Toner Mata Permata Hijrah Bukan Ubat Tapi Supplement Sahaja

Penulis: wanmus Kategori: Internet | Supplement | Toner mata Tarikh: 30 October 2009 | 437 komen

toner-mata-permata-hijrah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. hmmm..pagi ni nak kongsi sikit sesuatu yang sedang menggemparkan tanah air kita lebih-lebih lagi kepada si pemakai cermin mata di seluruh Malaysia. Apa tu? Toner Mata Permata Hijrah keluaran Permata Hijrah Enterprise ini kononnya dikatakan dapat mengubat mata sampai tak perlu pakai spek@ cermin mata lagi. Betul ke?

Bukan nak merosakkan bisnes orang, cuma nak perbetulkan tanggapan orang. Pagi tadi kalau anda semua lihat MHI atau Malaysia Hari Ini di TV3 dalam pukul 8.15-8.30 bersama 2 ustaz pengasas permata hijrah ni dan seorang doktor, Dr Yasmeen namanya. hmmm saya pun terdetik, ada Dr ni baru boleh percaya sikit.

So saya tengoklah perbincangan toner mata ainun ni sebab tak ramai yang mencubanya berjaya. NAHHH..akhirnya terkeluar di mulut Dr tu iaitu yang toner mata ni hanyalah SUPPLEMENT dan BUKANNYA UBAT untuk menyembuhkan penyakit. akhirnya terjawab jugak teka teki selama ini kenapa ramai yang beli produk ni tapi masih pakai cermin mata.

Bukan apa, kan senang kalau cakap ini hanyalah supplement dan bukannya ubat. Kalau korang biasa gi pasar malam atau kedai2 ubat yang jual toner ni, kebanyakkan mereka cakap benda ni ubat mata..siap ada banner atau bunting tu. Rupanya itu hanyalah tagline atau ayat-ayat promosi ejen jualan yang tak tahu konsep sebenar toner mata ni.

Janganlah korang nak percaya yang pakai toner ni mata boleh jadi terang benderang dan tak perlu pakai cermin mata atau contact lense lagi. Ianya supplement yang membantu menguatkan ketahanan mata, membantu meningkatkan fungsi mata dan saraf berkaitan, mengurangkan kadar berlakunya penyakit mata dan sebagainya. Tapi kalau dah ada penyakit mata tapi nak terus baik tu anda silap ubat, pergilah buat perubatan laser yang berharga beribu ringgit, tu pun belum tentu 100% berjaya tau.

billberry_blueberries

Satu lagi, bahan utama buat toner mata ni ialah buah billberry iaitu buah yang cukup banyak khasiat untuk mata katanya. Billberry ni juga dikenali sebagai blaeberry, whortleberry @ hurts, whinberry, winberry @ wimberry, myrtle blueberry dan fraughan. Ianya adik beradik blueberry jugak tapi ayah lain kot..hehe..

Selain buah ni, air zam-zam juga dimasukkan tapi hanyalah dengan kuantiti yang sedikit beserta air alkali seperti air hujan kata Dr yasmeen. Cuma yang berbezanya dengan air untuk mata yang lain, ianya disertakan doa dan bacaan yang dikatakan dapat membantu merawat mata. Wallahulam, saya pun tak tahu cuma ini yang dikatakan oleh 3 penceramah tersebut.

Jika anda nak jumpa terus dengan pengasas atau nak bertanya dengan lebih lanjut mengenai toner mata permata hijarah ni tanpa melalui ejen-ejen penipu tu, bolehlah terus ke roadshow yang diadakan sekarang ni iaitu:

  1. Alamanda Putrajaya dari 29/10/09 – 1/11/09
  2. Plaza Angsana, Johor dari 4/11/09 – 9/11/09

Anda boleh dapatkan info tentang permata hijrah di laman web mereka iaitu permatahijrah.com

**UPDATE Mei 2010

Mengenai produk rawatan mata keluaran Syarikat Permata Hijrah, beliau berkata, produk itu telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik yang hanya untuk digunakan di bahagian muka sekitar luar mata untuk tujuan estetika dan bukan bermaksud untuk menyembuhkan penyakit mata. – Bernama

-petikan dari Utusan Malaysia

Lagi kebenaran di: Fakta Sebenar Mengenai Produk Permata Hijrah- Utusan Online



  1. den

    Mana ada kitab… ha ha ha

  2. che kushahrul

    sy sokong kenyataan saudara shah,kerana dia dua ekor tabib ni memang kaki auta…kalau x percaya boleh tanya
    org2 kampung dia sendiri kg geting,adakah wujud pondok yg di wawarkannya itu alamat syarikat permata hijrah? yg jelas nya sekor tabib ali ni bkn org melayu..dia siam tulen masuk islam,tabib sekor lagi zulkifli pak turut…
    ada ke dalam kitab2 tua yg diwawarkan nya itu wujud?
    sekiranya ada dlm kitab mana? cuba buktikan.kalau betul ada dah ramai ulamak2 ustaz2 atau pengamal perubatan dah buat benda2 ni..syarikat permata dikatakan berumur 12thn,sedangkan baru bertapak dan di sokong oleh kilang mh ummi atau dikenali yamni industrie org kuatnya adalah cikgu loh.inilah nama2 penipu,peniru,pengkianat yg menyebabkan ramai pengusaha melayu di tipu dan ditiru formula2 mereka,to be continue.

  3. che kushahrul

    meniaga tidak salah dari rukun islam…
    tapi meniaga secara tipu menipu tu yg salah..
    sy sokong produk2 islam tpi tdk sokong peniaga2 islam yg mengamalkan sikap tipu khianat dll lagi,mencari jln mudah kaya dgn menipu umat islam itu sendiri..
    kpda agent2 peniaga2 amalkan lah sikap jujur dan amanah dlm urusan peniagaan,dan hasil perniagan yg kita sama2 jalankan menjadi berkat dan tiada shubahat
    Wallahualam…

  4. kompiuse

    kpd che khusharul yg bgi komen kat ats harap berhati2 wat statement. betul ke tabib ali tu orang siam masuk islam? xkan dia org nak tipu ttg alamat pondok hj ahmad tu? che ku dah pegi kt pondok2? tah laa byk sgt komen2 yg caca merba kat sini jadi konpius dibuatnyer… kalu ada bukti yg nyata spt dakwaan che khu ttg penipuan mrk tolong terangkan supaya pengguna xterpedaya lg n kalu sebaliknya tanggung sendiri laa

  5. erwan milhizan

    cik azz n wanmus..sy nak tanya…apakah proper way untuk buat spek?
    kene peg jumpa doktor mata dulu ke??…tok prescription??
    sbb sebelum ni sy direct pegi kedai spek..

    mcm mane carenya?…sy risau sbb skarang power mata asik bertambah…xkan nak stop guna pc plak..pc penting tu utk wat keje??

  6. erwan milhizan

    bole kasi alamat dan tempat nya di mana?..’
    sila sertakan website…

  7. erwan milhizan

    yang sedarsa marah2 ni kenapa?…salah 1 agent ph jugak ke?…sorry to say laa..ph ni memang x bagus…totally .

    dulu sebelum beli memangla percaya..dah pakai,dah tau ,xpecaya laaa…ytu pon xkan sedara nak tya lagi..

  8. anak2 Geting group

    salam..betul tu..sya satu kampung dgn mat ali…dia bukannya ustaz atau tabib..pendidikan sek ren keb geting sampai darjah 6..lps tu sambung blajar pondok tunjung tak sempat habis..lps tu berniaga..jual mcm2 produk sambil pungut derma..menurut crita kwn sy last dia jual ainun terapi lps buat sendiri dgn nama permata hijrah..dia ni bukanya baik sgt la kt kampung..mcm org biasa..cuma sya pun xthu mcmna diaorg bleh jdi jutawan sekarang ni…sbb ramai org yg bli produk permata hijrah..modalnya xseberapa tp untung berlipat kali ganda so…kaya la diaorg..skarang dah jd jutawan ckp tahi kambing bleh jd ubatpun org caya…so terpulanglah pada customer…nak beli,beli lah klu rsa bnyak duit..tntang adress pondok hj ahmad tu just nk tarik customer je..kan sesuai dgn nama ustaz dan produk islam..pondok hj ahmad kt kg geting tumpat kelantan dah xwujud lgi dah…hnya ada rumah kediaman mcm kampung lain kt m’sia ni..klu nk lbih kepercayaan jom pakat pergi kt kg geting tumpat..pergi melawat poindok hj ahmad..ada tak pondok kt citu,klu budak2 main pondok2 ada la kt c2…this is the true story..segala pembohongan saya tanggung dunia dan akhirat amin..

  9. budak k.l

    oo kira jiran sekampong laa nii? mmg la ramai yg duk cakap dia org ni dh kaya n raya sakan staf mrk pn pakai keta mewah itu yg sy tgok msa g wt rwatan kt sana thn lps. kwn sy dri k.l hmpir 2jam sesat cari pondok hj ahmad msa g wt rwtan dlu coz tnya org skitar p.kbr mrk xtau pondok hj ahmad katne so pening la kwn sy cari pondok ustz 2 org tu smpai ke dlm kg siam yg kt tepi jln masuk2 ada wat budha xsilap . pusing2 dlm tu tnya org kg sume xtau pondok tsbut last2 tanya polis yg wat roadblok dia org ckp kalu p.hijrah2 bkn kt pondok tp sebelah balai polis p.kbr je…laaa awat xckp awai2 berasap kepala kwn sy nk marah coz dia dh pusing 2jam cari pondok last2 g kedai kt balai polis2 dh tutup coz dh kul 9mlm masa tu kesian dia… itu la pngalaman kwn sy g p.hijrah, esoknya dia p kt kedai2 nak jumpa la ustz 2org tu tp malangnya staf dia ckp ustz jarang masuk ofis kalu tnggu pun xjamin bleh jmpa. so kwn sy tnya habis nk wt rwatan mata dgn sapa? staf tu ckp kami la yg wat rwatan, bila masuk dlm bilik rwtn ingatkan cam doktor ke apa ker rupanya duk ats kusi biasa n staf tu pn titis ubat spray n pakai masaj mata dlm 10minit dh siap kluar g kaunter bayar ubat rm250 dh siap. mak aiii dari jauh aku dtg kat sini dah la xjumpa ustz tu last2 kopak duit aku rm250… bengang aku kata kwn sy ceritakan kisah dia dlu…

  10. erwan milhizan

    kesian gk dgr cerita sdr…
    ape2 pn sebelum tembak ape2 dalam mata kite yg berharga nie….elok kite dapatkan nasihat yg lebih pakar….

  11. anak2 Geting group

    salam..ye la satu kampung dgn mat ali..tp yg sorg lg nma zul bukan satu kampung..sy pun xpasti mamat ni asal mana..mmang la dia org dah jutawan,mana tidaknya,buka pusat rawatan utk mrk yg mmpunyai masalah penglihatan..so org yg betul ada msalah penglihatan dtg la kt pusat rawatan diaorg nih..ada yg dtg dr johor bharu smata-mata nk jumpa tabib..last kena spray dgn toner mata diaorg lps tu pakai eye masage lps trus staff p.h yg berlagak mcm pakar mata bgi toner yg sesuai dgn msalah mata pesakit.lps tu pergi kaunter bayar la..beratus2 even yg kena beribu ada..melayang le RM terkena,nk buat mcmna..kadang-kadang org tua kt kmpung xthu aper dgr je rawatan percuma trus pegi..tu la cra diaorg pau duit..sampai beratus-ratus jual toner mata ke jual emas..memang ramai yg tak puas hati dgn p.h ni..oh ya psl komen mat ali ni org siam masuk islam..tu salah,sebenarnya keturunan dia memang la mualaf,tp dia dah dilahirkan sebagai muslim..sekian wasalam..

  12. shah kl

    stupid ler kau ni deadlock,,klu u nk thu p.h yg tiru ainun theraphy..tner mata yg berasakan mutiara kt market ni paling awal adalah ainun theraphy..klu xcaya kaji la..utk pengetahuan awk,smua tiner mata yg bl;eh neural kan asid adalah formula sama,coz bahannya diimport terus dicampur dgn air su.ling..xnya susah nk buat tu klu u thu bahanya..even pengasas p.h pun xbleh nk huraikan 1 persatu psl formula tu.dia hnya thu bahan2nya trus ciplak dan promosi gila2..so terserlah le podak dia…

  13. nazim

    assalamualaikum..hmm berkenaan tonner mata permata hijrah..saya pn antara yg gunaknnya juga..alhamdulillah laa..power rabun saya turun..tp ambil masa juga..hmm..saya pakai akhir 2008..masa tu power dlm 500 lebih tak silap..skang..power saya..dalam 350 keatas(sori,lupa lak..time tuka spek haritu)..sambil2 guna tu..saya doa2 laa juga..moga2 rabun saya ni kurang..sebab pokok pangkalnye..yg kasi sembuh tu Allah..tak semestinya kalau yg di gunakn tu ubat..boleh sembuh..dan supplement tak sembuh..
    apa2 pn..bg yg nak mencuba..selamat mencuba..kita sekadar berusaha..okess…doa,usaha dan tawakal…salam:-)

  14. budak k.l

    dh jiran skmpg ni xkan sdr xtau apa bahan yg digunakan utk podak mata ni sampei g2 mahal skali harganya. sdr xtnya ke tabib2 knp juai mahal sgt coz bkn smua org mampu bli tp dh di iklankan dgn hebat tntu sume teruja nk guna utk cerahkan mata walhal xlaa spt yg di iklan kan mnkin lbih sesuai dipanggil penyegar mata sahaja.. mcm sayur kat pasaraya laa bila nmpk layu dia org kan spray kasi sgar skit cam2 lu toner ni just tuk sgarkan mata yg meLAYU…….hu3

  15. MotherNature

    Salam Semua…

    Secara majoritinya, customer PH adalah meLAYU. Kenapa jadi begini? Tidak pernah kaji, membaca percaya 100% kepada benda yang tidak pasti. Kalau tak tau bertanya kpd yang betul2 pakar, jd tak sesat jln. Kan setiap manusia dikurniakan akal waras lagi bijak. Jadi kenapa memperjudikan nasib kpd benda yg tidak pasti. Yang pokoknya ia mestilah membawa lebih kebaikan drp keburukan. Contohnya klau telan panadol sebab demam, sebenarnya bukan panadol yang memulihkan demam tersebut tetapi sistem imun badan kita yang melawan demam tersebut & semestinya dengan izin Allah…Wlpn kita tau panadol adalah sejenis drug yg bleh membawa keburukan tapi pada masa yg sama ia dpt menahan pesakit itu drp terus merana… ini lah yg dikatakan lebih baik drp buruk…

    Klau dtakdirkn Allah.. air paip pun bleh mengubat segala penyakit. Jadi kpd pengeluar produk jgnlah terlalu ghairah & taksub memberi jaminan produk anda boleh menyembuh, memulih & etc..

    Pangkal pokoknya, kita haruslah berfikir secara logik & waras. Jgn la keluar je kat TVx, produk drp Ustaz seperti didakwa & tempel seorg Dr (kononnya Dr mata) terus percaya mentah2. Wahai org meLAYU sedarlah & bangkitlah … bangsa lain sudah maju kehdpan … jgn mudah diperkotak-katikkn oleh bangsa lain… tapi dlm hal ini bangsa sendiri kotak-katikkn bangsa sendiri.

    Wallahualam…

  16. bleach

    hahahahha..ko ni..mesti ko jual produk lain dan produk ko xlaku…lps tu nk marah2kan permata hijrah..hahahah..
    aku tahu sgt org mcm ko ni..

  17. bleach

    hahahhaha….aku hanya pegang 1 je..org yg nk jatuhkan PH tu sebenrnya pengedar produk ,tp produk xlaku cz PH..hahah…sbb tu dyorang nk jatuhkan PH..ahhah

  18. bleach

    aku rase shah ni sebenarnya dengki kat PH,aku jgk rase dye ni ade jual produk kecantikan mata,tp produk yg shah jual xlaku disebabkan PH…

  19. bleach

    hahahahah…shah,ko leh bg bukti yg PH kene serbu dan semua produknya kene rampas???

  20. bleach

    btol..shah tu penjual produk kesihatan mata jgk agaknya..dye dengki cz permata hijrah lebih maju dr produk yg shah jual..kalu x,buat pe dye melenting,,,

  21. bleach

    link yg ko bg xblh bukak..tu tanda ko menipu…

  22. bleach

    try la wat sendiri,mybe lps mkn hasil ciptaan kita sndiri,esk kita dh KO..

  23. bleach

    dengki????

  24. bleach

    hahhahaha….mesti ko ni penjual produk ainun terapi..lps tu nk buruk burukkan PH…

  25. bleach

    shah,aku rasa ko ni penjual produk ainun terapi ni..lps produk ko xlaku..ko nk burukkan PH plak…

  26. lala

    im using the product and alhamdulillah it works men! x kisah la supplement ke apa but it works,mcm sudah terbukti izzit??bila i beli this thing,x pernah la drg janji mcm2..just drg ckp insyallah akan berkesan..adakah itu bermakna mereka betul2 yakin?i dont think so…i dont think issue ni patut dibesar2kan n its ok kalau ini sekadar perbincangan but please dont influence other ppl dgn pendapat2 yg akan merugikan the company.bagi la drg judge mengikut akal drg..thanx

  27. shah kl

    salam wahai lala..skarng bukan mslah menjadi or not..but org ramai xpuashati dgn cara p.h mencekik darah..benda modal dekat rm10 tp jual beratus,ni kira menaniyai org khususnya melayu..sampai dah jdi jutawan owner syarikat ni..berniaga ape klu bru stahun lbih dah dpt keuntungan juta2..sedangkan toner mata lain sama je formula dgn p.h tp jual berpulu x ganda dr p.h..so what?tentang gred yg berlainan dan set siang malam produk p.h ni sebernarnya sama…klu u nk confiden tlg selidik..lgipun pengasas p.h bukan pakar mata..belajar stakat darjah6..ni betul2 xmain2..dah dpt curi formula dan tahu bahan2nya terus bancuh dgn air suling pastu jual berlipat x ganda untungnya…bahan ektrak mutiara tu sama je..satu jenis serbuk mutiara,.just campur dgn air suling je..bukan je susah..klu u thu serbuk,u pun bleh buat produk ni..tp nk jual xla sampai menanyai org..lgipun sy bukanya ada keuntungan apa2..just nk bgi info kt org2 melayu ni..skarang x senang nk dpt kan duit..so fikirlah..kta ada pilihana..yg murah2 ada kt pasaran,nape bazirkan duit…sedangkan kta bleh dptkn harga rendah tp benda sama gerenti…!sy bukanya pengusaha toner mata ni..cuma ada kenalan sy yg jual toner mata ni lebih lama dr p.h..cuma diaorg tak la iklan lebih dlm paper atau tv..coz jual murah..mana la dpt untung berlipat x ganda 4 pay the advertising..kenapa custumer kena tanggung smua kos p.h iklan..?nk cepat kaya ler..even company mcm eye mo bleh iklan,,tpi jual poduk murah2 je..ni bru betul,iklan utk jangka masa panjang..ni tidak,nk cepat kaya sampai sanggup tipu cstomer khususnya melayu..so fikir lah sendiri…

  28. bleach

    hahahahaa…kalu stakat harga mcm eye mo..PH pown wat kuar jgk produk mcm eye mo,12 ringgit je..xmahal pown..yg produk smburan tu mahal cz kandungan dye berlainan…lgpown kita xtau ape yg PH taruk dlm tu smpai jd mahal..mybe bahan tu diambil dr luar negara…air suling yg dye pakai tu mesti bkn air suling biasa…mybe air semula jadi dr negara org…ko ni kalu nk menuduh,siasat la dlu..ko ni dh terpengaruh dgn kawan ko la ni…wahai shah..jgn over sgt..org nk untung ke x..tu rezeki dr allah..lgpown aku duk kelantan..aku tau la cmne etika dyorang bekerja..memang bgs cara dye uruskan syarikatnya..tipu xtipu tu wallahualam la..yg penting..PH ni xpenah lg kene saman…

  29. matamata

    artikel ni panjang so wa bg link je buleh baca n amik panduan. apa yg dinyatakan mmg tepat n kebanyakan produk ubat kosmetik akan terkena sedikit sebanyak dgn apa yg ditulis kat link nih…

    http://ondscene.blogspot.com/2010/01/mari-belajar-teknik-dan-taktik-menipu.html

  30. bleach

    bill gate dlu pown belajar xabis jgk..tp blh plak jd kaya raya..ni rezeki org….

  31. bleach

    kalu nk fikirkan…
    vcd original pown mahal jgk..tp ade jgk org beli…tp xpe la yg penting kualiti tinggi..same la mcm PH pown….

  32. bleach

    ko ni ckp sal agama memang bgs..tp mengutuk siap pggl tabib tu eko lg..ko ingat xberdosa ke pggl cmtu??
    kalau tabib tu xmaafkan ko cmne???
    kalu btol ko kuat agama..ko xkan pggl dyorang cmtu…kalu dyorang untung ke rugi..biarla..tu rezeki dyorang…yg ko nk sibuk apsal??lgpown ramai yg ckp ubat tu menjadi…
    wanmus..suplement atau ubat xmenjadi masalah..tu semua allah tentukan..air zam2 kan memang blh di jadikan sebagai ubat…air zam2 ni dikatakan penyembuh segala penyakit..
    kan dlm PH tu terkandung air zam2..jd suplement ke mcm tu??ungkapan dr yasmeen tu bersaskan panduan sains…tp hakikatnya,tuhan saja yg tahu..mcm hantu dan jin..adakah saintis mempercayai wujudnya jin dan hantu??kalau seseorg dirasuk jin..dan org itu dibawa ke hospital…sudah tentu doktor akan bgtau si pesakit ini kena sawan atau gila..tp hakikatnya,si pesakit terkena rasukan…ini sama la mcm kes ubat atau suplement..

  33. bleach

    http://suhaimy.org/kesihatan/kelebihan-air-zam-zam/

    wanmus..ko baca ni dan ko renung2kan lah…sama pH yg menggunakan air zam-zam ni dikatakan suplement atau ubat…blog ini sebenranya lebih kepada menjahanamkan perniagaan…dan terus terang saya katakan kpd wanmus..blog yg awk ni ialah batu api kerana menyebabkan pertelingkahan…dosa org yg menjadi batu api ni memang besar…renungkanlah….

  34. wanmus

    Perghh..batu api neraka tu. awak tu tuhan ke nak tetap neraka kat orang? cuba baca betul2, saya just sediakan platform untuk berbincang dan masing2 ada hak nak bersuara dan pandangan..ada positif dan ada negatif lah wei.jangan nak ikut sedap mulut je. saya tak kutuk bisnes orang tapi saya perbetulkan fahaman orang. salah??? rasanya blog ni lagi baik dari blog politik atau blog artis..

  35. wanmus

    dalam banyak2 testimoni yang menjadi, ada juga yang tak menjadi kan?? so terima lah..jangan nak main sound je yang awk semua betul..

  36. ejen ph kl

    Salam…. permata hijrah permain ejen2nya pula…. permata hijrah mmg x patut buat mcm nie kepada ejen2… terbaru, mggu lepas aku dpt pggln dr ph pasal “berhenti buat promosi, ph kehabisn stok produk & bla… bla… bla…”…selain tu, ph stop pengaliran produk kpd semua ejen2 seluruh malaysia… kesian kami… kalau mcm sy nie xpe lah part time bisnes permata hijrah…. kalu org lain yg sggup b’henti kerja kerana permata hijrah, mana diorg nak cari duit??? kene prgi mnta semula kerja ke??? … cuba tgk dlm web site permatahijrah.com, kalau dulu ramai stokis2 setiap negeri dalam website…. skrg dh takde… nampak mcm ust ali n ust zul mcm nak bolot semua plaggan2 dari ejen2 lame die ibarat kacang lupakan kulit…

    moga2 ust ali dan ust zul d beri petunjuk dan ditergolong dkalangan org2 yg berimam….

  37. ejen johor

    jgn salah paham ejen ph sebenaqnya ali n zul bkn nak bolot semua planggan u all tapi dia nak kontrol se malaysia xperlu dh ejen2 ni wat kacau daun je baik g wt pomosi sndiri lbih umphh.. untong pon banyak giler…. semua ejen jgn la kecik ati coz roda hidup dh berputar 360 x caya tengok la 360 kat tv3 kan ada 999 aduan rakyat alkuliyyah buletin utama mhi puaka niaang rapik siong penunggu gunung raya bla…bla..bla…
    apa pun kepada ejen2 ph semua kita se nasib do re mi……
    ini bukan cobaan ali zul ini betul betul……

  38. ejen ph kl

    ade produk mata baru b-trang… tp bila kaji selidik ttg latar belakang b-trang… nmpknye…seperti ph cuba mengelirukn pengguna… mustahil b-trang br nak naik… dh dpt iklan dalam paper tiap2 hari… mgkn ada support modal dr org lain atau dr ph sendiri… mcm ainuntaharah, ph cuba kelirukn pgguna… heboh pasal produk truan… rupa2… tgk2 ainuntaharah nie produk ph sendiri… berjaga2 dgn b-trang…

  39. SHAH KL

    salam…kih2 wahai semua ejen2 p.h…kau xfolow dr dlu lg..kan sy dah ckp dia org ni jahat…betul…ali dan zul ni sbenarnya kacang lupakan kulit..dah ramai kena…cuma tunggu gilran je…

  40. ejen ph kl

    pasal b-trang… jom kita ramai2 siasat… sy pun dah jd konfius nie….

  41. SHAH KL

    org bodoh selalunya tertipu..org cerdik selalu……..

  42. pengedar/ejen permata hijrah

    saya nak mengadu sikit disini.Saya ni merupakan pengedar permata Hijrah.Saya telah melabur lebih 100 ribu untuk produk ni sebelum ini.Tapi yg mendukacitakan Pihak permata Hijrah dah tak bagi barang bila saya ingin beli pada harga borong.Mungkin dia nak jual sendiri.Tanpa sebarang notis nama2 pengedar juga dipadam di laman web permata hijrah.bagi saya tindakan ini tidak mencerminkan gelaran ustaz mereka.Mereka tidak sepatutnya berbuat sesuka hati mereka kerana saya kami (para2 pengedar/ejen) telah banyak mengeluarkan duit utk membeli produk syarikat mereka sebelum ni.Harap penulis hangatkan cerita ni.Buatlah tajuk topik ni “LEBIH 200 PENGEDAR HILANG PUNCA PENDAPATANAKIBAT PERBUATAN ORG YG TAMAK”
    Lagi satu penulis tolong kaji.Betulke 2 orang tu ustaz?Mcm tak percaya saya..

  43. pengedar/ejen permata hijrah

    dorang sebenarnya TAMAK.Itulah biznes orang melayu.Bila dah maju lupa asal usul.Mana boleh suka hati padam nama pengedar.Tak bagi pengedar barang.Ada pengedar dah melabur banyak buka kedai dia tak fikir ke?Minta Tolong siapa2 yg tahu pasal undang2.Boleh tak saman 2 org ni?Klu boleh tolong ejen/pengedar2 yg teraniaya.
    Kepada 2 org tu.ingatlah semua yg anda miliki adalah hak Allah.Bila2 masa Dia boleh tarik.Tunggulah hukuman dariNya.

  44. pengedar/ejen permata hijrah

    sebelum ni 2 org mamat ni jual qurrotaini..
    Saya dengar cerita mutiara dalam produk ni di ambil dari produk syarikat lain, mautan keluaran hai-o.Taktaulah air tu berapa banyak zam-zam.Saya rasa dorang guna ecpi kot.Huhu.Ecpi tu 1 liter rm5.80 je.2 org mamat tu jual beribu.Mcm mana tak kaya.

  45. ejen ph kl

    sy rasa bkn 200… 500 org pengedar yg d deletenye…….

  46. ejen ph kl

    HANTAR KOMEN TTG BOIKOT PERMATA HIJRAH ANDA DI SINI (BEKAS PENGERDAR DAN EJEN)

  47. ejen ph kl

    shah.. awk nie mmg anak beranak DR. SALLEH DREYES yer…. nmpak sgt lah…

  48. pengedar/ejen permata hijrah

    boikot PERMATA HIJRAH!!
    bukan sebab produk tak bagus tapi pengurusan tak bagus!Dah maju suka2 buang semua ejen.Tak kenang budi!Jom semua stokis,pengedar&ejen PH..kita saman 2 org yg mengaku ustaz ni!!Kepada para peguam.Saya tawarkan 50% klu menang kes.minta 1 juta kat 2 org kopiah putih ni.

  49. ejen ph kl

    Ingat lagi mula2 ph keluar paper… “Pengedar diperlukan segera” pastu bila dah masju masuk tv.. pengedar dh d lupakan….

  50. puteri

    menyesal sungguh beli produk permata hijrah ni. Dah beratus-ratus habis, tapi tak de perubahan. pembohong besar. Tak halal duit tu. orang islam makan duit orang islam. pakai segala jubah ketayap , punya la nak convince org beli.. Tipah tertipu.