Anak Ke Yang Bersalah?

Penulis: wanmus Kategori: Agama | Internet | Sekolah Tarikh: 30 October 2009 | 54 komen

sekolah_convent

Zaman sekarang semua nak anak pandai, bijak dan genius. Kalau boleh masuk U pada umur yang muda supaya cepat sikit kaya dari orang lain kot dan boleh berbangga dengan kejayaan anak. Memang tak dinafikan, saya pun kalau ada anak macam tu akan bangga. Tapi adakah betul cara kita ajar anak tu?

Saya nak berkongsi benda ni sebab tengok sekarang dah jadi macam trend tau antar anak ke sekolah convent atau sekolah cina untuk pandai BI atau Mandarin. Yup, memang akan pandai cakap BI dan Mandarin sebab saya dah tengok hasilnya. Budak baru darjah 2 tapi dah fluent giler cakap mandarin walaupun mak ayah dia orang melayu pekat. So memang berjayalah diorang nak anak pandai cakap mandarin. Yang BI tu konfirm2 lah kan.

Masalah yang saya nak ke utarakan sekarang ni ialah ilmu yang orang sekarang ni tak pandang sangat iaitu ilmu agama. Kalau ada pun, tak ambil berat sangat. Tadi baru lalu depan sekolah convent JB, siap ada patung (patung jesus/pope kot kalau tak silap) depan sekolah tapi ada je anak melayu kat sekolah tu. Kenapa??? Mak ayah tak sensitif ke tengok patung tu? Kalaulah anak dah tengok patung tu setiap hari, so jangan marahlah kalau anak nanti tak reti nak sembahyang atau minta untuk murtad..Nauzubillah..tu baru tengok patung setiap hari. Macamana dengan ajaran agama kat sekolah tu? kalau ada pun kelas agama kat sekolah tu, boleh ke anak remaja survive dalam persekitaran sekolah macam tu?

Sama jugak kalau yang hantar anak pergi tadika/sekolah dekat/sebelah gereja. Diorang setiap hari tengok gereja. Korang rasa pernah tak budak tu akan pergi dekat gereja dan tengok apa orang buat kat gereja? Kalau mak ayah dapat terang betul2 dan hati budak tu keras, tak ada masalah..tapi kebanyakkan tak macam tu. Kalau dari kecik mak ayah dah hantar dekat gereja, tak mustahil satu hari nanti diorang akan masuk dalam gereja tu..Betul x? Nauzubillah..

Saya tak kata yang pelajar sekolah agama tu semuanya baik. Ada juga jadi perompak dan penjahat. Tapi paling kurang kita berusaha ke arah itu. Kalau jadi jahat jugak, tu dah takdir tuhan tapi minta jauh sangat-sangat..Nauzubillah.

Maaf jika ada orang marah kat saya lepas ni. tapi saya rasa benda ni perlu di beritahu jugak. Saya pun kekadang tak betul. Saya pun lemah dan kalah kekadang tu. Cuma masa ada kelapangan ni lah kita boleh berkongsi idea dan pandangan untuk sama-sama betulkan diri. Jika ada saya salah, betulkan saya.

So, apa pandangan anda??

*Gambar sekadar hiasan info yang berkaitan.



  1. junior convent

    lgi stu dulu convent hanya untuk anak yang susah dan tidak beribu atau berbapa.tpi ats prmintaan smue org,convent menjadi sekolah bgi murid perempuan.

  2. wan

    saye dulu pernah bersekolah kat st thomas kuching..selame saye sekolah kat sane..belum pernah lg saye lihat pelajar melayu masuk gereja..bah kan kebanyakan cikgu disana ustaz dan ustazah..kebanyakan pelajar selalu diberi ceramah agama..n extra kelas agama wajib dibuat selepas habis waktu belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang agama..

  3. hazirah

    salam maaf jika terkasar bahasa saya juga pelajar convent tetapi bukan convent jb laa tapi bp setahu saya takdelaa pulak saya dengar pelajar dkt convent ade keinginan untuk murtad kami juga diajar bagaimana tentang ajaran agama islam yg benar dan tidak terlalu taksub dengan semua bende ni eh ehh merapu pulak hihi sorry kalau bebel pnjng lebar

  4. Ahmad

    Hurmmm…bab sruh doa cara depa tuh saye tak sokong…sekolah adik saye, st. Mary kl tak pernah plak ade cerita2 cam gituh…n dah jadi adat..dalam keluarga saye semue masuk sekolah inggeris..nenek dulu kat convent penang…atuk kat sekolah raffles singapore…mak CBN..abang la salle…sejak moyang lagi…dan belum ade yang murtad…mungkin masalh nih ade belaku..tapi seblum merdeka dulu la kowt…saya blajaq kat sekolah maxwell…memang takdek langsung depa dok aja benda2 tuh…setakat persatuan kecil agama kristian tuh ada la…budak cina india ja yang jadi ahli…tempat blajaq semua sama..kite yang corak halyan sendiri…sekadar sharinggg..