PH dan B-Trang adalah sama..
    lagipon,B-trang juga didaftarkan sebagai kosmetik..
    p/s-tidak semua orang berkesan menggunakan produk yg sama.cuba lain2 produk juga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.