Toner Mata Permata Hijrah Bukan Ubat Tapi Supplement Sahaja

Penulis: wanmus Kategori: Internet | Supplement | Toner mata Tarikh: 30 October 2009 | 437 komen

toner-mata-permata-hijrah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. hmmm..pagi ni nak kongsi sikit sesuatu yang sedang menggemparkan tanah air kita lebih-lebih lagi kepada si pemakai cermin mata di seluruh Malaysia. Apa tu? Toner Mata Permata Hijrah keluaran Permata Hijrah Enterprise ini kononnya dikatakan dapat mengubat mata sampai tak perlu pakai spek@ cermin mata lagi. Betul ke?

Bukan nak merosakkan bisnes orang, cuma nak perbetulkan tanggapan orang. Pagi tadi kalau anda semua lihat MHI atau Malaysia Hari Ini di TV3 dalam pukul 8.15-8.30 bersama 2 ustaz pengasas permata hijrah ni dan seorang doktor, Dr Yasmeen namanya. hmmm saya pun terdetik, ada Dr ni baru boleh percaya sikit.

So saya tengoklah perbincangan toner mata ainun ni sebab tak ramai yang mencubanya berjaya. NAHHH..akhirnya terkeluar di mulut Dr tu iaitu yang toner mata ni hanyalah SUPPLEMENT dan BUKANNYA UBAT untuk menyembuhkan penyakit. akhirnya terjawab jugak teka teki selama ini kenapa ramai yang beli produk ni tapi masih pakai cermin mata.

Bukan apa, kan senang kalau cakap ini hanyalah supplement dan bukannya ubat. Kalau korang biasa gi pasar malam atau kedai2 ubat yang jual toner ni, kebanyakkan mereka cakap benda ni ubat mata..siap ada banner atau bunting tu. Rupanya itu hanyalah tagline atau ayat-ayat promosi ejen jualan yang tak tahu konsep sebenar toner mata ni.

Janganlah korang nak percaya yang pakai toner ni mata boleh jadi terang benderang dan tak perlu pakai cermin mata atau contact lense lagi. Ianya supplement yang membantu menguatkan ketahanan mata, membantu meningkatkan fungsi mata dan saraf berkaitan, mengurangkan kadar berlakunya penyakit mata dan sebagainya. Tapi kalau dah ada penyakit mata tapi nak terus baik tu anda silap ubat, pergilah buat perubatan laser yang berharga beribu ringgit, tu pun belum tentu 100% berjaya tau.

billberry_blueberries

Satu lagi, bahan utama buat toner mata ni ialah buah billberry iaitu buah yang cukup banyak khasiat untuk mata katanya. Billberry ni juga dikenali sebagai blaeberry, whortleberry @ hurts, whinberry, winberry @ wimberry, myrtle blueberry dan fraughan. Ianya adik beradik blueberry jugak tapi ayah lain kot..hehe..

Selain buah ni, air zam-zam juga dimasukkan tapi hanyalah dengan kuantiti yang sedikit beserta air alkali seperti air hujan kata Dr yasmeen. Cuma yang berbezanya dengan air untuk mata yang lain, ianya disertakan doa dan bacaan yang dikatakan dapat membantu merawat mata. Wallahulam, saya pun tak tahu cuma ini yang dikatakan oleh 3 penceramah tersebut.

Jika anda nak jumpa terus dengan pengasas atau nak bertanya dengan lebih lanjut mengenai toner mata permata hijarah ni tanpa melalui ejen-ejen penipu tu, bolehlah terus ke roadshow yang diadakan sekarang ni iaitu:

  1. Alamanda Putrajaya dari 29/10/09 – 1/11/09
  2. Plaza Angsana, Johor dari 4/11/09 – 9/11/09

Anda boleh dapatkan info tentang permata hijrah di laman web mereka iaitu permatahijrah.com

**UPDATE Mei 2010

Mengenai produk rawatan mata keluaran Syarikat Permata Hijrah, beliau berkata, produk itu telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik yang hanya untuk digunakan di bahagian muka sekitar luar mata untuk tujuan estetika dan bukan bermaksud untuk menyembuhkan penyakit mata. – Bernama

-petikan dari Utusan Malaysia

Lagi kebenaran di: Fakta Sebenar Mengenai Produk Permata Hijrah- Utusan Online



  1. yoy

    hari tuh ada gak ejen diorang suh aku jadi dealer kat UTm..
    huhu
    malas lak rasa nak wat..
    tapi ok jgak lah kalau baca bahan2 kandungan die..
    cuma jangan ingat ini ubat, makan terus elok..
    xboleh mcm tuh..

  2. Kujie

    Kak Jie ada beli dan pakai, tapi sejak awal2 lagi dah tau, tu mmg bukan ubat

    Allah bagi akal ,kita gunalah… mmglah ada kesan tapi bukanlah drastik cecah rekod olimpik pula.

    .ishhh…berkadarlah dgn apa yg kita beri,apa yg kita dpt

  3. Poziabb

    ada beberapa podak, aku beli yg paling murah,..he3… sekadar tuk cuba & ‘amek ati’ pengedar. ALHAMDULILLAH! gatal2 mata dan yg seumpamanya “OrgUmah” aku ilang; “bagus podak ni, Bah!”, katanya.
    ps – aku maseh pakai spek bila adap pc, baca sms, baca paper & buku…hu3

  4. wanmus

    jadi dealer tak salah tapi kena terang betul2 lah apa kemampuan produk tu..ni yang ejen kelentong tu masalahnya. cerita macam tulah ubat segala penyakit padahal tak ada apa pun

  5. wanmus

    tu lah kak jie.tapi ramainya percaya ngan kata2 ejen tu. saya dah lama duk perati produk ni sebab ejen kat mana2 saya pergi mesti cerita tak ingat betapa hebatnya produk ni. kan senang kalau tulis vitamin untuk mata.huhu.. rasanya hanya ada 10% je kot pelanggan macam kak jie yang boleh fikir sendiri

  6. wanmus

    betul tu.setakat nak buang selaput kotor2 tu bolehlah kot sebab kawan saya pernah guna pun dia kata camtu jugak. tapi takleh ubat mata terus. sebab supplement ni bukan untuk cure 100%.

  7. Nozi

    Salam,

    Saya ada pakai toner ni.Ok la bila pakai tu terang la sekejap mata.Saya pakai sbb mata saya sensitip cahaya.Ada la jugak improvement. Kurang la sikit silau mata.Tp tk pakai ikut aturan sgt.Dia kata kena pakai 5 kali sehari. Mcm ikut solat 5 waktu la katanya.Mula2 letak tu rasa kesat2 dan perit skit mata.Lps tu mmg terang a rasa..lega skit. Itu je la nk share.

  8. wanmus

    wahh ada live testimoni ek. baguslah tu kongsi camni..sebab rasanya ramai nak tahu betul ke x mujarab toner mata ni. so memang menjadilah toner ni untuk bersihkan mata ek

  9. yoy

    kak nozi,
    nak pinjam,hehe
    mataku silau.

  10. hafizmd

    tima ksih utk wanmus yg buat entri nie..
    nozi, timaksih sbb bg live testimoni..saye pun ade juge terase nk cube,alhamdulillah..nozi dah ckp benda nie bgus,so lehla try nnt..mudah2 mudahan kurangla sket silau nie..insyaAllah

  11. wanmus

    yup. memang bagus cuma kena ingat yang ni bukan ubat dan akan terus baik. Ianya supplement utk mata

  12. zuLL

    [DELETED]- Maaf, ruang iklan disediakan di http://wanmus.com/pengiklanan

  13. Nash

    Salam.. bini aku dah pakai permata hijrah nie..apa yg dikata oleh wanmus mmg betul..dia hanyalah suppliment..dan akan mengambil masa 2 bulan utk perbezaannya..nak kata baik100% mungkin ambil masa lama kut.. dulu power cermin mata bini aku 450:400 so skrg dah turun 250:250.. kiranya pada aku ok lah.. silau pun takde…

    Sesiapa ada katarak mmg boleh hilang… dah terbukti oleh bapa aku sendiri..dah tak perlu buat pembedahan.. tetapi utk rabun..dia mengurangkan rabun aje stakat nie.. ini aku cakap berdasarkan pengalaman bini dan bapa aku sendiri..

  14. Temurun

    Asmk,

    Alhamdulillah, kalau boleh amalkan banyak minum air, amalan makan vit c 1000mg, vit B dan CoCQ10 100mg sehari jangan lupa. Semasa mengamalkan supplement toner mata ni, jauhi telor, ayam dan santan dan minyak, banyak minum kuah sup dari rebusan sayur hijau. insyallah akan bertambah baik.
    Salam

  15. Temurun

    Asmk,

    Tak semestinya guna 5 kali sehari. Gunakan pagi lepas sembahyang sybuh sekali dan lepas sembahyang maghrib. Minum air banyak dan jangan lupa mengamalkan supplement mata tiap hari dengan makan supplement vit c 1000mg dan multivitamin.

  16. Temurun

    Asmk,

    Product yg paling murah kotak biru, hanya sebagai cuci mata, seperti eye mo, cuma ianya tak ada bahan kimia, baik diamalkan menguna ini 2 kali sehari utk tujuan mencegah dari anti radical damage.

    Terima kasih

  17. Temurun

    Cuba shampoo rambut dan badan kita, di rumus dari 18 jenis daun dan bunga yg semulajadi dengan tujuaan menyejukan. Molek juga utk mereka yg mengalami glaucoma, ianya dapat membantu menurunkan pressure dari belakang kepala dengan cepat. Selain dari itu , shampoo ni tidak ada sodium lauryl sulfate, satu compound yg boleh tukar corak cell dlm badan kita. Ramai yg dapati enzema mereka makin serious, kalau terus guna product di luar yg murah , yg ada chemical.

    Di sini ingin berkongsi yang shampoo temurun ini dapat menghilangkan rambut yg berkuap, dari kesan pakai tudung seharian.

    Pada mereka yg ada enzema , rajin rajin menyapu di tempat yg di perlukan. ia nya juga dapat menhilangkan ulcer di mulut.

    Terima kasih

  18. Mantra

    Pernah tengok di TV pasal ni. Dia buat promo perkhidmatan rawatan percuma. Memang ramai nampak yang datang..

  19. wanmus

    yup..katanya sampai 2km..tak taulah betul ke tak..

  20. wanmus

    wahh pengalaman yang cukup memberangsangkan..tapi bini n ayah bro pakai toner yang mana? 2 bulan tu bajet berapa ek? Kalau dengan 2 botol untuk 2 bulan dan ada efek macam tu, memang berkesan

  21. arian

    salam..

    saya salah satu agen permata hijrah,
    nak bgi tahu ckit sbnar nye xsume agen mcm 2…
    mcm ni la ye permata hijrah ni adalah slh satu antra kaedah u mncegah drp rwatan laser
    pemakaian ubat mata ni perlu masa mana ada pkai skali trus jadi
    ….prlu pkai ikut sukatan yang disarakan…
    ubat ni x smsti untuk org rabun je bkan rabun pun blh u pnjagaan mata…

  22. wanmus

    haa..ajen macam ni lah yang kita nak..perlu terang dengan betul kat customer..good luck 🙂

  23. shah kl

    salam..semua pembaca yang minat atau tak pasal toner mata tu…al kisah nya toner mata permata hijrah ni dibuat dari ekstrak mutiara yang diimport dr taiwan..diaorg yg digelar tabib tu sebenarnya bukan tabib..diaorg xthu menahu apa2pun tentang mata..belajar pun xsampai tingkatan 1..nak kta belajar pondok..ada sekejap saje..tpi sy mushkilnya kenapa gelaran tabib tu dr mna diaorg dapat..sebab sya kenal sgt dengan diaorg ni..xcaya contact sy..bendanya sama je dengan toner mata lain kat pasaran..,cuma org yg beli toner mata permata hijrah ni sebenarnya kena tipu..sebab dia org punya marketing stategic,,ada yg murah dan mahal dan bergred2 plak tu..yg set siang malam lagi ler..mmbr sy pernah tnya dlu dengan 2 ekor tabib ni psl set siang malam,ntah apa2 dia org jwb..lainm kali sebelumbeli slidik dlu..kaji..kalu u all nk beli yg murah tpi btul2 mujaranb ni ha.. tonermata ainun theraphy, toner mata ainun clear dan toner mata ainun syifa’..ramai dah testimoni ckp ok..harga pun berpatutan..ni dia org jual toner mata sampai beratus2 ringgit.ada yg sampai kena jual lembu sorg pakcik tu,beli 1 botol rm599,pakai xde perubahan,so sambung balik dah jd seribu lebih .modal berapa sen je..try check betul2..JANGAN JADI BODOH SENANG KENA TIPU..PPEERRMMAATTAA HHIIJJRRAAHH=PENCEKIK DARAH….TERUS LAH MENIPU WAHAI TABIBBBBBBBBBBBBBB..

  24. wanmus

    wahh betul2 marah saudara shah kita ni. kalau boleh bro tunjuklah bukti sebelum kata macam-macam sebab ni melibatkan bisnes orang. kalau betul dan ada bukti, saya akan sokong kenyataan saudara tu.

  25. shah kl

    Salam..tq saudara ats feedback awk,atas kesedaran sesama insan.sama2lah kita fikir..memang saudara kata ini melibatkan bisnes org.tp kenapa tak cakap perkara sebenar..di mana mereka2 yang bertanggungjawab melindungi pengguna dari penipuan sebegini.sebelum ni utk pengetahuan pengguna 2 orang tabib ni pernah menjual toner mata qurrotuaini ejen ustaz fairuz(tolong siasat).tiba-tiba tahun 2007 dah jual toner mata ainun theraphy dari terengganu.pastu mengikut cerita benar dia orang dah ciplak toner mata ainun theraphy dengan nama toner mata permata hijrah.sedangkan benda asasnya dibuat dari benda yang sama.dia orang belajar dengan DR SALLEH ISMAIL (019-9861858)dri klinik akupunktur terengganu(09-6236779)-tolong siasat jika saudara ingin menolong sesama insan.lepas tu terkeluarlah tonermata yang didakwa diformulasikan oleh 2org tabib melalui pengajian kitab-kitab tua.ni aper ni dah guna kitab2 plak utk bisnes.Andai ada org yg dah tersedar,mereka akan memperlekehkan perubatan Islam..maka promosi semakin kuat.dari harga toner mata xsampai RM10 dah jadi beratus-ratus ada.even sampai ribuan ringgit syarikat diaorg jual.Maka terlahirlah 2 org Jutawan segera,hasil dari jual air yg sepatutnya diminum tp diisi dlm botol drop sdikit labeling dan packeging boleh jual ratus ringgit dengan modal asal tak sampai RM10..sesiapa nak tahu lebih detail pasal benda ni sila tanya tuan empunya formula dr salleh ismail.sya dah cal dan tanya dengan detail,sebelum ni pun saya xbrapa percaya dengan dakwaan kawan sya sari kelantan.cuma rasa musykil je.tp setelah disiasat alangkah terkejutnya sya,kenapa ada manusia sanggup menipu untuk cepat kaya..(ni marah ni sebab mak saya dah habis beratus ringgit beli produk ni)sekarang dh tukar brand lain benda sama tp harga cukuip puashati….tq..sama2lah kita fikir..segala yang baik dari Allah dan yang buruk sya akan terima balasan dariNya jika saya fitnah…wallahua’lam..

  26. wanmus

    hoho..saya tak pernah tahu pasal ni..kitab2 dulu pun saya tak tahu nak refer kat kitab mana bab ubat mata ni. hmmm..kalaulah betul, takkan diorang ni sanggup guna nama kitab2 untuk buat duit? tapi ramai jugak yang tak berpuas hati ngan produk ni..tapi ada jugak yang berpuas hati..aduss.. mak bro guna jenama apa sekaarang? mungkin boleh share ngan orang lain

  27. shah kl

    salam,selamat menyambut hari raya aidiladha utk semua,,sory sy lmbt rply sbb sy bru blk dari outstation..utk pengetahuan smua my mother skarang guna toner mata ainun theraphy..ni cntact ejen tu.dia hantar percuma je area kl,sel.. 0199262683. selamat mencuba..

  28. shah kl

    …..Bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam kenyataan semalam, mengingatkan orang ramai jangan membeli barangan kosmetik ini kerana mungkin memudaratkan kesihatan.

    Katanya, produk untuk rawatan perlu dihasilkan dalam persekitaran kilang steril dan dikawal oleh Kementerian Kesihatan sebagai produk farmaseutikal.

    Antara produk dibatalkan notifikasi kerana diguna di luar takrifan kosmetik ialah Toner Mata Permata Hijrah Ainun 12.90, Toner Mata Permata Hijrah Ainun 29.90, Toner Mata Permata Hijrah Ainun 59.90 dan Permata Hijrah Toner Hidung 9.90.

    Ainun Syifa Toner Mata, Ainun Toner Mata, Aifun Toner Hidung Seduan, Mahligai Selasih Toner Mata, Medi Sunnah Toner Mata, Permata Hijrah Ainun Toner Mata, Toner Hidung (Nombor Notifikasi NOT07090197KE) dan Toner Hidung (Nombor Notifikasi NOT07123428KE).

    Toner Hidung Anfun Syifa, Toner Hidung Seduan, Toner Mata, Toner Mata Ainun Syifa, Toner Mulut Fahmun Syifa, Alkaline Therapy Pearl Extract I, Alkaline Therapy Pearl Extract IV, Alkaline Therapy Pearl Extract II dan Alkaline Therapy Pearl Extract III. Turut disenaraikan Alkaline Therapy Pearl Extract V, Alkaline Therapy Pearl Extract VI, Ainun Taharah Eye Spray Neutral Therapy I, Ainun Taharah Eye Spray Neutral Therapy II, Ainun Taharah Eye Spray Day & Night I dan Ainun Taharah Eye Spray Day & Night II.

    (petikan berita harian hari ini)

    KENAPA JADI BEGINI..Ni la tanda2 2 orang Tabib tu sebenarnya tidak diiktiraf..Penipu Umat Islam..Sekarang apa dah jadi..bukan Islam dah mempersenda2kan perubatan Islam coz 2 ekor tabib ni dakwa toner ni dibuat melalui pengajian2 kitab tua..(iklan dalam Sinar Harian)…Sendiri Fikir Wahai Ejen2 PERMATA HIJRAH!!

  29. Temurun

    Asmk,

    Artical yang sebenarnya original dari kementeriaan ialah ” IKLAN DAN APA YG APPROVAL DARI KEMENTERIAAN TAK SAMA” . Ini adalah pasal technical. Insyallah , Sila tunggu PC dari permata hijrah yg akan diadakan tak lama lagi. Ini adalah pasal technical, bila product ini ramai yg buat claim atas hasil selepas mengguna, mereka meyebut ianya sebagai ubat, dah lumrah kita org melayu walau segelas air yg bersertakan doa diberi pada kita , walaupun dari seorg ibu kandung, kita akan kata ianya ubat! Claim claim serupa beginilah yg disalah faham, rangkaiaan product permata hijrah hanya supplement yg insyallah boleh melegakan keadaan kronic mata, ianya hanya supplement, kerana belakang lens mata kita hanya ada vit c dan amino acid dan crystalised collagen. Sungguhpun kedua orang tabib ini pelajaran tak tinggi, tapi ini semua kuasa allah memeberi ilmu pada mereka. Kita rakyat malaysia , kena lah beru sokongan dan membantu apa yg patut utk kedepankan formulasi yg luarbiasa ini, kerana insyallah ianya akan membanggakan negara malaysia, kerana dari bumi kitalah yang supplement semulajadi ini mula. Sebagai seorg scientist, saya memang tak menghakimi manusia, tapi saya lihat dari segi scientific product ini. gabungan mutiara yg menyejukan dan anti radang, serta tiram yg mempunyai mineral zinc, insyallah dapat mengikis hard mass di mata kita dan juga mencegah perkembangan bacteria jahat, dan air alkaline, dan extract billberry. Formulasi yg hanya sebagai supplement dapat membantu keadaan kita, kerana ianya hanya vitamin dan mineral. Pada peringkat awal, mereka terpaksa outsourse product mereka ke kilang luar untuk packaging kerana perusahaan masih kechil< insyallah , bila kilang mereka sendiri siap, harga retail pun akan banyak turun. Mengenai extract dari negeri apapun semuanya ada grade. Daripada A ke C. Extract yg digunakan adalah dari water extraction dan kemudian di keringkan menjadi serbuk. Sebab itu dalam rangkaiaan product hijrah ada yg rendah dan tinggi, sekiranya product itu yg biasa hanya untuk meyejukan, mungkin property utk menyejukan tak memerlukan grade A, tapi yg peringkat extract lebih , dan untuk tujuaan tertentu sesuai dgn dosage , Grade A atau B di gunakan. Untuk informasi semua, walau dari taiwan, thailand , sabah, australia, grade A mutiara , harganya dari 250rm ke 400rm utk tiap 2gms .

  30. aiman

    Salam…Shah…Macam sakit ati je dengan permata Hijrah…dan siap kempen produk lain Plak…ade komisyen ke????

  31. shah kl

    Salam.bagus feedback temurun.tpi sebenarnya awk dah silap..cuba awk kaji balik dan tanya sama m.ali dan zul..siapa pengasas formula ni..kenapa produk dia sama denga ainun theraphy..dan kenapa dulu dia orang pernah jual toner mata ainun theraphy dari terengaanu..(sebelum syarikat permata hijrah ditubuhkan)sila check dengan ssm bila dia orang daftar permata hijrah enterprise..kalau diaorang cakap tak pernah jual toner mata ainun theraphy memang dia org munafik sbb ckp bohong.kalau saya bohong Allah s.wt turunkan bala kepada sya sebab sebar fitnah…amin so sekarang plez..plez tell the truth..jgn jadi ‘lembu punya susu sapi dapat nama’.don’t claim diformulasikan oleh 2 org tabib..but diciplak oleh 2 org pemuda dari kelantan..plez understand what i wrote last n last week…
    plez answer my question..
    1,siapa pengasas produk toner mata alkaline ni?
    2.set siang malam adalah benda yang sama,betul?
    3.kenapa jual terlalu mahal(rm599 sebenarnya benda yang sama dengan toner mata ainun theraphy rm19.90)modal nya tak sampai rm10?
    4.dari mana m.ali dan zul dapat gelaran tabib,dia orng belajar kat mana pasal perubatan ni?
    5.dari mana gelaran ustaz yang diaorang dapat,pernahkah dia org mengajar org lain pasal agama?
    5.to be continue….
    plez give me the feedback if u have the truth….
    wassalam

  32. ajeeb

    sebenarnya permata hijrah ni dh terbukti mujarabnya….
    klu ada yg gune tp masih tiada perubahan, itu maknanya si pengguna 2 tdak konsisten mgunakannya… mana2 ubat klu tdk konsisten mgunakannya mmg xkan mujarab…

    sy nk bg contoh seperti sahabat sy…alhamdulillah hampir pulih matanya…..

    tp jgn la plk terlalu taksub…pokok pangkalnya, semua adalah ketentuan ALlah jg…

    ini adalah antara ikhtiar kte…. pulih atau tdk, itu urusan ALlah…

    sy harap mana2 p’kritik, termasuk penulis ruangan ini dapat m’kaji dgn lbih teliti…

    lbih tepat melakukan R&D…. krana 2 tabib permata hijrah ni dh menjalankan R&D mereka…

    jd…yg m’kritik jg perlu la jg ….baru la yg lain btul2 blh percaya….

    Wallahu’alam….

    pengguna permata hijrah….

  33. ajeeb

    2 tabib 2 m’ggunakan kitab2 utk hasilkan toner mata ni……bagus la klu cm 2… skurg2nya itu la bukti die utk hasilkan toner formula toner ni… dari kitab2 lama la terdapat nya ilmu2 perubatan yg btul2 sahih…

    ttg cilok-mencilok idea ainun therapi ke, qurratuaini ke, 2 urusan mereka la… dan antara mereka dgn ALlah.. yg pasti terdapat perbezaan jg…klu xbanyak pn ckit…

    dan klu la 2 tabib ni berasal dr produk2 td, nta sume bygkn bertapa besarnya kebajikan yg ALlah bri pd founder produk2 td sehingga dpat m’hasilkan permata hijrah hasil dr 2 tabib ni yg mana ilmu mereka ni adalah hasil dr founder produk2 yg lain….

    hebat la…

    jd xperlu la dpertikaikan lg…

  34. anti/

    sy sokong dgn cadangan TEMURUN, sbb mengikut pengalaman TEMURUN, ia adalah logik dan benar. seperkara lagi, mengapa kita harus ada sikap benci sesama umat islam kita, adakah kita suka produk ISRAIL berluasa di merata dunia? tidakkah umat islam gembira pabila umat islam sendiri berjaya di dunia dgn adanya permata hijrah menghasilkn produk yg baik? bagi pendapat sy kita harus menyokong umat sesama kita…

    sekian
    anti

  35. shah kl

    tahniah utk semua,wah sekarang dah kira bagus ada feedback.brainstorming..
    persoalan utk u’ll yg kontra je..he2.
    1.adakah rasulullah s.a.w berniaga dan mengambil untung 50%-90% dari harga modal?
    2.adakah haram,halal/makruh hukumnya jika seseorang muslim menjual sesuatu benda dengan penjelasan yang tidak betul(tidak jelas)?

  36. wanmus

    hoho..dah panjang rupanya komen kat sini..sebenarnya kita masih tak tahu kebenaran sebenarnya..dua2 pihak dapat tunjukkan bukti..tapi siapa yang betul dan siapa yang salah, wallahualam

  37. anti

    askm..
    slmt pagi….
    terasa sebagai seorang pejuang pula pagi nie…
    em, terlebih dahulu sy ingin suarakan mengapa SHAH KL menyoal persoalan yg sbergini.. ? tidakah SHAH menyokong umat islam berniaga?

  38. wan_69

    Salam perkenalan untuk semua..saya ni orang baru.saya rasa tertarik dengan topik ni…sebelum tu saya tidak penyebelahi mana-mana pihak,cuma saja nak kongsi pengalaman.komen saudara shah tu kadang-kadang ada betulnya bagi sesetengah orang.bagi sesetengah orang yang tidak kisah dan berduit pula dia orang cakap salah.kalau orang jual produk mahal dia orang boleh beli,sekadar mencuba.tapi bagi golongan pertengahan atau miskin dia orang akan terasa jika terbeli produk permata hijrah ni.sebagai contoh berdasarkan pengalaman saya sendiri.Pada Mei lepas saya ada bawa mak cik saya ke kelantan semata-mata untuk jumpa tabib ni.sebab mak cik saya ada masalah mata yang kronik.hari tu masa check kat pakar mata dia orang cakap kena buat operate kos dia RM1k lebih,lepas tu mak cik saya ada jumpa dengan ejen syarikat ni.dia pujuk mak cik saya guna produk eye spray.setelah difikirkan mak cik saya ambil keputusan guna produk ni dan pergi jumpa tabib tu di kelantan.setelah sampai ke pusat rawatan permata hijrah masa tu saya rasa teruja sebab tengok ramai juga orang.setelah mak cik masuk jumpa dia orang syorkan beli eye spray harganya RM599(dapat la kurang cikit).masa mak cik saya jumpa dia orang tu tak nampak macam pakar mata pun.lepas tu balik johor dan gunalah produk tu sampai habis.tak ada apa-apa perubahan.lepas tu jumpa dia orang punya ejen.dia cakap benda ni kekadang 2-3 botol baru ada perubahan,pulak dah.pejam mata sekali mak cik saya beli sekali lagi.juga tak ada apa-apa perubahan setelah habis 2 botol.lihat sekarang berapa kos yang mak cik saya habiskan,hampir RM2k sekali dengan kos ke kelantan.Alangkah kesalnya,tengok betapa iklan mempengaruhi orang.mak cik saya bukannya golongan yang berada.sekarang tengah kumpul duit nak buat operate.pengajaran di sini adalah semua produk kesihatan kebanyakkanya menanyayai orang.kenapa jual terlalu mahal,sedangkan hanya supliment.jangan terlalu teruja untuk laris jualan.wassalam..

  39. aiman

    salam semua….cuba tengok testimoni pengguna dari website diaorang…..kalu testimoni ni bohong tak tau lah saya plak…tapi ade plak saya terpikir satu contoh…
    macamni…Tuhan buatkan sotong…untuk semua manusia makan…tapi ade yang tak boleh makan (gatal) adakah sotong yang tuhan buat tu tak elok???..atau kita suruh tuhan buat sotong lain untuk kita sorang….sebenar nya tubuh kita yang ada masalah…ini kan pulak produk permata hijrah…buatan manusia.
    Begitu juga dengan benda-benda lain yang tak serasi dengan kita…jangan kita komplen. pasal dengan orang lain tak ade masalah
    Begitu juga dengan produk permata hijrah…ade ramai yang sembuh dan ade yang tak sembuh,,,, (bagi yang tak sembuh cuba bagitau dekat ustaz permatahijrah tu…kot-kot ade nasihat lain-ataupun amik duit balik ke)….yang tak sembuh tu try la plak dengan produk lain…kalau tak sembuh juga jangan laa komplen / kutuk/ kondem/ produk lain plak….(kita saja yang betul-wal hal yang menyembuh dan menyihatkan kita adalah Allah….cuma ubat-suppliment-vitamin-herba adalah asbabnya…sekian pandangan saya …yang baik sama-sama kita ambil menafaat…yang buruk kita sama-sama tinggalkan…

  40. wanmus

    yup..benda ni memang bukan ubat atau pengganti rawatan mata..hanya supplement untuk mata. jangan percaya dengan janji yang diberikan sangat.

  41. anti

    mengenai keterangan diatas sy terasa teruja..
    setahu sy, produk permata hijrah untk supplmnt ada beberpa item. yg paling murah untk pencuci rm12.90 dan yg ketegori permulaan mslah mata rm29.90 dan untk yg masalah yg dah lama mengalami mslh mata, sperti peringkat usia sesuai digunakn set siang malam rm119.80.
    untk saraf pihak permata hijrah ada keluarkan produk spay iaitu yg bernilai rm189.90 dan rm599.90 ia dpt mungurang tekanan dlm bebola mata.. ia menyejukkan sesuai utk ketegory yg mgalami k.manis, gloukoma, katarek dan mslah pendarahan dlm mata..
    insyallh…
    wallahualam…
    secara tidak lansung semua dpt memiliki produk tersebut.. insyallh..
    dan seperkara lagi ia adalah supplemt untk mata seperti vit untk mata.
    setahu sy kandungan dan bahan keluaran permata hijrah adalh berlainan bergantung pada tahap mslah mata individu. ini mengikut pengalaman sy, suatu masa dhulu y pernah bercakap dgn 2 orang tabib ini..
    contohnya, sekiranya sy adalah pengasas satu produk, sy tidak akn bagi tahu apa kandunganya… sbb itu adalah rahsia syarikat. diamanahkan untk menjaganya dan gunakanya dgn sebaiknya. pernakah kita tanya syrikat eyemo, apa kandungan yg terkandung dlm eyemo?!!! xpernah kan…? pernahkah terlintas difikiran anda semua…
    sama2 kita renung2kan…
    skian wassalam…

  42. wanmus

    yup..tapi eyemo tu jelas diorang kata just hilangkan kegatalan atau ketidakselesaan mata dan bukannya dapat hialngkan penyakit mata..tu yang ramai marah sebab rasa tertipu dengan iklan produk ni..kata boleh hilangkan penyakit mata tapi ramai yang tak berjaya hilangkan penyakit tapi berjaya habiskan duit

  43. anti

    askm…
    wanmus, maksud sy tadi ibaratnya.. sy persoalkn eyemo, xpernah org brtnya tntg kandunganya..
    sy bg 1 contoh lg, skiranya kita mengidap pnyakit kencing manis, ia akn effect pada mata, jadi seorang hamba ini menuju ke hospital pakar untk penyakit tersebut, lalu pakar pun sarankn melalui operation. si pesakit pun stuju krana ia dipercayai mmpu memulihkn pancaindra. slps mlalui operation adakh ia sembuh serta merta? iklas sy katakn sekiranya sy sndiri mgalami mslah ini sy xsangup melalui opration. jika anda, adakah andan sanggup menjalaninya? sedangkan kita diberi akal untk berikhtiar…!!! cuba terangkn persoalan ini…. walaupn dgn bersijil phd skalipun.. renung2kan lah wahai hamba2 allah.

  44. deadlock

    Salam…..
    wahhh.. bagus la rakyat malaysia ni, semuanye prihatin… hurmm… PERMATA HIJRAH, Thanks a lot… tu je yang aku dpt bgtau. aritu aku teman kwn pegi kt roadshow permata hijrah. tengah tunggu turn nk wt rawatan mata (kawan), ada lah brother ni pon tgh tunggu nk wt rawatan. aku pon terdengar bini brother tu cakap yang dia dlu pakai spec, tp lepas guna toner ni, tgk TV xyah pakai spec lg dah. apa lg, mmber aku tu pon teruja la, sanggup tunggu lama nk wt rawatan. Lepas jupe ngan staf permata hijrah, dia ckp 2 yang penting iaitu cara pemakaian dan kekerapan pakai tu. apa yang aku paham, maksud dia, pakai tu kena lah hari-hari jgn hangat2 taik ayam je. pastu lg satu cara pakai tu kena betui.. Apa yg aku dpt tau mmber aku tu skrg dh dpt main futsal tanpa pakai spec…. (Dia rabun peringkat pertengahan)

  45. wanmus

    wsalam..ooo..memanglah sebab tu rahsia perniagaan, takkan dibocorkan tu.

  46. wanmus

    alhamdulillah, baguslah kalau menjadi

  47. SYAUQI

    Salam… nampak mcm x puas hati betul SHAH KL… x silap sy produk dr salleh skrg DREYES… kalu sape2 nak cuba hubungi sy 013-2224680 hehehe… sempat lagi buat bisnes..

  48. wanita moden...

    salam Shah KL…sy respect kat awak sbb berani beritahu perkara sebenar…saya sendiri kenal benar dengan 2 orang tabib tu…sebenarnya pengguna PERMATA HIJRAH ni dah kena tipu….tapi percaya atau tidak org kita ni lebih suka dengar yang menipu daripada fakta…sebelum 2 org tabib tu tubuhkan permata hijrah diorg keje jual ubat mata ainun therapy….

    Saya sendiri pun dah jumpa dengan Dr Salleh tu…memandangkan formulanya dah diciplak…dia dah come out dengan formula baru…Dr Salleh buat formula baru yang lebih hebat..kesan lebih cepat dan kurang risiko berbanding PH..nama prdk tu DR EYES….selain tu dia baru launchkan produk utk kekuatan lelaki…

    cuma nak lahirkan beribu kekesalan untuk dua orang tabib tu..jangan gunakan agama untuk jual produk….nak jual ubat jual je lah tapi jangan sampai tipu orang jumpa formula dalam kitab ..nak baca quran pun tergagap gagap mengaku ustaz…ingat .sepandai tupai me;lompat ke tanah jua…Allah tu satu dan Dia Maha Adil…mungkin sekarang dilanda nikmat tapi nikmat yang diperoleh dengan cara menipu orang tu tak kemana…..

    untuk pengguna sekalian, jadilah pengguna yang bijak…tak semua benda mahal dan famous tu bagus….klu tak percaya jugak….jumpa 2 org tabib tanya pasal ramuan yg kat botol tu kenapa letak 35% kenapa letak 10%…lepas tu jumpa dr salleh…tanya pulak dr salleh….org yang ciplak hanya tahu apa yang dia dengar….tapi org yg mencipta benda tu lebih tahu secara details…

    wallahu a’lam.

  49. wanita moden...

    salam….saya bukan nak back up shah…cuma nk bagi pendapat…memang kita kena sokong orang islam berniaga tapi klu islam yang berniaga dengan cara berdusta, menipu tak perlu disokong…lebih lebih lagi sampi guna gelaran ustaz supaya org percaya dan beli prdk diorg..sebab dekat pasaran bukan permata hijrah saja yg jual toner mata..byk lagi usahawan muslim yang buat ubat mata dan tak mencekik darah..DR EYES ada, ainun therapy ada, ainun syifa ada…(tapi semua formula tu asal dari dr salleh kan shah?)

  50. wanita moden...

    Extract A…B…dan C????? Extract apa tu….sebenarnya pearl extract tu ada sejenis je…beli kat malaysia pun bleh satu botol tak sampai RM100…cuma yang gred A…B dan C tu adalah gred air yang digunakan untuk melarutkan serbuk tu…..klu dulu diorg pakai air WASSER tapi skrg rasanya susah nak dapat air tu…erm…gred A B dan C tu air EVIAN, ECPI……

    larutan pearl extract tu sebenarnya untuk diminum bagi memulihkan sakit sakit dalaman…..tapi setelah dikaji oleh seorg hamba allah (melalui kajian saintifik ye bukan dari kitab tua)..larutan tersebut mampu membekalkan nutrient pada mata maka terhasillah formula dr mutiara ni…..