Toner Mata Permata Hijrah Bukan Ubat Tapi Supplement Sahaja

Penulis: wanmus Kategori: Internet | Supplement | Toner mata Tarikh: 30 October 2009 | 437 komen

toner-mata-permata-hijrah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. hmmm..pagi ni nak kongsi sikit sesuatu yang sedang menggemparkan tanah air kita lebih-lebih lagi kepada si pemakai cermin mata di seluruh Malaysia. Apa tu? Toner Mata Permata Hijrah keluaran Permata Hijrah Enterprise ini kononnya dikatakan dapat mengubat mata sampai tak perlu pakai spek@ cermin mata lagi. Betul ke?

Bukan nak merosakkan bisnes orang, cuma nak perbetulkan tanggapan orang. Pagi tadi kalau anda semua lihat MHI atau Malaysia Hari Ini di TV3 dalam pukul 8.15-8.30 bersama 2 ustaz pengasas permata hijrah ni dan seorang doktor, Dr Yasmeen namanya. hmmm saya pun terdetik, ada Dr ni baru boleh percaya sikit.

So saya tengoklah perbincangan toner mata ainun ni sebab tak ramai yang mencubanya berjaya. NAHHH..akhirnya terkeluar di mulut Dr tu iaitu yang toner mata ni hanyalah SUPPLEMENT dan BUKANNYA UBAT untuk menyembuhkan penyakit. akhirnya terjawab jugak teka teki selama ini kenapa ramai yang beli produk ni tapi masih pakai cermin mata.

Bukan apa, kan senang kalau cakap ini hanyalah supplement dan bukannya ubat. Kalau korang biasa gi pasar malam atau kedai2 ubat yang jual toner ni, kebanyakkan mereka cakap benda ni ubat mata..siap ada banner atau bunting tu. Rupanya itu hanyalah tagline atau ayat-ayat promosi ejen jualan yang tak tahu konsep sebenar toner mata ni.

Janganlah korang nak percaya yang pakai toner ni mata boleh jadi terang benderang dan tak perlu pakai cermin mata atau contact lense lagi. Ianya supplement yang membantu menguatkan ketahanan mata, membantu meningkatkan fungsi mata dan saraf berkaitan, mengurangkan kadar berlakunya penyakit mata dan sebagainya. Tapi kalau dah ada penyakit mata tapi nak terus baik tu anda silap ubat, pergilah buat perubatan laser yang berharga beribu ringgit, tu pun belum tentu 100% berjaya tau.

billberry_blueberries

Satu lagi, bahan utama buat toner mata ni ialah buah billberry iaitu buah yang cukup banyak khasiat untuk mata katanya. Billberry ni juga dikenali sebagai blaeberry, whortleberry @ hurts, whinberry, winberry @ wimberry, myrtle blueberry dan fraughan. Ianya adik beradik blueberry jugak tapi ayah lain kot..hehe..

Selain buah ni, air zam-zam juga dimasukkan tapi hanyalah dengan kuantiti yang sedikit beserta air alkali seperti air hujan kata Dr yasmeen. Cuma yang berbezanya dengan air untuk mata yang lain, ianya disertakan doa dan bacaan yang dikatakan dapat membantu merawat mata. Wallahulam, saya pun tak tahu cuma ini yang dikatakan oleh 3 penceramah tersebut.

Jika anda nak jumpa terus dengan pengasas atau nak bertanya dengan lebih lanjut mengenai toner mata permata hijarah ni tanpa melalui ejen-ejen penipu tu, bolehlah terus ke roadshow yang diadakan sekarang ni iaitu:

  1. Alamanda Putrajaya dari 29/10/09 – 1/11/09
  2. Plaza Angsana, Johor dari 4/11/09 – 9/11/09

Anda boleh dapatkan info tentang permata hijrah di laman web mereka iaitu permatahijrah.com

**UPDATE Mei 2010

Mengenai produk rawatan mata keluaran Syarikat Permata Hijrah, beliau berkata, produk itu telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik yang hanya untuk digunakan di bahagian muka sekitar luar mata untuk tujuan estetika dan bukan bermaksud untuk menyembuhkan penyakit mata. – Bernama

-petikan dari Utusan Malaysia

Lagi kebenaran di: Fakta Sebenar Mengenai Produk Permata Hijrah- Utusan Online



  1. wanita moden...

    Berniaga untuk dapat keredhaan Allah…

    1)Jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad, ijab dan qabul yang sah.
    2) Barang barang yang diniagakan itu HALAL
    3)Jangan berjual beli dengan riba
    4)Jangan bersumpah bohong
    5)Jangan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang
    6)JANGAN MENIPU, MENGKHIANATI PEMBELI ATAU MEMUTARBELIT DAN MENGELIRUKAN ORANG

    p/s: kalau dalam sebuah negeri itu hanya ada seorang peniaga muslim maka seharusnya kita sokong yang muslim itu…tapi jika ramai yang muslim maka, menjadi tanggungjawab kita menyokong yang muslim bertaqwa…allah swt juga melarang kita menganiaya diri sendiri…tidak berniat untuk kondem sesiapa cuma sekadar langkah perjuangan untuk menyedarkan pengguna…Allah swt sendiri melarang kita menganiaya diri…bukankah membelanjakan rm599 hanya untuk supplement mata yang belum tentu keberkesanannya merugikan sedangkan ada produk lain yang setanding kualiti dengan harga yang jauh lebih rendah….

    Moga Allah ampuni dosa dosa saya….maaf juga andai ada yang terasa…komen ini hanya datang ikhlas dari hati kerana sudah tak sanggup melihat umat islam terpedaya dengan 2 orang yang kononnya ustaz tu..wallahu a’lam

  2. wanita moden...

    shah, klu dah tahu dr salleh yg buat formula..why not you support produk dia, DR EYES…untuk maklumat search je formula dreyes

  3. ejat

    actually mmg kna pakai 5 kli shari..kat kotak mmg tulis 2 ja..stelah d tnya ustaz tuh..dia kta “skurang-kurangnya 2 kali shari,bkn kena pakai 2 kali saja”

  4. ejat

    mmg ubt ni bkn 100% bekesan..kalau bro bca flyer dia pon,ko akn nmpk pekataan INSYAALLAH

  5. ejat

    JWPN SOALAN NO 2–tak,langsung x sma..mlam untk yg ada silau terok..

  6. ejat

    msa bila dia kta dia jumpa formula dlm kitab arh!!..ko tau mna diorang bca ktb tergagap-ggp!!…skarang nih mmg bnyk org mefitnah!!mngkn ini tanda kiamat dah dkt!!sesungguhnya fitnah itu dosanya seperti membunuh org!!

  7. anti penipuan

    erm ni lagi satu…untuk menghasilkan sebarang benda tak kira lah supplement ke..ubat ke…kosmetik ke asalkan dititis dalam mnata, hidung atau telinga..produk tu mestilah dihasilkan oleh kilang yangt bertaraf GMP farmaseutikal….sekarang ni kilang yang permata hijrah outsource tu hanya bertaraf GMP prdk ubaT tradisional bukan farmaseutikal.semua peralatan termasuk botol perlu disteril terlebih dahulu sblm diguna….KKM tidak mempersoalkan tentang formula tetapi mempersoalkan tentang teknik-teknik penyediaan supaya pihak pengeluar dapat mematuhi spesifikasi supaya tidak berlaku jangkitan kpd pengguna..buat masa sekarang pengeluar tidak mensteril peralatan peralatan tersebut tapi botol tu hanya di UV untuk mematikan kuman….Penggunaan sinar UV hanya sesuai untuk botol2 yang diisi kapsul tetapi untuk botol yang diisi dengan cecair apatah lagi cecair dititis dalam mata perlu disteril dengan menggunakan mesin khas. KKM bukan saja2 nak banned sesuatu produk tetapi memikirkan tentang risiko yang pengguna kena tanggung sekiranya berlaku jangkitan.
    Produk titis dalam mata ni perlu menjalani spesifikasi yang ketat kerana semua sedia maklum mata merupakan anugerah yang tidak ternilai. Bayangkan…kita cuma nak turunkan power spec tapi terkena pulak jangkitan sebab produk tak steril tak pasal pasal jadi lebih teruk.

    Tentang claim produk kosmetik ni pulak,…setiap produk yang dititis dalam mata, hidung atau mulut kena lah mendapat kelulusan KKM (MAL bukan NOT)..tetapi untuk mendapatkan MAL dengan KKM agak ketat syaratnya dan melibatkan kos yang tinggi. Sedangkan pelanggan plak, klu tak didaftar dengan KKM biasanya pengguna takkan beli…Untuk mempermudahkana urusan kebanyakan pengeluar menggunakan jalan pintas daftar dengan KKM dengan mendakwa produk mereka hanya disapu disekeliling mata bukan dititis dalam mata. TApi bila promosi besar besaran dibuat dengan claim yang melampau lampau dan dah memang terbukti produk tu dititis dalam mata..maka KKM menjalankan tugasnya….

    Jadi tak boleh nak salahkan KKM…nak salahkan pengeluar pun kesian jugak…tapi kita sebagai pengguna kena bijak menilai…kena ada ilmu dan jangan mudah terpengaruh dengan taktik marketing pengeluar…sebabnya kalau something happen kat mata kita, kita yang tanggung…..mungkin pengeluar boleh biayai kos perubatan (tupun klu dibawa ke court) tapi klu akibat jangkitan tu mata kita tak boleh diubat??siapa yang rugi…kita jugakkan? jadi bukan untuk mengeluar produk je kita kena ada ilmu…sebagai pengguna pun kena ada ilmu jugak…..sebab tu nabi pesan tuntutlah ilmu walau ke negeri china…

  8. anti penipuan

    la…kan dekat website permatahijrah ada tulis…diformulasi dari pengajian pattani dan kitab kitab tua…dalam iklan ikim pun ada sebut…takkan iklan kat ikim tu nak kata ejen jugak yang claim lebih lebih…..takkanlah ejen yang bayar iklan permata hijrah kat ikim?? tak perlu tegakkan benang yang basah..

  9. anti penipuan

    dalam artikel kat sinar haRian pun ada ditulis…diformulasikan oleh 2 org tabib melalui pengajian dengan ulama di kelntan dan pattani serta pengajian kitab kitab tua…
    statement dalam ruangan advertorial sinar harian pun ada….ke nak kata wartawan salah tulis…yang iklan kat ikim tu DJ silap baca ke?

  10. anti penipuan

    saudara ejat..menuduh orang yang berkata benar berbuat fitnah juga dosa besar..klu saudara nak tahu sangat kebanaran, Allah SWT ada…anda wudu’ dan buatlah istikharah dengan niat nak tahu mana yang betul agar tidak teraniaya orang yang tidak berdosa….jika keterangan hamba Allah membuatkan anda keliru, mintalah petunjuk daripada Allah.Sesungguhnya Allah itu maha benar

  11. anti penipuan

    Mungkin ada diantara pembaca blog ni dikalangan pengusaha- pengusaha toner mata berasaskan mutiara ni…Saya cuma nak mengajak anda semua berfikir…sekarang ni anda semua bergantung pada ‘serbuk mutiara’ yang dihasilkan oleh syarikat lain…’serbuk mutiara’ tu dikeluarkan oleh syarikat tersebut untuk dibancuh dengan air dan diminum tanpa mengetahui ramai yang menggunakan kapsul tersebut untuk dititis dalam mata…
    tidak terfikirkah anda jika satu hari syarikat tersebut upgrade kan formula dan mengandungi sesuatu yang tak sesuai dititis dalam mata? jadi sebagai pengusaha anda kena sentiasa aware dengan kandungan kapsul tu….klu ingtedientnya masih sama…bolehlah diteruskan…..tapi klu dah ditukar..anda kena berilmu untuk cari alternatif kepada serbuk tu…bayangkan kalau syarikat tu dah tak bekalkan kapsul tu lagi..tentu dah tak ada toner mata lagi kan?

  12. anti penipuan

    tapi ingredient kat botol sama..percentage pun sama…apa perbezaan ramuan yang menjadikannya tak sama? Apa kandungan yang dia letak untuk kurangkan silau?

  13. kliawota

    wanita moden nampaknya ejen dr.eyes yg memperlekehkan produk p.h, nak jual prod mana pun xsalah tp jgn bushuk ati dgn denki kejayaan oang lein. dah prod. dr eyes baguih juai laa bakpa duk pelekeh p.hijrah?? ruski memasing sapa usha lebih dia dpt. hang pa buleh promot kat tv radio astro d.l.l. kalu produk hang baguih oang beli punya tapi kalu produk hang tak dak kualiti jgn kata beli bagi free pun oang xmauu…
    lu p.k laa sediri bebb…..

  14. wanmus

    semua benda kita nak beli atau nak guna tu, pastikan apa kandungannya dan baca review orang lain dulu. Tak semua benda buruk pada orang, ianya tetap buruk pada kita dan tak semua yang baik pada orang tu, semestinya akan baik juga pada kita nanti..wallahualam

  15. wanita moden...

    kliawota cuba baca betul-betul statement saya,…ada ke saya memperlekehkan permata hijrah….ada saya kata produk permata hijrah tak bagus?? ada saya promote suruh anda semua beli dr eyes disini?? saya hanya menyedarkan orang awam supaya berbelanja secara bijak….cuba bagitau statement mana yang perlekeh permata hijrah?

    lagi satu….kenyataan anda ‘produk hang tak dak kualiti’…nampaknya dah serkap jarang….saya tak keluarkan produk pun….kenapa tuduh tuduh tak tentu pasal

  16. wanmus

    mungkin ada pernyataan saudari yang terkena pada permata hijrah ni, tapi kalau ianya berniat untuk sekadar cakap umum ianya ayat perdas jugak untuk penjual di luar sana..kalau mana2 penjual membacanya, hrap amik iktibar dan peringatanlah..

    **Masalah permata hijrah sebenarnya lebih kepada salah ejen mereka, promosi melampau2 dan tak ceritakan apa yang sebenarnya..mereka tak sebut pun ianya supplement mata..so, tu yang orang marah sangat..

  17. SHAH KL

    salam,semua,semoga Allah swt memberkati u’ll yg berani menegak kebenaran utk kepentingan umat Islam..selamat kembali ke forum ni..wah terkejut sy tgk komen2 u’ll.tank a lot kepada yg tersedar tentang kebenaran.kpd yg masih fanatik permata hijrah tlg kaji dan mengaji apa itu kebenaran.jngan cuba menegak benang yg basah tanpa siasat betul2.tlg.tlg.hari tu sy dh bgi no cntact dr salleh selaku pengasas formula ni.sbb sy dlupun sma u’ll xpercaya apa yg didakwa oleh my frenz dr kelantan tu.sy ingat sje dia condem permata hjrah.tp setelah diselidik dan sy sendiri call dr salleh,terkejut sy..betullah permata hijrah ni pencekik darah terutamanya org melayu selalu terkena.kebanyakkan cstumer diaorg bangsa melayu(mudah terkena).KENAPA DIAORANG DAKWA DIFORMULASIKAN OLEH 2 ORG TABIB MELALUI PENGAJIAN KITAB2 TUA.?utk dapat keredaan Allah atau utk tarik pelanggan.even penggunaan USTAZ utk buat bisnes pun ditegah oleh sstengah ulamak yg cermat dlm hukumhakam ni.sbb kena fikir jangka msa panjang.jikalau terjadi sesuatu,maka timbullah unggapan ustazpun xbleh percaya.tengok!cuba u’ll fikir maksud ustaz.mereka yg mengajar agama,contoh,role model.KENAPA KITA GUNAKAN UTK BUAT DUIT.siap dakwa tabib lagi.lekehnya tabib org melayu dibandingkn dengan Tabib bangsa lain.itulah kesannya org akan kata.Islam dan Melayu.sekarang u’ll tgk,2org tabibbb tu dah terdesak..dlm iklan sinar harian 3.4 harini dah promote alat urut mata plak.hai Tabibb mana kelebihan produk eye toner awk,alat urutan mata tu dibuat dari pengajian kitab2 tua juga ke?eye masage ni dh lma kt market,yg lg canggihpun ada.klu toner tu betul2 bagus,kenapa kena jual alat ni plak..sy dh naik pening tgk komitmen diaorg ni.eye masage tu entah dr mana diaorg dapat terus chop logo permata hijrah..untuk pengetahuan u’ll semua produk permata hijrah diciplak dr produk lain yg dh ada kt pasaran.cuma label dan harga je lain.tolong kaji..so apa kelebihan tabib 2 ekor tu..cuma menipu termasuk lah sorng doktor duit tu.namanya dr Yasmin.dah kena beli kt permata hijrah..diaorg sdri xyakin dgn toner mata ni..klu tak masakan tabibbb ustazzzz zul pakai kontek len.power xturun2..memang dengar apa yg sy kta u’ll cakap busuk hati atau dengki..but tlg kaji cri kebenaran..ini realiti…wasslam…

  18. lokman

    shah, nampak menarik info sdr ni bleh dptkan e-mel awak utk info yg lbih detail ttg kepalsuan yg terselindung? sy perlu yg jelas supaya ramai tak kan jadi tipah tertipu lg…..

  19. wanmus

    wahhh dah jadi forum rupanya..takpe, asalkan kita dapat berkongsi apa sebenarnya yang tersirat selama ni. Kalau betul, biarkan kita sama2 tahu kelebihannya..Kalau salah, biar kita elakkan lebih ramai tertipu

  20. SHAH KL

    salam sejahtera semua,eh2 ada yg minat ke?hai saudara lokman ni e-mail sy amirshah66@gmail.com.tpi klau bleh kta discus dlm forum ni je,bleh smua org thu.berbaloi sy mengadap pc ni.lgipun sy terlalu sibuk dgn kerja.slalu outstation jrang bleh surv internet..tp tak pe klu u ada apa2 yg berfaedah bleh kta sma2 berkongsi.Firman Allah yg bermaksud”Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,Kecuali mereka yg beriman,dan mengerjakan amalan soleh dan mereka berpesan2 perkara BENAR dan perkara2 yg SABAR.”hayatilah..sesunguhnya perkara yg benar itu amatlah pahit,haruslh mempunyai kesabaran dlm menyatakan kebenaran..wassalam..yg baik itu dtg dr Allah,yg buruk itu dtg dr kelemahan diri sy…

  21. azlina k

    Salam semua, pertama kali tengok kotak kecil tu terasa mahal… tapi bila dah pakai rasanya berbaloi terutama saya ada masalah rabun jauh & dekat dan silau. Mata nampak lebih terang & kurang silau.

    Samada ubat /supplyment yg penting penglihatan kita kembali terang dan selesa melihat. Bagi saya yg bermasalah di atas akan terasa nikmatnya bila dpt melihat sesuatu dengan jelas cthnya: Boleh masukn benang dlm jarum atau tidak rasa silau ketika memandu kan…itulah nikmatnya bagi sipemakai spek.

    Saya ingatkn power mata saya dah naik

    Saya rasa tak salah kita teruskn memakai kerana mata kita selalu terdedah dgn habuk. Selalu tgk komputer/tv. Cuma kalau nak jimat cukuplah sekali pakai sehari.

    Suami yg tiada masalah mata pun rasa lebih terang selepas memakainya.

    Menurut agen, ianya dpt mencairkan selaput mata. Sbb tu dapat mengurangkn risiko mata di laser. Bagi penghidap kencing manis mana-mana penyakit akan lambat baik begitu juga kalau dilaser. Waulahualam.

  22. Hamba Allah

    Assalamualaikum. Saya tertarik dengan komen Wanmus ini, “hmmm saya pun terdetik, ada Dr ni baru boleh percaya sikit”.
    Saya rasa bukan saja tauliah tabib2 tersebut yg perlu dipersoalkan, tetapi tauliah Dr. tersebut juga perlu disahkan.
    Dia tu doktor betul ke? Bolehkah kita percaya terus hanya kerana dia pandai bercakap dan mengatakan dia seorang doktor? Zaman sekarang orang boleh letak apa saja gelaran di depan nama mereka tanpa perlu menunjukkan bukti, dan jarang ada yang mempertikaikannya.
    Bilamana seorang tokoh agama boleh dituduh memalsukan sijilnya, kenapa bila melibatkan kesihatan dan nyawa manusia kita percaya bulat-bulat kepada orang yg mendakwa diri sebagai doktor tanpa mengesahkan kelayakannya?
    Dr Yasmeen tu pernah ada klinik ke? Atau seorang doktor falsafah? Kalau doktor falsafah, dalam bidang apa? Kimia? Farmasi? Mana sijilnya?
    Sepatutnya buat sepertimana tokoh agama tersebut, letakkan sijil mereka di laman web produk tersebut.

  23. Datin K

    setau datin dr. yasmin tu pakar holistik je bukan dr perubatan coz datin ada tngok dlm prog. wanita di tv1 dulu ada tulis pengamal holistik bwh nama dia. kalu nak tau lnjut bleh tnya kat HQ mereka di klantan munkin dpt penjelasan yg diperlukan. mmg zaman skrg mcm2 org dakwa tapi byk yg xbtul so kna slidik kasi puas ati. mcm datin gak la bukan bini datuk pn cuma dakwa saja utk glamor…….he3

  24. wanmus

    hoho..semua guna gelaran untuk glamor dan jual produk. orang kita ni main percaya je dan tak selidik betul2..aduss..susah jugak peniaga macam ni sekarang ni

  25. SHAH KL

    salam,semua….nape sunyi je ni…give more n more feed back…psl permata hjrah ni.ada berita gempak ckit..semalam biro kawalan farmasitikal telah serbu hq permata hijrah..mmber sy dr kelantan bgtahu.dan setelah disahkan oleh bberapa sumber,,maka betullah crita mmber sy tu,mmang beliau xpernah bohong psl info sebelum ni..nape degil sgt permata hjrah ni.dah 3 x dserbu,msih berdegil…last ni smua produk dirampas dan hq disita d p.kubor tumpat dan w.cek yeh kota baru kelantan..wahai taibbbb jgnlah u 2 org tu nk cabar pegawai biro tu wat keja..dia org thu la apa ksalahan awk..dah jual toner mata tu pandai2 la.jgn la lebih2 ckp tabib ler aper ler.sampai mengalahkan pakar mata..u all 2 org tu xthu apa2 tentang mata…pandai sebut je saraf mata retina,iris etc..tpi xthu plak apa fungsi..klu belajar setakat sekolah rendah msa dulu mana ada cikgu ajar psl ni…tabib ni memang penipu la…dah letih sy dgr…sampai org ramai percayai yg u all ni pakar mata..adus..kenapa ni? kesian kpd mreka yg dh terkena…tak rsa bersalah ke?ni kira kes tipu ni……k sekian jumpa lagi..

  26. mataku cerah

    sambil jalan cuti anak2 sekolah gua singgah kat p.hijrah di pkln kubor tadi… nampak macam biasa je xde pun sita menyita. munkin infomer lu xconfirm dlu kot . tipu menipu wa xtau yg wa tau mata gua rasa lega lpas guna produk yg dibeli tadi. harga pun kira o.k la utk produk yg hebat mcm tu. lu p.k la beb kalu tea tarik kt warung tpi lonkang singgit lbih je tapi kalu lu pegi kat 5* punya hotel rega nya lu bley dapat ikan cencaru skilo…. betui X? wa cau dlu nati bila free wa info lg ttg pngalaman gua guna produk ni… kenapa X pecaya??? dont play-play aaaaa

  27. wanmus

    yup, saya pun tak suka wat cerita tapi tak ada bukti..kalau ada serbuan, mesti dah masuk tv..saya buka ruangan ni bukan nak kondem tapi nak menegakkan apa yang betul dan membetulkan apa yang salah.

  28. aiman

    setelah baca komen shah ….konfirm SHAH ni hati busuk….
    sekarang ni dia komen pasal PH jual massage mata plak…ikut suka dia orang laa….apa yang lu sebok…apa jual masage tu tipu jugak ke….tak payah busuk hati…nanti seluruh dunia tahu perangai kita…
    yang kerajaan malaysia jual kereta buatan tempatan tu tipu jugak ke????pasal dah ramai company lain yang jual kereta…..malaysia cuma letak logo dan ubah design saja…hang pakai kereta apa….kalau hang pakai proton sah hang dah kena tipu kat kerajaan malaysia…heeehee….yang shah sibuk pasal kita iklan produk mata ke masaj mata ke apa yang u sibuk…bukan Shah pun yang bayar iklan tu….
    ramai lagi orang lain yang buat iklan kat paper tak dak manusia lain yang komplen….ni PH nak iklan masage mata Shah yang sibuk….hang ni ada sijil PHD ke????
    atau apa masalah hang…?? SHAH (Saya Hati Amat Hitam)….maaf kalau terguris….pasal hang dah Melampau sangat….

  29. wanmus

    adusss…ni serangan peribadi, saya sebenarnya tak suka benda macam ni..kalau boleh kita berbincang bab produk je di sini. kalau nak gaduh personally, kat sini bukan tempatnya..shah, saya harap awak nak kutuk boleh tapi biar ada bukti..sebab semua orang boleh kata macam2..

  30. SHAH KL

    salam…betul kata wanmus..tp sy bukan nk kondem,just bgi maklumat je..tp betul hq permata hijrah diserbu Biro kawalan farmaseutikal hari tu..banyak produk dirampas..this is a true story.untuk kepastiaan sila hubungi hq permata hijrah atau biro kawalan farmaseutikal..ini disebabkan kedegilan mereka..coz hampir semua pendaftaran toner mata prmata hijrah telah ditarik balik dan dia orang masih menjualnya..sehingga sekarang masih tiada kenyataan dari pihak biro selepas kenyataan penarikan pendaftaran hari tu dalam berita harian keluaran hari raya pertama aidiladha…untuk mataku cerah tlg up2date..jangan ketinggalan untuk dapatkan maklumat..kalau rasa dah ketinggalan bleh buka berita harian online..check yg dh lepas..tq

  31. wanmus

    oo ye ke..tapi kenapa tak ada dalam berita ek?

  32. mataku cerah

    betui wanmus lps baca info shah kl wa tus search semua news online tp xde plak berita sbuan2 n kat laman biro pn xde kuar gak so wa rasa konpius.. f.y.i wa dah cek sumer akhbar pd tarikh yg dinyatakan ada sebuan2 tp xde sepataharam pn brita nya…
    kalu ada sbuan pasT smuer brita utama kan kuar citer…
    kpd shah k.l bleh attach keratan brita serbuan kt cni? mnkin lu baca akhbar dari thailand ker s’pore ker or indon? coz akbar m’sia xder laa brita2??
    tang brita pd raya aji2 mmg wa tau tp yg terkini wa xtau kat paper mana lu amik..

  33. wanmus

    saya bukan nak kata apa, cuma bab benda ni kena ada bukti baru kita leh percaya..kalau setakat dari mulut orang, semua orang boleh cakap macam2

  34. Yus

    Salam…

    waaah..mmg hangat masing membicarakan ttg PH ni.
    Sebagai seorang Optometrist yg mmg duduk dalam Klinik Mata, saya tidak membangkang sekiranya ada sesuatu supplement dikeluarkan utk KESIHATAN mata. Tapi psal PH ni saya ada kemusykilan sedikit.

    1. Siapa mereka 2 tabib nih??
    Adakah mereka betul2 mendalami ilmu mengenai mata?
    Adakah mereka mempunyai apa2 kelulusan dan sijil ttg mata?
    Di mana mereka belajar?

    2. Siapa Dr Yasmeen itu? Saya tek pernah kenal dia dalam bidang oftalmologi pun.
    Rupanya, dia bukan seorang MEDICAL DOCTOR. Hanya PHD. Tiada kaitan dengan bidang mata.
    Kenapa tidak PH ni mengambil salah seorang PAKAR MATA DI MALAYSIA utk menjadi consultant mereka?
    Takut ke??

    Kalau pihak PH sangat betul dan berani, silalah ajak salah seorang dari PAKAR-PAKAR MATA yang terdapat dalam negara kita. Sila pastikan PAKAR MATA itu bukan mata duitan (mereka dah banyak duit pun).SILA!! Saya mmg sedang mencabar pihak PH. Jangan satu pakar, ambil la 2-3 pakar!!!

    Kepada pengguna yg katanya berjaya mendapat vision yg baik selepas menggunakan PH, TAHNIAH, mungkin tahap refraksi mata anda tidak terlalu tinggi dan anda tidak mempunyai masalah penyakit mata.

    Apap2 pun, senang cerita. Berbalik pada diri sendiri. Anda yang menggunakannya, itu adalah mata anda. Saya tidak berhak utk campur tangan.

    Wallahualam

  35. wanmus

    wah..ni optometris pun dah argue PH, apatah lagi kami pengguna. saya memang dah lama was-was tu yang buka post ni untuk kita sama2 berkongsi dan elakkan lebih ramai tertipu. tapi sampai kini, tiada orang yang mampu menegakkan yang PH sebenarnya menipu..yerlah mungkin diorang letak air kosong je dalam botol tu..

  36. shahraduan

    Adik aku pegawai parmasi..dia cakap tak boleh guna sebab boleh memudaratkan mata sebab tak ikut peraturan…

    aku dah guna 1 botol..tak der rasa apa2 pun..baik guna eyemo saja..hahahha

  37. wanmus

    huhu..kalau ada ujikaji makmal, lagi best..leh saman terus PH ni…

  38. deadlock

    ehhh… eehh… btul ke toner PH ni bahaya…? jgn wt citer laa… aku, kwn2 dan sdare yg guna xda BAD EFFECT pon… mata makin baik ada la… aku berterima kasih kpd PH sbb dh bnyk aku dgr dpt tlg permasalahan mata. x kesah la apa orang ke, kementerian ke yang nk ckp, klau benda baik watpe nk komplen…? baik g serbu sarang maksiat lg baik dari serbu pihak yg dh bnyk tolong orang… DUNIA DAH TERBALIK KE…? errmmm….. dah tiba masanya kot dunia akhir zaman….

  39. wanmus

    bro..kitorang sebenarnya nak bukti hitam putih atau report yang membuktikan PH ni betul2 menjadi diperingkat sains..sebab kalau letak eye mo pun mata leh segar. kalau ada betul report yang menunjukkan PH ni mujarab dari kajian sains, baru kami percaya..

    tengok di web, mana ada report dari sains lab..cuma ada:

    “Produk Permata Hijrah dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.”

    “Produk Permata Hijrah diformulasikan oleh 2 orang tabib yang dihasilkan melalui pengajian dengan ulama-ulama terkenal dari Kelantan & Patani menerusi penemuan khazanah dalam kitab-kitab tua. ”

    Sekarang dunia sains..buktikan dari segi sains bahawa ianya mujarab..testimoni tak cukup sebab ianya boleh jadi berbayar

  40. deadlock

    hahahaha… pe la korang ni… lantak la nk pcaya ke tak… bg aku sume tu tak pntg… asal mata aku dh baik skit ok ar.. nk bukti sains eehh…? dalam web tu ada dia wat live demo neutralkan iodin bukan kategori sains ke? xpe bro, klu aku promote PH pon kt korang bukan aku dapat komisen… APA YANG PENTING…? MATAAAA… KITAAA …..

  41. hurm

    x baik lah main tuduh2 nie… mane tau berbayar ke tak testimoni tu?

  42. hurm

    aku pernah buat uji kaji toner ph banding dengan eye more… aku tgk kesan iodin guna toner PH yang 29 tu…. 2,3 titik dah dapat jernihkan iodin… guna eye more x dpt jernih pum….

  43. hurm

    kawan shah kl x ambik gambar? ruginye… ke ni khabar angin je… knp skrg ramai yang nak sabotaj PH eaa…

  44. wanmus

    setakat gitu je takde efek bro..kalau ada bukti dari optometris baru betul..

  45. wanmus

    tak kira bayar ke tak, yang penting tak ada bukti dari doktor mata yang bertauliah..

  46. wanmus

    apa kaitan neutralkan iodin dengan efek kepada mata? maaf kalau saya skeptikal bab ni, tapi bab kesihatan ni saya memang nakkan bukti dulu

  47. bulu mata

    sebenarnya pencipta rumusan istimewa ubat mata ni memang ada asasnya..dan semua pakai ok tu boleh panggil ubat aper….sopliment tu nak menyedapkan doktor2 kita yang bijak pandai je (pandai tahap gaban) manusia lain mana boleh buat ubat…hanya doktor yang bijak pandai ni jer berhak buat ubat…orang pondok tak cerdik mana boleh buat ubat…SPM pun tak pas…di china mutiara herba ni dah digunakan secara meluas…org kita ni pandai modified…jadila ubat berasakan mutiara ni…wan mus line lain kut…buat artikel da bagus 101 tabiat punca kehilangan pelanggan…ayat pandai tapi tak amal….cubala bercakap berdasarkan ilmu yang dikaji

  48. wanmus

    masalahnya kita hidup di zaman sains dan teknologi..so apa2 pun, buktikanlah ngan kajian sains bab mata ni..saya tak menolak bisnes malah saya akan menyokong kalau benda ni mempunyai fakta kukuh..

  49. Pengkomen

    Pelik la. Mula-mula dalam artikel, semangat bagitau ni bukan ubat, cuma suplemen. Tapi tiba-tiba nak ujian secara klinikal. Ada kekeliruan la saya rasa bro Wanmus ni. Cuba check balik tentang pemeriksaan klinikal bagi ubat, dari faktor farmako kinetik semua-semuanya tu. Ujian secara klinikal hanyalah untuk UBAT.

    Saudara boleh check dekat mana-mana farmasi, tak kisah la syarikat gedabak besar internasional pun, ujian klinikal diorang buat pun untuk ubat je. Kalau untuk suplemen, cukuplah kita tahu kandungan dia. Contoh untuk mata, apa kandungan mineral or vitamin yang baik untuk mata.

    Semuanya bergantung pada Allah.

    Kalau nak buat pemeriksaan, amik la tikus or kucing, pastu bagi dia suplemen mata tu. Titiskan. Pastu suruh dia baca sebutkan huruf. Kalau boleh tu, mujarab la ubat tu.

    =)

  50. wanmus

    bro..sebab benda ni makin keliru tau..kita tau benda tu bukan ubat tapi supplement tapi bila orang kata benda tu boleh merubat penyakit, perlu jugak check isi kandungan dan kemujaraban..yerlah, kita nak tau je betul ke benda kat dalam tu..seperti saya kata, jika benda ni betul, gerenti saya wat promosi giler2 percuma je..tapi smapai sekarang belum ada bukti keberkesanan dari segi klinikal..so harap faham